02 November 2009

Si gadis itu datang mendekati saya, dengan wajahnya yang sebegitu mendung,seolah-olah tidak mampu di tahan lagi. Saya meraikannya dengan senyuman lembut sambil memegang bahunya, lantas serta merta si gadis itu membenamkan wajahnya ke ribaan saya, menangis teresak-esak sambil bercerita,-

" Kak, saya tahu saya dah buat silap, tetapi saya seolah-olah seronok pula. Saya tahu perbuatan saya itu mengundang murkaNYA, tetapi saya jadi keliru kak. Kami hanya rakan sekerja, tetapi terkadang saya sudah mula membuka ruang, saya sudah semakin berani bergurau mesra malah bergelak ketawa bersama rakan sekerja yang bukan muhrim. Benar, saya masih menjaga batas saya, saya masih menjaga keperibadian sebagai seorang gadis yang bersopan santun, tetapi 'malu' saya sudah makin menipis, ghadul bashar saya sudah semakin pudar.

Memang dari pandangan kasar dan luaran saya masih kelihatan menjaga diri, tetapi hati saya bisa mengesan kesan-kesan maksiat itu, hati saya sudah mula memberontak, hati saya merengus kasar atas perbuatan saya itu malah terkadang saya sedih dengan diri saya sekarang. Saya rindu saya yang dahulu, saya rindu hati saya yang dulu, tetapi saya seolah-olah sukar mahu kembali semula.

Memang kami bertemu dan berbincang perihal kerja, namun di sepanjang proses itu di isi dengan perkara-perkara yang DIA murka, saya menjadi lalai, saya menjadi leka malah saya seolah-olah bukan saya lagi. Saya rindu 'malu' saya! Tolong saya kak, saya tahu saya silap, tapi.. "
Dan gadis itu tidak meneruskan kata-katanya tetapi terus menangis. Menangislah. Kerana aku tahu, gadis itu tidak memerlukan nasihatku, gadis itu sudah nampak sebenarnya apa yang membenak di hatinya dan dia sendiri tahu jalan pulangnya bagaimana. Well, womens tend to share. Itu memang benar. Dan aku juga benar-benar memahami bahwasanya pertolongan yang gadis itu harapkan dariku hanyalah sekeping hati yang mendengari beserta memahami akan kancah kemelut hatinya. Baiklah,jika itu yang kamu mahu.




Kemudian datang pula seorang anak gadis bermata bulat dan berwajah manis mendekati saya, lalu perlahan-lahan meletakkan kepalanya di bahu saya. Senyap. Beliau hanya senyap membisu. Saya meletakkan tangan saya di atas bahunya. Memegang, mengusap lembut dan akhirnya saya biarkan gemgaman tangan saya kejap di bahunya. Kemas. Dia tetap membisu, perlahan-lahan saya dapat rasakan ada air hangat membasahi bahu saya, menembusi tudung yang saya pakai. Menoleh melihatnya, dia hanya menangis tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Lantas ku alihkan tangan, hinggap dan mengusap lembut kepalanya. Saya kenal benar gadis ini, kenal bagaimana perilaku marahnya, perilaku sedihnya, perilaku rajuknya malah saya kenal dan tahu bagaimana untuk melenturkan hatinya. Lambat-lambat si gadis ini menyusun kata,

" Kak, saya ada seorang abang. Tetapi bukan abang yang muhrim, namun sudah saya anggap dia sebagai seorang abang, macam abang yang muhrim. Saya bebas bermanja dan bergurau dengannya, sebab saya benar-benar menganggap dia sebagai seorang abang. Sejujurnya, saya sangat menjaga perilaku dan batas saya jika saya berdepan dengan mana-mana lelaki ajnabi, saya memang tidak akan bergurau, tidak bermesra dan bergelak ketawa jika berhadapan dengan mereka. Tetapi dengan si abang ini, saya jadi lain, bukan kerana saya menyayanginya, benar kak, saya langsung tidak mempunyai sebarang perasaan dan keinginan kepadanya, saya benar-benar menganggap dia sebagai seorang abang, saya sayang dia macam saya sayang abang saya. Dan saya tidak berperasaan seperti orang bercinta.

