01 October 2012

Wahai saya : Bebel untuk Aku


 Jujurnya, contengan ini benar-benar bebelan untuk aku. Untuk aku bebel, untuk aku baca dan untuk aku fikir semula. Benar, tiada input pun untuk kamu. Maksud sebenarnya - tak perlu baca pun. Eheh.

-------------------------------------------------------------

It is October already.

Wahai saya, Saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan, sama ada bulan hadapan, dua bulan hadapan mahu pun tahun depan. Saya benar-benar tidak tahu apa perancangan Tuhan (baca : Allah) kepada saya, entah-entah di dalam kerungsingan saya memikirkan hal masa depan yang bersifat dunia, ajal terlebih dahulu menjemput saya. Sungguh, saya tidak tahu.

Saya juga tidak tahu, boleh kah saya meneruskan penyelidikan saya (baca : Master by Research)? Dan mereka-mereka di sekeliling juga mulai bertanya diri mereka sendiri, mampukah mereka untuk menyudahkan kajian mereka. Kerungsingan, ketidakpastian, ketakutan, kesulitan, kekangan dan keterbatasan masa semudahnya memudarkan kecintaan dan keterujaan saya di dalam ruang bidang yang amat saya sukai selama ini. Kesamaran halatuju, ketidakcekapan birokrasi kerajaan, ke'sensitivian' subjek kajian, kesukaran mendapatkan kelulusan etika perubatan, kesusahan memperoleh kebenaran penjaga, keterbatasan maklumat dari bidang ini, ulang alik KL- Kelantan, bertindan kerja sebagai pelajar dan kerja sebagai pegawai, projek kajian yang besar, tambahan sub-projek yang perlu di buat, ah. banyak lagi.

Wahai saya, jika kamu mahukan alasan, saya boleh senarai pelbagai alasan untuk saya mengatakan jalan saya ini teramat sukar. Saya boleh katakan : projek saya ini bukan bidang dalam degree saya - dari engineering saya masuk ke neurosciences : totally different, saya juga boleh kata - projek saya ini terlalu besar untuk mereka yang mahu selesaikan Sarjana (Master) kerana saya perlu selesaikan pelbagai contributions dan projek saya ini di cadang utk di tukar ke PhD, saya juga boleh kata - saya penat berulang alik kelantan kl, berurusan dengan pelbagai hospital, hantar itu ini ke sana ke mari which is not my scope of responsibility as student, i do cover staff jobs, i do cover and handle PhD international students jobs and etc, saya juga boleh kata - oleh kerana sukar dan birokrasi terlalu banyak untuk mendapat kelulusan menjalankan eksperimen di Hospital (fMRI), jadi saya juga perlu membuat backup kajian lain, supaya sekiranya sehingga 2 tahun ini saya tidak dapat masuk hospital dan jalankan kajian saya yang sekarang, sekurang-kurangnya saya dapat grad dengan menggunakan my backup project : which is i need to do two different research for my master, saya juga boleh katakan - Supervisor saya bukan ahli di dalam bidang yang saya lakukan, dan saya pelajar pertamanya yang melibatkan dengn fMRI, malah di Malaysia dan dunia penyelidikan menggunakan fMRI boleh di katakan sebagai baru, jadi, ya, saya sendirian tanpa bantuan yang solid, saya juga boleh katakan - kesemua ini tak tertanggung dek diri saya, penat, semput duit, berat badan jatuh dari 41 ke 38 dan masih tetap 38, saya tak menang tangan,masuk makmal 730am balik 645pm, saya terasa sangat busy dan oh saya juga boleh katakan - Ah, Ko ni kenapa sebenarnya? Apa yang ko dok bebel sebenarnya?

Wahai saya, kenapa dengan kamu sebenarnya? Dapat kesan tak, ada sesuatu yang tidak kena dengan kamu? Kamu ini, memang hanya sekadar mahu menyudahkan Master atau apa? Eh kamu ini, sambung belajar kerana apa? Mahu menyenaraikan semua kesulitan tu semua orang mampu, mahu memberikan alasan tu pun semua orang boleh, tapi kamu, sejujurnya alasan itu kau bentangkan untuk siapa? alasan alasan itu kau mahu khabarkan kepada siapa dan mengapa? dan yang paling penting, apa yang sebenarnya kau gundahkan? apa yang kau mahu berontakkan?


