23 August 2010

Cinta yang terlupakan~



Sebut sahaja, Kisah Romeo dan Juliet / Kisah Titanic / Kisah Laila dan Majnun / Kisah Kassim Selamat/ Kisah Mumtaz dan Shah Jehan / Kisah Lady D ( Princess Diana) / Kisah cinta-cinta yang lain, pasti kita semua tahu, malah mungkin terasa seolah-olah hidup rasa dan watak itu dalam diri.

Namun, berapa ramai pula dari kita ( termasuk penulis) merasai cinta yang agung ini ( Selepas Cinta Allah swt) ?

Siapakah yang benar-benar merasai sepenuh hati akan Cinta yang di curah itu?

Cinta yang membuatkan kita sendiri tidak senang duduk apabila memikirnya..

Cinta yang membuatkan dada terasa ingin pecah menahan esakan dek kerana mengenangkan pengorbanan dan ketulusan Si Pecinta kepada kita...

Cinta yang bisa membuat kita nanar apabila mengetahui Si Pecinta mencintai kita meskipun belum pernah menemui kita malah melihat kita,..

Cinta yang benar-benar ikhlas terhadap kita.. Ah, hati, mampukah kau merasainya?


Hidup hanya sekali, maka hargainya dengan nilaian yang lebih tinggi. Kita hidup untuk mati, maka persiapkan untuk mati itu, bukan semata-mata untuk hidup, kerana kita hidup bukan untuk hidup tetapi untuk mati. Mengertikah wahai hati!~

cinta, cinta bisa buat kita gila, cinta bisa menjadi motivasi terkuat kita. Tidakkah kau lihat, betapa seorang anak muda sanggup buang keluarga demi cinta? Tidakkah kau perhati, betapa seorang ibu sanggup berlapar untuk anaknya demi kerana cinta? Tidakah kau sedari, betapa seorang isteri sanggup duduk diam di rumah medidik anak2 dan menjaga rahsia serta aib suami dek kerana cinta? Malah tidak kah kau kesani betapa barisan mujahidin sanggup mengorbankan nyawa dan harta juga demi kerana cinta? Ah, cinta bisa buat kita gila, ayuh jangan perendahkan martabat cinta kalian! Cinta boleh membuat kita jauh dariNYA malah boleh juga buat kita dekat denganNYA~

mutiaraBernilai
230810
611pm
~ Tuhan, leraikanlah dunia yang mendiam di dasar hatiku~

0 org kaki bebel buat bising: