17 August 2011

Kembali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 


Serasa yakin akan saya, betapa jika seseorang manusia itu bertekad mahu berubah lebih mendekati Dia dan lebih memuslimkan diri, pasti akan di bantuNYA dengan segala ketertinggian kasih sayang dan maghfirahNya. Ya, tentu sahaja akan di datangi tantangan-tantangan secara emosi dan secara fisiknya, namun halangan-halangan itu datang bersama bantuan-bantuan Tuhan. Yang nyata, tanya sama hati, nekad atau tidak? Sekadar berminat untuk berubah atau benar-benar bertekad untuk itu?

Mendengar kisah wanita anggun yang bertekad mahu berubah- Wardina Saffiyyah, bagaimana dia menyaksikan begitu ramai manusia-manusia baik dan soleh yang telah Allah hantarkan kepadanya- menjadi pendorongnya, menjadi penolongnya di saat dia mulai bertekad untuk berubah mensolehkan diri.

Saya hanya mampu tersenyum sebak. Itulah juga antara kepingan rasa dalam mozaik kehidupan saya, betapa dahulu serasanya sukar dan takut sekali untuk saya memulakan langkah pertama untuk berubah, acapkali terjadi, hanya hangat-hangat tahi ayam sehinggalah saat saya benar-benar tersentak dgn satu peristiwa yang akhirnya mendorong dan menguatkan tekad saya untuk berubah. Dan Alhamdulillah, di sebalik kesakitan dalam berjuang untuk berubah itu (berjuang melawan diri sendiri), Allah hadirkan saya mereka-mereka yang soleh solehah, yang akhirnya berjaya menyentuh lembut hati saya. Malah, saya di tempatkan di kawasan masjid yang aktif dan penuh dengan kelas pengajian percuma dan juga di beri rakan sebilik dan serumah yang juga rupa-rupanya sedang mencari setelah penat tersesat dalam dunia.

Berjinak-jinak dengan Al Quran, dan akhirnya terjumpa ini, 

Quran : 29:69. Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. 

Kan? Sungguh, Allah akan membuka jalan kepada kita, cuma terpulang kepada kita, mahu membuka mata hati atau tidak. Tuhan, dengan lapang tangannya menanti dan menyambut hamba-hambaNya yang ingin kembali.  Terkadang jalan-jalan yang di bukakan Allah untuk kita itu, adalah jalan-jalan yang tidak di sangka-sangka. Contoh, ada orang mendapat kekuatan untuk berubah hanya dengan email yang tersalah hantar. Nampak seperti "si pengirim"nya yang careless kerana tersalah hantar, tapi nyatanya, Tuhanlah yang merancang agar peristiwa itu berlaku. Dia sentiasa ada, yang menjadi soal adalah kita, sudah tekad atau tidak?




Bebelan Mutiara

1) Saya lebih sukakan term 'Kembali' berbanding 'berubah'
2) Selagi nyawa belum di tenggorokan, selagi itu pintu taubat terbuka luas
3) Setiap manusia ada lompang-lompang dan titik kelemahan mereka tersendiri, tiada yang terkecuali dalam proses pembaikan diri. Saya, awak dan mereka, semuanya perlu lebih memuslimkan diri dari sehari ke sehari
4) Berubah sedikit-sedikit. Kalau tadi kita solat lambat, esok kita usaha solat cepat sepuluh minit dari tadi. Jika tak pernah buka al quran, kita bagi buka, belek-belek dan baca tafsiran. Oh, upgradekan sentiasa setiap hari.
5) Sesudah itu istiqamah!
6) Jum menjadi hamba!
7) Hujan lebat. Terperangkap di ofis. Salam Nuzul Quran buat semua :)



Sayang selalu!


MUTIARA BERNILAI

38 org kaki bebel buat bising:

luahfikiran said...

