09 December 2009

Fikiran itu cermin

Alah,budak-budak ni semuanya hipokrit. dalam kem semuanyalah nak tunjukkan team work,ukhuwah,dan semua tu. Tapi habis kem nanti, mereka buat semula benda-benda tak baik tu.
Saya benar-benar tersentak.
Kenapa anda cakap macam tu?
Saya yang pernah juga merasai kem motivasi dan peningkatan diri seperti itu turut menyelidiki diri saya sendiri. Adakah saya dahulu bersifat hipokrit?peserta-peserta yang lain?Ah! tak terlintas langsung persoalan hipokkrit di fikiran saya sebelum ini. Bisakah hipokrit terjadi?

Biasalah,mood kem,semua nak tunjuk displin dan teamwork yang baik.hipokrit semuanya.
Mata saya membulat,tak tertelan air liur ketika itu,apatah lagi apabila mendengar ayat terakhir dari beliau. jadi,adakah saya di label hipokrit juga? dari kaca mata apakah bacaan hipokrasi benar-benar boleh di ambil kira? tak pentinglah tanggapan beliau jika menganggap saya juga turut hipokrit kerana saya tahu siapa diri saya ketika itu,cuma yang lebih saya bimbangkan jika..
kak, if u said so, does it means that  you are also being hypocrite?
Beliau tertunduk. Diam-diam,saya cuba melunakkan suara, melembutkan bicara,
Saya percaya, apa yang keluar dari mulut kita sebenarnya menggambarkan siapa diri kita. Mungkin benar ada yang hipokrit tapi sejauh mane kebenarannya bukanlah tugas kita untuk menentukannya. Saya faham, mungkin luahan ini hasil kebimbangan anda terhadap peserta,maka kita semua kena fikirkan bagaimana nak menghadirkan hati dan diri mereka untuk benar-benar ingin melestarikan matlamat kem ini,tetapi jika luahan tadi sekadar terjahan prasangka,maka sebaik-baiknya perlu kita elakkan

Beliau terdiam dan saya pun terdiam. Adakah saya pula yang sedang berprasangka kepada beliau? Ya Allah,jauhkanlah kami dari prasangka buruk yang dapat memecah belahkan ikatan persaudaraan kami ini. Saya masih ingat sebuah hadis yang di bacakan  ketika kuliyyah Hadith oleh Ustaz Othman,
Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, ” Jauhkanlah dirimu dari prasangka buruk, karana sesungguhnya prasangka itu adalah perkataan yang paling bohong.” Hadis Muttafaqun’alaih
Angin petang menyapa pipi,perlahan-lahan sebuah cerita di sebuah seminar fahaman dan idealogi menerpa di ke telinga saya,terngiang-ngiang lagi suara si panel yang menceritakan..




Al kisah di sebuah negeri damai permai maka tersebutlah kisah tentang dua orang.

Seorang, sang abid yang sangat-sangatlah kuat beramal. Setiap malamnya tak putus dengan qiamulail. Katanya,"Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud)." 

Dan seorang lagi adalah pencuri yang istiqomah dengan kerjanya. Setiap malam kerjanya mencuri dan mencuri. Namun ironinya, walaupun memilih pencuri sebagai profesion tetap. Pencuri ini jarang sekali meninggalkan solat jemaah."Inna solata tanha anil fahsya wal munkar", katanya.

Satu hari di dalam masjid, ketika menuggu masuk waktu. Lazimnya mereka akan bersandar di tiang masjid. Si Abid di tiang kanan, si Pencuri di tiang kiri.

Dan setiap kali saat menunggu azan…

Si Abid bila melihat hamba Allah di tiang kiri (si pencuri) masjid dalam hatinya berkata,
"Oh orang tu mesti macam aku, penat berqiamulail sebab tu la tersengguk-sengguk mengantuk".
Si Pencuri pula bila melihat hamba Allah (si Abid) di tiang kanan masjid dalam hatinya berkata,  
"Orang tu mesti macam aku, penat mencuri malam-malam sebab tu la tersengguk-sengguk mengantuk"
Sidang seminar ketawa besar,dan sesudah itu Sang Panel berkata,
Begitulah faham,yakni fahaman. Fikiran adalah cermin



mutiarabernilai,
Taman Nisa Ud Dakwah,
Skudai

0 org kaki bebel buat bising: