03 June 2011

Perihal 'Manusia Semyum'

Ini entri yang sangat panjang, bagi sesiapa yang tidak berminat untuk membaca, boleh skip dan terus sahaja membaca “BEBELAN MUTIARA” di bawah ya. Terima kasih!! ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu, saat saya leka memerhati hujan dari tabir tingkap bilik, handphone berbunyi bertalu-talu mengganggu ekplorasi minda saya di dalam hujan pagi yang damai itu. Menarik masuk tangan saya  yang di hulur keluar dari birai tingkap, di lap tangan yang basah itu di baju, lalu terus mencapai handphone. Terpaku, membaca luahan SMS seorang Saranghe (cinta) saya yang membebel perihal bagaimana dia tak lagi menghadapi 'manusia senyum'. Manusia berterima kasih, menghargai, memaafkan, sudi menerima bahkan sedia memberi..Maka saat itu juga saya tersenyum, Oh,,kamu sudah dewasa sayang..sudah pun berada di alam reality, alam tanpa sahabiah-sahabiah di sisi. SELAMAT DATANG SAYANG!

Maka entri ini lebih bersifat personal, agak banyak rona nada bebelannya dan juga banyak isi-isi yang mungkin tidak dapat kalian faham, kerna ku tujukan bebelan panjang ini khas buat Saranghe saya yang menggelar diri ini sebagai Bunda, Bunda Chomot, Bunda Chumel, Bunda Nakal dan Bun.  

Ini rasa yang biasa menghujam ke dalam hati saya, saat akhirnya tiba masa untuk saya dan sahabiah tujuh (irdinian) itu berpisah.  Dari celiknya mata dari lena, terus menoleh ke tepi, tiada siapa lagi di sisi bantal, tiada lagi bunyi gelak bising mengejut tarik-tarik badan ajak qiyamullail, tiada lagi bebelan Asma suruh makan on time, tiada lagi bebelan Isma suruh saya tidur awal, tiada lagi gelak comel dari Salliyana, tiada lagi bahas kritikal dengan Sakinah, tiada lagi ber-ko aku dengan Hanisah, tiada lagi berjiwang-jiwang dengan Hasunah, tiada lagi rebut rebut jadi makmum dan imam, tiada lagi mathurat beramai-ramai, tiada lagi suap-menyuap makan, tiada lagi kongsi itu ini. Tiada. Hanya sepi dan sendiri. Itu baru sahabat bertujuh, belum lagi anakanda-anakanda, saranghe-saranghe saya, kanak-kanak saya, adik-adik Darul Sakinah saya, sahabat-sahabat KELUARGA kami, coursemate saya, persatuan saya. Ah. Semua!

Makanya, pandang sekeliling. Mereka-mereka ini juga manusia, apakah sebenarnya yang menyebabkan kamu merasa asing dan tersisih bila berada di tempat baru ini? Pandang, pandang wajah mereka, mereka juga punya mata, punya hidung, punya segala apa yang sahabiah kamu punya. Pandang lagi, jasad itu, kaki itu, tangan itu malah hati mereka-mereka ini juga datang dari sumber yang sama, yakni Allah. Maka, kenapa rasa ‘sayang’ itu tidak juga berputik dan memekar? Kenapa persaudaraan itu tidak terasa? Pandang dan pandang lagi mereka. Ah, cukuplah, cukuplah memandang manusia lain, lebih baik memandang diri sendiri, memandang hati sendiri. 
Kenapa wahai hati? Apa yang sebenarnya menghujam di dasar hatimu? Rasa sendiri  kerana tiada sahabiah di sisi atau rasa sendiri kerana hati kamu itu yang hakikatnya sepi? 

Andai kerana tiada sahabiah di sisi, maka tanya kembali hati kamu, kerana apa bisa jadi begitu? Kerana ‘jasad alami’ nya sahabiah itu (ada atau tiadanya sahabiah) atau kerana ruh islamiyyah yang ada bila bersama dengan para sahabiah? Saya korek-korek lagi hati saya, dan akhirnya saya sedar, bahawasanya ruh islamiyyah dan suasana bersama mereka itulah yang saya rindu! Rasa yang indah. Ah.. ada ruh di situ!

Lalu, bicarakan padaku, ruh itu apa? Adakah ia sekadar ‘rasa’ dan sama seperti semangat?

Tidak sayang, ruh adalah segala-segalanya. Sedangkan semangat hanyalah satu perkara.

