( Sila baca dengan gaya, suara dan nada mB ^-^ )
Dalam meniti hari-hari, kita berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan. Cabaran untuk mempertingkatkan lagi kekuatan diri. Dugaan datang dari segala sudut, perkerjaan, pelajaran, kewangan, keluarga, perhubungan dan sebagainya.
Dalam meniti hari-hari, kita berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan. Cabaran untuk mempertingkatkan lagi kekuatan diri. Dugaan datang dari segala sudut, perkerjaan, pelajaran, kewangan, keluarga, perhubungan dan sebagainya.
Memang sakit. Memang pedih.Tetapi belajarlah untuk hadapi, kerana itu cara kita menghambakan diri dan
beribadat kepada Allah kerana dalam Quran ( Ad Dzariyaat :56), Allah berfirman, Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku .
Maka apa pun cabaran, itu semua dari Allah untuk beri kita peluang berkreatif dalam ibadat kita padaNya. Ada orang di uji begini, ada orang di uji begitu. Hadapi sahaja, ia memang wajib ada dalam kehidupan manusia, kerana kita di hidupkan atas dasar untuk di uji. Allah Maha Tahu, Dia tahu bahawa kita tak boleh selamanya kekal UP sahaja iman dan kekuatan….kita boleh lemah juga…
Surah At Taubah ayat 41 - Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Walaupun Allah tahu kita ada up and down, ada masa kita kuat dan ada masa kita jatuh tersungkur, ada masa iman bercahaya cemerlang dan ada ketikanya iman kelam, Jadi, Dia dah cakap siap-siap, DIa dah pesan awal-awal lagi dalam Quran….PERGI juga, GAGAH kan juga…
Yakinlah pada hikmah menggagahi cabaran itu…Gagah kan sahaja diri dan hati, pasti Allah swt akan buka jalan-jalan keluar..Yakin dengan Dia..Nanti,once kita semua dah lepas cabaran/dugaan itu, pasti kita akan tersenyum memikirkan betapa indah sebuah ujian dr NYA, pasti kita akan malu sendiri memikirkan betapa kecilnya sebenarnya Allah menguji kita berbanding orang lain.
Salam Sayang dari MB~
8:29 am , 21 Feb 2011
p/s : Terima kasih Munirah atas pencerahan tempohari
Kuat neh sahabat2!!! :) Saya-awak-kamu-semua pasti akan di uji ..
6 org kaki bebel buat bising:
fine, sy memang rindu bunda at dis moment! Rindu nak dengar tasjik dr bunda. Allah..
Salammun alaik kakak. Syukran ya. So, bila nak stat conduct usrah adik2 utmkl plak? Saya tunggu tau kakak comel
maira> fine! bunda pon windu kamu la dearr..~ :)
saffah> insyaAllah..nati akak msg neh :)
T-T
@ Anonymous
jgn nanes, nati mutiara pun nanes skalik.
T-T
Post a Comment