15 March 2011

Segmen HAKIM: Apa Kata Kamu Tentang Cinta



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Salam alaik buat semua :)

Dah lama beliau tag Mutiara, tapi Mutiara agak terkejar-kejar beberapa hari ini. Cik Angah Sunah Sakura ni tag saya dengan entri dari En Pilihan Hati di SINI. Ok, jum kongsi apa kata Mutiara tentang cinta. 
^__________^



Tuhan, ajarilah aku tentang apa itu cinta..
Sungguh, sukar untuk aku terjemah apa yang ada di dalam jiwa.
Benar, payah untuk aku lantunkan gelombang rasa yang memukul dada..

Tuhan, ajarilah aku tentang apa itu cinta..
ENGKAU beri aku rasa cinta..
tetapi kenapa aku keliru?
benarkah ini cinta?
Tuhan, cinta bagai menghanyutkan aku di bawa arus,
sebentar ku bersama angin bahagia,
tenang dan mengasyikkan
Sebentar ku bersama angin taufan,
kencang dan menakutkan
Sebentar ku bersama angin kemarau,
panas dan rimas
bahkan,
Sebentar ku bersama angin bayu,
sejuk dan mendamaikan

Ah!
Perasaan apakah ini Wahai Tuhan?
Ada bahagia,
Ada derita,
Ada ketawa,
Ada sendu,
Ada cemburu,
Ada rindu,
Keliru!!
Tuhan, ajarilah aku tentang apa itu cinta..

Lazuardi biru mulai menghitam
Jauh di hujung sana muncul sinaran cahaya
Bergema semesta alam,
" Benar kamu ingin tahu tentang apa itu cinta?"

Ah! Suara siapa itu?

" Indah mana cinta, sakit mana jua cinta.
ia tetap satu rasa,
yang di kurniakan Yang Esa,
istimewa buat manusia,
Manusia bisa bahagia,
jika benar hala tuju cintanya,
Malah manusia bisa derita,
jika salah di alirkan arah cintanya.
Di kurniakan cinta,
buat manusia bersama merasa,
betapa cinta bisa membuat kita gila,
segilanya seorang suami yang sanggup mati untuk keluarganya,
segilanya seorang ibu yang sanggup mati untuk anak-anaknya,
segilanya seorang sahabat yang sanggup mati untuk sahabatnya,
malah,
segila-gilanya seorang hamba yang sanggup mati di medan jihad untuk mengagungkan Tuhannya! "

Terduduk!
Tuhan, ajarilah aku tentang apa itu cinta..

Al Maidah di alun penuh sendu,

Dia(Allah) mencintai mereka dan mereka mencintaiNya.”


Sekian .

Mutiara Si Budak Baru Belajar 

^__^

Oh, saya kena tag org lain, 
Nah, saya tag kamu berdua :)


dan 


Nota bawah :

Anas bin Malik meriwayatkan sabda Rasulullah dengan kata: “Tiga perkara sesiapa yang memperolehinya akan merasai manisnya keimanan, iaitu:

1. Ia mencintai Allah dan RasulNya lebih dari yang lain.
2. Ia tidak mencintai seseorang kecuali kerana kecintaan terhadap Allah jua.
3. Ia membenci kepada kekufuran sesudah Allah membebaskannya daripada kekufuran itu.


 



25 org kaki bebel buat bising:

Siti Nurhayati Dollah said...

Cinta itu indah. Mana mungkin merasa cinta pada peminjam cinta yang tidak mencintai pemilik cinta.

Kakzakie said...

Amboi... termasuk pulak kakak dalam blog ini.
Sabar sayang. Terjemahan cinta terlalu subjektif. Nantikan jawapan kakak ok...:)

Mutiara Bernilai said...

@ Siti Nurhayati Dollah

Indah..

sgt indah ~

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

^___*

wink2..

xsabar nak tunggu perkongsian akak :)

syg slalu~

Adinda Amy Sensei said...

cinta itu emas yang tak ternilai harganya...

Qaseh dalia adelia said...

bila hati berbicara tentang cinta

Mutiara Bernilai said...

@ Adinda Amy Sensei

.. atau, cinta itu adalah nyawa?
tiada cinta, tiadalah kehidupan.. :)

Mutiara Bernilai said...

@ Qaseh dalia adelia

:)

Afida Anuar said...

Allahuakbar...indah sungguh bait2 cinta di atas....mutiara reka sendiri?

alamak...kena tag!...lariiiiiiiiiiiiiiiiiiii...hehe..

PS: gurau je. InsyaAllah ada masa dan idea tuk mengarang soal cinta..fida buat;)

al_hakim said...

nice..kreatif jugak..=)masyeh

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

thanx Afida,..

Mutiara membebel je tu..tak pandai sgt puitis2 ni..

ok, mutiara tunggu Afida buat :)

Mutiara Bernilai said...

@ al_hakim

* senyum *

sesame!~

cik nurussalwa said...

sgt mendalam n menyentuh jiwa..

nice2

al_hakim said...

tahniah mutiara hati..=)

Puan Kutu said...

congrate kamo dh menang..hehe..

Mutiara Bernilai said...

@ cik nurussalwa

terima kasih cik nurussalwa :)

Mutiara Bernilai said...

@ al_hakim

terima kasey tuan segmen :)

Mutiara Bernilai said...

@ al_hakim

terima kasey tuan segmen :)

Mutiara Bernilai said...

@ Puan Kutu

^__________^

alhamdulillah..

sy budak br blaja~

me suya said...

tahniah awak.mng segmen al hakim ni..

chii said...

memang patut menang..menarik sgt =)
tahniah ye atas kemenangan :)

Cikli said...

tahniah,
sajak yang amat bagus

Mais said...

tahniahh,,,,
=)

sy suka,,,
mmg layak,,,
=)