14 October 2009

MENCARI MUTIARA DI BALIK JUTAAN MANIK PUTIH

( sudah berusia 6 hari )
MENCARI MUTIARA DI BALIK JUTAAN MANIK PUTIH

" Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih, walau kedasar lautan sanggup ku selami, namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa,kau sebutir pasir tak berharga”


Semenjak dua menjak ini, beberapa insane (baca:muslimin) ada bertanya malah membincangkan mengenai mutiara dan kaca. Saya sebenarnya ingin berlaku jujur, sesungguhnya bagi saya kita kian hari kian terperangkap malah terbelenggu dengan lirik lagu “ bagaikan permata di celahan kaca,kerdipnya sukar tuk dibedakan” dan “ ku sangkakan permata, rupanya kaca,” , malah yang lebih malang dan mengecewakan saya, ayat-ayat itu seolah –olah berjaya membentuk mindset kepada sesetengah dari pendengarnya

ASLI VS PALSU


Oh apakah? Bukankah yang baik itu tetap akan terserlah jauh lebih gemerlap berbanding yang lain, bukankah yang asli itu pasti bersinar cemerlang berbanding kilauan palsu yang lain? Umpama insane yang baik, tercampak di tengah kejahatan sudah pasti terserlah kebaikannya manakala jika digandingkan dengan insane-insan yang juga baik maka beliau jauh lebih terserlah kebaikannya berbanding mereka yang baik itu.

Campakkan sahaja permata itu di perlimbahan berkelodak, tetap sahaja ia menyinar malah kotoran limbah busuk itu tidak langsung memudarkan kilauan nya tetapi lebih menonjolkan lagi ‘kecantikan’ ia. Gaulkan sahaja antara mutiara dan manik, tetap dapat di bedakan kerana sudah semulajadi terserlah keelokan dan keasliannya berbanding yang palsu yang terpaksa berpura-pura menjadi asli itu. Seolah-olah titik putih yang berada di sekeping kertas berwarna hitam, maka begitulah fenomena mutiara dan manic, permata dan kaca. Jadi apa yang kita semua perlu peningkan? Bukankah yang baik itu pasti terserlah tak kira di mana ia di letakkan.

SUKAR MEMBEZAKAN ITU HANYA PRESENTING PROBLEM


Permasalahannya di sini bukannya bagaimanakah caranya untuk kita membedakan di antara mutiara dan manic putih serta bagaimana nak mencari permata di celahan ribuan kaca. Siapa kaca? Siapa permata? Siapa mutiara? Siapa manic?Sahabatku, Hanya jauhari mengenal manikam.

Jika dahulu kita berkata pada sekalian muslimat, usah mencari yang soleh tetapi jadilah yang solehah. Maka mari sini wahai sahabat, izinkan saya pula yang memulangkan kembali kata-kata itu, bukan sukar mencari mutiara jika kita sendiri sudah menjadi mutiara. Bukankah hanya mutiara yang asli pasti mengenal mana satu mutiara yang asli jua.

Maka usah di peningkan persoalan takut tertipu dengan kilauan palsu, tetapi risaulah jika kita yang selama ini tidak berjaya menjadi mutiara dan permata asli sehinggakan kita tidak mampu dan terhijab dalam membeza antara yang asli dan palsu. Sesungguhnya kita mudah tertipu dengan yang palsu kerana kita sendiri ‘asing’ dan ‘jauh’ dari persekitaran ‘mutiara/permata yang asli’ itu sendiri. Oh cukuplah Darwin sahaja yang tidak dapat membezakan antara manusia dan beruk! (erk ade kaitan ke?)

KITA HARUS TAHU BAGAIMANA NAK MENJADI

Bagaimana? Bersedia untuk menjadi mutiara asli? Semoleknya, biarlah focus kita lebih tertumpu dalam usaha bagaimana menjadi mutiara dan permata yang asli. Proses membezakan antara yang asli dan palsu itu jauh lebih mudah berbanding dengan proses untuk menjadi mutiara asli. Biarlah kita mahal dek kerana proses pembentukan kita adalah proses yang susah dan sukar, biarlah kita menjadi yang semulajadi asli walaupun hakikatnya untuk bertemu dan melahirkan mutiara di dalam hati itu memerlukan jalan mujahadah yang panjang malah menuntut pengorbanan kita.