SALAM,
TERIMA KASIH BYK2 ATAS PERKONGSIAN INI. SELAMAT BERBUKA

senyumSOYA said...

maceh mutiara.. saya susah sket nak istiqamah..kdg2 lalai dengan masa yang ada..

maceh sbb mengingtkan utk kembali..
rajin2 tegur2 saya kalaua da buat silap..^^"

Afida Anuar said...

salam my dear mutiara..

berbagai jalan, berbagai cara yang kita baca yang menyebabkan seseorang itu berubah. Alhamdulillah...kepada Dia juga kita akan kembali satu hari nanti..

2 hari lepas tengok kat youtube kisah sham kamikaze..

intan.maisarah said...

saya dalam proses untuk berubah
sungguh
bukan mudah
perli kekuatan rohani dan jiwa

aimie amalina said...

suke bace bebelan hikamh bunda=)
heee
betul
walau sekelumit terdetik dihati utk ke arah Dia
beribu2 jalan Dia bentangkan kpd kita kan?
subhanallah..
Tuhan saaaaangaaat baek!

Bidadari Syurga said...

awak... kalinya entry saya berfikir sesuatu... beberapa bulan lepas... im lost... totalu lost... bukan lost ke belakang harap... kosong dan saya sedar/....... bila berubah untuk imbalan... rasanya tak enak.... bila berubah untuk DIA... rasanya tak tepat... bila awak cakap kembali... saya nak senyumpun ada... lamaaaaaaaaa dulu saya ingat.... awal2 saya 'sakit' saya 'dambakan' dia hanya untuk satu perkara.... tiada lain melainkan satu perkara tu....

p/s: semoga ramadan dan nuzul nie dapat buat hati kita menangis... saya tak boleh 'berlagu' untuk dia hari ini... sekadar 'minum' untuk jrim.... rindu awak.... lama menyepi... harap awak sihat selalu....

Aiman Ariffin said...

Well written Mutiara. As for me, you've been nothing but an inspiration for me. One of my pillar of strength to fight in making myself to be a better Muslim. It's amazing how HE make me stumble upon your amazing blog. I take it as a sign from HIM to berhijrah into a better person :)

fuad ansari said...

yup, kita semua mahu KEMBALI ke kampung asal yakni kampung syurga...

bila rasa mahu kembali kepada jalan yg baik, teruskan.. ketepikan kata2 sinis orang lain kerana kata2 sinis itu tidak membantu kita untuk kembali ke syurga...

SYARIFF HAIKAL said...

SERING MAHU BERUBAH..TAPI KDG2 MASIH BELUM MAMPU MELAWAN NAFSU..TAUBAT SERING DIPIKIRKAN..MUNGKIN HATI MASIH KERAS..TAPI STP HARI X KAN PERNAH LUPA PADANYA..TERKADANG RASA HATI MAHU SGT PETUNJUK ITU DIBERI SPT MRK2 YG TELAH KEMBALI PADA JALAN YG LURUS...MUTIARA..TQ 4 DIS ENTRY.

Mutiara Bernilai said...

@ luahfikiran

:)

terima kasih juga buat saudara :)

Mutiara Bernilai said...

@ senyumSOYA

*angguk kepala*

ya, istiqamah memamg payah, tp di situlah tersembunyi kemanisan dalam beribadah,

insyaAllah sama2 kita bermujahadah :)

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

wkumsalam Afida,
:) ye, bermacam2 cara dan jalan Allah bukakan kpd setiap org.

masing2 ade kisah hidup mereka sendiri kan? :)

Mutiara Bernilai said...

@ intan.maisarah

sara syg,

^_____^

rindu!

hm, yup berubah mmg payah, tp itulah yg membentuk dan mengukir jiwa kita :)

salam mujahadah syg, fighto!

Mutiara Bernilai said...

@ aimie amalina

yup, Tuhan saaaaaaaaaaaaangat baik! :)

Mutiara Bernilai said...

@ Bidadari Syurga

*senyum*

awak, maaf kite dah lame tak update n jenguk awak n kwn2 sume.

insyaAllah wak, sama2 kite usaha neh..usaha untuk 'kembali' utk menjadi diri kita yg dulu..diri kita yg pd awal2 d tiupkan roh.. dan bersumpah dengan DIA :)

:)

Mutiara Bernilai said...