Ruh adalah keikhlasan. Ruh adalah kejernihan hati. Ruh adalah suara hati yang tertaut kepada Allah. Ruh adalah kebenaran. Ruh adalah rindu. Ruh adalah cinta. Ruh adalah tangisan air mata di malam hari yang bening. Ruh adalah perasaan takut membuat dosa. Ruh adalah harapan yang besar kepada Allah. Ruh adalah tawakkal. Ruh adalah tajarrud. Ruh adalah iman. Ruh adalah kesediaan berkorban segala cita-cita, keinginan, dan kecintaan demi Allah. Ruh adalah kemanisan ukhuwwah. Ruh adalah jiwa2 Mutmainnah yang diejmput sendiri oleh ALlah untuk memasuki syurgaNya. Ruh adalah sikap sangka baik dengan teman-teman. Ruh ialah sabar ketika sedang marah. Ruh ialah apabila teman-temanmu memandangmu mereka ingat kepada Allah. Ruh ialah sentiasa mengingati mati dan hari akhirat.  Ruh ialah sedar dunia dan akhirat ini adalah satu garis yang bersambung. Rub adalah hati yang suci, bersih, dan tenang. Ruh ialah jiwa yang bebas dari segala ikatan dunia dan hanya terikat kepada Allah semata-mata.

Allah..
Allah..
Allah..

Tampar pipi sendiri, cukup-cukuplah bermanja-manjaan menumpang teduh dari redupnya ruhi islamiyyah milik sahabat-sahabat. Cukup-cukuplah menjadi Si Kecil yang asyik menerima segalanya dari mereka. Cukup-cukuplah. (*walau sejujurnya aku tak pernah rasa cukup). Ingat kembali kisah Mus’ab bin Umair, bagaimana akhirnya dia sendirian di hantar menjadi Duta Pertama islam ke Yathrib. Menyebar dakwah di sana. Seorang diri! Apakah beliau akhirnya merasa ‘sendiri’ di situ? Tidak, kerana di bawanya sekali ruhi sahabat sahabiah nya ke Kota Yathrib itu, di bawa kemas didalam hatinya, ruhi itu hidup di dalam atmanya, walau hakikatnya dia sendiri, lalu di sebarkan kebaikan-kemanisan yang pernah di lalui bersama sahabat-sahabiah itu kepada orang-orang asing di situ. Sebarkan, berikan, kongsikan, mulakan, kini tiba pula giliran kita untuk menjadi yang pertama menghulur tangan, jadi yang pertama melempar senyum, jadi yang pertama memberi makna sayang, jadi yang pertama menghubung persaudaraan.

Ah. Berbicara, melentur lidah memang mudah. Benar, menjadi yang pertama pasti sukar, tapi percayalah, di hujung sana pasti ada kemanisannya.  Saat kita melempar senyum, namun tidak di sambut mesra, maka jangan gundah, mereka membalas mesra atau tidak itu bukan soalnya, kerana kamu buat itu kerana Allah, kamu senyum itu kerana Allah, maka sudah ada catatan pahala buatmu, sudah ada tarikan aura positif dalam diri kamu, malah saat itu Allah sedang grooming kamu untuk menjadi benar-benar ikhlas dan sabar dengan penerimaan manusia. Saat manusia berlaku jahat dan menzalimi kamu, maka saat itu Allah sedang memperkayakan diri kamu dengan sifat-sifat mahmudah, memperkayakan diri kamu dengan sabar, lapang dada, ikhlas dalam bersaudara dan banyak lagi sifat-sifat yang baik dapat kamu perkembangkan, lalu membentuk perbadi kamu. Peribadi dan karakter manusia yang baik. Nampak kah kalian dengan apa yang saya ‘nampak’? Sungguh, tiada apa yang bisa merugikan kamu dalam berbuat kebaikan.  Maka berlumbalah! 

Jika kamu berbuat baik, maka kamu berbuat baik kepada diri kamu sendiri, dan jika kamu berbuat jahat, maka itu pun untuk diri kamu sendiri juga. [al isra’; 7]

Menjadi yang pertama dan di tempat asing pula, maka kita memerlukan tenaga yang banyak, kekuatan yang banyak, kesabaran yang banyak, keikhlasan yang banyak, dan semua itu harus di topup dan di recharge selalu di RumahNYA.  Setiap kita adalah Duta, maka perlu berdiam selalu di RumahNYA. Di situ, akan kita temui ruh islamiyyah yang sebenar-benarnya kamu rindu, walau hakikatnya jasad yang di depan mata itu bukan sahabat-sahabiah kamu yang jauh nun di sana. Meskipun, yang  berada di kiri dan kanan kamu adalah mereka-mereka yang sudah lanjut usianya. Tetapi, rasa enak-indah-tenang-bahagia-hangatnya tetap sama bukan? Itulah hadiah dan sentuhan indah dari DIA, benar-benar menyentuh hati kita! 

