16 April 2011

Kembali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 


Sesak. Lelah. Lemas.
Tuhan, aku mahu lari dari kemelut ini.

Sempit. Tegang. Kacau bilau.
Hati, sampai bila engkau harus begini?

Pasang MP3 semaksimum mungkin.
Biar bising gamat, biar boleh tenggelam hiruk piruk rintihan hati.
Pasang kuat lagi, biar lagi kuat dari jeritan hati kau sendiri!

“Arghhhhhhhh!!” jerit sepenuh hati. Sekuat mungkin.
Nah, keluarlah engkau dari hatiku! Ah. Degil, kau tetap ada di situ.
Apa kau nak dari aku? Harus pecah kotak suara kah untuk aku jerit dan muntahkan kau?

Hujan ribut di luar. Lagi sengsara dengan ribut di dalam jiwa.
Lari. Lari laju2. Lari bawah hujan. Kesan tangis dapat di tutup.
Jerit. Esak dan raung kekuat saat guruh berdentum kuat. Tiada yang perasan.
Lari dan lari lagi. Pergi kau, usah ekori aku!

Terlanggar batu. Terjelepuk jatuh. Badan basah lencun bersama lumpur. Gelap.
Bingkas bangun. Kaki sakit tak terperi. Tak bisa tuk berdiri. Baring kembali bersama jeritan batin yang tak mampu di dengari. Tuhan, apa lagi yang ingin Kau beri? Satu persatu Kau tarik kembali. Sehingga hati ini tiada tinggal apa melainkan rasa benci. Benci yang memaksa aku untuk menghukum diri sendiri!

Ah. Biar sahaja. Terbaring di tengah hujan lebat bersama lumpur pekat. Biar. Biar aku sendiri di sini. Ambil saja nyawa ini, aku dah tak peduli. Menangis dan menangis sepenuh hati. Menangis sampai tertidur dalam tangis dan sendu sendiri.

***

Angin malam menghembus seenaknya di wajah. Senyum terukir tanpa sedar. Indah bukan? Rasa indah yang sudah lama tidak aku rasai.

“ Bangun sayang. Bangun”. Buka mata. Ah. Aku di mana? Permandangan yang seluas saujana mata memandang. Ada rasa tenang dan nyaman di sini. Tuhan! Adakah aku sudah mati? Inikah syurga? Ah. Mustahil aku layak berada di syurga!

“ Bukan, ini bukan syurga sayang. Dan rohmu masih berada dalam dirimu.”
Secepatnya terus memandang ke sisi, kelihatan satu susuk indah bersama wajah yang bulat berseri. Wajahnya di hias dengan senyuman mesra.  Oh, aku belum mati!

“ Ya, kamu belum mati. Yang mati itu yang berada di sini” jelas lelaki itu lagi, sambil tangannya menyentuh lembut ke dadaku. “ Hati kamu, hati kamu mati sayang.”

“ Biar sahaja dia mati. Aku sudah tak tertanggung mendengar jeritannya. Ia mengoyak kebahagiaanku menjadi perca-perca yang akhirnya terbang meninggalkan aku seiring angin berlalu. Kebahagiaan aku hilang kerana si hati ini! Sebolehnya aku mahu lari dr dia.”

“ Mahu lari?”

“ Ya, lari. Jeritan, raungan dan rintihannya bisa buat aku jadi gila!”

“ Sayangku, kamu mahu lari dari dia atau lari dari diri sendiri?”
Tercongak sendiri. Aku mahu lari dari siapa sebenarnya?

Hakikatnya kau dan dia menyatu rapat. Sekiranya dia mati, maka kehidupanmu juga seakan mati. Hilang rasa. Yang tinggal hanya derita benci. Kamu terasa hilang dan sesat dalam dirimu sendiri. Rasa sendiri.”

Terpaku. Ya, itu yang aku rasa. Bagaimana kamu tahu?   

