10 March 2011

I hate U.. U hate Me!!




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Hasil Seni tuffix.deviantart.com

Hari ni, Cik Mutiara jalan ke Ofis dengan membisingkan diri sendiri dengan pelbagai monolog. Salah satu monolog yang nak Mutiara kongsikan adalah mengenai gambar kat atas ni. Cantik kan kartun ni, cube baca apa 'monolog' mereka berdua. 

Aish, kamu-kamu pernah tak rase macam tu?

Pernah tak bila ada yang 'lain' dari kita memandang, kita dah mula fikir bukan-bukan. Malah kita rasa macam orang yang memandang tu sedang menilai kita.

Okies, tak perlu nak p jejauh sampai yang non-muslim. Kekadang sesama muslim pun kita pikir bukan-bukan kan? 

Sesama muslim? Yup!

Maaf Tuffix, saya edit sikit 



Ha!? Pernah tak?! Ni satu situasi aje. Ada macam-macam situasi yang boleh berlaku. Yup, manusia mmg macam tu sifatnya, rasa insecure selalu.
 
Tapi, sayang kan, bile kita selalu buat pre-judgement or berprejudis. Sedih, kadang-kadang kedua-dua belah pihak nak berkawan sesama kedua belah pihak. Tapi, di sebabkan masing-masing dah buat tembok (sangkaan) sendiri, so kedua-dua belah pihak dah rugi..



“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)


So, meh sesama kite mulakan cara pandang baru. Kita pandang semua orang dengan kaca mata kebaikan dan kasih sayang. Kalau rasa tak sedap hati, just spread your smile. Senyum kat dia, InsyaALLAH sedikit sebanyak kita dah bagi aura positif kat orang tu.. :)

Kalu rasa sedap ati pun ape salahnya bagi senyuman kat orang lain, sedekah kan? Bahkan kita yang happy :)

Hm, Kengkadang kita sendiri yang mencipta 'cerita', last2 yang penat dan 'sakit hatinya' adalah kita juga! :)



Nota tengah :

1) Siapa pun kita, kita tetap sama. Di ciptakan dari bahan yang sama malah dari Tuhan yang sama. So jum, tak kira siapa pun, jum kite sesama menuju matlamat yang sama - ALLAH swt

2) Jangan bodoh-sombong, kita TAK sempurna, ada perkara kita perlu belajar dari Pihak A dan ada juga perkara yang kita perlu belajar dari Pihak B

3) Thought propogate faster than light. Nak di sayangi? Sayang orang lain dulu! Letak thought yang baik2 @ positif kat org tu at d first stage.. Tak percaya? Sila praktikkan! Ini formula dari Al Quran, tapi tak semua orang realized.

4) Jangan suka bersangka buruk dan bepersepi negatif kpd orang lain tau!

5) No hate-hate, Islam datang dengan Cinta, so sebarkanlah Cinta ini dengan Cinta.. Jgn kutuk mengutuk dan saling berburuk sangka. Ah, bukankah keimanan itu mengajar kita tentang CINTA? :)




Siapa pun anda, saya tetap nak hulurkan tangan,

" Jum, jadi kawan saya. Sudi tak? "

Harap, ada yang nak sambut tangan saya..


 !___________________!


Sayang selalu~!

 MutiaraBernilai






Baca NOTA TENGAH, di situ bebelan TERPENTING saya.


  

32 org kaki bebel buat bising:

Sunah Mohammad said...

saya suka la along ni~ awww~

Mutiara Bernilai said...

@ Sunah Mohammad

saya suka angah ni~ Awww~

hik2.. syg kamu tau!

Kakzakie said...

Ok I gives my hand, not to worry we are friends.... :) See kakak smiles.....

Zaleha said...

hehe, jum betulkan persepsi!~

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

Thanx Kakzakie,

Nah, senyum lebar utk akak,

^________________________________________^

Mutiara Bernilai said...

@ Zaleha

Jum, same2 betulkan persepsi!

:)

Mutiara Bernilai said...

@ LORD ZARA 札拉

^__^

elia comel ;) said...

kamuuuu,meh la cni,shah alaaam..hehe

Mutiara Bernilai said...

