24 August 2011

Nikah jum!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 



“Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM....”

Itu adalah tersurat. Apa yg tersirat? Yg tersirat ialah,

“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lg ibu bapanya tanggung & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemuMu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus & aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian (Mitsaqon Gholizo: An nisa ayat 21) terus kepada Tuhan. ”
 




Bebelan Mutiara

1. Ini saya edit dari tumblr. Saya tambah bebelan sedikit.
2. Nikah datang bersama tanggungjawab. Ouh, bukan untuk suka2!
3. Jika kita di permudahkan Allah untuk nikah awal, alhamdulillah kerana Allah menjaga kita dari fitnah lelaki (mungkin kerana kita tidak kuat menempuh godaan luar). Namun, jika kita di takdirkan nikah lambat, Alhamdulillah kerana Allah memberi ruang untuk kita mempersiapkan diri menjadi pasangan yang soleh (mungkin kita belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai pasangan).
4. Teringat, ade seseorang tu baru lepas akad nikah, semasa si pengantin perempuan menyalami si pengantin lelaki, si penganti lelaki mengemaskan salaman dan berkata " Kamu sekarang dah jadi amanah abang. Bantulah abang dalam menunaikan amanah abang kepada kamu,".
5. Parting is such a sweet sorrow - DarkHalf





Kalau Mutiara nak nikah nanti, nak bermaharkan hafazan surah ar rahman. agak-agak ada tak yang sanggup? Oh. Tiada. Tak mengapa.

Sayang selalu!



MUTIARA BERNILAI

Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.

54 org kaki bebel buat bising:

Fasihah Supian said...

cecepatlah along menikah. :)

Kakzakie Purvit said...

Fabi ayyi 'ala irobbikuma tukazdiban. Banyak ayat ini diulang-ulang... Siapa yg nak menikah dgn MB kena hafal suroh ar-rohman ini hihi... masaklah dia kena menghafal dik...

Kakak tunggu masa tu masuk dlm blog:)

Mutiara Bernilai said...

@ FasiHaH SupiaN

insyaAllah,,doakan Along spya bertemu semula dgn tulang rusuk along yg 'hilang' sebentar tu,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

akak syg,
hiks2..ade sbb knape surah tu yg di pilih kak,, :) tp xpe la, xde la sampai nak 'paksa' hafaz..saje2 je timbulkan persoalan.. :)

Al said...

surah ar-rahman, sbanyak 31 kali ayat tu diulang...ok tu je yg tau.

Selamat!

Unknown said...

SALAM,
YANG BAIK TU SEGERAKAN !

atuk said...

Assalamualaikum MB

Insyaallah
bertemu jodoh yg soleh

Wassalam

oranglidi said...

mak aih. payah tu mahar. set2 tahfiz je la buleh masuk nmpak nye. hehe.

aamalinaazman said...

bundaaaaaaa
nikahhhh cepat!
hehehehhee
jgn lupe mimito nanti..kiki

fuad ansari said...

kalaulah ada sambungan akad yg macam tu, mau bertambah seram sejuk pengantin lelaki.. (",)

lebih mudah nampaknya wanita utk masuk syurga kan...

tasnim said...

Subhanallah.....like this!

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Indah pesannya..

Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu dan ayah.

Mutiara Bernilai said...

@ Al

eit?ena pun xtau,,eheh..

ape yg selamat?

Mutiara Bernilai said...

@ luahfikiran

insyaAllah, akan usaha untuk di segerakan :)

Mutiara Bernilai said...

@ Rozali

Ya Allah, Alhamdulillah, terima kasih atas doanya.. moga2 makbul, mendapat yg soleh :)

terima kasih atuk phd :)

Mutiara Bernilai said...

@ oranglidi

eerk,,tu soalan je la..bkn btul2 pun nak,.

hm. tp mcm nak. maybe bkn sbagai mahar, but as homework bila dah nikah, isteri n suami masing2 kne hafaz :)

Mutiara Bernilai said...

@ fuad ansari

hm..seram plus cuak kot..

hm..masing2 ade tanggungjawab masing2 kan,,isteri ke, suami ke.. :)

Mutiara Bernilai said...

@ tasnim

:)

mmg itu mitsaqon gholizo kite dgn Tuhan kan dik? :)

Mutiara Bernilai said...

@ Abd Razak

Wa alaikum salam Saudra Razak..

Alhamdulillah, itulah pesannya secara mudah.. :) Moga Allah redha dgn kite semua,,insyaAllah.

Mutiara Bernilai said...

@ aimie amalina

erk,,doakan bunda bebanyak neh..
hu, xlupe, insyaAllah.. :)

Rubiatul Addawiyah said...

wah kamu!!hee..sungguh mendalam kata2 kali ini..kalo ada walimah,jgn lupa jemput saya ye..=)

Afida Anuar said...

kamu sekarang dah jadi amanah abang, bantulah abang menunaikan amanah abang...

ohh.... sebak..