Si lelaki itu berjeda. Mengambil tempat lebih rapat di sebelahku, lalu tangannya memeluk bahuku kemas.
“ Sayang, mati itu teramat sakit. Kesakitan yang tak akan pernah dapat kamu bayangkan. Meski kamu merasa kehidupan kamu sendiri sudah cukup menyakitkanmu sehingga ke puncak, namun hakikatnya kematian itu berlipat ratusan ganda lebih sakit dari itu.”

Aku hanya membisu. Enak melayan rasa indah kerana di peluk bahu sebegini, ada rasa selamat dan terasa seperti ada seseorang yang sudi bersama aku. Rasa yang sudah lama menghilang dari diri ini.

“Kebahagiaan itu maknawi. Terletak dalam hati kita sendiri. Mahu bahagia? Makanya kita perlu menjaga hati dengan penuh berhati-hati. Jadi, seharusnya seawal kehidupan, kita perlu memahami akan perihal hati ini,”

“ Ajari aku apa itu hati” Tentang matanya dengan penuh harap. Hati seakan mudah goyah melihat wajah lelaki ini. Ah.

“Sayang. Hati itu penentu kebahagiaan. Sebagaimana kita mendidik hati, sebegitulah ia akan mencorak kehidupan kita. Pemilik hati itu hanya satu, yakni Dia Yang Maha Satu. Hati ini menjadi rebutan di antara sisi hitam dan sisi putih. Sifatnya hati itu, ibarat bekas, jika tak di isi dengan perkara2 putih, maka yang hitam akan memenuhi. Ia ibarat sebuah bekas yang memang sentiasa akan penuh, Cuma bezanya adalah sisi apa yang memenuhinya. Jika tak penuh dengan putih, maka ia akan penuh dengan hitam,”

Si lelaki berjeda. Membetulkan kedudukan hujung serban yang di tiup angin.

“Oleh kerana hanya Yang Satu sahaja layak berada di dalam hati kita, maka sesuatu yang tak layak berada di situ akan menyebabkan hati kita menggelupur kesakitan. Memanglah sakit, kerana itu bukan selayaknya tempat untuk sesuatu selain Dia untuk mendiam. Ibaratnya Si tikus yang di tempatkan di kandang rimau. Tidakkah ia akan menderita? Tidak selayaknya dia berada di situ. Maka saat itu, hati akan menjerit, sakit dengan sisi hitam yang membuatnya lemas, hati meraung memberitahu kita bahawa kita sudah silap dalam mengisi hati, hati memberontak atas tindakan kita yang meletakkan dunia di dalamnya, sedang dunia itu hina, ibarat bangkai, tak selayaknya berada di dalam hati kita. Hati menangis kerana tak rela di kotorkan dengan maksiat2 dan onar yang telah kita buat kepadanya. Dek kerana itu, kadang kita terasa sakit di dalam, terasa ingin marah, terasa ingin memberontak, terasa menderita, terasa ingin menangis, terasa hingar dengan jeritan dan raungan dalam diri dan terasa kekalutan demi kekalutan dalam diri. Nah, ini akibat apa yang di rasai oleh hatimu sendiri, dan ia memindahkan rasa itu dalam kehidupanmu. Bukankah telahku bilang, hati yang mencorak kehidupanmu?”

Terasa seperti ada air sejuk menyimbah ke dalam hati. Tuhan, terangkanlah kepadaku, apakah sebenarnya rasa ini. Ajarilah aku akan sebuah sumur bernama hati ini. Kepala sudah di lentokkan ke atas bahu si lelaki, menunggu ulas butir bicara selanjutnya. 

“ Sehingga satu saat, hati mati, sakit dek kematiannya, maka kita akan merasa kesakitan atas kematiannya. Lalu, saat masa berjalan. Hati sudah tidak memberi sebarang rasa kepada kita. Ia akan membuat kita merasa kita ‘sendiri’, alone and lonely, terasa sesat dalam diri, terasa kosong, terasa putus asa dengan kehidupan, terasa hilang (lost n down) dan lama-lama kita akan membenci kehidupan kita sendiri. Ya, benci,”

Tangis berlumba-lumba untuk keluar. Untuk kali pertama, aku rasa di fahami.
“Lalu bagaimana dapat menghidupkan semula kehidupanku? Bagaimana dapat menghadir rasa bahagia dalam diri?”

