09 April 2011

Satu masa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 



Satu masa. Kita perlu keluar. Mahu tidak mahu, kita perlu keluar. Duduk bersama dengan mereka-mereka yang tidak sependirian dengan kita. Bersama-sama mereka yang tidak sehaluan pemikiran dengan kita. Bersama-sama mereka yang kengkadang sepenuhnya menyimpang dengan cara hidup kita.

Perlu keluar. Wajib keluar. Bergaul. Fahami. Mengerti. Analisis dan akhirnya manipulasi. Oh, 'manipulasi' kelihatan agak tidak sopan. Maaf, saya tidak dapat mencari perkataan yang lebih sesuai. Jangan kita asingkan mereka. Jangan juga kita terus menetapkan garisan tembok pemisah antara kita dan mereka, dan jangan juga kita terlalu menghukum (judgemental) terhadap mereka. Setiap manusia ada sisi putih, dan wajib juga ada sisi hitamnya. dan jangan lupa, sudah semestinya kita sendiri tidak terlepas dari kedua-dua sisi itu.

Sebarluaskan. Itu sudah menjadi tugas bagi orang yang mempelajari, orang yang mengerti dan orang yang mengetahui. Perbaiki. Itu tugasan buat mereka yang melihat kerosakan dalam umat. Fikirkan. Itu juga tugasan buat mereka yang mendapat pencerahan dan mendapat penjernihan akal. Mereka yang analitikal, kritikal dan tajam akalnya, perlu juga mengambil bahagian.

Kerosakan akan terus bertambah rosak sekiranya golongan-golongan ini hanya berlepas tangan, malah sesenang hatinya hanya meletakkan kesalahan kepada mereka-mereka yang masih belum nampak, atau mereka-mereka yang sudah nampak tetapi tak mampu untuk 'mewujudkan rasa'. Kebobrokan hanya akan bertambah teruk sekiranya mereka-mereka ini hanya berkokok tanpa henti, namun sayang, hanya kalangan mereka yang mendengarinya. Sayang dan rugi bukan? Sedangkan yang sepatutnya mendengar sedang berjimba penuh riang tanpa menyedari ada pesanan-pesanan buat mereka.

Maka, hidup ini harus kembali kepada Titah Perintah Tuhan Yang Maha Hidup. Berbuat baik. Sebarkan. Menyeru. Mengajak. Bersangka baik dan menjadi yang pertama menghulurkan tangan. Hidup, takkan selamnya kita mampu untuk sendiri. Perlukan tangan untuk di pimpin untuk berjalan di sepanjang perjalanan hidup ini. Dalam terang cahaya juga kita bisa tersesat, apatah lagi yang sedang tercari-cari dalam kegelapan. Jadi, ayuh hulurkan tangan. eratkan hubungan. berikan pencerahan. Sebarkan segalanya dengan keindahan kasih sayang. Hulurkan tangan untuk membantu mereka yang sedang keliru. Tunjukkan jalan buat yang masih mencari. Ah. Benar. Islam itu indah, maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyebarkan keindahan ini dengan keindahan peribadi kita.

Orang yang benar, tidak akan mudah untuk menghukum.
Orang yang jernih akalnya, tidak hanya memandang pada satu sisi.
Orang yang pemikir, tiadak akan sewenangnya melepaskan sesuatu permasalahan itu pergi begitu sahaja. melainkan mereka membawa bersama solusi terbaik untuk memperbaiki keadaan.

Dalam diri manusia ada sekeping hati. dan di setiap hati itu punya kunci yang berbeza-beza sesama mereka. Ada yang mudah, ada yang sukar. Namun, sesukar mana sekalipun untuk membuka hati, kuncinya tetap ada. Maka sentuh dan cari dengan sabar. Sabar dan solat. Kita dekat dengan manusia untuk mengurus permasalahan mereka, sedang kita juga perlu rapat dengan Allah untuk memohon penyelesaian bagi  permasalahan mereka. " Sabarlah..bukan mereka tidak mahu mendengari, cuma kita belum berjumpa kunci yang betul untuk menyentuh hati mereka. Sabarlah"

Satu masa. kita memang perlu untuk keluar. Meski kadang terasa mual.



