25 February 2011

TUAN DIREKTOR ! PILIH KASIH EH !!




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Penerbit : Paduka Ben Ashaari
Direktor : Mutiara a.k.a Lu’Lu il maknun


 “Apapun yang kau dengar dan katakan (tentang Cinta),
Itu semua hanyalah kulit.
Kerna, inti dari Cinta adalah sebuah
rahasia yang tak terungkapkan.”

Hasunah terpana.  Siapa? Suara siapa yang meluncurkan bait-bait indah itu? Langkahan kakinya yang kecil di lajukan, sedang matanya pula ligat mencari siapakah gerangan yang telah berjaya mengusik hatinya itu.  Langkahannya makin laju, laju dan laju.

Bappp!!!

“ Astarghfirullah, maaf, maaf”  Hasunah gelabah. Cepat-cepat di kutip semula kertas-kertas yang berterabur dek kerana terlanggar seseorang di depannya.

“ Not a big deal,” Hazwan mengerling sepintas lalu gadis bertubuh kecil yang sedang kalut menyusun barang-barangnya yang terjatuh. Tak terjentik langsung di hatinya untuk membantu. Huh, perempuan kampung, baju bertutup bagai, tak up to date langsung! Hazwan terus merenung tajam gadis itu.

Seperti ada yang tak kena, Hasunah mengangkat muka, dan pandangan mereka bertemu. Allah..Astarghfirullah. Rona merah jambu mula menyimbah ke wajah Hasunah. Malu. belum pernah selama ini di biarkan kedua biji matanya untuk bertentang mata dengan seorang lelaki ajnabi. Lantas Hasunah cepat-cepat menyusun langkah untuk pergi.

Hazwan mendengus kecil.  Memang perempuan kampung. Malu-malu pulak. Hm, tapi not bad..Chinese look!.  Matanya masih lagi merenung Hasunah yang makin menjauh meninggalkan bangunan itu. Tiba-tiba matanya tertancap kepada sehelai kertas yang terlakar lukisan seorang wanita beserta tulisan tangan bertulis Fani Afnan Jannati.

“ Eh, jomlah kita blah. Ko ni, dari tadi dok tengok perempuan tu kenapa?” siku Azfar yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

Hazwan hanya tersenyum nipis. She got something. Diri dia ada X-factor. Tengoklah nanti.

*******
Ady mendengus kasar., “ Atoi, terlepas lagi!”

Sudah bermacam-macam cara Ady lakukan demi menarik perhatian Hasunah. Namun nampaknya segalanya tak berjaya. Dan hari ini dia cuba untuk menggunakan puisi, tetapi nampaknya gagal juga. Huh, semuanya salah lelaki tu! Yang di langgarnya Hasunah tu kenapa?!. Ady bengang, di capainya Teddy Froggy lalu di tumbuknya kuat. Geram!
*******

Ummi, tadi ada seorang lelaki ni, dia baca puisi Jalaluddin Rumi,” beritahu Hasunah perlahan.

“ Jadi?”

“ Hm, tak de apa, saje nak beritahu je, sebab jarang nak dengar lelaki suka puisi, lagi-lagi puisi Jalaluddin Rumi,”

Ummi memandang wajah Hasunah, anak tunggalnya itu. Ummi hanya menyungging bibir tersenyum,
“ Hasunah nak sampaikan benda lain sebenarnya kan?” lembut Ummi menuturkan bicara.

Hasunah terdiam. Muka terasa pijar dan panas. Malu. Aduh, kenapa Ummi straight forward sangat ni.

“ Ummi kenal anak ummi, ummi kenal sangat. Tahu macam mana rajuknya, gundahnya, tawanya, malah ummi boleh baca setiap perilakunya,”

“ Ummi, apa maksud ummi ni,” bergetar suara Hasunah. Dia sudah berpeluh. Ah, perasaan apakah ini?

“ Seorang anak gadis yang selama ini Ummi jaga sebaik habis, seorang anak gadis yang tak pernah membicarakan hal mana-mana lelaki ajnabi, tetapi tiba-tiba hari ni membuka cerita perihal seorang lelaki, bukankah itu satu petanda mudah yang menunjukkan bahawasanya lelaki itu dah berjaya menyentuh hati kamu nak? Hasunah jangan lupa, Ummi juga perempuan,”

Ummi berjeda

" Hasunah.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Hasunah mengangguk-anggukkan kepalanya.

" Jangan ego, siapa kita nak menafikan sesuatu yang fitrah? Fitrah perlu di kawal bukan di tahan "

Ummi memegang bahu anak kesayangannya itu, Hasunah. Lalu Ummi rapatkan ke dada Ummi,
 
" Ada orang yang berkahwin tapi akhirnya bercerai. Kerana apa? kerana itu bukan jodoh mereka. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, hatta jika Hasunah sayangkan Ummi, Hasunah sayangkan Ummi adalah kerana mencintai Allah..Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

Hasunah mengesat air matanya. tembok keegoaannya punah rabak.

" Tetapi, macam mana nak tahu dia baik ke tak Ummi?"

" Siapa kita nak menilai manusia. Setiap orang ada baik dan buruknya. Tanya Allah. Siapa lelaki tu Hasunah?”
Jangan kau seperti iblis,
Hanya melihat air dan lumpur ketika memandang Adam.
Lihatlah di balik lumpur,
Beratus-ratus ribu taman yang indah!