“ Kembali.” Si lelaki menjawab dengan senyuman dan tangannya menunjuk nombor satu serta di halakan ke langit. Oh, Yang Satu.

Lalu aku tadahkan muka ke langit. Menangis penuh sendu, seolah-olah anak kecil yang sedang mengadu.
“Luah,luahkan segalanya, alirkan air matamu sepenuh hatimu. Sesudah itu alirkan pula titis peluhmu untuk mengusahakan ‘kembali’. Ingat, sejauhmana kita terbang, kita tetap perlu ‘kembali’, sedalam mana kita jatuh, kita tetap perlu ‘kembali’. Letakkan yang Hak itu di tempat yang sebenarnya” sayup-sayup terdengar bisikan Si Lelaki tadi.

Senyap, hanya terus menangis. Terpapar di ruangan mata satu persatu filem dosa atas lakonan diriku sendiri.. Tuhan, aku ingin kembali, tetapi bagaimana?

“Menangis, menangislah.. bisik kuat-kuat kepada hati. La ilaha illallah.. ulang,ulang dan ulang berkali2. Rasainya di dalam hati, rasai betapa Tuhan itu sentiasa ada di sisimu, rasai bahawasanya kamu tak pernah sendiri..ulang dan rasai..ulang sehingga rasa itu benar-benar hadir”

La ilaha illallah..
Tiada Tuhan melainkan Allah..
Ya, hanya Dia tempat pergantungan kita
 
La ilaha illallah..
Tiada Tuhan melainkan Allah..
Ya, hanya Dia yang mampu keluarkan kita dari kemelut ini
 
La ilaha illallah..
Tiada Tuhan melainkan Allah..
Ya, hanya Dia Tuhan kita..

Tiada Tuhan melainkan Allah..  
Tunduklah hati, tunduk. Jangan membuas!

“La..ilaha illallah..” terdengar suara garau membisik tepat di telinga. Ah. Siapa?

Membuka mata, tangis masih bersisa. Kelihatan 4 manusia mengelilingiku. 
“ Alhamdulillah. Sungguh, sudah 4 hari adik pengsan. Kami jumpa adik dalam selut di lembah sana”

Pengsan? Mimpi? Dunia nyata? Ah. Mana Si Lelaki berwajah indah itu?  

“ Kamu masih hidup sayang. Itu tanda Allah menyayangimu, Dia sedang memberi peluang untuk kamu ‘kembali’ kepadaNYA. Benar, Dia sedang memerhati dan menunggumu dengan tangan terbuka. Usaha, dan jangan berburuk sangka serta berputus asa. Yakinlah, Dia ada” sayup-sayup terdengar suara Si Lelaki itu..

..dan air mata terus mengalir.


Bebelan Mutiara:
1) Sengaja buat entri panjang. Bosan? Takpe, tak wajib baca. :)
2) Saya akan pergi jauh, mungkin tak sempat membebel di sini buat beberapa ketika. Maka, saya selitkan entri panjang ini buat bekal kamu-kamu yang sudi merindu.
3) Masing-masing punya kisah silam, tapi harus mengerti, pengakhiran itu yang di pandang oleh Sang Raja Di Atas. Pengakhiran hidup kita. Ayuh corakkannya!
4) Ini bebelan tipikal, tapi mohon di hadam dan di hadir rasa di dalam hati
5) Saya menulis sambil mendengar violin instrument- When The Love Falls dan Trust
6) Sudah lama tidak mendengar berita dari kamu yang di Intel. Sibuk ya? Saya rindu nak berbahas artikel dan teori2 dunia dengan kamu. Bincang perkara berat. Nway, Kuat okies!


" Tidak semestiya manusia yang bahagia hari ini tidak punya kisah silam yang suram, 
dan tidak semestinya mereka yang jatuh pada hari ini, tidak mampu bersinar gemilang penuh cemerlang di kemudian hari"

" Meski kasut kita beza-beza, namun kita tetap punya Tuhan Yang Sama, Yang memberi kita kehidupan, ayuh ketatkan tali kasut!"


