26 July 2012

Haru : 2



Kepala Batas, Julai 2012




" Saya terpaksa juga melayan dan mengikut kehendak dia"
" Dan, kamu redha dengan keadaan kamu berdua begitu?"
Dia membungkam dan mengetap bibir.
" Saya tahu berdosa, tetapi saya takut dia buat benda pelik-pelik di luar jangkaan"
" Contohnya?"
" Putuskan pertunangan dan batalkan perkahwinan"
 Jeda.
" Kamu rasa Allah suka keadaan kamu begini?"
" Kami sudah libatkan banyak pihak, saya nak semua orang gembira"
" Lalu Allah bagaimana?"
Diam. Tiada sahutan.


Haru,
Bila kita berkehendakkan bunga,
Tapi seawalnya lagi kita sudah mencantas akar.
Sedang, 
Tanpa akar, satu bunga pun tidak akan menguntum.
Dan, kamu masih lagi mahu menyisih akar?

Gelar saja aku syadid,
Tapi kamu, 
Jangan di gadai taman di syurga hanya kerana kebun di dunia.

Satu pesan buat kamu,
Sejuta kali buat aku. 




- Buku Conteng, Penang Julai 2012




Bebelan Mutiara 

1) Ini contengan selepas snap gambar di atas (kamera hp je) awal Julai lalu. Baru nak post.
2) Dalam setiap perkara, pasti ada jalan keluar. Putus asa tanpa usaha itu bukan ciri-ciri orang mukmin.
3) Menghidupkan 'sedar' dalam diri sendiri pun sukar, apatah lagi untuk kita usahakan kepada orang lain. Sabar, dan sabarlah dalam bersabar. Moga hujungnya, Allah kurniakan sabar yang paling cantik buat kita.
4) Fasobrun Jamil, bukanlah seputar, "iya, sabar itu indah,"..tetapi ia membawa erti ' sabar yang cantik'.. cantiknya sehinggakan secantik sabar Nabi Yaakub yang hanya mengadu sepenuhnya hanya kepada Allah. Cantik, tanpa di cacatkan dengan keluh kesah dan putus asa.
5) Tanpa redha Allah, redha manusia tiada makna. Dan dengan redha Allah, semudahnya redha manusia juga akan Allah berikan kepada kita. Pernah kau temukan manusia yang biasa-biasa tetapi 'aura'nya luar biasa? Melihatnya sahaja sudah mampu menerima hormat dari kita tanpa di paksa? 
6) Yakinlah, bagi setiap orang yang ingin membersih dirinya dari dosa-dosa, menjaga kehormatan maruah muslimahnya, mahu kembali ke jalan Tuhannya, pasti Allah akan lorongkan kita ke arahnya.. Husnu Thiqah Billah.. 
7)Antara redha Allah dan redha manusia, perlu ada prioriti yang jelas.
8) Phew, panjang juga bebelan kali ni. ~ 





~ Mutiara Bernilai ~



16 org kaki bebel buat bising:

Unknown said...

pernah diuji utk putuskan tali pertunangan dan batalkan perkahwinan


tapi semua itu aturan Allah.terima dengan redha.insyallah bahagia yang menanti

Cahaya Pecinta said...

Ukhti,
Akak sering singgah di blog ini, membaca update terbaru. Salam Ukhwah. Benar.. Cantik/Indahnya Sabar adalah apabila kita benar Ikhlas. Andai itu masih belum ada, selagi itu Allah akn terus merindui Rintihan kita.. Kehidupan sebuah perjalanan yg Indah andai kita Ikhlas dgn setiap perbuatan.. Sabar yg Ikhlas, Niat yg Ikhlas, Perbuatan yg Ikhlas... Insya Allah!
(sekadar perkongsian, secubit rasa penambah perisa, peringatan buat diri yg khilaf ini juga!:)

penjajah minda said...

kita selalu membelakangkan tuhan dalam setiap keputusan.tapi tuhan tak pernah membelakangkan kita dalam setiap keputusan.

aamalinaazman said...

heee.
yee..sgt pnjg tapi begitu jelas maksud tersirat dn tersurat..tampah2 dlm misi pencarian mencari cinta..ecewaaahh ;)

masih bunda, ingatkan..nak usrah dgn bunda..wuwuwuw..

bunda!
selamat hari lahir ;)
semoga rahmat-Nya selalu melindungi bunda ;))

pisau belati said...

jujur...
aku terlalu rindu mahu menulis kembali.tapi setiap kali aku tatap laman gelap ini,akal aku mati hati aku tiasa naddi dan nafas aku bagaai sudah terhent.

banyak hal yang buat aku kusut sendiri.lalu aku memilih untuk sibukkan diri dengaan duniawi.

aku juga rindukan bingkisan coretan bebealan dari mutiara...lama sudah tidak menjengah ke sini...harap kamu sihat ya,kawan.




p/s : boleh aku mohon email kamu?
ini,email belati utus aku jika kau sudi.....

belati_pisau@yahoo.com


yang berkomen:

::aku,pembunuh tanpa bayang malas nak guna nama sendiri.

abang bro EL said...

lama tak singgah sini...ingat lagi ke kat abang bro...hehehe salam ramadhan buat cik pearl...

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Haruan....tidak sama dengan harutu.
hrmmm...ikhlaskan segalanya kerana Allah. Itu amat membantu.

Unknown said...

As salam mutiara,

Hidup jika berpaksikan redha manusia mmg tidak kemana... jiwa resah, hati tak tenang sentiasa stress... Jom sama2 mencari redha ALLAH, spt kata kamu redha manusia akan dtg kemudiannya :))

Mutiara Bernilai said...

>> Titisan Hujan

Setiap apa yg Allah takdirkan kpd kita, pasti itu yg terbaik kan?


Moga Allah merahmati Titisan Hujan dan saya,,dan semua.. :)

Mutiara Bernilai said...

>> Cahaya Pecinta

Subhanallah, indah betul pesanan akak..ikhlas, moga amal itu ia benar-benar bebas menjadi hak mutlak Tuhan,,

Terima kasih kakak sebab singgah sini. salam kenal :)

Mutiara Bernilai said...

>> penjajah minda


Jujur, aku terkesan sekali dengan komen kamu. T___T

thanks btw.

Mutiara Bernilai said...

>> aimie amalina


eheh. mimito yg chumel :)

nak usrah ke? jum!! :)

nway, syukran jiddan dear for ur wish..doakan bunda byk2 tau! :)

Mutiara Bernilai said...

>>pisau belati


Apapun dear,
Di sini,
Saat ini,
sentiasa ada doa buat kamu.
Jujur,
tanpa tipu.

Owh, nanti mutiara email neh.. insyaAllah :)

Mutiara Bernilai said...

>> EL MARIACHI

eheh mestila ingat encek ismeth ni..
cuma, macam segan dah pearl nak menyapa bro..sbb dah tak aktif sgt berBlog skang..

Apapun, jum sama2 kita maknakan ramadhan ni dengan kehambaan yg sebenar,,

Tq el mariachi sbb sudi sapa..

Mutiara Bernilai said...

>> ahmad humairi


baik cikgu.

insyaAllah, sama2 kita ambil pengajaran.. :)

Mutiara Bernilai said...

>> Marya Yusof

wa alaikum salam,.

setujuuuuuuuuuuu! sgt2 setuju.. yang penting, kita pilih redha Allah dahulu kan? :)