Kerna itu, sebelum bermusafir jauh di bumi orang, yang pertamanya harus mencari rumah yang dekat dengan RumahNYA, itu adab dan akhlaknya seorang Duta Muslim J, kerna kita sedar di situlah sumber kekuatan kita, Saling cas-mengecas, saling seimbangkan electron di saat bahu membahu merapatkan saff.  Kerna andai (naudzubillah)andai tiba-tiba di uji dengan kejatuhan iman dan hanyut serta makin hanyut, moga-moga laungan dari RumahNYA itu mampu mencarik-carik hati memanggil kita kembali kepadaNYA. Moga-moga, doa-doa.

Dan datang pula persoalan kedua. Apakah kita merasa sendiri kerana hati kita ini hakikatnya sedang sepi? Sepi dalam belaian dan ingatan kepada Illahi? Jika itu pokok masalahnya, maka jawapannya hanya satu : Kembali. Jika malu untk ‘kembali’ dan applikasikan di rumah sendiri, maka ‘kembali’ dan binalah kekuatan di rumahNYA. 

Saranghe, roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa si musafir  yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu kembali ke asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah. 

Teori mudah. Apa rasamu pabila memeluk dan mencium ibumu? Sungguh, tatkala saya memeluk ibu dan mencium tangannya, hilang semua resah di jiwa. Masakan tidak, saya berasal secara biologinya daripada dia.  Mencium dan memeluknya adalah kepulangan saya kepada asal. Maka begitu juga kita dengan Tuhan, tatkala resah membelenggu diri, kembalilah ke asal. Kembalilah ke kampung, kembalilah kepada ayah ibu, kembalilah kepada Dia, Allah yang asalnya dirimu dekat dengan-Nya.

Sesungguhnya nilai sesuatu sering kita abaikan. Sehinggalah ia hilang dari genggaman, baru kita tersedar akan kehilangannya. “Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini, hingga hanya mampu tercelik selepas mati, dan saat itu tiada lagi peluang amal. Tiada lagi peluang menyelamatkan diri…Jangan Kau tarik kembali nikmat manisnya iman dan ruhi kami..”

Jadinya, jangan seksa jiwa dan hatimu. Dia merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. Asalnya yang sentiasa `dekat’ dengan Allah…

Tanyakan kembali.. Kenapa wahai hati? Apa yang sebenarnya menghujam di dasar hatimu? Rasa sendiri  kerana tiada sahabiah di sisi atau rasa sendiri kerana hati kamu itu yang hakikatnya sepi?

… kerna, alone doesn’t mean lonely! 


BEBELAN MUTIARA
1) Rumah Allah, jadikan sebagai hotspot kita untuk recharge iman. Jangan tunggu sampai shutdown neh!
2) Setiap jiwa manusia itu memang cenderung dan suka kan kebaikan. kerana itu adalah fitrah manusia yang di cipta oleh Tuhan Yang saaaaaaaaaangat baik!
3) Saya suka guna tagline ni : Allah saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat Baik! Ulang dan terjemahkan dalam jiwa, pasti tenang dan bahagia! 
4) Setiap orang adalah Duta Islam, jadi mari sama-sama jadi yang pertama dalam hal kebaikan.
5) Cuba cari ruhi kita, entah-entah tengah pengsan kepenatan dengan permusafiran dunia yang begitu memenatkan ini. Cepat-cepat selamatkan, kembalikan ia kepada asalannya.
6) Apa-apa 'rasa' yang datang dalam hidup kita, itu semuanya adalah cara bagaimana Allah grooming diri kita. Pilihan di tangan kita, mahu di grooming atau tak?


Terima kasih Ustaz Saifu| Is|am dan akak Ba|qis untuk pencerahan

Sayang selalu~!

MUTIARA BERNILAI
*ini adalah auto-post, saat kamu membaca ini, saya sudah di pesisir pantai :)
 written on 31 May 2011 @10:06pm
dalam train selepas kelas piano


56 org kaki bebel buat bising:

gadisBunga™ said...

kamu auto publish entry yg bagus saat kamu berada di pesisir pantai.

pahala auto publish. heheh~.

nice entri. GB suka. :D

Bidadari Syurga said...

hurmmm... Saat jasad digunapakai oleh jirim sendiri... "Aku Senyum" pasti akan muncul... Dan kita akan sentiasa tersenyum... saat bila mana jirim@roh bercerita dengan dimensi satu lagi... mungkinkah sama...? Sesungguhnya segala-galanya milik DIA... insyallah... "Aku senyum" itulah yang mampu jasad ulangtayang... kerna lidah kelu untuk menterjemahkan ke arah jasad lain... takut kekalau dijira gila isim...