Sungguh, Aku sayang kalian!


Mutiara Yang Baru Nak Ketatkan Tali Kasut


Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.

56 org kaki bebel buat bising:

Cik Bidadari said...

"Bukankah telahku bilang, hati yang mencorak kehidupanmu?” itulah hidayah dariNYA buatmu...

tiada kehidupan yg lebih indah melainkan membetulkan apa yg tersilap... walau buruk hati seseorang manusia... dicuci ia... akan tetap mendapat tempat sama adil di sisi DIA.. itu yang pasti okey...

nice entry... walaupun panjang... cukup membayangkan mati untuk seketika mampu menyedarkan kita tatkala diberi peluang kedua... andai itulah tanda cara kita diberi hidayah olehNYA... maka bersyukurlah... Ya Waliy jangan lepaskan dari mulutmu untuk dibasahkan selalu menerusi bibirmu yang indah wahai mutiara...

Afida Anuar said...

Assalamualaikum my dear mutira...

mimpi yang mengesankan.... thanks sudi share.. macam layak jadi penulis novel pembangun jiwa pulak mutiara ni ya...;) Aminn fida doakan satu hari nanti...

PS:mau ke mana mutiara?

Cik Bidadari said...

entry nie bila di baca kali kedua... ianya jadi makna yg lain... arghhhh serius... seumpama kisah yg tiada sempadan buat mata yg tersurat... indahnya tersirat hanya milik ilahi....

Salfiza said...

Sukaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!
^___________^

Seroja Jingga said...

mimpi dalam sedar.
membuka mata kakak dik.kita yang setiap minitnmye lupa pada YG MAHA SEGALA. ah. sungguh berkesan.

keep writing darling. bukan sahaja bakat kamu.tapi tulisan kamu sangt mmberi kesan.

moga Allah rahmat pada kamu

ghost writer said...

syukur sebab bertemu dengan pemuda itu maknanya peringatan yang diberikan juga sangat berharga..

tersedar dari dunia yang bukan mimpi meskipun koma itu mimpi yang panjang cukup memberi banyak kesedaran pada kita...

ini kayak cerpen yach?

Ms H said...

sprti biasa i like..:)
ya kita harus selalu kembali.jom sama2!

Abu said...

Tak menghilang pon..slalu ja singgah sini..cuma tak paham dgn bebelan-bebelan dlm bahasa yg sesangat-sangat tinggi..hahahaha...

ahmad humairi said...

Kalau berkelana...sentiasa pegang pena dan kertas...menangkap idea yang mungkin tidak berkunjung untuk kali kedua.

gadisBunga said...

nak pegi jauh? nka ke mana? umrah ke?

kenapa tetibe kita rasa cam rindu nak baca entry baru meh?

HEROICzero said...

"Oleh kerana hanya Yang Satu sahaja layak berada di dalam hati kita, maka sesuatu yang tak layak berada di situ akan menyebabkan hati kita menggelupur kesakitan. "

dan ada yang masih menangis kerana sakit, dan ayat di atas sudah cukup untuk menampar mereka.

enough is enough.

biar panjang, tapi cantik. terima kasih untuk post ini.

AkuMuzikFilem said...

teringat quote satu blog senggama minda, "menulis hanya panjang-panjang saja"

AkuMuzikFilem said...

pengembaraan seketika, pun sudah cukup menginsafkan, dan beruntunglah mereka diberi peluang merasa seketika itu. kerana tidak, pengembaraan itu tiada jalan patah balik

intan.maisarah said...

kamu..

sara akan terus merindui kamu
cerpen yang membuka mata :)

terrarossa said...

ko memang jahat.ko la pompuan yg pleng kejam yg penah ak jumpa. mmg kejam sgt2. ko slalu wat ak mnangis. ko kejam, sbb skang pon ak tgah mnangis bace entri ko.start 4 taun yg lepas lg, dr blog lame wordpress ko lg ko dah wat ak nanges. ko memg jahat. xpenah pompuan buat ak cenggini skali bhai!

p/s: pinjam ayat atas. aku rase kne pujuk, sampai nngis esak2.

