05 April 2011

Cinta cita


" Manusia merancang  dengan cita-cita, sedangkan Allah merancang dengan Cinta.."


Setiap tindakan Allah bkn smata-mata kerana kehendak,tetapi LEBIH kepada CINTANYA kepada KITA..

Bibir mudah berbicara perihal redha,perihal lapang dada,perihal sangka baik..namun hakikatnya hanya hati sahaja mampu menyelami sebenar2 rasa yg berada dalam jiwa.. 
mungkin Allah sedang mendidik kita untuk menjadi hamba yang selari setiap kata dan hatinya..

Manusia, berbuat sesuatu, bertindak dan bereaksi atas sesuatu matlamat dan cita-cita. Segalanya kita rancang untuk matlamat itu dan matlamat ini, tindakan kita di nilai dengan pandangan cita-cita dan matlamat, sedang Allah, menilai perancangan dengan cintaNYA.

" Ya, dia nak jadi cikgu, tapi ALLAH tahu, yang dia 
lagi sesuai jadi posmen" <-- inspirasi dr Shameel

" Ya, dia nak Si Hakim, tapi Allah tahu, 
yang Si Hakim sangat2 kontra luar dan dalam."  inspirasi dr Afida

" Ya, dia nak p kedai, tapi Allah tahu, 
nanti tengah jalan dia boleh kena accident"

" Ya, dia nak kaya, tapi Allah tahu, dia tak kuat dugaan.
Tak pasal-pasal keluarga yang satu berpecah menjadi empat,"

" Ya, dia memang nak jadi cantik. tapi Allah tahu,
kalau dia cantik, habes semua duit org dia kikis" ~weng2..

" Ya, dia memang nak grad on time. tapi Allah lebih tahu,
Sbb waktu dia extent tu lah dia bertemu jodoh dia" ~ weng3..


Jadi, simpan kemas-kemas persoalan yang mempertikai,
ada sekuntum makrifat yang kadang tak bisa manusia rungkai,

Dapat hadam tak quote di atas?


Ok sudah lewat, mutiara nak buat research proposal.
Nak sambung baca jurnal n paper
daa!

*Ouhh..waktu yang seswai utk menadah tangan. DIA sdang menanti saat manusia lain enak bergelimpangan*
*inspirasi cerita hanya meminjam sedikit ceritera dr blog2 berkenaan, tidak mewakili perihal fakta yg sebenar. mengenai penulis blog itu. Terima kasih*
* Tiada Bebelan Mutiara, sebab Mutiara sudah bebel di atas*

26 org kaki bebel buat bising:

senyumSOYA said...

like~ kalau ada jodoh x kemana~

ghost said...

terlalu mudah untuk dihadam...sampai senak.

dan muntah sambil ngomel..Semuanya dari DIA.

Afida Anuar said...

hehe...salam my dear mutiara..

tak sangka dapat idea dari situ. tapi bukan maksud tu..bukan..bukan fida nak si hakim..sungguh..bukan... ada yang tersirat. Tapi tak mengapa lah, insyaAllah nanti ditakdirkan kita ketemu fida stori mori eh;)..

eh rasanya cerita shameel tu terbalik, dia bercita2 nak jadi posmen je..tapi end up jadi cikgu..;)

setuju sangat mutiara, kita merancang dengan cita, tapi Allah bagi dengan Cinta... ya Allah...

Kakzakie Purvit said...

Biar siapa pun kita kecintaan kepada Allah harus kental sebagimana cintaNya Dia pada kita.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Itu adalah anugerah dari yang Maha Adil yang tak terjangkau dek fikiran kita...

Ms H said...

I like!:)

Mutiara Bernilai said...

@ senyumSOYA

^___^

kalau tiade jodoh..
x akan ke mana2..

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

erk.. mutiara yakin, mudah saje tuk ghost hadam..

ahh..ngomel ape tu ghost?