Aiman Ariffin said...

Dear Mutiara,
Like any other usual post of urs, this post somehow reflect so much on my life here at Brisbane, Australia. Heres a little story for me to you.

So many ask me to stay here and work since I'm not bonded to anyone. Even my parents wants me to stay here. Yes, mostly about the pays here are much better than Malaysia but maybe mostly its about experience.

However, knowing myself. Knowing my limitations. knowing my boundaries. I somehow feel that I don't want to stay here anymore. Not because I'm lonely. Not because I dont have friends or family here. I feel that if i decide to stay here, I'm putting my FAITH at the tip of an iceberg. I know I should have more faith in myself but like I said. Only I and HE knows where I stand.

ANYWAYS! what im trying to say is. Ur post somehow made me realize better on my reaction on the decision to stay here. :) thank you!

atuk said...

Assalamualaikum Mutiara

seronok membaca n3 ini

Wassalam

Afida Anuar said...

My dear mutiara....benar...

saat sahabat baik hilang, ingatkan diri tak betah untuk bersendiri lantaran kuat dia yang sedikit sebanyak memberi kekuatan, rupanya Allah itu saaaaaaaangat baik Mutiara. Ada hikmah segalanya berlaku...

Woofer Storm said...

allah memang baik,tersangat baik.tapi kita selalu menzalimi diri sndiri,walaupun allah sayang kita...sedarkah kita??

Ms H said...

na syg..good job!keep on writing from ur heart dear..'jadi yg pertama mulakan persaudaraan'..kena ikhlas but..hmm mmg kena tanam dlm2

abang bro EL said...

muka tak senyum tapi hati aku senyum...

nurkass said...

salam dik..
lumrah manusi mmg tiada yg sempurna..terkadang merasakn sendiri itu sunyi dan sepi..tapi ada dia yg stia menemani..basahkan lidah dengan namanya..sayunya hati ini..

Kakzakie Purvit said...

Menjadi manusia yg punya akal boleh berfikir ke arah positif tidak pernah cuba mencari kesalahan pihak mana-mana. Mencari kelemahan diri samil bersadar pada Allah kerana dlm apa jua hal DIA juga yg tahu siapa sahabat kita yg terbaik.

Sunah Sakura said...

along... rindunya... dengan detik masa yang telah berlalu...

gadis Semalu said...

Salam Mutiara.

Thanks atas entri pesan-memesan ini.
sangat menyentuh hati.

Doakan gadis Semalu yep (^_^)

ariana said...

Moga kita berpeluang untuk recharge iman dan bertambah lagi keimanan dan takwa kita pd Allah. Ameen.

ORLANDO AHMAD said...

senyum... gua suka hehhee

Cikli said...

Allah uji kita tanda Dia ingat kita

iKhRam said...

jujurnya
saya sudah selesai membaca entry saudari yang panjang lebar ini.. yer.. sungguh peribadi sifatnya..

apapun, saya tidak memahaminya seratus peratus.. kerana yang melaluinya adalah saudari, bukan..?

apapun
bebelan mutiara itu sungguh memberi makna..

bintu haslan said...

waaa...sungguh panjang...tp akak,sy berjaya habiskan:)
setiap ayat terselit makna yg sgt bernilai...indahnya ukhuwah..

juga merindui ruh itu...merindui mereka...huhu

Aretikz said...

Assalammualaikum ya Mutiara

tersenyum membaca en3 yg pnuh makna ini.. apapapun.. Allah saaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat Baik (ulang100x)

jgn dikcilkan kbaikan yg remeh, kerna mgkin itu yg mmbwa kpada rahmat Allah.. ^_^

ini pun boleh jadi calon ustazah pilihan juga ni.. rncngan astro oasis.. ahakz..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

cinta ini...
tulisan kamu buatkan aku teringatkan seseorang yang juga pernah bicara yang sama seperti itu.

tulisan kamu indah sekali ya,mutiara.

senyumSOYA said...

salam akak...
alhamdulillah n terima kasih akak..
suka entri ni..mari sama2 kita recharge iman..(^^~

thanks a lot akak..

ewanthology said...

sedang grooming diri..semoga nampak indah di sisi Allah

sahromnasrudin said...

assalamualaikum ...

panjangnya...brp jam awak mengarangnya ....

ghost said...

wah memang sangat panjang.detail.namun tetap dihabiskan dengan baik.

selamat kembali bila tiba masanya.