Bebelan Mutiara

1) Judgemental kebiasaan bermula dari persepsi yang bias.
2) Hulurkan tangan, kurangkan beban.
3) Dunia sedang menunggu mereka-mereka yang peduli. Bukan peduli sahaja, tetapi peduli untuk perbaiki.
4) Keluarlah. Tarik dan manipulasi. Tetapi jangan sampai terhanyut bersama.
5) Yakinlah, dalam kegelapan itu, masih ada ruang cahaya buat kita semua.
6) Didik, bukan ajar. Ada beza antara keduanya. Dunia perlukan pendidik, bukan pengajar semata2.
7) Saya juga perlukan huluran tangan kalian.
5) Sedang berbahagia di ribaan bonda tercinta. Ada yang mahu pesan ubi kayu? :P


 kadang kita perlu memandang segalanya dengan kaca mata cinta..

Sayang selalu~

Mutiara
Kampung Halaman

Melihat gemintang bekerdip galak bersama hembusan bayu pantai. Nyaman dan indah!
Tuhan, seandainya masa ini dapat aku hentikan dan terus statik berada di ruangan waktu itu buat selamanya..


Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.

96 org kaki bebel buat bising:

. said...

Satu masa. kita memang perlu untuk keluar. Meski kadang terasa mual.

suka ayat yang ini, kamu sangat hebat menulis.

ariana said...

Suka baca kat bebelan mutiara..mcm kesimpulan gitu..
Jom join 1st GA akak dear sis..suka2..:)mana tahu bertuah nanti.
http://arianasstorys.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html

Bidadari Syurga said...

saya sudah keluar dan alhamdulillah masih segar keranaNYA... harap DIA akan sentiasa benarkan saya di luar... gelap sangat tempat yang dulunya saya diami... takut mahu ke sana kembali... doakan saya ya...

ghost said...

sebenarnya kita cuma perlu berganjak sedikit dari minda statik kita supaya kita lebih kenal akan banyaknya pendapat dan ideologi yang lain..yang boleh kita cerna,hadam dan muntahkan kembali..

semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan,apa yang akan kita fikirkan.

Islam itu jalan yang lurus,maka jangan simpangkannya..

Qiez AR said...

benar, terima kasih kerana sudah mengingatkan aku.

Qiez AR said...

benar, terima kasih kerana sudah mengingatkan aku.

s a r said...

assalamualaikum :)

'manipulasi' maybe perkataan yang lebih sesuai 'beradaptasi' :)

indah bahasa. alhamdulillah :)

Mutiara Bernilai said...

@ KHRLHSYM

hanya bebelan tanpa suara,
tak lebih, tak kurang.

:)

Mutiara Bernilai said...

@ ariana's

sebenarnye bebalan mutiara tu utk org2 yg malas membaca yg panjang..so leh skip trus ke Bebelan Mutiara 4 isi penting.

GA? :)

Mutiara Bernilai said...

@ Cik Bidadari

insyaAllah..sama2 kita pimpin tangan.

Nah, sambutla tgn mutiara ni :)

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

*angguk kepala lelaju*

hadam dan muntahkan kembali.

kenkadang ideologi yg berbeza membantu kita untuk melihat sesuatu dgn lebih luas

namun kadang, ideologi sendiri bisa goyah..itu risikonya..

Mutiara Bernilai said...

@ | Larasephia |

^__^

nah, senyum buat kamu..
sebenarnya bebelan ini utk diri sendiri..

Mutiara Bernilai said...

@ s a r

wa alaikum salam my dear s a r ,
hehe..manipulasi memang kedengaran canggung dan tidak begitu sopan.

sebenarnya sy bermaksud begini, " Org2 di luar ada pembawakan mereka sendiri. jadi bina hub dgn mereka, fahami karakter mereka, sesudah fhm cara yg seswai utk cucuk dan pengaruhi mereka, kemudian barulah gunakan ia sbgai satu cara utk membawa kefahaman dan seruan kita kpd mereka." adaptasi mungkin. selalunya saya mengatakan 'psiko'.

ah. memang lemah dalam berbahasa.