@ Aiman Ariffin

Aiman, sebenarnya saya sendiri tak tahu mcam mana saya boleh sampai ke blog awak. Yang saya tahu, saya suka dengan penyampaian awak yg selalu motivate saya, terasa jujur dan telus. Saya terhutang budi sgt2 dengan kamu sebenarnya. :) Terima kasih byk2!

xpe la, insyaAllah, sama2 kita usaha untuk lebih memuslimkan diri ya! :)

Mutiara Bernilai said...

@ fuad ansari

betul Fuad,
saya sangat2 setuju.

moga hati ni tak mudah 'sentap' pd sinisnya manusia .

Mutiara Bernilai said...

@ penjajah minda

insyaAllah, semua org mampu!

fighto kamu!

Mutiara Bernilai said...

@ SYARIFF HAIKAL


*senyum*

Hafie, insyaAllah, moga dpermudahkan urusan penghijrahan kita.

moga kamu dan saya di berikan hati yang tak penat untuk bermujahadah. Kata org, biarlah sentiasa melakukan taubat, meski kadang kita merasakan taubat kita itu langsung x memberi kesan kpd hati..itu lebih baik berbanding kita langsung tak mahu bertaubat..hati,bisa lembut, teruskan memohon keampunan dan kekuatan, yang tinggal adalah masa, solat dan sabar..jaga yg 3 itu sentiasa..tq hafie :)

ORLANDO AHMAD said...

Bila nak buat baik, Allah komfem akan tolong punyo, hehehe

JOHN AL BUAYAk said...

owh, i nak komen jugak laa bile orlando komen sini,

hmm skang terpulang pada kita nak buat baik ke tak, tapi selalunya kite tak pilih jalan kebaikan pasal banyak ikot nafsu..


meooww

Mutiara Bernilai said...

@ ORLANDO AHMAD

*angguk kpale lelaju*

betul2, DIA saaaaaaaaaaaaaaaangat baik!
Dia konfem tolong.

Mutiara Bernilai said...

@ JOHN AL BUAYAk

eit john :)
puase x? nak whiskas? :)

hmm nafus tu, perlu d kawal kan? hu, Allah bg jalan kmudahan dan sambil2 itu di beri juga cabaran buat kita.. :)


*knape al buayak?

Niena Pengembara Ilahi said...

nice entry,, beristiqamah lam stiap pncarian :)

Niena Pengembara Ilahi said...

nice entry,, beristiqamah lam stiap pncarian :)

Mutiara Bernilai said...

@ Niena Pengembara Ilahi

:) insyaAllah, moge lekatlah amalan dgn peribadi,,

Sunah Sakura said...

kembali kepada fitrah...

teringat saat2 angah kedemaman...dan tiba2 terbuka hati untuk join KRU dengan mengajak along join sekali...dan akhirnya di sana angah temui segalanya tentang hidup..

Al said...

moga kita semua kembali sebelum dikembalikan..

ghost writer said...

berbuat sesuatu sebelum semuanya sudah terlewat.

kembali untuk lebih terbuka.

delarocha said...

keywordnya : istiqomah

Bob Merley said...

Inspiring thought (=
hendak seribu daya...

ika said...

walau apa jua rintangan yg ada , tapi kalau niat kita nak berubah ke jalan Allah , insyaAllah akan dipermudahkan .

:)

Kakzakie said...

Akal dan kudrat telah diberi. Terlalu banyak nikmat Allah berikan pada kita. Muhasabah dan istiqamah selalu.

Kakak agak lemau berblog bulan ramadhan ni sayang... Malu dgn anak yg dah khatam 2 kali...

Pembunuh Tanpa Bayang said...

masih gusar...adakah tempat buat aku nanti?

sifu im said...

oh kembali ngn berubah len err

Encik Psychopath said...

Im not ready. Time will tell.

nahmy said...

benar...utk 'kembali' memerlukan tekad, semangat dan perjuangan..