Sunah Mohammad said...

sukaaaaaa jugaaaaaa! ^_^

kedai buku perintis said...

sebenarnya kita mampu melihat diri kita dengan minda yang menuju kearahkesedaran yang dalam
syabas.terbaik.

musafir said...

[saya bukan stalker yg buat bising...hehe]

Salam. Tq cox susdi singgah blog saya.
Nice blog...teruskan!!
:-)

Mutiara Bernilai said...

@ Cik Bidadari

insyaAllah dear,
terima kasih atas nasihat,
insyaAllah akan d usahakan kalimah Ya Waliy untuk sentiasa mendekat di bbir dan hati..

^_^

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Pada perjalananmu, moga Allah limpahkan keberkatan dan keselamatan

Dda Ly said...

pertama kali jejakkan kaki di sini....saye suka! :)

meh ke rumah..
~ole² dari sahabat...:)~
keep in touch ye..♥♥♥

sahromnasrudin said...

awak nak pergi mana?? semoga perjalanan awak dipermudahkan dan segala urusan dipercepatkan ya..

jangan lupe kembali berblogging, sahabatku

Mutiara Bernilai said...

@Afida Anuar

penulis? ada bakat ke mutiara ni?

hiks2..

nway, sy aminkan doa kamu :)

Kakzakie said...

Kejapkan kasih yang panjang padaNya, Insya-Allah kita akan redha atas apa juga yang diberikan olehNya....

Larikan sementara dari kesakitan kalau ianya lebih baik.

Sayang kakak pun baru balik dan berpeluang menatap N3 ini sebelum MB berkelana....

FasiHaH SupiaN said...

along!!!!!!!!!!!suka baca entri macam nie...ya, betul tu, kalau hati mati itu pasti semakin jauh dari Illahi..T__T

Republic Aku said...

cuma membaca dan membaca tiada kata-kata lagi harus aku bicara ....

Mutiara Bernilai said...

@ Cik Bidadari

erk..kamu confuse ke cik bidadari?
huhu..punya maksud yg tersirat dan tersurat :)

Mutiara Bernilai said...

@ Salfiza

wink2..

suke jugak la gitu.. :P

Mutiara Bernilai said...

@ Seroja Jingga

sis seroja aka sis lini,
mimpi2 ini slalu muncul dlm diri sendiri,,menjadi monolog hari2..

sebenarnya, menulis utk diri sendiri..mnegur juga pd diri mutiara sendiri..mutiara yg hampir mati dan nazak hatinya..

moga Allah rahmat sis,mutiara dan semua.. amin ya rabb!

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

aha..adakah kerna ia terlalu panjang, maka di kategorikan sbgai sbuah cerpen?

ehhee..

Mutiara Bernilai said...

@ miss H

yok2..jum same2!

syg u dear!

Mutiara Bernilai said...

@ Abu

wah. agak2nya sy dah layak dpt pHD utk major dlm 'membebel' kot..


hu, jaga diri kamu ok!

Mutiara Bernilai said...

@ ahmad humairi

insyaAllah, sentiasa membawa pena dan kertas ke mana2 mutiara pergi.

ah. dunia ini terlalu banyak menyimpan rahsia dan misteri tersendiri. setiap saat punya ceritanye tersendiri..kan cikgu?

Mutiara Bernilai said...

@ gadisBunga

eheh.. meh singgah meh..bace entri baru ..

gB, jage diri kamu elok2 neh.. :)

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero

hu, biar panjang tapi cantik.
tp post sy hanya panjang tapi ibarat tak jumpa titik. sangat2 panjang. saya sedang belajar untuk menulis dgn ringkas dan tepat.

hakikatnya, bukan mahu menampar hati sesiapa, mutiara menulis untuk menampar bangun hati mutiara yang dah nyawa nyawa ikan ni..

terima kasih krana komen.