Unknown said...

pernah mencuba satu masa dahulu,
konon2 nya melihat sesuatu yang tidak kena,dan ingin dibetulkan.
tapi bagai tikus membaiki labu..
semua usaha sia-sia.
malah menjadi lebih buruk.
tidak cukup ilmu di dada ketika itu.

*kesal

Afida Anuar said...

My Dear mutiara..

Fida sedang berusaha utk keluar mutiara...

ahh bahagianya di ribaan bonda tercinta... selalu pulang ke kampung ya?

PS: bookfairnya bila ya mutiara? di mana? lost... he he

Mutiara Bernilai said...

@ april

^__^

mengerti.

jika bukan sekarang, tidak mengapa, satu masa nanti.

Satu masa nanti. Kerna sejujurnya mutiara juga tak terdaya untuk keluar seorang diri. Risau tangan ini pula yang di tarik kuat ke alam sana, kegelapan yang menakutkan.

Tidak mengapa. Azam pada diri. Ya, suatu masa nanti. :)

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

My dear Afida Anuar.

^__^

Mutiara sekejap keluar,
kira2 bateri dah nak abes,
mutiara masuk dalam balik,
charging, xmo bg shut down..

sukar syg jika ingin di realitikan hasrat di hati ini..tp jalannya tetap ada. Pasti.

...........

Book fair d pwtc, 22 april-1 mei..jum pilih tarikh date.. bisa lapangkan jadual atau tak sis? :)

cikcleopatra said...

wah entry yg bagus!! suke2 ;)

Qaseh Dalia said...

nice sis.. qaseh pun cuba ingin keluar ~

oranglidi said...

keluar dari kepompong jajahan minda

.drakula. said...

cuma bisa tersenyum manja....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
yang tidaksebulu jangan dilayan

Afida Anuar said...

InsyaAllah..boleh kut Mutiara.. cuma 29 April- 3 may fida balik terengganu..

so wiken sebelum tu la eh... boleh ke mutiara? insyaAllah ada jdoh kita jumpa...

Mutiara Bernilai said...

@ Qaseh dalia adelia

same2 brusaha utk keluar..insyaAllah..

Mutiara Bernilai said...

@ oranglidi

terjajah dan terus terjajah.

tp saya lebih suka menggelarkan is sperti Ghost nyatakan, minda yang statik, hanya selesa di zon selesa.

Mutiara Bernilai said...

@ Republic Aku

senyum manja? kenapa? kurang setuju dgn mesej sy ini ke?

*senyum jgak*

Mutiara Bernilai said...

@ b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

wa alaikum salam.

ada yang boleh d layan. ada yang tak boleh layan..

:)

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

balik kg dear?
jeles~
xpe2, afida balik la wiken tu..kite jumpa waktu lain..

ibu bapa. keluarga. Tak boleh d ganti dgn apa2. Kita jarang bersama mereka. Biarlah pulangnya kita selama 2 hari dalam sebulan tu sekurang2nya melangsaikan hak yang perlu kita beri kepada mereka. hak seorang ibu bapa utk bersama dgn anak2nya..

nati mutiara add ym Afida neh. kita exchange no, then kita decide date neh dear..

IMANSHAH said...

saya nak keluar tapi tak dapat2 lagi keluar

Mutiara Bernilai said...

@ IMANSHAH

takpe. satu masa nanti. InsyaAllah akan keluar juga.. :)

Seroja Jingga said...

baru hari ni berpeluang berjalan jalan disini

ah entry ini seperti kene di batang hidung sendiri..ye keluar..dan kakaklah antara yng harus keluar..

ikhlas. kamu terlalu great dalam penulisan

norfaridahanum said...

terima kasih...tapi apa maksud jimba ya?

||aLeaSaRa|| said...

suka n3 ni.manusia mdh menilai dr luar sdgkan di dlm hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

s a r said...

hehe.. oh yeke.. hee.. maaflah saya buka pencinta jiwa bangsa :p fail jugak bab-bab bahasa ni. :)

dah quite nice ni. boleh improve lagi. teruskan! :)
all the best cek mutiara :)

Mutiara Bernilai said...

@ Blogger: Mutiara Bernilai - Post a Comment

entri sebenarnya ditujukan buat diri sendiri sebenarnya.. ah. kita sama sahaja. tetap manusia.

hu,bebelan cuma sis seroja. Sungguh, saya tak pandai menulis.