Tetapi sahabat sahabiahku, ingin aku mengajak engkau dan aku untuk menjadi setinggi-tinggi tahap sebiji mutiara bernilai malah tak ternilai iaitu pabila jerih dan perih, sakit dan pedih, suka dan lirih di sepanjang proses pembentukan itu di tunjangkan dengan sebenar-benar takwa dan kecintaan kepada Allah swt. Ketakwaan yang tinggi-setingginya malah tiada tergapai, Kecintaan yang dalam-sedalamnya malah tiada terjumpa penghujung dasar .Ertikan mutiara asli itu dengan sebenar-benar maksud ‘Ubudiyyah wahai sahabat sahabiahku. Ya, ‘ubudiyyah!

Bukan sukar membeza antara hitam dan putih. Kerana sesunggunhnya untuk tahu yang hitam,kita perlu benar benar mengenal apa itu putih. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengatakan putih kuning itu adalah putih asli, malah tidak juga dengan semberono mengatakan putih kelabu asap itu adalah putih suci. Ah, tamsilan kata memang mudah mendominasi minda kita, tetapi seharusnya kita harus tahu mengkaji dan mencari kebenaran kata-kata supaya tidak lagi terperangkap dalam kemelut pemikiran orang lain malah tertipu dalam kepalsuan kata-kata. (saya akan menulis dalam post yang lain mengenai ini)

Susahnya proses mencari itu kerana kita perlu terlebih dahulu bersusah payah menjadi mutiara asli. Sesudah proses menjadi selesai, maka selepas itu proses membeza sudah menjadi mudah

Salam mujahadah dari saya. Salam kasih sayang 1:99 !


Philosophia muda,
mutiaraBernilai / Lu’lu il maknun,

12:27am, Markaz Tarbiyyah 223

9 org kaki bebel buat bising:

saya said...

mungkinkah akan terjadi, dirimu aku miliki, berilah tanda…kepastianmu. Jika tak tercapai harapanku, selamanya dirimu tetap ku sanjungi…


menanti

Mutiara Bernilai said...

salam..
maaf,kurang mengerti ..hmm..
nway thanx datang membace :)

Anonymous said...

nak jadi mutiara asli. tp mcm dah xlayak.. mcm mane yerr.
awak ni sape sebenarnya?

Mutiara Bernilai said...

salam..
anonymous,,
nape lak tak layak?
sume org layak..
yg penting usaha ke arah itu..

sape saye?
Mutiara bernilai :)

angah said...

salam wrt...baeklah along....

saya said...

kenapa orang yang baik hanya untk orang yang baik?bukankah lebih baik biarlah yang baik untuk orang saoerti kami.kami perlukan orang baik untuk membimbing kami.

Mutiara Bernilai said...

>> Angah
:)

>> saya
Allah itu maha Adil..
untuk mendapat yang baik, kite perlu juge menjadi baik..
saya sendiri pun belum mencapai tahap 'baik' tu,,
xpe, yok kite usaha same2 untuk jd hamba yang taat n makhluk yg baik :)

salam kenal dari saya..
kite kenal ke? :)

deQli avem said...

salam kenal mutiara bernilai...

tertarik dgn blog ni selepas disyorkan seseorang..dan untuk jatuh cinta dgn mutiara bernilai (eh, bukan dgn owner nya..:) perlu gali sampai ke akar..

sy sanggup gali walaupun usianya sudah 3tahun...dan izinkan sy bercinta dgn mutiara bernilai (opps, sekali lagi, bukan dgn owner nya :)...

Mutiara Bernilai said...


Deqli avem,
pertamany salam kenal jugak dr saya

^^,

hope kita dpt jd kwn yg baik! :)

tq tau