Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, masih bernyawa dan di beri kesempatan dari Allah untuk saya menempuh Hari Keputeriaan saya pada 27 Julai yang lepas. Alhamdulillah, atas peluang masa yang di berikan Allah kepada saya untuk terus mencuci dosa. Dan Astarghfirullah saya lafazkan sepenuh hati atas setiap saat yang telah saya kotorkan dengan noda dosa selama mana saya di beri kesempatan untuk bernyawa di dunia ini. Berdoa dengan sangat, agar Allah menemukan saya dengan Ramadhan bahkan dengan hikmah-hikmah yang tersembunyi di dalamnya. InsyaAllah.
Terima kasih atas ucapan dan doa dari kalian, tiada hadiah paling saya perlukan selain doa yang ikhlas dari kalian semua. Terima kasih kepada 159 orang menconteng di wall fB saya, 121 yang Private Message, 93 yang SMS dan 27+ yang called dan 4 blogger yang sudi membuat post untuk saya. Terima kasih atas ingatan.
Hari lahir adalah hari untuk Ma dan Bapak, penghargaan kerana telah mendidik dan menjaga saya selama saya hidup. Sebagaimana Hari Konvokesyen, bukanlah 'Oh, this is my BIG day!', tetapi ia adalah hari dan hadiah untuk ibu dan bapa kita. Ah. Meskipun setiap saat kita menyanyangi dan menghargai Ma dan Bapak kita, tetaplah tidak mampu kita lunaskan akan cinta yang ada dalam hati. Sepertinya setiap hari kita mahu menyambut dan membuat kejutan-kejutan istimewa buat Ma dan Bapak tercinta. Tapi sayang, bukan kejutan istimewa yang sering saya berikan, tetapi hanya kejutan-kejutan yang menyakit dan mengecewakan mereka.
Ah. Hari Lahir sememangnya sudah terbiasa saya tempuhi dengan air mata, bermuhasabah akan bagaimana perilaku saya sebagai anak kepada mereka selama berpuluh tahun ini, bermuhasabah akan bagaimana perilaku saya sebagai hamba kepada Allah selama saya di tiupkan roh dalam jiwa, dan bermuhasabah akan bagaimana akan saya lalui Hari Pengadilan, di mana Allah saat itu akan mengadili dengan Maha AdilNYA, setiap mili-saat akan di hitung dan di tanya, " Perkara apakah yang telah kamu lakukan dengan setiap saat yang Aku beri?" OH,Tidak. Mampukah untuk saya menjawab, " Saya bermalas-malasan di atas katil", sedang MALAS itu juga dosa. Buntu.
Saya tinggalkan video di atas sebagai ole-ole Ramadhan dari saya. Tengok sampai habis ya, sehingga bahagian juri.
Kita masih di beri kesempatan berada di hujung Syaaban, teruslah berdoa agar bertemu dengan Ramadhan. Siapa tahu, mungkin Ramadhan lepas adalah Ramadhan terakhir kita atau pun Ramadhan akan datang inilah Ramadhan terakhir kita.
Setiap orang ada cacat celanya, dan tiada yang maksum dengan dosa, yok kita usaha untuk berhijrah!Bukan sekadar SATU perubahan yang BESAR, tetapi perubahan yang KECIL dalam kuantiti yang BANYAK dan ISTIQAMAH.
Sayang selalu!
28 org kaki bebel buat bising:
Selamat ulang tahun hari lahir my dear mutiara. Maaf atas kelewatan ucapan, akak tak tahu;)..
setuju dear, sesungguhnya ulang tahun hari lahir itulah hari penghargaan untuk kedua ibu bapa. Ibu yang bertaruh nyawa antara hidup dan mati untuk melahirkan kita... Allah, tak dapat bayang rasanya derita ibu yang menanggung ketika melahirkan kita...
Semoga Allah sentiasa melimpahkan kasih sayang buat my dear mutiara, kebahagian hidup dunia dan akhirat.. insyaAllah....
yup. setuju... memang hadiah utk mak bapak
ya... walaupun time tu bukan pelajar terbaik... selalunya akan dtg kekesalan... tapi kekesalan yg abadi selalunya muncul saat akhir waktu manusia sudah putus asa dan ingin pulang... semoga ramadhan yg kunjung tiba ni dapt buat hati saya tenang. setenang langit di atas sana... hnya untk DIA.
selamat hari lahir sis syg ..video tu buat qaseh meremang n menangis
maaf terlambat.
selamat ulang tahun keputerian.
semoga hidup dalam naunganNya.
sayang.
selamat berpuasa,
:)
mencari bebelan mutiara tadi.
hihi
bundaaaaaaa!
nak bebel sini lagi
kikiki
selamat hari kelajiran dan salam ramadhan utk bundaa!
>____________<
semoga panjang umur dan sihat sejahtera hendaknya...
slmt hari lahir mutiara..smoga sentiasa dlm limpahan rahmatNya..
~syg selalu~
selamat ulang tahun, semoga dipermudahkan segala urusan.
selamat menyambut ramadhan, semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna. bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
ye ker..
hepi belated besday,.
semoga pnjg umo dan murah rezeki..
terubat rindu dgn entry ni..
selamat berpuasa mutiara
selamat keputeriaan ....
@ Afida Anuar
my dear afida,
syukran atas doa sis itu,
saya amat2 menghargainya :)
ya, betul, penghargaan buat ibu yang melahirkan dan bapa yang mencari rezeki,,
salam ramadhan kareem kak :)
@ ORLANDO AHMAD
^______________^
angguk kepala lelaju
@ Bidadari Syurga
ye..mutiara juga bukannya pelajar cemerlang dan terbaik. Tapi, kita dah memberi usaha yang terbaik kan?
:)
syg awak
@ Qaseh dalia adelia
mutiara ponn nanes, tapi at last buat jugak benda2 yang Allah marah,,
Allahu Rabbi~
@ Mawar Berduri
Alhamdulillah,, Amin Ya Rabb,
Syukran atas doa adik ni :)
@ intan.maisarah
wee~
sara syg, mutiara tak smepat buat BEBELAN MUTIARA semalam,..
salam Ramadhan kareem syg.,.
@ aimie amalina
Thanx mimito syg! :)
@ RepublicAku
Amin Ya Rabb,, Moga Allah mengembalikan semula doa itu untuk diri kamu,,
@ habibi qalbi
:)
syg awak!jum banyakkan penghijrahan dalam Ramadhan ini :)
@ delarocha
insyaAllah Delarocha,
terima kasih atas doa dan nasihat yang di beri
saya hargai dengan sangat. Moga ALlah redha
@ iKhRam
^_______^
thanx dik!
*rindu la sgt,,membebel aje akak ni dik,,
@ penjajah minda
:)
Cikli
terima kasih :)
ramainye wish dan ingat birthday awk. bertuah sekali.
selamat hari jadi mutiara.. :) maaf tak tahu hari jadi kamu.
semoga ramadhan kali ini membawa yang baik-baik untuk kita
Post a Comment