Mutiara Bernilai said...

@ Seroja Jingga

entri sebenarnya ditujukan buat diri sendiri sebenarnya.. ah. kita sama sahaja. tetap manusia.

hu,bebelan cuma sis seroja. Sungguh, saya tak pandai menulis.

Mutiara Bernilai said...

@ norfaridahanum

berjimba : bergembira, berfoya-foya, berhibur, berlibur dll

terima kasih :)

Mutiara Bernilai said...

@ ||aLeaSaRa||

betul. kadang kita tak nampak potensi sebenar setiap manusia. hakikatnya setiap manusia itu fitrahnya suka kan kebaikan.. jadi setiap mereka punya potensi utk menjadi manusia yang 'baek'..

Mutiara Bernilai said...

@ s a r

eh, mutiara pun tak berapa pandai berbahasa. Mutiara hanya bagi pendapat, dan yang pastinya pendapat mutiara tak semestinya betul dear s a r, :)

selamat pg dear!~

Anonymous said...

seperti biasa, ayat2 ynag membuatkn hati saya sayu dan terusik. teruskan menulis mutiara. teruskan menyentuh hati manusia. sekeras mana pun hati mereka, sy yakin, dengan selembaut lebut dan sehalus2 pekerti, hati yg keras bisa jd jinak juga......

kamu mempunyai penulisan yang halus bersama pekerti yang mulus, malah riak wajah yg telus....mutiara mempunyai potensi yg besar....teruskan....harap dapat berjumpa dengan kamu lagi cik mutiara bernilai....

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Bila benar keluarnya seseorang di dalam menyampaikan kebenaran dan jalan menuju~Nya maka akan mendapatkan derajat yang tinggi..

Usahalah..

sahromnasrudin said...

what a nice quote i have read..thanks to u for reminding us.. it was so nice and really reflect to us :-)

azmnor said...

Salam MB...

Memang adakala nya kita perlukan bebelan tanpa suara....utk belajar sesuatu luar dari kepompong kita utk fahami erti sebenar....

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Ubu kayu sedap direbus...cicah sambal belacan...atau keluarlah dengan menu yang luar dari biasa...?

Mutiara Bernilai said...

@ Anonymous

ah. jangan terlalu tinggi. saya manusia yg selayaknya punya jelek yg tersendiri.

hm? pernah jumpa saya? eh..siapa?

:)

Mutiara Bernilai said...

@ Abd Razak

insyaAllah.
sedang berusaha.

doakan!

T__T

Mutiara Bernilai said...

@ sahromnasrudin

^__^

membebel cuma.
moga dapat bermuhasabah bersama..

Mutiara Bernilai said...

@ azmnor

ye..kita tak boleh berada di zon selesa buat selamanya kan? :)

Mutiara Bernilai said...

@ republik n9

huhu. nah tangan sy, nak sambut tak? tlg bwak sy keluar dr dunia gelap ni..

T__T

Mutiara Bernilai said...

@ ahmad humairi

cicah dgn kelapa parut n garam..
sambil2 minum kopi panas..
di kala ujan mencurah2

terbaekk laa!

Nisa' Pasir Gudang said...

Orang yang benar, tidak akan mudah untuk menghukum.
Orang yang jernih akalnya, tidak hanya memandang pada satu sisi.
Orang yang pemikir, tiadak akan sewenangnya melepaskan sesuatu permasalahan itu pergi begitu sahaja. melainkan mereka membawa bersama solusi terbaik untuk memperbaiki keadaan.

bebelan yang mudah di faham :)

AkuMuzikFilem said...

itulah yang aku fikir selama ini, jangan perasan unik, ego dengan meletakkan dinding pemisah, atau menaikkan satu level diri kita untuk tidak bercampaur dengan orang lain. blogosphere ini. aku berkawan dengan siapa saja dalam atmosfera blog ini, follow siapa saja yang follow aku dahulu, tapi di hati, ada pilihan pembacaan sebenar.

Mutiara Bernilai said...

@ Nisa' Pasir Gudang

^__^

insyaAllah, mudah2kan pula utk kita semua aplikasinye..

Mutiara Bernilai said...

