08 March 2011

Pada mata yang memandang

Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ujian di dalam kehidupan kadang-kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah- tak berdaya dan kadang jatuh tersungkur sehingga tak mampu mahu bangun semula.

Ketika itu barulah kita menyedari hakikat kelemahan diri dan mula merasa perlunya pada bimbingan Ilahi. Maka, kemudiannya kita mulai mendaki anak-anak tangga untuk kembali mendekati Allah SWT. Ini adalah salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba dan melihat Allah sebagai Rabb

Sememangnya ujian di dalam kehidupan ini adalah medan tarbiyyah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT. 

Ibnu Qayyim pernah menyebut 
" Di jadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT "
Namun, berat mana ujian yang datang ia tetap berbeza nilainya kepada mata yang memandang. Terkadang kita cemburu bila sahabat-sahabiah di uji dengan hebat, tetapi mereka masih mampu tersenyum malah kelihatannya sungguh berbahagia. Sedangkan kita meskipun di uji dengan sekecil-kecil perkara sudah pun remuk redam hati di buatnya. Mengapa? Apa bezanya antara kita dan dia? Ujiannya lebih mudah atau hatinya terlalu kering sehingga tak terasa apa-apa?

Sungguh, segalanya berperanan pada hati dan mata yang memandang. Sebagaimana kita memandang hikmah dan nilai sebuah 'ujian', sebegitu jugalah kita akan bereaksi kepadanya. 

Ada yang memandang 'ujian' sebagai sesuatu yang menyakitkan dan perlu di jauhi, maka setiap kali dirinya di uji, dia akan sentiasa berkeluh kesah dan rasa di anaiaya. Kenapa aku di uji begini? Mengapa perlu akhirnya begitu? Dan akhirnya menyebabkan kita merasakan diri kita ini tidak layak untuk di uji sebegitu, malah akan kecewa dan berburuk sangka kepada Allah swt
" Seburuk-buruk akhlak seorang muslim adalah apabila dia berburk sangka kepada Tuhannya- Allah swt"
 Ada juga yang memandang 'ujian' sebagai satu anugerah terpilih dari Allah swt kepada dirinya. Ya, manusia mana yang sukakan kesusahan? Itu fitrah. Tetapi dengan ketundukan hati seorang hamba,  maka dia akan memandang setiap apa jua yang datang dari Allah swt kepadanya itu sebagai  satu hadiah dan semuanya adalah baik. 

Mana mungkin Tuhan bisa menzalimi hambaNYA? Mana mungkin Tuhan yang menggariskan agama dan cara hidup ISLAM yang datang sebagai pemudah cara kehidupan itu sanggup pula mendatangkan ujian semata-mata untuk 'keburukan' nasib seorang hambaNYA. Tidak, Allah tidak begitu. Islam datang sebagai perlembagaan kehidupan kita, sedangkan ALLAH pula satu-satunya tempat pergantungan kita.

Ya, segalanya pada mata yang memandang..

" Dia tu hitam la"
" Eh, taklah. Dia tak hitam. Manis aje"
 
 " Pendek aje dak laki tu ye"
" Pendek ke tu? Kalu pendek, mesti dia paras bahu aku,"

" Masin jugak masakan dia"
" Eh, sedap aje kat tekak aku,tak masin pun,"

Nah, bukankah memang segalanya bergantung  pada mata yang memandang..

" Kesian ko. Mesti 'sakit' kan kena uji?"

" Tau tak pe. Sakit tau! Aku pun tak faham kenapa aku di uji. Geram! Tensen tau tak!"

" Kesian ko. Mesti 'sakit' kan kena uji?"
" Sakit tu lumrah.Tipulah kalau tak sakit. Tetapi, ia datang dengan pelbagai hikmah dan kemanisan! Syukur, Allah masih 'membantu' saya perbaiki diri. Sakit, tp saya bahagia!"

Jika kita memandang ujian sebagai sesuatu yang manis, ya, ia akan menjadi manis!


Senyum! Jangan monyok2!
Berbahagialah bila di uji :)

Sungguh mudah melantun bicara, moga tidak berkata sahaja.

Sayang selalu~!
MutiaraBernilai



Nota kaki : Tiba-tiba terngiang-ngiang suara ustaz di kuliah semalam menyanyikan lagu ' Mana Milik Kita'.. dari Arwah Ustaz Asri Rabbani. Try lah dengar! Moga-moga diri tak akan lupa diri~



6 org kaki bebel buat bising:

Anonymous said...

Ms H
nak pi kuliah gak!btw nice post darl~

Mutiara Bernilai said...

@ Ms H

Meh2, meh dtg sini meh..

^______________________^

elia comel ;) said...

fuh..fuh..kat kedai mkn tp tgh tahan air jatuh dr mata at d end of reading d entry, fuh, fuh..hehe

Mutiara Bernilai said...

@ elia comel ;)

fuh..fuh..
bisik kuat2 pada hati,
"hati, sila kuat!"