26 July 2013

Memberi: Maaf

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

awan-dari-cermin-kapalterbang. dan hujung sana adalah lautan. bersama mentari juga.





Bagi aku, tiada satu pun perkataan yang dapat menghuraikan 'rasa' yang sebenarnya di rasai di dalam hati dan perasaan seseorang. Malah tiada persamaan matematik atau sebarang nombor pun yang berjaya menghitung jumlah perasaan yang ada di lubuk jiwa. Siapa yang dapat menjumlahkannya? Siapa yang dapat memberitakan perasaan dengan setepatnya ia?

Perasaan dan hati adalah sesuatu yang unik, kadang dalam kita sedih ; kita masih mampu tersenyum ketawa, kadang dalam kita gembira; kita boleh menitis air mata, malah kadang dalam sayang ; kita boleh timbul perasaan benci. Lalu semacam apakah sebenarnya perasaan itu? 


Manusia. Hati. Otak. 3 perkara yang sering membuat aku keliru dan hati-hati dalam mengendalikannya. Pesan Bapak, pekerjaan yang paling susah adalah pekerjaan mengendalikan manusia, lebih akuratnya ; mengendalikan hati manusia. Apatah lagi kita sendiri mengendalikan hati manusia lain dengan menggunakan hati kita. Lalu jadinya ada dua pihak hati yang perlu kita jaga dengan hati-hati dan penuh cermat - hati kita, hati mereka.

Sepertinya hal seharian kita, kita menyantuni ibu bapa kita dengan menggunakan hati, melayan pasangan kita dengan hati, memesrakan hubungan dengan adik beradik - sahabat - guru juga dengan menggunakan hati. Ada masa urusan hati kita lapang dan bahagia, malah ada juga masa perihal hati kita terluka dan terasa. Terkadang jika silap cara kita memandang mereka, tak kena cara kita melihat kesalahan mereka, kita boleh sahaja jatuh marah- dendam dan menghakimi.

Untuk mereka yang sengaja mencari sakit di hati kita ; maafkanlah. Apatah lagi bagi mereka yang langsung tidak berniat dan tidak sengaja mendatang pedih-marah-luka di hati kita dengan segala macam perbuatannya ; untuk ini, maafkanlah juga mereka.

Kerana memberi maaf sebenarnya 'pemberian' kepada diri kita sendiri. Manusia, berbuat jahat kepada kita, menjadi tanggungjawabnya untuk tetap meminta maaf kepada kita meskipun kita sudah memaafkan mereka. Mereka tergantung dosa dengan Allah kerana menyakiti sesama makhluk dan tergantung dosa dengan kita kerana menyakiti kita. Sesudah bertaubat, memohon keampunan Allah dan kemaafan dari kita, barulah urusan dosa itu akan terlebur.  Lalu, saat kita terlebih dahulu memaafkan sesama kita, kepada siapa sebenarnya kemaafan ini kita berikan? 

Sayang, saat kita memberi maaf, saat itu kita sebenarnya sedang 'memberi' kepada diri kita sendiri. Memberi maaf membawa hikmah kepada diri kita dalam membebaskan hati dari perasaan marah-gundah-dendam-geram-sakit-kecewa atas perbuatan orang lain kepada kita. Memberi maaf ; Kita 'memberi' hati kita ruang untuk tenang dan bahagia, malah ringan. Hati yang ringan dan damai memberi kehidupan yang cantik kepada pemberi maaf, memberi mudah untuk kita menghadapi hari-hari mendatang dan melepaskn hati serta akal dari beban yang besar. Penat tahu memikirkan perasaan-perasaan yang negatif ini! 

Lalu, begitulah Allah mahu 'memberi' bahagia di hati kita, di perintahkan kita untuk saling memberi maaf, kerana tiadalah orang yang memberi melainkan dia menerima. Memberi maaf, menerima bahagia. Saat memori pahit datang berulang siaran di minda, tarik nafas, dengan lafaz Bismillah, ucapkan pada diri , "Tuhan, Sungguh, aku maafkan dia..".. ulang dan ulang..moga lama-lama hati kita secara naturalnya sememangnya sudah memaafkan dia..dan sikit sikit kita akan perasan, bahwa hati kita seakan menjadi lebih lapang dan luas. Lebih bahagia.

Doa aku, moga sahaja kita tetap mendidik hati kita untuk terus menjadi cantik dan lebih cantik dalam sehari hari hidup kita. Meski kadang kecantikan hati kita itu selalu di ambil kesempatan malah tidak langsung di sedar orang. Ah. terus-terus sahaja, biar hati menjadi betul-betul cantik, kerna saat ia menjadi benar-benar cantik, ia sudah tidak peduli samada disedar orang atau tidak. Kecantikkannya  itu demi Tuhan, demi menjemput bahagia dan redha Allah kepadanya. Begitulah, faham aku, selalunya. 

Dan terlebih selalu, kita tetap memaafkan mereka kerana kita masih mahukan mereka berada di dalam hidup kita, kita mahu mereka ada dekat di hati kita. Lantaran itu, memberi maaf hanya boleh di berikan oleh mereka yang 'mempunyai'. Mempunyai cinta dari dalam hati. Ia sebenarnya pekerjaan hati.


Semerbak harum di taman hati
Setulus maafmu, rebutkan cinta Ilahi


 

saat ini. hati saya rindukan seseorang. dengan sangat. sangat.
iya, sangat.
Rindukan "Syurga" saya. :')



5 org kaki bebel buat bising:

Pembunuh Tanpa Bayang : said...

hati aku perasaan aku?

entah

kosong...

mungkin masih mencari.
atau sudah ditemui tapi aku sendiri menafi.

entah.....


salam sayang buat mutiara dari kejauhan.no telefon y kamu pernah bagi dulu masih aktif?

tak pernah jawan sms aku.

tak mengapa.

jaga diri ya.

Unknown said...

sy akan tertekan jika tidak memaafkan

penjajah minda said...

benar tiada kata mampu gambarkan rasa.

memaafkan itu memang mulia.

Mr.Superman said...

hati jadi sayu baca entri ni..dgn gambar yg syahdu.