@ AkuMuzikFilem

setuju.

saya suka bunga dandelion. tetapi tak semestinya saya perlu membenci bunga2 yang lain..sebab semuanya tetap bunga,,betul tak?

:)

.drakula. said...

setuju, cuma bagaimana cara akan dilakukan atau mampukah dilakukan sepertimana yang saya sedang usahakan...takut mereka tersalah faham....

Mutiara Bernilai said...

@ Republic Aku

Dear Republic Aku,

aku mengerti,
kerna itu jika mahu keluar mendekati,
jangan pernah keluar bersendiri,
perlu ada teman di sisi,
kelak nanti bisa tarik kau kembali..

jgn sensorang okies!~
salah fhm itu biasa.. kerna itu kau harus kuat!!

Panah Beracun said...

ada yang menyedari laluan yang dipilih salah.tapi kaki tetap melangkah walupun hati sudah meraguinya.

kadang-kadang terdetik mahu berpatah balik,tapi tak mampu.cuba berkali-kali tetap gagal.

jadi memilih untuk menghukum diri sendiri.

ah,dangkalnya akal...

Mutiara Bernilai said...

@ Blogger: Mutiara Bernilai - Post a Comment

Buat org yg kamu maksudkan,
tak mengapa, biar terus berusaha walau setiap kali itu bertemu gagal, Yang Di Atas melihat jatuh bangunmu, DIA tahu betapa payah telah kamu mencuba, dan DIA juga tahu betapa d dalam hati kamu punya satu cahaya yang ingin keluar dr kegelapan, Dia tahu kamu mahu..

sebab itu kita tak boleh sendiri, perlukan tangan sahabat yang boleh kita pegang saat kita melangkah kembali kesana..

--------

Berusha mencari cahaya lebih baik drpada terus menyumpah kegelapan..

Ms H said...

like:)bantu bukan bantut..

Kakzakie Purvit said...

Keluar mencari rezeki
keluar mencari kerdahaan illahi
keluar dari titik noda dan dosa
keluar dari kepompong jahil
keluar rumah mencari ketenangan
keluar rumah mendapat kemurkaan

Jadi....bila keluar
gunakan akal berkali-kali

Mutiara Bernilai said...

@ Panah Beracun

Buat org yg kamu maksudkan,
tak mengapa, biar terus berusaha walau setiap kali itu bertemu gagal, Yang Di Atas melihat jatuh bangunmu, DIA tahu betapa payah telah kamu mencuba, dan DIA juga tahu betapa d dalam hati kamu punya satu cahaya yang ingin keluar dr kegelapan, Dia tahu kamu mahu..

sebab itu kita tak boleh sendiri, perlukan tangan sahabat yang boleh kita pegang saat kita melangkah kembali kesana..

--------

Berusha mencari cahaya lebih baik drpada terus menyumpah kegelapan..

Mutiara Bernilai said...

@ Ms H

hu,
maaf Ms H, kalu berkawan dgn aku hanya membantutkan ko,

T__T

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

salam alaik kakzakie,,

aduh,rindunya kat akak. lame tak nampak.

hu,moga kita semua berjaya keluar dr keompong jahil..

amin Ya RAbb

Frodo said...

mgkin boleh ambil gambar ubi kayu buat hilang kempunan beta .. ehkeke


>>___<<


diajar kita bukan diam, tp bergerak. mendidik biar yg jauh mendekat bukan semakin menjauh .. woohoo

Mutiara Bernilai said...

@ Frodo

adeh, xsempat nak amek pic pon, sy sudah mengembara keluar dr kg halaman..

^__^

bgerak2. air yang bertakung dan statik, akan mngundang kotor dan busuk..

Aretikz said...

Pergh ~ ayat.. cntik berbunga.. seindah isinya.. sungguh mendalam maksdnya.. dalam penyampaian bersahaja..

Benar.. kadangkala kita tak sedar.. itulah hakikat sebenar.. yang mampu bawa kita keluar.. adalah hati yg sabar.. dalam dunia yg pnuh onar...

Thanx Mutiara, seindah sinarnya.. ^_^

Mutiara Bernilai said...

@ Aretikz

sabar.

sabar.

dan sabar.

moga2 kita dikurniakan hati yg tak pernah lelah bermujahadah.