Fasihah Supian said...

“Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini, hingga hanya mampu tercelik selepas mati, dan saat itu tiada lagi peluang amal. Tiada lagi peluang menyelamatkan diri…Jangan Kau tarik kembali nikmat manisnya iman dan ruhi kami..” Amin..

Allah sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat baik!

Mutiara Bernilai said...

@ gadisBunga

^__^

indah sgt kat psisir pantai ni,
k|u GB ade, |eh snap pic kan?

Mutiara Bernilai said...

@ Cik Bidadari

^__^
begitu mudah kamu menyusun kata sbegitu indah dear, sungguh, mutiara terkesan :)

Mutiara Bernilai said...

@ Aiman Ariffin

^__^

saya d0akan yg terbaek utk kamu, graduasi kamu, kerjaya kamu, masa depan kamu, cinta kamu, jdh kamu, agama kamu, ke|uarga kamu dan semuanya, insyaA||Ah,, pasti yg terbaek Tuhan beri buat semua hambaNYA,

M0ga2 A||Ah memimpin hati kita kepada keputusan/pi|ihan yang paing Dia redhai,,

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

Afida dear,

yup, A||AH saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat baik!!

Mutiara Bernilai said...

@ Woofer Storm

hu,,
kdg2 mutiara sedar,
kdg2 mutiara xsedar,,

Astarghfriru||ah,,

Mutiara Bernilai said...

@ Ms H

ehe, |ame xnampak k0men kamu terse|it di sini Da,,

syg kamu!

Mutiara Bernilai said...

@ EL MARIACHI

^____^

nah, utk kamu dik,,senyum dari muka dan hati,,

Mutiara Bernilai said...

@ nurkass

sa|am kak nurkass,
zikir,zikir dan zikir,
|ama2 pasti cahaya di hati terser|ah juga di wajah ,,kan?

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

yup, umat is|am kena 0ptimis dan x mudah me|atah,, kan sis syg?

Mutiara Bernilai said...

@ Sunah Mohammad

angahhhhhhhhhhhhhhhhhhh

hu,bukan rindu,,tp dah dying,,
s0 true dying miss kamu semua!

Mutiara Bernilai said...

@ gadis Semalu

sama2 kite bebe|2 utk jaga hati sesama kita neh,

u r aredi in my prayer sis,,

Mutiara Bernilai said...

@ Cikli

k0men kamu ringkas, tp ternyata mampu memberi kesan pd hati sy,

thanks ya!

Mutiara Bernilai said...

@ iKhRam

^__^

thanks sanggup tahan t|inga dengar bebe| mutiara sampai habis,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ bintu haslan

hu, merindui mereka juga,,
merindui ruh itu!

nway thanks sanggup tahan t|inga dengar bebe| mutiara sampai habis,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ Aretikz

aha, x|ayak |a,,
just prepare 4 jd ustazah utk anak2 je nanti,,ceh,mutiara bcakap mcm rg tua p|ak kan,,eheh,,

Mutiara Bernilai said...

@ Pembunuh Tanpa Bayang

^__^

siapa 0rg itu?
mahu juga mutiara kena|,,

Mutiara Bernilai said...

@ senyumSOYA

jum charging!

tq gak utk kamu dear sis,,

^__^

Mutiara Bernilai said...

@ delarocha

mutiara juga sedang gr00ming,
harap2 A||ah suka :)

Mutiara Bernilai said...

@ sahromnasrudin

erk, xsi|ap, xsampai 30-45minit pun, sebab saya tu|is d|m train aje,

hehe, ka|u membebe| mmg |aju sket taipnya,,

*sedang cuba menu|is pendek2

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

gimana ya gh0st,
aku mau bebe| sikit2 aja,
tapi, susah sangat nak pendekkan bebe|an,,,

hu~

Mutiara Bernilai said...

@ Encik Psychopath

semyum,,yum,,yum,,yummy!

ehe,,perasan eh typ0 tu?

Mutiara Bernilai said...

@ FasiHaH SupiaN

amin ya rabb,,

ya, A||ah saaaaaaaaaaaaaaaaangat baik!

betty said...

lama aku tak ke sini..bebelan mutiara itu tetap sesuatu yg nikmt untuk aku.

uh..cantik kah pntai itu?

pecinta_Islam said...

salam persahabatan..sedang sy membacanya terasa seolah-olah sedang mendekati ilmu tasauf plak... :)