23 February 2011

Celcom : Adik, kredit adik dah kne songlap RM257!!


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Mode: Sila baca dengan nada geram! Hmmphh!

Sape kat sni pengguna celcom? Sila angkat jari kelingking. Ha, kamu-kamu yg jari kelingking terangkat tu, sila lah berhati-hati lepas ni. Sebab sekarang makin banyak hacker yang curik duit/kredit kita dalam senyap. Dah lame dah Mutiara perasan yang kredit asek short, Dari taon lepas lagi..Kekadang br topup aje5 minit tadi, alih-alih dah 0 sen. Uwaa!! Aish,  Mutiara geram btul lah!! Rase mcm nak cubit cubit sume org kat skeliling.  Atoi,  Mutiara x ske la mare2 ni..hu, yok istighfar sesame yok,, Astarghfirullah.. Astarghfirullah.,, Astarghfirullah..



Macam ni, sebenarnya sebab dah tak tahan kredit asyik ilang, last-last Mutiara call la Celcoms' Customer Service . Memula ingat nak bebel non stop kat org tu, tapi pakcik yang angkat tu sgt2 bersopan santun la plak. Baru ingat nak mogok dengan celcom n berpaling tadah ke Maxis. Tapi tak jadi, gara-gara baru sedar diri yang kita sume kena jd professional. Cakap-mengadu-membebel. Cakap-mengadu-membebel, last2 pakcik tu cakap,,

Macam ni adik,ini bukan salah Celcom. Ni hasil dari bijak pandai hackers. Beginilah insyaAllah kami boleh bantu adik sekiranya adik ikut step2 dan arahan dari kami
Ok.. ( Suara dah kendur sket)
 Ok, adik buka New Message dan taip STOP ALL dan hantar kepada 32338. 
Ok.. ( Suara dah bersemangat)
 Ok adik ya. Untuk mesej ni adik akan di caj 15 sen. Tak kisah kan? 15 sen aje, padahal duit adik selama ni dah kne songlap sebanyak RM257.
Ha??!! (Rasa yg bercampur baur!)  T-T

Huh, tak nak ingat lagi sal duit yang kena curik. yang penting skrang kena sebar-sebarkan kat sume. Kalu ada yang pernah kredit tiba-tiba jd sikit, buatlah macam yang dalam dialog di atas eh.. :) So, jum reramai kita sebar-sebarkan tentang ni.. uish, RM250 tu leh lepas bayar sewa rumah tau! huh~


Reflections from Mutiara.

Kadang-kadang barang kita rosak, duit kita hilang, dan benda-benda kita kena curi . Marah memang marah. Melenting memang melenting. Tapi jangan cepat melatah, meh sesame kita reflek dan muhasabah diri, mungkin Allah sedang mencuci duit-duit kita, mungkin Allah sedang nak bersihkan harta-harta kita, Siapa tahu, ada di antara barang-barang kita yang bukan dari sumber yang jelas dan syubhah, mungkin juga ada sedikit rezeki dan duit kita  dari perkara-perkara yang tidak berkat. Jadi, Allah ambil semula dari kita, supaya benda-benda tu tak menghalangi rezeki-rezeki kita yang lain. Segalanya indah bila hidup berTuhankan Allah swt.. :)


Tetapi tak bermakna kita menyokong tindakan pencuri dan hackers yang mengambil hak orang lain tanpa izin.. 
"Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” [Al maidah : 38]


Sayang selalu!

Mutiara~



6 org kaki bebel buat bising:

Afida Anuar said...

Ohh mutiara...fida pun pakai celcom gak..alhamdulillah, rasanya dah 11 tahun kut pakai celcom ni. Tak pernah pulak kredit fida kena curi. Sepanjang yang fida ingat la. Mungkin Secret admirer kut yang curi kredit mutiara tu;)

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

huh.. secret admirer la sgt.. ni rase mcm nak wat puisi jek nih...tajuk dia , Haiku buat si secret admirer yg kijam.. fida mesti byk idea nak wat puisi kan..haha~

Afida Anuar said...

haha..banyak la sangat mutiara.
klu nk berpuitis2 tu, kena ada mood...n ada benda yang trigger.. kalau saja saja nak buat, memang tak jadi!..

hehe

Mutiara Bernilai said...

haha..

nati saya try wat Haiku tu..

tp sy tribute 4 afida la.. haha~

Anonymous said...

grrrrrr!geram,geram,geram. Penah kena jugak mcm nih dolu2.

teng mutiara!

Mutiara Bernilai said...

eheh,ape lg, sebar2kn yek.. :)