Dialog pertama :
aku : Layakkah aku nak dekat dengan DIA ena?
saya : Kenapa tanya macam tu?
aku : Aku jahil.. banyak aku tak tahu pasal DIA..
Dialog kedua:
Saya: Saya ade masalahlah ena.. saya tak tahu nak beritahu siapa lagi..
aku : Beritahulah Yang Di Atas.. :)
Saya: Allah?
aku : Yup, Allah swt.. DIA lebih kenal kita berbanding diri kita sendiri.. DIA boleh bantu kita bila-bila masa sahaja.. malah hanya DIA yang mampu memahami kita.. Tak kan ada seorang pun manusia yang mampu memahami kita 100% melainkan Allah swt..
saya : tapi.. aku banyak dosa..
aku : then, aku ni takde dosa ke?
saya : dosa aku dah terlalu banyak. rasa-rasanya Allah pun dah tak nak pandang aku..
Dialog ketiga :
Aku : Aku teringin nak jadi baik..
Saya : Maka, teruskanlah niat tu.. (tersenyum)
Aku : Tapi.. susahlah.. aku ada banyak perangai buruk..
Saya : Saya pun ada baaaaaaaaaaaaaaanyak perangai buruk
Aku : tak.. perangai buruk aku ni memang dari dulu lagi.. tak leh nak ubah..
Saya : saya faham,sebab saya pun sama.Tapi tak mengapa, kita usaha ubah sedikit demi sedikit neh..
Aku : Everyone have their own dark side.. aku tak rase aku mampu nak ubah.. Ah, biarlah, orang macam aku ni memang dah tak layak nak jadi baik..
SELAMAT TINGGAL DUNIA KEGELAPAN!
Berbicara perihal dosa, perihal noda, perihal maksiat dan segala macam karat jahiliyyah yang telah dilakukan selama ini, bisa sahaja meruntun jiwa, bisa sahaja membuat diri tidak keruan sendirian. Masakan hati tidak punya rasa, masakan diri tidak mampu mengerti, masakan jiwa tidak mampu mengesani kekeruhan 'kacau bilau' iman yang memberontak di hati.
Ambil masa sejenak, pejam kan mata, renung kembali segala macam perilaku yang telah kita lakukan hari ini, perhatikan.. apakah yang telah kita angkut bersama-sama dengan setiap perbuatan kita seharian ini? dapatkah kita perhatikan samada cahaya Iman yang telah kita masukkan ke dalam hati ini atau pun hanya kegelapan Dosa yang telah kita bawa ke dalam hati? apakah kita benar-benar bahagia atau sekadar puas bergelak ketawa, adakah kita benar-benar gembira atau sekadar untuk seketika?
Duhai hati.. Benarkah engkau bahagia?
Duhai Iman.. benarkah engkau bertambah?
Duhai Kehidupan.. Benarkah engkau terisi?
Kosong. Jiwa celaru. sering buntu dan bergelodak dengan pelbagai kacau bilau. Ah, Bukankah hidup yang terasa kosong kerana lantaran dek hati yang kosong. Hati yang kosong lantaran dek tenggelamnye cahaya iman dengan kegelapan maksiat. Hm,bukan ini topik yang ingin saya kongsikan sebenarnya (lari topik lagi).
Hakikatnya, hati itu bisa bertindak dengan maksiat, iman itu bisa bertindak dengan noda, terasa jauh, terasa kosong, terasa sedih, terasa hidup tak bererti, terasa hilang, itu semuanya petanda hati yang kian terselubung kemas dengan maksiat. (Saya sendiri mengaku, saya sendiri mengalami fasa-fasa ini,) Hati menjerit memanggil kita agar kembali membersih karat noda, iman memberontak menyuruh kita membawa cahaya memadam kegelapan dosa, tetapi terkadang nafsu mengawal diri dan akhirnya iman hanya kaku merelakan tanpa mahu.
Nyatakan kepadaku, manusia mana yang tidak mahu menjadi baik? sedangkan si pengotor juga mahu tempat yang bersih malah orang yang berbuat jahat juga suka jika orang lain berbuat baik padanya .Nyatakan juga kepadaku, makhluk mana yang enggan menjadi pendamping penciptaNYA? sedangkan seorang anak pasti mahu dekat dan erat dengan orang tuanya, inikan pula seorang ciptaan dan Penciptanya. Nyatakan juga kepadaku, Si abdi mana yang tidak mahu di kasihi Tuannya? Sedangkan si orang gaji juga inginkan perhatian dan perlindungan majikannya, inikan pula kita yang bergelar seorang abdi kepada Tuan Yang Maha Agung.
Sungguh indah melakar keinginan untuk menjadi hamba dengan sebenar-benar hamba, namun pabila zulumat nafsu datang menguasai diri, impian hanya tinggal anganan, terbang bersama ribut nafsu yang tiada puas mengganas. Terkadang terjatuh dari pusaran nafsu yang sebegitu hebat, tengadah sebentar, lalu kembali merangkak-rangkak menyesali kezaliman yang dilakukan terhadap diri sendiri
Kembalilah! kembalilah mencariNYA!
kembalilah! kembali berpaut kepadaNYA..
kembalilah! kembali menjahit iman yang kian carik diterpa nafsu menggila.
walau hitam pekat noda maksiatmu, seolah-olah tidak memungkinkan untuk engkau bertemu dengan cahayanYA lagi, walau engkau terpaksa mengesot kesakitan untuk mencariNYA, namun yakinilah, pasti dan sudah pasti DIA dengan ketertinggian sifat Kasih SayangNYA akan memangkumu kembali.