^__^

Mutiara Bernilai said...

heheh..

wkumsalam my dear afida..

alolo dear, i x bmaksud nak kate u dgn hakim ehem2.. i just amek watak dr citer u..

mutiara saje amek watak tu sbagai contoh..tp xbmaksud tu menggambarkan fakta perihal sebenar Afida dan shameel..sbb tu mutiara ckp shameel jd posmen..walhal mutiara tahu dia cekgu..maaf2, kalu Afida x suka..

^*^

syg kamu afida!~

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

tp yang pasti..
Cinta DIA lebih besar berbanding cinta Mutiara kpd DIA..

Allah..
kalah dlm berjuang diri ni..

Mutiara Bernilai said...

@ ahmad humairi

yup, tak terjangkau dgn akal logika manusiawi..

moga diri sentiasa erbaik sangka kpd DIA..

amin!

Mutiara Bernilai said...

@ Ms H

like wat?
like me?
huh..nope,
u LOVE me aite?

weng2..~

p/s : ingat date kat book fair neh!

shameel Iskandar said...

Salam Mutiara.
Hahah, x sangka jugak dpt idea dri ceriter saya.

Apa yang pasti Allah adalah Pencipta dan Perancang Yang Maha Sempurna. Dan Hanya Allah Yang Tahu Cerita Hamba-Nya Sampai Habis.

Sikap sesetngah org yg tidak bersyukur atau tidak redha dgn pemberian Allah terhadapnya amat dikesali. ini berlaku kerana dia hanya membandingkan dirinya dgn org lain yg lebih baik. Org yg bergaji Rm4k sebulan merungut apabila mengenangkan org yg bergaji RM10K, begitulah seterusnya, sentiasa merungut dan merungut. Tapi dia lupa nasib si buruh kasar dan operator pengeluaran kat kilang.

Malah si rabun adakalanya merungut bila memikirkan org2 lain yg tidak rabun, padahal dia lupa betapa malang nasib si buta.

" Janganlah mengeluh hanya kerana ketiadaan sepaty sebelum melihat mereka yang tidak mempunyai kaki"

Izyan Masri said...

BAGUSNYA ENTRY NI.LIKE :D

cik sakura said...

its good for me..
manusia hanya mampu merancang kan..

Mutiara Bernilai said...

@ cik sakura

yes darl,
kita mrancang..
Allah juga mrancang..

syg slalu!~

Mutiara Bernilai said...

@ shameel Iskandar

ah.

manusia mmg tak pernah puas bukan?!

*kesat air mata*

Afida Anuar said...

My dear mutiara.. eh tak tak..bukan tu maksud fida, fida tak kisah je kalau mutiara nak ambil kisah fida tu.. cuma mati2 fida ingat mutiara tersilap terutama bab cikgu shameel..hhehee..

terkoya sket..tak dapat nak selami maksud mutiara dgn tepat..

~sayang selalu..

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

haha..tp kalu 'salah fhm' tu boleh menyebabkan kita ade jodoh 4 berjumpa, kan best kan?

teringin nak lepak dgn Afida..

heheh.terkoya?aishh mutiara teringat kat kubaKOYA :P



n of cuz, i do luv u dear~

Mutiara Bernilai said...

@ Salfiza

hohohoho

p/s: no dabel mining okies!

^_________^

.drakula. said...

memang kool....like.

AkuMuzikFilem said...

mudah untuk dihadam, tapi mencari perkaitan lebih kuat lagi

" Ya, dia nak jadi cikgu, tapi ALLAH tahu, yang dia
lagi sesuai jadi posmen". like. haha

Mutiara Bernilai said...

@ AkuMuzikFilem

masih bertatih dlm menyusun bahasa dan membawa perkara agak berat dlm bahasa yang santai. tapi memang dari dulu sampai sekarang, tak dapat juga nak mempermudahkan pembawakan penulisan..

erk.. posmen kah kamu?

nak setem!~

^__^