Tetapikan kak, saya tahu, dalam islam mana boleh macam tu. walau apa pun, walau saya tidak mempunyai sebarang perasaan kepada dia pun, saya tahu itu sudah melanggar batas-batas seorang muslimah terhadap ajnabinya. Entahlah, mungkin saya tidak merasa ada salahnya dalam perhubungan ini kerana saya tidak mempunyai perasaan padanya, tetapi ada sesuatu yang berbolak balik dalam hati ni. Agaknya hati saya sendiri tidak suka dengan perbuatan saya ni.

Betullah, bukankah Allah suruh kita jaga batas antara lelaki dan perempuan ajnabi. Apa-apa pun, dia tetap ajnabi saya. Jika saya bergurau dan bermesra dengan abang sebenarnya saya, saya dapat pahala.. tetapi jika saya bergurau mesra dengan abang yang ajnabi ini, saya yakin pasti membawa fitnah dan dosa. Saya tahu semua itu, tapi..tapi.. kami langsung tidak mempunyai perasaan dan tidak berniat buruk..

Tapi.. saya tahu, itu tidak boleh di jadikan alasan kan kak? tapi.. hu,entahlah kak.."

Dan akhirnya, dia hanya menangis dan menangis di bahu saya. Tidak lama kemudian, dia bangkit tersenyum, membetulkan tudung, mengesat matanya lalu berkata,

"Kak, doakan kami kuat!"

Dan saya tersenyum. Saya tahu kamu semua kuat, malah lebih kuat dari saya. Saya tahu kamu semua sudah tahu jalan pulang,namun hanya mengharap sedikit cahaya dan bateri dari insan sekeliling.  Saya sebegitu yakin dengan unsur kasih sayang, kerana Allah itu Maha penyayang. Berilah kasih sayang, berilah sentuhan semangat kepada setiap insan di sekeliling, kerana saya yakin kita semua juga begitu.

                                                               ****************

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.(Al Isra' : 32)

Kenapa Allah swt menggunakan perkataan mendekati? Kenapa tidak Allah perintahkan, Dan janganlah kamu berzina? Apakah perkara-perkara yang mendekati zina? Zina adalah pengakhiran, tetapi apakah permulaannya?


Yok, kita sama-sama menjaga diri :) Sesungguhnya saya juga tidak mahir dalam menjaga sebuah ladang bernama hati ini . :(





“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.
Ya Allah, apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dari apa-apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia sebagai kekuatan bagiku tentang apa yang Engkau cintai, dan apa-apa yang Engkau singkirkan dariku dari apa-apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekosongan bagiku tentang apa yang Engkau cintai. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku, dan air dingin saat dahaga.
Ya Allah, buatlah aku mencintai-Mu, malaikat-malaikat-Mu, nabi-nabi-Mu, rasul-rasul-Mu dan hamba-hamba-Mu yang shalih. Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti yang engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap hatiku dan ridha kapada-Mu dengan segala usahaku. Ya Allah, jadikanlah segenap cintaku bagi-Mu dan seluruh usahaku di dalam keridhaan-Mu.” (HR. Tirmidzi dan Ahmad)

Allahumma Amin.. Allahumma amin.. Allahumma Amin

p/s : guruh dan ribut kuat tika ini, Ya Allah, moga-moga Engkau mengampuni dosa kami, moga-moga Kau simbahkan rahmat dan pengampunan kepada diri kami, moga-moga hati ini sentiasa sejuk dan lembut untuk bersama denganMU sepertimana sejuknya air hujan yang meresapi tetanah bumi skudai ini.
 

~ mutiara bernilai~
markaz tarbiyyah 223
5:45pm

3 org kaki bebel buat bising:

Anonymous said...

kak............... mehla dtg sini. rindu.

Anonymous said...

air mata mngalir lgik

-NHY-

Mutiara Bernilai said...

anonymous1
sape nih.. meh la datang bilik akak :).. xpe2 insyaAllah,kite p mkn sesame neh nati..

anonymoyus2
NHY? maaf,xdpat nk figure out sape .. :) nway yok sesame kite kuatkn diri :)