:)

Mutiara Bernilai said...

@ AkuMuzikFilem

mungkin mutiara pula kena buat quote 'menulis untuk bebel-bebel sahaja'

eheh.

doakan moga2 akan sentiasa bertemu jalan pulang di sepanjang kehidupan ni..

Mutiara Bernilai said...

@ intan.maisarah

sara dear.

nah, senyum lebar buat sara!

^________________^

Mutiara Bernilai said...

@ terrarossa

erk. bangun2! jgn nenanes!

haha. silap2. nanes la lg.

:P

aku kan pompuan kijam!

nota: moga2 aliran air matamu dpt membasuh dosa2 lalu. ah. doakan aku juga. dosa aku terlalu menimbun tinggi, hingga tak tercapai.

Mutiara Bernilai said...

@ Sunah Mohammad

atoi. kamu sedari dulu, asek sukaaaa ajek. :P cuba bg komen laen lak..haha..

Mutiara Bernilai said...

@ kedai buku perintis

^__^

insyaALlah,moga hati selalu sedar dan iman sentiasa celik.

Mutiara Bernilai said...

@ musafir

oh tidak. kamu memang 'stalker yang buat bising' :P

nway, tQ jugak drop by sini

Mutiara Bernilai said...

@ Abd Razak

wa alaikum salam

insyaAllah. terima kasih. moga segalanya selamat.

Mutiara Bernilai said...

@ sahromnasrudin

pergi tak jauh. tetap di bumi Allah ni. mana-mana pun tetap memijak bumiNYA, berbumbung langitNYA..

terima kasih atas doanya En sahromnasrudin. insyaAllah, apabila selesai urusan di sini, saya akan kembali berblog. terima kasih sahabat

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

sukarnya untuk di kejapkan rasa buat yang Maha Kuasa. mungkin juga kerna hati sudah terlalu di pegang kejap dengan dunia..

baru pulang dr kembara ya Kakzakie sayang?

Mutiara Bernilai said...

@ FasiHaH SupiaN

alang!!

wah, dah merdeka ye dgn exam?
rindu!

Mutiara Bernilai said...

@ Republic Aku

jika itu yang kamu pilih,
tak mengapa. tak perlu bicara.

^__^

republik n9 said...

hmm gua ngah berfikir... susah nak paham hu3

Frodo Baggins said...

spti sbtang pohon yg akarnya menghujam ke dasar bumi kukuh dan hasinya buah2 yg manis tidak goyah...


ya, betul pengakhiran yg di pandang,
satu kerisauan juga buatku .. :)

ghost writer said...

mestilah ia seperti sebuah sayembara...kalau sekalipun bukan cerpen mungkin macam cerkas..

KHRLHSYM said...

panjang tapi sedap dibaca, sangat cantik bahasa seperti biasa.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

mata aku belum terbuka.aku gelap tak nampak apa-apa.masih tetap cuba mencari.

Mutiara Bernilai said...

@ republik n9

terlalu panjang atau ayat belit2 yang menyebabkan kamu sukar untuk hadam? maaf, saya mmg tidak fasih dalam menulis..

Mutiara Bernilai said...

@ Frodo Baggins

lalu, itu adalah surah ibrahim ayat 24-25.

sungguh, aku juga teramat risau dengan akhir cerita tentang sebuah pengakhiran bagi seorang manusia bernama aku.

Mutiara Bernilai said...

@ KHRLHSYM

tapi lagi indah jika maksudku benar2 lekat di hati-hati yg membacanya,

ah. kamu terlalu memuji.

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

cerkas mungkin. mutiara merancang untuk menambah lagi rantaian cerita, mahu di hantar ke satu majalah atau akhbar. tetapi mutiara sendiri tak tahu betul atau tak tindakan mutiara itu.

Mutiara Bernilai said...

@ Pembunuh Tanpa Bayang

dalam gelap sebenarnya lebih senang untuk mengesan cahaya. insyaAllah, dengan izin Tuan Cahaya juga :)