15 August 2010

persis boneka barangkali~

Menyelak helaian hari hari kehidupan yang entah layak atau tidak untuk di katakan sebuah perjuangan. Seharusnya setiap mukmin setiap hari perlu sentiasa meneliti turun naik graf 'kenikmatan' dalam berubudiyyah, pernah mungkin kita merasa zouq dalam berubudiyyah, malah hilang larut dalam kekhusyukan keindahan nikmat beribadat, mekar membunga ketenangan dan kebahagiaan dalam diri, menyinar cemerlang memerangi zulumat noda dan tipu daya syaitan.. teresak meraung menulusuri setiap bait al Quran, senyum tenang mendepani mehnahNYA malahan hidup terasa lapang dan begitu indah sekali meski ujian demi ujian datang menghujani

Bahkan, pernah mungkin kita semua merasa akan kehilangan nikmat 'ubudiyyah dan amalan, rasa nikmat yang kian hilang,, pudar seiring dengan waktu yang berlalu, amalan terasa beku tak bernyawa, sujud-bangun-rukuk tak mampu menggerakkan jiwa, bertakbir- namun hati tak mampu membesarkanNYA, bertahmid- namun hati tak mampu untuk benar-benar mensyukuri dan meredhai setiap qada dan qadarNYA, menyebut asmaNYA- namun hati tidak berdetik gementar walau sesaat. Baring-tidur-duduk tidak lagi di lihat sebagai ibadah kepadaNYA..Ah! persis boneka yang tak punya rasa dan jiwa!.. huh, ibarat binatang ternak yang hanya makan dan tidur!

Allah,Allah,Allah.. Ke manakah perginya nikmat itu..

Ayuh, kita perjernihkan semula, mungkin selama ini kita tersombong sebentar di saat sedang di hujani 'nikmat'nya sebuah 'ubudiyyah. Melihat segalanya datang dan berhasil dari usaha serta jerih perih diri semata-mata, walhal nikmat beribadat, halawatul iman, hamasah, himmah bahkan segalanya adalah rahmat dan pemberianNYA.

Teringat pesanan hikmah dari Ibnu A'taillah,

Jangan merasa gembira atas perbuatan taat(bakti) kerana engkau merasa telah dapat melaksanakannya. tetapi bergembiralah atas perbuatan taat itu,  kerana ia zhohir daripada Allah kepadamu

Hakikatnya, bersyukurlah kepada Allah swt kerana mengizinkan kita untuk berada di dalam ketaatan, kerana sesungguhnya bukan kerana amalan kita yang menyebabkan kita merasai 'nikmat' ubudiyyah itu, tetapi ternyata segalanya hanya dari hasil rahmat dan pemberianNYA juga kepada kita.

Apa yang patut difahami dan disedari ialah semua amal,  ibadat dan kebajikan yang telah dilakukan,  sedang dilakukan dan akan dilakukan sedikitpun tidak berupaya untuk membawa seorang hamba ke mana-mana.  Tidak akan melayakkannya untuk menerima sesuatu ganjaran dan balasan kebaikan atau kemuliaan dari Allah Taala.  Hanya dengan limpah kurnia dan Rahmat Allah jualah yang sepatutnya di timbang tarakan oleh seorang hamba. Dan sememangnya dengan kerana Rahmat dan limpah kurnianya jua.  Bukan kerana itu,  bukan kerana ini. Bukan kerana si polan atau kerana si anu.  Tidak ada sesuatu MELAINKAN dengan izinNYA jua,

Maka ucapkanlah,

" Alhamdulillah Ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk solat berjemaah dan TETAPkanlah kami untuk meneruskan amalan ini "

"Alhamdulillah Ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk membaca kalamMU maka TETAPkanlah kami untuk meneruskan amalan ini,"

" Alhamdulillah Ya Allah, kerana mengizinkan kami berQiyamullail kepadaMU, maka TETAPkanlah kami untuk meneruskan amalan ini,"

Mohon dan tetaplah bermohon,

" Ya Razzak, bukakanlah pintu rezeki kepada kami. Rezeki kemanisan iman, kenikmatan beribadah, keindahan berukhuwah fillah, kekhusyukkan dalam solat, keikhlasan dalam bergerak kerja, keredhaan dalam mendepani ujianMU, ketaatan dan keringanan tubuh beribadah, keakraban hati denganMU, rezeki untuk bersama dengan orang2 yang soleh, rezeki pasangan yang soleh, rezeki anak2 yang soleh malah generasi keturunan yang soleh, rezeki untuk dunia dan rezeki untuk akhiratku,"

Oh, mungkin juga 'nikmat' itu hilang dek kerana kita sudah berpuas hati dan tidak lagi meneliti kualiti amalan dalam beribadah, malahan mungkin juga mutabaah amal kita semakin longgar dan penuh kelompangan berbanding yang dahulu. Perhati dan teruslah memerhati kualiti dan keikhlasan dalam beribadah, sucikan jiwa, sucikan niat dan sucikan matlamat.

Buat yang sedang menangisi 'kehilangan nikmat', jangan mudah berputus asa kerna rahmatNYA melebihi segala apa yang ada. Kembalilah menjahit kain mujahadah yang mungkin sudah terkoyak menahan angin hasutan syaitan dan duniawi, malah perbetulakan kelurusan tiang matlamat yang mungkin sudah senget dek sepak terajang nafsu menggila. Bersyukurlah kerna masih punya hati yang bisa mengesani akan dosa yang sudah merajai hati,,Sesungguhnya hati kita sedang sakit, belum lagi mati sehingga tidak mampu merasa akan kehadiran noda hitam pekat dosa. Ayuh! Sihatkan ia!


~ MutiaraBernilai~
5 Ramadhan
141 pm

2 org kaki bebel buat bising:

Hanisah Binti Mohamad Ali said...

=).."Bicaraku tanpa suara"

Salam ~

Mutiara Bernilai said...

:"(
bicaraku dalam sendu~

semoga sentiasa di dalam rahmatNYA,

syg selalu~