@ elia comel

kamuuuu!!

rindu2..

aish, xtau la shah alam kat ner..

erk.. :P

~ nena yg Chumel

FasiHaH SupiaN said...

Along!! saye sudi ^____________________^

Afida Anuar said...

Dapat sambut tangan fida dak mutiara? hehe..

Biasanya macam tu la mutiara. Kita selalu salah tanggapan sebenarnya. Oleh itu, sentiasalah berfikir positive utk diri dan masyarakat yang bahagia..

Adinda Amy Sensei said...

as salam mutiara...

betul kata awk..dalam hidup ni kita jangan bodoh sombong....terutamanya bila kita dah femes...hehe..

mutiara...terima kasih sudi singgah blog sy ekk

ardinihumaira said...

berfikiran positif, kan ;)

Izat Tarmizi said...

Salam,hehe,sama plak review dengan entry blog sy,memag sekarang nie kalau tgk dekat blog,ramai yang persoal tentang gadis bertudung nie,bukan gadis tu yg kita persoal tp kita persoal hukum Allah,hal gadis tu biar dia dengan tuhan,selalu org pandang slack dekat yg tak bertudung sama,itu pn hidayah dr Allah,jgn persoal kalau kita tak bantu tak tolong,kita plak yg nak cakap bnyk..yg elok nya biar lah kawan perempuan yg bertudung tu ajak kawan dia pakai tudung,bukan bf dia,hehe..itu lebih afdal.. = )

Ati Masrif said...

terima kasih MB

sudi kawan dgn kak ati..

sentiasa sudi berkawan dgn sesiapa pun ^___^

Mutiara Bernilai said...

@ FasiHaH SupiaN

Hurray!!

aish, silap, alhamdulillah, alang sudi sambut tgn along :)

syg slalu~

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

Ni, Mutiara tengah pegang tangan Afida la ni :)

betul2, think positif!

Syg selalu~

Mutiara Bernilai said...

@ Adinda Amy Sensei

Yup, jangan bodoh sombong,

adeh, mutiara terasa~!

slalu gak wat sikap bodoh sombong ni..

huhu,

thank to u too dear!~

Mutiara Bernilai said...

@ ardinihumaira

tepat skalik dear! :)

Mutiara Bernilai said...

@ Izat Tarmizi

stuju sangat la dgn statement kamu,

Yang penting, kita semua kena faham, tugas kita adelah menyebarkan n mengajak manusia utk berTuhankan Allah, hukum menghukum tu bukan tugas kite, tu tugas Allah..

bak kate Imam Hudhaibi " Kita daie,bukan Kadi"

yang penting, jgn kerana kekerasan kita mnyebabkan madh'u kite berpaling pergi.. jum tiru Rasulullah, hadapi dgn senyuman n cinta :)

teruskan mnulis dan menyentuh hati manusia!

Anonymous said...

Ms H
I got ur hand:)

Mutiara Bernilai said...

@ Ati Masrif

Terima kasih juga buat akak sbb sudi kwn dgn Mutiara :)

syg selalu~

Mutiara Bernilai said...

@ Anonymous aka Miss H

and u oredi got mine!

^___________________^

mutiara syg kamu ok!

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

semoga persahabatan di alam maya ini akan mempekukuh ukhwah sesama muslim

..bicara hati ke hati.. said...

betul akak..saya setuju dgan entry yang akk buat..jgan selalu salah faham dgan orang sekeliling kita..hihi..

:)

Mutiara Bernilai said...

@ sahromnasrudin

wa alaikummussalam

insyaAllah, moga Allah redha dgn kita semua :)

Mutiara Bernilai said...

@ ..bicara hati ke hati..

insyaAllah dik, same2 kite perbaiki diri kite neh.. :)

kapten said...

memberi dengan sepenuh hati tanpa mengharapkan balasan contohnya memberi senyuman.....

Mutiara Bernilai said...

@ kapten

:)

memberi tanpa mengharap balasan merupakan salah satu petua utk bahagia :)

Penjejak Mimpi said...

mutiara: kite kawan la..

p/s kawan2 takmo lawan.. :)

Mutiara Bernilai said...

@ Penjejak Mimpi

slamanye kawan kn? :)


syg slalu~