walau hanyir jijik bauan dosamu, kembalilah! biar diri benar-benar menyedari kehinaan diri bergelar hamba yang lupa, biar jelik mata memandang diri yang penuh karat, namun kembalilah! kerana DIA dengan ketertinggian sifat Belas Kasihannya pasti datang menjirusmu dengan simbahan rahmatNYA.
walau tinggi menjulang dosamu, sehinggakan kita seolah-olah terus terkambus dek timbunan dosa yang menggila.. keluarlah! berusahalah untuk kembali berpaut padaNyA.. kerana DIA dengan ketertinggian sifatNYA itu, pasti akan membantumu keluar dari kemelut itu.
walau sedalam mana maksiat yang telah engkau jelajahi, kembalilah! walau engkau terpaksa tercungap-cungap kelemasan, namun kembalilah! kerana DIA dengan sifat pemurahNYA pasti akan membantu mu keluar dari daerah hitam itu.
walau tak terhitung dosa dan nodamu, sehinggakan engkau seolah-olah sudah tebal muka untuk bertemuNYA.. namun kembalilah! kerana DIA dengan sifat ketertimggian PengampunNYa itu pasti akan mengampuniMu..
Sahabatku (dan aku) sesungguhnya selamanya kita bergelar hamba.. selamanya.. siapapun kita di dunia,walau berbeza paras rupa, walau berlainan darjat dan kasta, tetapi kita tetap sama di pandanganNYA, kitalah hambaNYA..
usah putus asa saat diri tewas dek jerat si syaitan, kembalilah,jangan malu bertemuNYA, jangan kerana penyesalan dan rasa malumu terhadap dosamu itu membuatkan engkau lebih jauh dariNYA... kembalilah bertemuNYA.. DIA pasti membantu selagimana kita yakin DIAakan membantu.. bukankah hanya Dia Yang Maha penyayang? Bukankah Allah itu akan mengikut sangkaan hambaNYA?
yakinilah dengan sepenuh-penuh hati akan sifat pengasih dan pengampunNYA.. Biarkan kekecewaan itu membuatkan kita larut mabuk beribadah dan bertaubat kepadaNYA, biarkan rasa penyesalan itu membuatkan kita lebih giat menyuci kekotoran hati dengan air mata nasuha.
sahabatku, benar, kita masih ada waktu untuk perbaiki kesilapan lalu..
perbaikilah, sementara nikmat nyawa masih ada..
bertaubatlah selagi pintu taubat di buka..
berdoalah semahu-mahumu selagi mana DIA masih membuka tangan menerima aduan dan rintihan hambaNYA..
kembalilah, sementara masih ada waktu..

terkadang tanpa kita sedari, sebenarnya DIA sudah membuka jalan untuk kita kembali kepadaNYa.. lihat pada diri, di berinya kita nikmat sihat untuk kita mudah beribadat dan bertaubat padaNYA.. lihat pada diri, di berinya kita umur yang panjang untuk memberi kita kesempatan bertaubat kepadaNYA..lihat pada diri, kita di berikan hati yang 'berperasaan' , supaya kita mampu mengesan kekosongan jiwa dan kekacauan hati di kala bergelumang maksiat.. lihat sekeliling.. kita punya teman, kita punya keluarga, kita punya guru, kita punya ramai orang yang mampu mendorong kita kembali kepadaNYA..
kembalilah,usah malu,kerana sememangnya itulah tugas kita sebagai hamba, beribadat-bertaubat-menangis merayu memohon redhaNYA..
kembalilah, usah difikirkan layak atau tidak untuk menyembahNYA.. kerana selamaNYA kita bergelar hamba.. dan selama itulah kita diperintahkan untuk menyembahNYA.. sememnagnya itulah kewajipan kita sebagai hamba..
tersenyumlah! berbahagialah!
anggaplah setiap langkah kaki kita di jalan gelap hanyir dan jijik itu sebagai satu peringatan kepada jiwa hamba yang selalu lupa, biarlah sejarah hitam pekat silam itu kita jadikan pedoman dan pengajaran bahwasanya sejarah itu sejarah yang membuatkan mata hati kita celik dengan kesakitan bergelumang dosa, mengingatkan kita kesengsaraan tatkala melupakan DIA..
Kembalilah!
kerana tidak semestinya mereka yang baik dan berjaya pada hari ini tidak mempunyai kisah silam yang kelam dan buruk.. dan tidak semestinya juga mereka yang gagal dan *kurang baik pada hari ini tidak mampu untuk mempunyai masa depan yang cerah gemilang.
Allah swt tidak melihat siapa kita dahulu dan sekarang, tetapi siapa kita di masa akan datang (pengakhiran nafas kita ). Apakah husnul khatimah atau su'u khatimah... maka kembalilah.. bertaubatlah..
selagi pengakhiran nafas itu belum tiba menemui kita....
hujan renyai-renyai saat ini.. moga-moga sinar hidayah, rahmat dan kasih sayangNya turut menghembus damai kedalam hati kita semua seprtimana angin dingin hujan yang menampar nyaman di muka saya tika ini.. ,
salam mujahadah. salam kasih sayang 1:99, wahai sahabatku... :)
philosophia muda,
mutiara Bernilai/lu'lu il maknun
Bumi Skudai, markaz tarbiyyah 223
3:40pm