28 August 2012

Untuk kamu





Untuk setiap kedutan kulit yang merapat,
Moga Kau rapatkan juga kakinya menuju syurga.

Untuk setiap daging yang menipis,
Moga Kau 'nipis' kan juga dosanya.

Untuk setiap rambut yang memutih sehingga ke hujungnya,
Moga Kau putihkan juga wajahnya berlapisan dengan Nur-MU,

Untuk setiap kali meringkuknya tubuh menahan sakit di tilam,
Moga Kau balasi dengan selesanya berbaring di dalam kubur,

Untuk setiap sel kanser yang memakan tubuh,
Moga Kau gantikan dengan rimbunan pahala dan pengampunan.

Untuk setiap sesuatu yang ada pada dirnya,
Moga Kau memandangnya dengan Rahman dan Cinta..

------------------------------------

Yang namanya itu makhluk ; pasti punya waktu lahir dan waktu mati. 

Al Fatihah.

Eh. Kita bila lagi? 

---------------------------------------

Kerbau di ikat dengan tali, manusia di ikat dengan janji,

dan oh,

makhluk terikat dengan mati.

dah bersedia?
-----------------------------------------

1.  Sisipan
2. Gone so soon.

6 org kaki bebel buat bising:

Cikli said...

Manusia diikat dgn mati secara wireles, sebab tu kita asyik terlupa untuk membayar bill.

the malay male said...

moga moga sudah bersedia menghadapi waktu itu

the malay male said...

moga moga sudah bersedia menghadapi waktu itu

fuad ansari said...

alfatihah...

telah terlepas bebanan kerja dan kesusahannya di alam dunia...

kita??

Titisan Hujan said...

setiap yg hidup akan mati
kita pun

Macy Humaira said...

mati.





sering saja manusia sedar jodoh itu rahsia allah, tapi sang mana saja yang sedar mati itu juga rahsia allah.