Ah. Kalau saja saya benar-benar boleh hadam, ' Yang suka memberi alasan tu hanya orang munafik dan tidak ikhlas; kamu begitu kah?'

Sayang, kau gundahkan kehidupan sedang setiap hari kau memohon di panjangkan umur, kau gundahkan hal pelajaran - sedang dahulu kau yang berdoa dengan sangat agar berjaya di terima untuk teruskan Sarjana, kau marahkan kesulitan - sedang dahulu kau juga yang pinta kesabaran dan kematangan akal , kau marahkan kesibukan jadual - sedang kamu juga yang berdoa supaya di jauhkan dari perkara yang tidak bermanfaat, kau geramkan karenah manusia dan kelambatan birokrasi - sedang dahulu kamu sendiri yang meminta agar Tuhan (baca : Allah) mendidik kau untuk lebih mengenal dan memesrai manusia, kau kecohkan perihal kepenatan - sedang dahulu kau pohon dengan sangat agar setiap sen yang kau peroleh itu berkat nilainya di mata Tuhan (Allah), biar setiap sen itu berbaloi dengan kerja yang kau buat, kau keluhkan dengan tiada bantuan dan kau tidak ahli di dalam bidang tersebut - padahal setiap hari kau panjat Iyya kana' budu wa iyya wa iyya kanasyta'in dan kamu juga yang pinta kejayaan dan keberjayaan. Lupa mungkin, apa yang ada ini sebenarnya adalah harapan dan doa kita pada masa lalu, yang mungkin juga kita sendiri sudah lupa,tetapi Allah tidak pernah lupa. Dan mungkin sahaja apa yang kau panjatkan hari ini, akan Allah tunaikan di kemudian hari, di hari yang seperti hari ini : hari yang kau sudah lupa apa yang kau doakan.

 Apa kata, wahai diri, ambil masa dan ambil pensel serta kertas. Kau lakarkan segala hal yang menjadi racun dan segala hal yang menjadi baja mengapa kau dahulu memilih jalan ini. Pesan mak, bila kita bermasalah di pertengahan jalan, acapnya berlaku kerana kesilapan di awal perjalanan. Mungkin sahaja kita meletak hujung jalan ini hanya pada dunia, maka kesungguhan kita juga akan berubah seperti mana sifat-nya dunia, tidak kekal, tetapi seandainya Allah yang di jadikan hala tuju terakhir kamu, dengan izinNya, walau ada masa kau jatuh dan mengeluh gundah, ia-nya tak lama, kerana kau tahu perjuangan kau bukan perjuangan untuk habiskan Master bukan juga sekadar untuk habiskan Phd malah bukan sehingga kau berjaya menjadi Researcher atau pensyarah,,tetapi perjuangan kau adalah perjuangan untuk menggemilangkan islam dengan kecemerlangan ilmu (Meski kau tahu Allah tak perlukan kita pun untuk tinggikan islam), perjuangan kau adalah perjuangan menyelamatkan diri dari neraka Allah dan paling inti : perjuangan kau adalah perjuangan untuk melihat wajah-Nya. Harus juga kau sedar, cita-cita kau adalah seharusnya ingin menjadi Ahli Syurga dan mungkin untuk diri kau : kau cuba menggunakan jalan ilmu. Lalu, untuk setiap apa yang datang, kau kutip-kutip dan kutip, moga nanti  boleh melengkapkan resume/cv kau untuk menjadi ahli syurga. Mengerti?


Satu contengan di satu hari : 2011

Wahai saya yang saya sayang, saya doakan 'saya yang saya sayang' ini akan tetap tetap aja berjalan, ada masa kau kuat - kau usahakan jihad kau, ada masa kau lemah - kau mengadu kepada Dia. Allah mengisi kegundahan kita, kekosongan kita, kesedihan kita dengan memperkenalkan solat dan doa, kerana Dia seawalnya tahu, kita tetap perlukan ruang untuk membebel dan merengek. Dia tahu..