PS: mutiara dah nak menikah ke? Mabrukk mutiara.. jangan lupa jemput akak;)

iKhRam said...

bukan mudah nak mendirikan masjid..

masjid yg kukuh sudah pasti datang dari niat yg betul dan iman yang teguh jugak..

Bidadari Syurga said...

insyallah ada... ada seseorang milik kamu kelak.... sabar ok... hurmmm bebelan kamu di 2nd akhir nyata hebat... teringat....

Aiman Ariffin said...

Dear Mutiara,
I believe that Muslims now take divorce matters too light. Through sms la. Through hp la. Have they forgotten of the holy vow that they made before marriage?

Its upsetting, yes. I hope whenever they have conflicts between each other. Remember back those vows they made and be reminded what awaits for them if they disobey.

SYARIFF HAIKAL said...

HMMM DAN BEGITULAH TANGGUNGJAWAB SEORANG LELAKI..

Muslimah Optimis said...

bagus perkongsian ni.. MO baru je tengah menaip entry pasal Dosa dalam Perkahwinan.. tapi dok mood xmai nak sambung.. boleh linkkan entry ni sekali.. :-)

Sunah Sakura said...

insya'Allah ade tu along... :)

ahmad humairi said...

Selamat pengantin baru
dan
selamat hari raya
maaf zahir dan batin.

Qaseh Dalia said...

suka entry ni .. kalau betul nak hantaran mcm tu boleh je buat hee..

Mutiara Bernilai said...

@ habibi qalbi

bi, banyak walimah kwn2 raya ni,,nak ikut? :)

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar




p/s : erk, sume org dah makin mendekati hari nikah kot. cumanya mutiara sendrik x tau sape pasangan mutiara nati..huk2..

Mutiara Bernilai said...

@ iKhRam

yup. insyaAllah, sama2 kite betulkan niat dan ikhlaskan hati dlm membina masjid,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ Bidadari Syurga


erk, teringat ape ni syg?
hm,,insyaAllah, moga dpermudahkan urusan kita semua :)

Mutiara Bernilai said...

@ Aiman Ariffin

Dear Aiman. Im truly agreed with you!
sekarang tiap2 ari mesti ade penceraian, penderaan isteri, penderaan anak2,,hu,,macam2..hope kita sume org dpt ingat smule 'akad' mereka bila ada masalah kritikal n emosi dlm bekeluarga..

Mutiara Bernilai said...

@ SYARIFF HAIKAL

hm,,isteri jugak ada tanggungjwb derang jugak,,just saya x state kat sini,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ Muslimah Optimis

eh. MO terfikir sal kawen? ehem ehem.. :P

Mutiara Bernilai said...

@ ahmad humairi

erk. Cikgu, saya bukan nak kawin lagi.. T___T saje je tulis sal nikah ni..

selamat hari raya jugak cikgu,,maafkan segalanya ya!

Mutiara Bernilai said...

@ Qaseh dalia adelia


hu,,boleh buat,,tp ade ke yg sanggup?n ade ke yg nak? hoho!~ sian mutiara :P

Liyana Zahim said...

Like tiss one so mucho~

.drakula. said...

ramai bernikah tetapi mereka tidak suka di kahwenkan...

Cikli said...

ada yang baca, terus tak jadi tambah cawangan.

sahromnasrudin said...

Salam Aidilfitri 1432H..Maaf zahir batin..Maaf dipinta andai komen dan pandangan saya sebelum ini telah mengguris perasaan sdri.. Semoga ikatan ukhwah sesame blogger kan semakin erat lagi di Syawal 1432H ini..

HEROICzero said...

haila2 . baru sedar diri tak mampu .


T_____________________T



*Selamat hari raya kamu . Maaf zahir batin .

terokai seni said...

bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

IMANSHAH said...

Sebelas bulan kita kejar dunia,
Kita turuti nafsu angkara.
Sebulan penuh kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan kita sebar dengki dan prasangka,
Sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf Zahir dan batin...

Imanshah, Ipoh-Tumpat, 26 Ramadhan 1432 H

ika said...

kalaulah semua lelaki dapat baca , fahami dan hayati . InsyaAllah .

selamat menyambut Syawal ye akak !

:)

nahmy said...

selamat hari raya 1432H. maaf zahir batin dr saya sekeluarga. semoga ceria sentiasa bersama keluarga tercinta

Pembunuh Tanpa Bayang said...

masih takut memikirkan tentang pernikahan.sedangkan hati ini belum terbuka untuk sidia.bersedia? masih belum tapi kudua belah pihak telah bersetuju.bagaimana nanti? takut.....





dia terlalu baik sedangkan saya ini bukan siapa-siapa.rasa terlalu rendah untuk berdiri di sisi dia.

*sigh

Puteri said...

ada benarnya di situ..

*kisah paling top setiap kali tiba waktu mengunjungi sanak saudara yang jauh...BILA NAK KAWIN