30 June 2010

Monolog


Sedangkan Nabi Adam di halau keluar syurga dek kerana SATU dosa,
bagaimana pula diri ini yang tiada terjumlah bilangan dosanya ini..

merenungi diri,
menerobos dalam hati,
Ah! mampukah iman memenangi,
pertempuran dengan nafsu yang merajai diri ini!~



Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya, Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.
( Al Fajr : 27-30 )


MutiaraBernilai
SKCP - 9:38pm
pergi,pergilah syarril waswaa sil Khonnaas~



3 org kaki bebel buat bising:

*Azdah* said...

hopefully mama sihat selalu...:'(

mqayyum said...

Saudariku, dalam kitab Hikam, al-Imam Ibnu Atha'illah menukilkan kalam hikmah ke-96 berbunyi:

"Maksiat yang menimbulkan kehinaan dan kefakiran (terhadap allah SWT) lebih baik daripada taat yang menimbulkan megah dan takabbur"

dan berkata pula Wali Allah Abu Madyan:

"Sedih hati orang yang durhaka kepada Allah SWT lebih baik dari kekasaran hati orang yang taat kepadaNya"

Saudariku, oleh itu bersenanglah jika dirimu dirundung pilu oleh dosa - dosamu, kerana itulah pintu menuju redha Allah, tetapi bimbanglah jika dirimu berbangga dengan amal - amalmum kerana itulah pintu menuju kemurkaan Allah.

Mutiara Bernilai said...

assalamualaikum,

azdah > mana mungkin jasad boleh sihat seandainya ruhi sedang kesakitan..doakan mama!..di doakan moga dear juga sihat iman dan jasad sentiasa :)

mqayyum > insyaAllah, terima kasih atas peringatan. Moga-moga dosa menjadi motivasi terkuat untuk sentiasa dekat denganNYA..
semoga redha Allah mengiringi kita semua. amin Ya Rabb

~ Rindu Kitab AL hikam yang kini sudah di pinjam oleh abang kandung saya.