Dan satu lagi wahai saya, aku doakan moga jalan ini menemukan kau dengan bukan sahaja ilmu, tetapi hikmah. Moga sabar kamu makin tebal, akhlak kamu makin tertib, bicara kamu makin lembut, hati kamu makin merendah, tangan kamu makin ringan, simpati kamu makin tinggi, ikhlas dan taqwa kamu terbentuk, murah hati kamu makin ada, moga diri hamba mu semakin hamba dan mendamba, dan moga jiwa kamu makin terbentuk cantik dengan segala macam hikmah yang Tuhan didik di sepanjang perjalanan ini. Aku doakan kamu wahai saya!



Mutiara Bernilai 1 : Sesiapa ada part time job nak bagi saya dan kawan saya ?
Mutiara Bernilai 2 : Ini bebelan yang ditujukan khas buat diri saya sendiri. :D
Mutiara Bernilai 3 : Pray for me guys! Saya yakin semua orang mahu malaikat doakan diri kita kan?

9 org kaki bebel buat bising:

ghost said...

membebel pasal kecelaruan pilihan ker aper ni? tenang, dan jalani dulu mana yang ada. rancang tetap rancang. tapi jangan sampai kusut

aamalinaazman said...

wahai bunda ku cyg ;)


lumrah manusia itu sndiri mendidik dirinya, memujuk dirinya, memaksa dirinya, menekan dirinya untuk menhadapai tiap saat itu..

andai bebelan ini mampu menenangkan hati itu menjadi lebih kuat..
insyaAllah, semoga yg terbaik itu selalu mengiringi mu ;)

saya yakin dengan bunda saya !
yay!
sebb bunda saya pernah menhadapi saat yg lbh getir dari ini..
maka, lalui nya sekali lagi bunda,

chayok2! :D

kami syg bunda!

marzuki said...

May Allah ease you in the journey you've set for yourself, Mutiara. (:

(Btw, really loved the flowcharts and maps and the content! I've always wanted to write my goals down but never found the time to do so.)

[ EA ] said...


oh,baru perasan contengan itu sudah hampir setahun umurnya (2011).

terapi kasih sayang menantimu di kajang. meh cni peluk ckit *hugsss*


p/s:
setuju dgn aimie. tau kamu pernah lalui lebih dari ini. cuma mungkin Allah nak tarik kita balik sebelum makin jauh kerana DIA sayang kita. Bukankah kita mohon cintaNYA dan ini tanda cintaNYA buat kita. Allah sangaaaat baik kan kamu kan :)

oranglidi said...

aku doakan ko berjaya.

Yakin Boleh! Caiyok.

Rubiatul Addawiyah said...

ena!tabahlah wahai teman..perjuangan pelajaran kita masih jauh berliku-liku..
sebab Dia tahu kamu tabah lah,Dia menguji kamu..

~sayang kamu,ena~

Unknown said...

ini pesanan utk diri TH jugak ni
moga MB berjaya menyiapkan kajian. insyallah..Allah bersama orang yang ikhlas menimba ilmu.


buat satu persatu. nanti siap juga tu

huda said...

na!sorry for being unsensitive to you..ada masalah meh cni dear..telinga aku ni well function lagi nak dengar:)listen to me nanana u can do it!something great not come so easily kan?eceh
love youuu

Mindaberbisa said...

Allah dah pilih akak atas apa yang akak fikirkan dan mahukan dari pintasan akal dan keinginan jiwa.

Akak sedang menjalani untuk mengorbankan jiwa dan segalanya untuk mendapatkan sesuatu.

Banyakkan diam, berzikir pinta pertolongan ALLAH dan banyak muhasabah diri selalu agar setiap detik yang bersisa dapat memberi manfaat dan menjadikan akak lebih menghargai.

Kenanglah saat-saat susah untuk mendapatkan sesuatu dahulu. Betapa susah untuk bangkit dan berapa banyak titis air mata yang jatuh.

Akak hampir menggapainya setapak aja nanti. Tak lama kak.

Ucaplah Syukur alhamduillah.