26 October 2009

Coretan buat kamu

Coretan ini saya tujukan buat kamu,kamu dan kamu yang berkenaan. Sejujurnya saya benar-benar memohon kemaafan atas ‘kehilangan’ saya yang menimbulkan tanda tanya beberapa orang, saya mohon maaf, tak terlangkah kaki untuk bertemu kalian, tak tertaip mesej untuk membalas mesej kalian, tak terjawab sapaan di ym tak..tak.. dan banyak lagi tak. Punya kekangan yang begitu menghimpit, sehinggakan saya tak mampu memegang tangan-tangan kalian, maaf dari saya. Saya benar-benar terhimpit dalam menjadual masa, saya cuba mencuri masa di dalam bas untuk menaip ini buat kamu,harap sedikit sebanyak dapat membantu. (malam saya kesiangan,siang saya juga kesiangan)

SELAMAT DATANG KE DUNIA ITU!



Selamat datang! Selamat datang ke dalam dunia yang penuh dengan air mata dan pengorbanan, selamat datang ke dunia yang menguji setiap apa yang menjadi kesayangan dan kecintaan kita, selamat datang ke dunia yang membuat kita terduduk menangis sendirian, selamat datang ke dunia yang merealitikan kesabaran dan ketelusan di hati, selamat datang ke dunia yang mencarik-carik jiwa, selamat datang ke dunia yang terkadang membuat kita serik dan ingin lari. Selamat datang!

Buat si penerus penegak dunia, kuatkan hatimu, pasungkan akidah perjuanganmu sekukuh-kukuhnya, jadikan segala yang menghujani dan menghentam kamu itu sebagai satu pukulan yang akan memasakkan lagi akidah perjuanganmu sedalam-dalamnya, jadikan kesakitan itu sebagai pemangkin yang merapatkan lagi kamu dengan DIA dan jadikan cinta itu sebagai satu kegilaan untuk kita terus mara menegakkan Yang Hak.

Hidup kita bukan semata untuk diri kerna jika sebegitulah pendirian kita, maka tiada bedalah kita dengan haiwan ternakan yang hanya memikirkan makan dan tidur,tetapi hidup kita punya peranan yang penting buat ummah wahai kamu..Hidup kita juga bukan sekadar untuk bersenang lenang kerana sesungguhnya tujuan kita di hidupkan juga atas dasar ingin menguji.

Maka, ayuh, gembiralah dengan ujian ujian yag melanda. Usah di gusar dengan ujian, namun gusarlah jika kita salah dalam menangani ujian. Lupakah, sesunggunya Allah swt itu tidak zalim dan tidak akan pernah berlaku zalim pada hambaNYA, maka sudah pastilah apa sahaja ujian yang dihamparkan kepadamu itu amat sesuai dengan kemampuan dan kesanggupan dirimu. Kamu mampu,kerana itu Allah berikan ujian itu buatmu.

Jadilah ibarat Abu Bakar yang menangis ketakutan dek kerana beliau sudah dua hari tidak di uji oleh Allah swt… jadilah seperti beliau, kerana sesungguhnya bersama ujian itu terselit hikmah kasih sayang Tuhan. Kerana bersama ujian itu tertumpahnya cinta dan belas dari Allah swt. Kerana bersama ujian itu terletak kerendahan hati seorang hamba. Kerana bersama ujian itu terletak kebergantungan tinggi kepada pencipta. Kerana bersama ujian itu terletak teguran buat hambaNya yang lupa. Kerana bersama ujian itu akan terjana ketahanan(antibody) iman seorang yang bergelar hamba. Kerana sebagai hamba, kita benar-benar menyakini bahawa apa sahaja yang datang dari Allah swt adalah yang TERbaik untuk kita. Maka berlapang dadalah, maka terimalah dengan senyuman dan kerendahan hati sebagai seorang hamba yang memerlukan ‘training’ dariNYA.

Maka lepaskanlah segala yang bukan hak milik, lihatlah segala di sekeliling kita dengan mata hati, sesungguhnya kita tidak pernah punya apa malah iman di dada ini juga boleh sahaja di tarikNYA serta merta. Sahabatku,benar, selamanya kita bergelar hamba.. selamanya.. maka lepaskanlah rasa memiliki.. lepaskan rasa ingin bebas dari ujian kerana sesungguhnya ujian adalah penguat kecintaan antara kamu dan Tuanmu.. Apakah engkau tidak mahu dekat dan melekat denganNYa? Bukankah kita di cipta untuk di uji, jika hati enggan untuk di uji maka apa ertinya hidup kita ini disisiNYa?

Tersenyumlah! Berbahagialah! Berbahagialah kerana kita belum lagi di uji dengan akidah kita sendiri. Berbahagialah kerana akidah kita adalah DIA! Berbahagialah kerana Allah itu tuhan kita! Berbahagialah kerana kita masih ada DIA!

Cukuplah Allah mejadi motivasi terkuat kita.. cukuplah cintaNya itu membuatkan kita mabuk dan seolah-olah gila bayang dalam perjuangan! Ya, gila bayang untuk menjadi kekasihNYA.. gila bayang untuk menempa sekudus gelaran syahid!

Ah! Cinta ini benar-benar buat saya gila!



Philosophia muda,

Mutiarabernilai/lu’lu il maknun

MaraLiner JB-Kuantan

1:45pm

2 org kaki bebel buat bising:

Siti Hasunah Mohammad said...

along sayang...jazakallah...coretan kat sini menggugah jiwa yang rindu pada al-Khaliq..

Anonymous said...

tuliusan ni buat saya jd btambah rindu dgn kamu. sudah lame tak mendengar butir2 nasihat dan tarbiyyah dari kamu. saya rindu dgn seorang sahabat yg sebegitu menenangkan jiwa dan sebegitu penyayang sperti kamoo.