25 February 2011

Sambungan Entri Drama Sunah a.k.a Angah!~

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, Mutiara baru lepas berlakon kat SINI. Tapi, rasa macam nak tambah sikit ending dia bagi sad ending. Sad ke? Meh bace..

Prolog : Boleh tengok di sini à Skrip Sunah Suka Sakura


Lu’lu!!!!

Raung Afnan sekuat hatinya. Bagai tak cukup tanah kakinya berlari menuju kepada Lu’lu yang hampir separuh nyawa, di dakap erat, penuh cinta dan kasih. Allah..Luruh hati Afnan melihat keadaan isterinya pada saat itu. Air matanya mengalir laju. Allah Ya Allah...
“ Zauji..”  bisik Lu’lu dengan penuh payah, dadanya berombak.

Afnan hanya terdaya menguntum senyum, walhal hatinya saat ini remuk redam, satu perasaan berat yang bertimpa-timpa.

Dengan tangan yang terketar-ketar, Lu’lu menyapu air mata di wajah Afnan, habis melekat darah pekat dari tangan Lu’lu di wajahnya.

“ Jangan menangis, bukankah ini yang kita mahu?” Lu’lu terbatuk kecil. Terpercik ketulan-ketulan darah keluar dari bibirnya.

Afnan mengangguk laju. Ya, aku mahu syahid, aku juga mahu Lu’lu syahid, aku tak mahukan bidadari syurga, aku mahukan dia yang akan menemani aku di sana nanti! Tapi kenapa aku menangis? Kenapa hati aku bagai di siat-siat? Allah..

“ Jadi, jangan menangis…Zauji tak suka ana jadi syuhada? Ke Lu’lu nampak hodoh dengan darah yang bertempek-tempek ni?” Lu’lu cuba bercanda, meskipun saat-saat genting sedang menghampirinya.

Afnan menggigit bibirnya menahan sebak di dada. Kau terlalu indah isteriku, hingga di saat ini juga engkau tetap ingin menghiburkan hatiku. Tidak pernah sekalipun kau membiarkan aku bersedih sendirian. Allah.. inikah mahar untuk ke syurgaMU? 

“ Zauji, Lu’lu mohon redha dari Zauji, redhailah Lu’lu sebagai isteri selama ini. Lu’lu harap, bila Lu’lu buka mata sekali lagi, akan ada pepohonan berbuah merimbun memayungi diri Lu’lu, menjadi tempat Lu’lu menghiburkan hati, menenteramkan jiwa, berlindung dan berpaut. Fani Afnan Jannati,” Getus Lu’lu perlahan-lahan, nafasnya tersekat-sekat.
 
Terkumat kamit mulutnya menyebutkan kalimah syahadah dan akhirnya Lu’lu pergi dengan wajah yang sebegitu indah bak bulan bercahaya cemerlang.
“Allah…” tangis Afnan penuh esak. Kuatkan aku Ya Allah, Kuatkan aku..

Zarin yang sejak dari tadi memerhatikan peristiwa itu, perlahan-perlahan datang menghampiri Afnan. Di peluk bahu sahabatnya itu, lalu di alunkan surah Al baqarah ayat 154,
"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya”

Air mata Afnan makin lebat, di pegangnya kemas tangan Zarin , kejap dan kuat, cuba meminta sedikit kekuatan. Sesudah itu, di kucup lembut dahi isterinya.

Diam-diam Afnan bertekad dalam hatinya “ Tunggu sayang. Tunggu. Pepohonan Yang Berbuah ( Afnan) hanya akan memayungi Mutiara Yang Tersimpan Rapi (Lu’Lu il maknun) di sana nanti, hanya kamu Lu’lu..kamulah wanita solehah yang akan di cemburui oleh bidadari di syurga nanti,”

Sungguh, muslimah solehah itu lebih baik dari bidadari di syurga!

*******

Afnan bahasa Arab : Perpohon yang berbuah
Lu'lu il maknun bahasa Arab : Mutiara yang tersimpan rapi
Fani Afnan Jannati : Sebatang dahan di syurga


Mutiara~
:: Sesaje cuba berlatih menulis :) 
:: Yok jd muslimah solehah :) 


9 org kaki bebel buat bising:

Unknown said...

ermm..sebak lak bace...harap2 niq dpt srikandi cam nih..amin..:)

Mutiara Bernilai said...

amin Ya Rabb.. Harap2 saya dapat suami mcm Afnan.. :) dalam citer tu la...

Nazifa M.Zali said...

alangkah beruntungnya dpt lelaki seperti afnan. suke name afnan

Mutiara Bernilai said...

@ Bulan

insyaAllah, sume org layak utk dapat yg terbaik. Fitrah, sume org suke kebaikan kan?.Berusaha!! Fighto!~

:)

Afida Anuar said...

Afnan, macam nama adik fida la mutiara...hehe..

Mutiara Bernilai said...

@ Afida

yeke? Name Afnan ni best :) Ade kawan mutiara name dia Fani Afnan Jannati :)

Mutiara Bernilai said...

@ Sunah Mohammad

.. n of cuz, i luv u more dear:)