''''''
mutiara hanya membebel. sungguh, mutiara tak pandai menyusun kata. :)

betty said...

dan aku masih mencuba dan mencuba untuk keluar. Tuhan, tolong aku

Mutiara Bernilai said...

@ betty

my dear betty,

mencuba dan terus mencuba..
moga betty dan mutiara di kurniakan hati yang tak pernah lelah untuk mencuba..

syg slalu!~

lalink7 said...

lebih suka keluar dan mencari dari duduk termanggu dari tidak melakukan apa2...

suka dengan tulisan kamu

Ms H said...

aiyak asal plak!patotlah ko mseg aritu.ayat sama je..hehe xde lah.mana mungkin ko bantut kan aku..kalo physically membantut aku xtau..hehehe gurau na!

Mutiara Bernilai said...

@ lalink7

betul2. kdg2 bosan jugak kalu tak keluar :)

Mutiara Bernilai said...

@ Ms H

rase2 mcm aku aje yg membantut..

aish. makin pendek sudahh

shameel Iskandar said...

saya suka gaya penulisan mutiara. pasti ada frasa-frasa maknawi di sebalik aksara yg dititipkan.

Ya, sampai masa dan ketika kita perlu keluar. bkn hanya utk berkongsi org orang yg berbeza haluan dan bersimpang jalan. Tapi kita perlu keluar dari kebiasaan dan kelaziman. Keluarlh, asalkan kita tikdak terbabas dari akar punca( agama)

he11mi said...

kenapa bebelan no.5 ade 2x.yg kedua tu rasanya bkn isi penting.heh

Monster Anarki said...

hijrah adalah pengorbanan.. hijrah dari burk kpada baik adalah jalan yang penuh dengan liku.. tapi bila dah jumpa pasti aman..

skandaLdariLangit said...

ska tidak mudah menghukum, tapi dianggap begitu. ska cuma, mahu sedikit 'pertelingkahan' lidah agar menemui jawapan..

skandaLdariLangit said...

ska tidak mudah menghukum, tapi dianggap begitu. ska cuma, mahu sedikit 'pertelingkahan' lidah agar menemui jawapan..

skandaLdariLangit said...

ska tidak mudah menghukum, tapi dianggap begitu. ska cuma, mahu sedikit 'pertelingkahan' lidah agar menemui jawapan..

Mutiara Bernilai said...

@ shameel Iskandar

ya, terkadang kita pula yang terbabas ke sana. naudzublillahhiminzalik.

bak kata Frodo, moga2 yang jauh makin mendekat, bukan semakin menjauh.. :)

Mutiara Bernilai said...

@ he11mi

heh, dr komen kamu, sy dapat lihat sedikit karakter kamu. seorang yg teliti, mungkin. Oh,ini bukan judge mental okeh.

no 5 yg kedua tu penting la. penting utk menjeleskan org lain :P

moga kaki semakin sembuh ya!

Mutiara Bernilai said...

@ Monster Globalisasi

hijrah itu pengorbanan..

hijrah itu persaudaraan..

hijrah itu perjuangan..

oleh itu mari semua..

kita hulur tangan kita..

^__^

edit lagu maal hijrah. hiks2

Mutiara Bernilai said...

@skandaLdariLangit

dear skandaLdariLangit,

tidak mengapa, itu bukan menghukum, cumanya 'perbincangan' itu penting untuk pencerahan buat kita semua..

fahamkan mereka ttg niat skandaLdariLangit itu neh..

jika xberjaya juga, x mengapa, dekati sahaja mereka..sekurang2nya kita memerhati sambil berdoa dlm hati..

luv u skandaLdariLangit!!

IMANSHAH said...

memang bergaul, tapi ada hadnya..ada takatnya..yang penting kita buat keje kita, biar depa buat keje depa

anonymous setia said...

dak comeyyyyy!dah sebulan tak jenguk sini. wifi salu prob aje. broadband lg la sengal. buek abeh beras ajo mbayo.

wei. aku rasa aku tak payah kluar, aku ni spisis yang kena tunggu org lain hulur tgn tuk aku. sbb dunia aku gelap. ak tak jumpa pintu.

aku nak tungu ko je la. tunggu tangan ko. sampek bila2, just nak pegang tgn ko. sampai ak kawen n branak pon, aku nak ko gak. ko je yg paham aku wei. ko tegur aku mcm2, tp ko tegur tak buat aku saketa ti, ko tegur lembut aje, masuk aje dlm ati aku. ko guna2kan ak yer? sayang ko sgt.

ko jgn pegang tgn org lain byk2 sgt, nanti aku jeles. macam kes dulu2. seyes aku hangin dgn dak2 yang dok asek nak bkepit dgn ko. pehal lak nak kaco ko kan. p la cr org lain.

hekhekehek. gila punya tamak ak kn? aiyakk!

intan.maisarah said...

Orang yang benar, tidak akan mudah untuk menghukum.
Orang yang jernih akalnya, tidak hanya memandang pada satu sisi.
Orang yang pemikir, tiadak akan sewenangnya melepaskan sesuatu permasalahan itu pergi begitu sahaja. melainkan mereka membawa bersama solusi terbaik untuk memperbaiki keadaan.



sara suka kata kata itu
:)

gadisBunga™ said...

ubi kayu rebus sepinggan!

*kopi O panas pun nak jugak ek. tq. :D

Wafiy Suzly said...

ayat mutiara bernilai memang sesuai dijadikan mutiara hati..

ong ong kedek kedek said...

mutiara,
gua nak kongsi sedikit ape yg gua rasa pasal bab keluar2 ni...

bagi gua semua orang memang perlu keluar, keluar dari kepompong, keluar dari kesusahan, kehidpan lama dan mentransformasi diri menjadi lebih baik...

tapi kan gua selalu pelik kenapa gua selalu jumpe golongan2 yg cuba untuk membuat sesuatu yang memerlukan interaksi dan conection dengan orang2 selain dari mereka (yg berbeza cara hidup/pemikiran) atau senang cerita geng2 dakwah tapi mereka tak cuba utk keluar dari kepompong mereka...

maksud gua, mereka hanya bekerja dalam suasana mereka sendiri tanpa cuba memahami atau explore dunia lain supaya mereka faham dan dapat buat sesuatu yg sesuai bagi dakwah mereka, supaya orang tertarik pada dakwah mereka dan bukannya makin menyampah atau menjauhkan diri...

okey, gua cakap mcm ni pasal gua menyampah ngan geng2 dakwah ni, sebab gua selalu terkena dan menjadi mangsa akibat keegoan mereka nak memahami dan mendekati umat2 jahil mcm gua ni... mereka nak berdakwah tapi berlagak pandai, tau semua mende, tapi otak mcm lembu... geram aku...

Mutiara Bernilai said...

@ anonymous

thinking. hm, am i really guna2kan u? oh,maybe YES :P . nway, i luv u more dear

@ intan.maisarah

:). hadam2 same2 yok!

@ gadisBunga
wahh. siap!
eh, xmo kelapa parut ke?

Mutiara Bernilai said...

@ Wafiy Suzly

^__^

tbe2 tringat siri sinetron "mutiara hati"

Mutiara Bernilai said...

@ republik n9

*senyumlebar*
oh, akhirnya ada org nampak jugak maksud sbenar entri sy ni..

well republik n9,

actually itula la sbb utama mutiara kuarkn entri ni.. act,ni lbey dtujukan kpd mutiara n mereka mereka yg jumud dlm berdakwah..mereka2 yang merasakan diri suci..tu yg mutiara nampak sgt2 ketara berlaku dkalangan golongan2 itu.. TAPI, tak sume mcm tu..

so republik n9, why not u plak 'berdakwah' kat mereka2 tu, teach them how to communicate wif others,how to wear d differ shoes, how to try a cup of coffee rather than tea..sedarkan yg kita perlu bwk kebenaran bknnya keegoaan.. :)

hey, kamu juga perlu bdakwah aite? sume org ade titik jahil masing2..ada sisi hitam masing2.. so sape pon kite, kite saling perlu memerlukan..masing2 kne main peranan.

nah, tgn sy,
bila sy jatuh terduduk xleh nak bgun awk akn tarik,

bila awk tgelongsor sy usaha pegang kuat2 xbg awk jatuh...

n sy serius nih!