Hasunah hanya menundukkan wajahnya. Tidak berani untuk bertentang mata dengan Umminya. Entah kenapa, ada perasaan indah lagi mendamaikan mengalir sejuk ke dalam hatinya. Sedamai angin malam yang menghembus lembut ke pipinya.

********

“Hasunah!”  Hasunah berpaling dan kelihatan Ady sedang tersenyum lebar dan tangannya menghulurkan teddy Froggy kepada Hasunah.

“ Wah, sweetnya!” Fasihah terjerit kecil lalu trus mengambil Mr Froggy dari Ady. Hasunah hanya membulatkan matanya kepada rakan sekerjanya itu- Fasihah, tetapi seperti biasa Fasihah buat-buat tak nampak.

“ Eh, ni saya bagi Hasunah la Fasihah,”

Fasihah tersengih, “ Tahulah. Ady, kalau nak tunggu Hasunah amek teddy ni, sampai kiamat pun dia tak akan amek. Dia ni pemalu. So baik saya amek bagi pihak dia. Don’t worry, kang saya bagi Hasunah jugak,”

“ Tak payah lah. Ko nak susah-susah Ady. Hasunah tak ingin pun Froggy ko tu,” Suara kasar Hazwan menerjah. Hasunah ternganga, mengamati wajah lelaki yang tiba-tiba muncul di hadapannya itu.

“ Nah, Hasunah, awak tertinggal lukisan ni haritu. Nway jum kuar lunch,” ajak Hazwan

“Erk..” Hasunah terdiam, di alihkan pandangannya ke arah Ady.

Hasunah, setakat Froggy ni buat ape, katak kat umah saya pun banyak. Cengkodok dan Katak puru pon ade. Setakat Froggy ni pun, takkan awak layan gak kot,”

Woi!!! 

"Ape kes, kutuk2 Froggy ni, Mutiara peminat no 1 Froggy tau..dah2, cut scene!"

“Eh mane leh mcm tu..dah skripnya mcm ni kan?” Hazwan bengang.

“ Tak de, saya tetap tak suka, Dah, tamatkan scene. Tukar skrip!’

“ Eish.. director ni, pilih kasih la!” Fasihah pulak marah. Ady sengih-sengih aje.

“ Pilih kasih? Dah tajuk entri ni mcm ni. So?! Kalu nak marah p marah En Ben.”




Mutiara Budak baru belajar~





19 org kaki bebel buat bising:

Anonymous said...

gelak guling2 bace ni..koi2.. dlam lawak ade nasihat tersendiri.

Penjejak Mimpi said...

salam ziarah..

hehehehe.. time kasih sbb sudi masukkan name cik PM dalam 'drama' ni.
Sy takde mase & idea nak tulis/join segmen BA. Just parking url ajek... :)

pe pon, time kasih..

niq said...

sekali jer niq ada??huuuuuuuuuu..majok

Mutiara Bernilai said...

@ ano

erk..baru nak mnulis ni...tak pandai sgt..lawak sbb x best eh?

Mutiara Bernilai said...

@ PM

oh, tak mengapa :)
lain kali singgah sini lagi ya :)

Mutiara Bernilai said...

@ Niq

Atoi niq ni..mutiara dah wat entri khas utk Lu'lu dgn Niq dah kannnn..jd hero dah tu..ahahaaa~

Mamaleesya said...

jom tgk filem ni pulak k

http://diarialeesya.blogspot.com

Sunah Mohammad said...

along, sangat best lah ini! ;) dan...apa yang watak 'hazwan' tu nampak, sebegitulah angah yang sebenarnya kot...

ops~ yang lain sila buat2 tak nampak, ok!

hahaha~

Mutiara Bernilai said...

@ Sunah Mohammad

Ahhhaaa.. Sunah a.k.a Angah yg misteri dah terkantoi 'ciri2' dia kat sini eh..eheh~ :)

huhu..baru blaja nak mnulis :)

Anonymous said...

hi mutiara!

hurm,mcm mane ek, sy ase sy dah jatuh cinta dengan gaya bahasa mutiara, lembut n tempting..

x try tlis buku ke?

FasiHaH SupiaN said...

ade name kite laaa kat sini ^____^
maceyyyy alonggg!!! ;)


luv along!:)

Mutiara Bernilai said...

@ Anonymous

thanks baca. hm, Mutiara baru nak belajar menulis sebenarnya ni. Tak pandai sgt menyusun ayat. seyesly, xpandai. buku? ehhe..

jatuh cinta dgn pnulisan xpe, xde dosa :)

Mutiara Bernilai said...

@ Fasihah Supian

Alang!!!~

luv is in d air! Yosh!

Pembawa_Wacana said...

Uhuhu...tak terpilih...:D

Mutiara Bernilai said...

@ Pembawa_Wacana

aish..bukan xmo pilih..tp seganlah nak letak nama org2 oati mcm PW ni..Mutiara ni baru nak btatih je dlm blog ni.. ~ Aduhh

Penjejak Mimpi said...

MB: teruskan penulisan cegini ek. Siyes Cik PM da jatuh ati.. Erk!! jatuh ati kat tulisan MB.. :)

Mutiara Bernilai said...

@ Penjejak Mimpi

insyaAllah, doakan neh..doakn mutiara ni kalu berblog jgn sampai lupe akhirat :)

hiks2.. jatuh hati eh.. aish, malu mB :)