16 October 2012

Rahmat Tuhan





Jibrail tertawa, dengan hormat memberitakan kepada Kecintaan Hati Rasulullah, "Aku menyumbat selut dan lumpur dari dasar Laut Mati ke mulut Firaun,"

Lalu di tanya Rasulullah, apa tujuannya Jibrail berbuat 'nakal' sebegitu.

" Allah terlalu maha penyayang, pengampun dan pemberi rahmat, aku takut di saat hujung nyawanya, Firaun mentauhidkan Allah lalu Allah mengampunkannya,"


 *


-------

Lewat El Mariachi, aku belajar tentang rahmat Tuhan, untuk setiap apa yang hadir di dunia, hanyalah 1 bahagian daripada 100 bahagian kasih sayang dan rahman-Nya Dia.

Untuk si ibu ayam yang menjaga anaknya, untuk si manusia berkasih sayang sesama, untuk hujan yang membasah daratan, untuk burung yang berterbangan mencari makanan untuk keluarganya, untuk setiap kasih sayang yang ada : kesemuanya di bahagi bahagi dari satu bahagian Rahmat dari Allah.

1 bahagian sudah cukup mendatang damai, bahagia dan kegilaan di hati kita, bagaimana pula dengan 99 bahagian yang lain?

**

-------

Jujur, sedari awal tadi, aku sebenarnya mahu bebel satu sahaja, " Kamu, jangan putus asa dengan Rahmat Tuhan!,"

-------


* Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam Kitab Tafsir, bab dari surat Yunus, 4/287. Lihatlah hadis ini di Shahih Sunan Tirmidzi, 3/61, no. 3320-3321. Muhaqqiq Jami'ul Ushul (2/192) menisbatkannya kepada Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Jarir, dan Abu Dawud At-Thawalisi.


** Sesungguhnya ALLAH SWT ketika menciptakan kasih sayang, Dia menciptakannya 100 bahagian. disimpan-Nya 99 bahagian di sisi-Nya, dan Dia memberikan untuk untuk seluruh makhluk-Nya satu bahagian. (HR. Thabrani)


Oh, rupanya semalam pun saya ada post blog ya? Aha. Rasa macam dah seminggu tak menulis.


0 org kaki bebel buat bising: