07 September 2010

Saya masih belum bersedia..

Semakin hari, semakin ramai yang mengingatkan ..
Semakin hari, semakin ramai yang mengucapkan..
Semakin hari semak ramai yang bertanya mengenai persiapan..
Semakin hari, semakin ramai yang bertanya tentang baju,hidangan besar dan sebagainya.

Ah!

Sejujurnya aku masih belum bersedia!
Belum bersedia!
Belum benar-benar pasti bahawa diri ini bersedia untuk meninggalkan Ramadhan yang kian surut bilangan harinya..
Belum lagi diri ini benar-benar kembali kepada fitrah penciptaan diri ke muka bumi ini..
Belum lagi nafsu dan diri ini bisa tunduk lumat sesuai dengan kelayakan fitrah sebagai seorang hamba..
Belum lagi diri ini pergunakan Ramadhan ini sebaik habis bagi benar-benar mendidik hati bergantung dan cina sepenuhnya kepada ILLAHI..

Aduh,

Bisakah kalian mengerti, betapa rawannya dasar hati ini..
Allah, maafkan kelalaian aku yang gagal menggunakan Ramadhan ini sepenuhnya bagi benar-benar kembali kepada Fitrah insani..

Allah..Allah..Ya Allah..
Bisa sahaja dengan kuasa dan keagunganMU untuk menjadikan satu saat itu menjadi seolah-olah 24jam.
Berkatilah setiap saat Ramadhanku yang berlalu~

Belum bersedia untuk menyambut Aidil Fitri kerana diri ini belum layak untuk menyambutnya, Ya Allah..


...... MutiaraBernilai........
Darul Baiti, Kuantan

0 org kaki bebel buat bising: