07 May 2011

Bebel Mak...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 







 Setiap orang punya emak kan? Emak kamu suka bebel dekat kamu tak? Emak kamu cakap apa? Meh share dengan Mutiara, apa pesan-pesan yang sering emak kalian titipkan. Kita kongsi sama-sama dan kita baca pula pesan-pesan dari emak orang lain. Kerana tiada insan yang lebih mulia dan yang lebih perlu kita cintai melainkan emak kita sendiri. Dengan kedudukan 3 tingkat lebih tinggi dari seorang ayah dan juga punya cop syurga di telapak kakinya. Meh kongsi dan saling berbagi! 

Kalau rajin, nanti Mutiara edit dan salin semula komen2 tentang bebelan emak kalian dalam entri yang berbeza.

Satu yang kamu -kita harus faham, bebelan dan ngomelan seorang yang bernama emak hanyalah pantulan dari hatinya yang sarat dengan gusar dan cinta kepada kalian. Jangan semudahnya kita melempar penghakiman pada setiap bebelan seorang emak.. Mereka bukan membenci, bukan juga mengongkong malah tidak bermaksud ingin membantah. Mereka hanya menyuarakan gusar, mengzahirkan cinta..Kerna mereka menyampaikan atas desakan cinta dari dada, tak terbelah bahagi buat kita semua..




dan, aku juga suka membebel walau aku bukan lagi seorang ibu malah bukan juga isteri orang. Ah! 


Bebelan Ma Mutiara :

1) Jaga solat, jaga aurat, jaga bacaan quran dan jaga diri
2) Jangan skip makan nasik!
3) Anak Ma kena pandai bawa diri, kamu punya pesona muslimah solehah yang tersendiri.
4) Cari suami yang boleh jadi imam dan sama-sama dengar kamu mengaji al quran.
5) Masa muda, enjoy. Jangan kawen awal sangat macam mak. Lalalalaala!
6)  Jangan nakal, kamu tu cute sangat. Bahaya.
7)  Jangan minum ais, cuka, air gas dan kelapa.
8)  Apa-apa terjadi, kamu kena ingat, anak mak ni kuat!
9) Peraturan family, apa-apa yang datang, kita tak lari, tapi kita hadapi sesama. (stick together!)
10) Time makan, Ma harap semua dapat turun makan sesama. Kebersamaan perlu ada dalam keluarga. 
11) Ikhlas. Ma dan bapak tak akan tinggalkan harta buat korang, melainkan ilmu. 
12) Tidur, sila pakai selimut. Hujan, sila pakai payung. Kamu tu cepat sakit. Suka sangat agaknya kuarantin dalam hospital.
13) Ma bukan nak membebel... Ma sayang kamu.. itu aja.
14) Banyak lagi, nanti mutiara sambung kat komen pulak.. :P


Kongsi tau!

Sayang selalu!

Mutiara Bernilai


75 org kaki bebel buat bising:

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Mutiara,

Selamat hari Ibu pada Mutiara dari kak ani ni.

Bebelan mak kak ani macam2, tapi yang paling takut mak marah ialah "jangan maghrib baru nak balik rumah", pesanan ni dipanjangkan pada anak-anak dan kalau panjang umur mungkin pada cucu2.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Ah! ruginya kamu...
Bila nak jadi ibu,
Wah!, untungnya aku,
Mendengar bebelan kamu.

Nantikan hari guru pulak...

Mutiara Bernilai said...

@ Kunang-Kunang

Wa alaikum salam Kunang-kunang.

ehe. selamat hari ibu juga buat Kunang-kunang.

teringat pesan Ma,
jangan tidur lewat malam!

yang maghrib tu pon betul juga..tp dah lama tak dengar..

Mutiara Bernilai said...

@ ahmad humairi

hu. rugi ya?
ehe. tiba masanya, nikah juga kan?

^__^

oh hari guru dan hari bapa pun ada kan?

Cikgu Humairi tak nak berkongsi 'bebelan' ibu Cikgu dengan saya ke?

Kakzakie said...

Ini bebelan kakak dulu buat adiknya (MB)hehehe: -

1. Bila nak jadi ibu?

Ini bebelan arwah emak kakak yg masih melekat: -

1. Makan jangan tak habis kalau tak cukup ambil lagi
2. Lepas mandi tuala mesti sidai tempat yg betul.
3. Lipat baju susun ikut saiz, sama juga masa sidai di ampai
4. Kalau ada makanan sikit kena bagi adik-beradik (dulu kakak miskin)... sekarang taklah kaya
5. Kasut sekolah yg dah cuci jemur tempat yg betul
6. Mesti dah siap mandi dan berpakaian elok sebelum maghrib (dulu rumah kakak tempat anak-anak kg mengaji)

eh... banyak pulak, bagi chance teman kita yg lain. Salam sayang dari kakak....

Hari ini kakak kerja half day. Nak balik nie..

gadisBunga said...

mak gb pun pesan banyak benda. tapi yg paling femes utk waktu ni adalah, mak pesan, jgn dok tgk kekurangan dalam diri org sebab diri sendiri pun banyak kekurangannya. ini pasal jodoh la ni..wuwuwu~


*suka dandelion dan bunga taktau nama tu ye? tunjuk le pic bunga taktau nama tu.. :D

Afida Anuar said...

Bebelan mak yang terbaru..eh bukan bebel la.. tapi lebih kepada pujukan kut..ke kata2 semangat...tersentuh hati anak sulungnya ni..

"Kak Nor jaga diri, jaga semua, ingat pesan mak.. insyaAllah mak yakin, yakin sangat2... Allah akan hantar seorang suami untuk kak nor bila tiba masanya nanti"....

mak... Allahuakbar, syukur kak nor dikurniakan seorang mak...macam mak...

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

akak syg,
eheh. kenapa tak tanya mcm ni,
" Bila nak jd isteri org?"
lalalala!~

hu, xpe kak, share je lg.

aha. emak2 memang telitikan? dari baju, saiz baju, ampai baju, lipat baju, basuh baju pon ade protokolnya kan? aha.




akak syg, hati2 pulang ya!

Mutiara Bernilai said...

@ gadisBunga

uwawawa.
kadang jd takot kan bile pk sal jodoh ni dear. hu, mutiara xmo pk byk2, usaha dan istikharah aje jawapan. sape jumpa parent mutiara dulu, dia dpt prioriti dulu la.. aha





* bunga tu ade kat malaysia. ala, nak cari kat google pon xleh sebab xtau nama. huhu, nati mutiara snap dgn camera hp mutiara neh gB,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

hu. tiba2 bergenang air mata.

yup. alhamdulillah sbb dpt emak mcm emak kan?

nurkass said...

hurmmm..
bebelan ibulah yang membuatkan hati ini sangatttttttt sayang dan rindu pd ibu..sob..sob

selalunya mak ckp:

1- jaga diri hiasi peribadi..eh..eh..cam iklan plak..hehe

2- jgn bw keta laju2..hati2 selalu..

3- jgn sombong, jgn tgl solat , jgn minum ais dan bykkkkk lagi..sayang makkkkkkk..muahhhhh..


sorry MB..teremo pulak..isk..isk..

Mutiara Bernilai said...

@ nurkass

no 2 tu, mutiara tak pernah di ingtakn oleh ma mutiara lg. sebab mutiara mane ade lesen krete. ahah.





xpe, ni bukan emo, ini natural feeling. kan?

toyolkiut said...

zaman kecik2 dulummg slalu la kena bebel..
skrg ni xde dh..

oranglidi said...

"kamu tu kiut sgt, bahaya"
-hhehehehe.

mak ak pesan apa? umi ak dh pergi hmpir 7 tahun lalu. byk yg dipesan.

aimie amalina said...

heee..comelnye mak kak ena bebel aka menyampaikan cintanya pd akak n anak2 yg lain..hehe..1 pekara yg mak x pnah lupa tiap kali sembg kat tepon ke ape ke, sejak dr kecik, terutama sejak msuk hostel dr form 1 smp ke masuk U ni, "ina, jgn lupa minum air masak byk2, jgn dok minum ais, kalo gatal mkn ubt gatal, " hehehe.. syg nye dgn mak =)

Mutiara Bernilai said...

@ toyolkiut

ehe. mutiara sampai skang kena bebel. aish. xde la bebel, just mak cakap2 dekat kita la..cakap itu..pesan ini.

emak kan mmg itu sifatnya.
erk, xmo kongsi ke dear?

Mutiara Bernilai said...

@ oranglidi

dia pergi meninggalkan pesan kan?
pesan-pesan yang sentiasa hidup dlm hati dan diri kita..

tak mahu berkongsi?mana tahu dapat salur sedikit saham buat umi di sana.








nota : siapapun kamu OL, sy sentiasa doakan kamu. sungguh!

Mutiara Bernilai said...

@ aimie amalina

ahah, waktu muda remaja, jiwa kita masih muda, asek nak memberontak, membangkang.

tapi,

satu masa. kita sedar. Emak hanya menutur kata2 kerana emak risau dan sayangkan kita. kan?

n for 1 day, kita pasti rindu nak kena bebel n marah kan?

ah. kesat air mata.

stalkertetap said...

mak aku bilang, pagi2 jgn lupa lipat selimut. wuhuhuu rindu mak aku..

Cik Bidadari said...

mak saya ajar perempuan kena tahu bersih rumah yg paling penting... bahagian dapur....

Afiq Ah said...

"Kau jangan jadi macam kakak kau tu, Hancur!"

inii adalah salah satu pesan mak Ikah masa umur 10 tahun :)

Ayie said...

mak selalu suruh potong rambut.. sempena hari ibu nih, ayie poie le potong rambut then balik rumah mak.. hahahaa

habibi qalbi said...

assalamualaikum..mutiara..
ummi saya pesan..solat jaga ye nak..Quran jangan lupa baca..jaga maruah diri dan keluarga baik-baik..nanti ummi ayah dah x ada lagi, jangan sesekali lupa doakan kami ye nak..

delarocha said...

mak pesan

#kerja elok elok
#cepat cepat kawen
#jangan hisap rokok

ariana's said...

Seorang ibu kalau boleh, ingin menukar ganti tempatnya dgn anaknya apabila anak ditimpa sakit atau sebarang musibah..
Begitu sekali..
Jagalah hati ibu sentiasa kerana ia ibarat kaca yg mudah retak..Berbahagialah ibu dan anak soleh / solehah..

Cikli said...

bebel ni isu istilah je.

konsultant, penceramah motivasi tu membebel juga, tapi sanggup pula dibayar beribu. expert advice katanya!

KHRLHSYM said...

selamat hari ibu, mutiara. :)

Mutiara Bernilai said...

@ stalker tetap

eheh. jum kemas selimut jum!

Mutiara Bernilai said...

@ Cik Bidadari

haa.. dapur dan tandas kan? Memang WAJIB bersih.. kan? mak sy juga kate mcm tu..eheh

Bella Bell said...

emak selalu nasihatkan kita supaya kita jadi yang terbaik dan selalu jaga kita..sayang kat mak..^__^v

rindunya kat mak T__Tv

Mutiara Bernilai said...

@ Afiq Ah

hu. pasti ade sebab mak kamu kate gitu kan? hu. hope kamu baik2 saja d sana,

Mutiara Bernilai said...

@ Ayie

eheh. mesti mak senyum aje tengok rambut kamu nanti ayie. eheh, mak mutiara pun salu gak bising kat adik lelaki mutiara pasal rambut.

:)

Mutiara Bernilai said...

@ habibi qalbi

insyaAllah,same2 kita usaha jd anak soleh neh!



jum!

Mutiara Bernilai said...

@ delarocha


*senyum*

jgn isap rokok neh kamu.. :)

Mutiara Bernilai said...

@ ariana's

baiklah kakak. mutiara akn ingat pesan akak tu betul2..

hu, doakan sy dpt jd anak solehah neh.

Mutiara Bernilai said...

@ Cikli

wah, saya suka sangat2 statement kamu! bebel=free expert advices kan? dah free, betul2 dtg dr hati ibu pula tu..

^__^

Mutiara Bernilai said...

@ KHRLHSYM

begitu juga kamu.







aku harap kamu baik2 sahaja ya di sana. amin ya rabb.

Mutiara Bernilai said...

@ Bella Bell

kan?
syg mak kan?

hu.

meh jd yg terbaik!

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Kasihilah ibumu selagi ia masih hidup. Tidak ada kasih dan cinta yang lebih dari segalanya selain kasih dan cinta seorang ibu untuk anaknya. Ibumu akan berbuat apa saja untuk melindungi dan menolong engkau saat dalam bahaya.

Mutiara Bernilai said...

@ Abd Razak

Wa alaikum salam.

hu. air mata mengalir. saya sayang mak saya Encik Abd Razak, cuma kdg2 sy selalu juga luka kan hati emak saya. hu. doakan sy dpt jd anak solehah.

s a r said...

assalamualaikum dear ms pearl :)

hehe. macam2 pesan ye. :p

hmm. lebih kurang sama jugaklah. tapi, ni yang my mum selalu pesan

1. pakai baju labuh sikit. kepala jangan lupa tutup.~hehe. selalu pesan b4 keluar rumah.

2. cuba cakap dengan kawan elok sikit.~hehe, biasalah kalau dah jumpa kawan sekepala. hampir lupa segalanya :p

3. cuba lipat kain tu. ~hehe. paling tak suka kot. ahaha

4. pesanan paling penting! nak kawen, cari je orang dekat2. ~ ahaha,..

hmm. kadang2 kita ni, tak sedar dah sakitkan hati mak kita.

~paling touching, dapat kiss and hug from my mum on my birthday. bukak je mata, terus dapat kiss n hug. n she's crying because of me. huu

Prince Halilintar said...

mak prince suke sgt bebel kat prince mase kecik2 dulu..sbb prince nakal sgt..ehehe..tapi sbb bebelan tu la yg buat kite sedar dan menjadi matang =)

Suhami Ahmad said...

mak atok bebel

"exercise la sikit kat luar ni, ini terperuk dalam umah yo, cmna badan tak lesu"

Inspirationalefeks said...

selamat hari ibu :) rindu bebelan mak :)

EAA :) said...

mama kata, 'ingat, mama ayah sayang anak-anak mama ayah'

kamuuuu, rindu-rindu-rindu! bila nak jumpa :(

Republic Aku said...

aku risau jika mama aku diam ,aku suka dia membebel...best...

KUREKURE COMEL said...

semua tu lah...dulu kurang suka dgr mak bebel....mak marah2...


tp skrg bila mak dah takde..semua ni mina rindu sgt2....


mood tak bpe nak okei lah...sedih.

Mutiara Bernilai said...

@ s a r

wah. saya sangat jeles. eheh, mak n abah slalu kiss n hug setiap kali mutiara balik aje. tu pon sebulan skali je. huhu.

rindu mreka.

jg parent elok2 neh dik..

Mutiara Bernilai said...

@ Prince Halilintar

bebel sebab sayang kan kita kan? ahah, till now mak selalu bisik2 cakap2 dgn mutiara.. dan mutiara amek sbgai pengajaran dan tempat belajar utk mutiara sendrik..

Mutiara Bernilai said...

@ Suhami Ahmad


atok, same lah, mak mutiara pon slalu ckp mcm tu..sbb mutiara jenis xsuka kuar umah.. :)

Mutiara Bernilai said...

@ Inspirationalefeks

selamat hari ibu juga utk kamu,

eheh. rindu mak saya juga la.. isk2

Mutiara Bernilai said...

@ EAA :)

rindu, bukan bermaksud kena jumpa kan? aha. saya rindu kamu sgt2. lama tak berSMS kan? malas nak ganggu, saya tahu, kamu sedang dalam critical zone kan sekarang? saya tak mahu tambahkan pening kamu syg..

moga kuat dan semakin kuat.
bertahan okies!

sy rindu mama kamu juga.

syg slalu!~

Mutiara Bernilai said...

@ Republic Aku


A'ah betul la republic, kalu mak mutiara tiba2 senyap, mutiara lak kecut perut..isau n penin dok pk n flashback, ingat2 kalu ade momen yg mutiara dah calarkan hati ma..

lainlah kalu ma senyap. lain!

Mutiara Bernilai said...

@ KUREKURE COMEL

hu. tak mengapa syg, momen yang ada, simpan kemas2. moga2 kerinduan membawa kita bertemu mereka-mereka di syurga nanti. InsyaAllah, berbahagialah ibubapa dan anak2 yg soleh..janji Tuhan itu pasti.


luvs~

intan.maisarah said...

jaga semua nya taau!

intan.maisarah said...

hehe..
jom makan makan
jog jog
jalan jalan



(esok ada paper)

Mutiara Bernilai said...

@ Sara

Monetary Economics kan esok?
Sara amek bisnes ke dear?
nway, mutiara doakan yg terbaik buat kamu tau!






ouhh. time stress sy suka p taman, jog-jalan2- and tengok org men layang2..besh!

nota: mutiara tunggu sarapan dr ghost. weeee. haha.gurau!

intan.maisarah said...

hahah,
ghost dah lesap
lesap diwaktu siang
muncul di waktu malam


:)



ambil finance
T.T

ghost writer said...

paling best bila ma kamu cakap:

'apa-apa jadi,kamu kena ingat,anak mak nih kuat!'

yeah!itu pesanan terbaik bahwa bila kita dah punya kehidupan sendiri harus lebih kuat hadapinya meskipun mak kita sudah tiada...

Mutiara Bernilai said...

@ intan.maisarah

finance?
wow, hebat!






maat taufiq wannajah fil imtihan darl!

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer


yeah. saya kuat!


eh. tiba-tiba mata basah. kuat ke ni? ohoho.




nota : mahu sarapan la ghost.. mutiara dan sara tunggu ni..ahaha.

Srikandi Bonda said...

Betul.. Kalau nak di hitung nasihat ibu.. daripada kita kecil sampai dewasa.. memang banyak. =)

Mutiara Bernilai said...

@ Srikandi Bonda

tak terhitung.

hu.

rasanya dosa sy pd Ma pun xterhitung.

Allah..

Mr AnOnymOUs said...

Selamat hari ibu...
jom berbakti pd ibu bapa kita:)

HEROICzero said...

banyak sebenar nya yang mak aku membebel.

dan aku x pernah suka.


tapi ada satu hari, aku buat salah, dan mak langsung x membebel.

dia diam.

dan ketika itu, aku rindu bebelan nya.


heh, kisah lama.

Selamat hari Ibu. =)

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero

kan?

jd lain sgt kalu tiba2 mak xbebel,

hu.

rs xbest kan?

hu.

selamat hr ibu juga kamu HEROICzero..

Dr Mohd Hafiz said...

Salam perkenalan , mebebelnya ibu kepada sang anak kerana dia ingin membetulkan kesalahan anaknya..

Mutiara Bernilai said...

@ Dr Mohd Hafiz

salam perkenalan juga Dr Mohd Hafiz,

betul, ibu membebel kerana sayang dan risau kan anak2nya.

selamat hari ibu dr..

udin said...

as-salam.. nak kongsi gak.. mak BL selalu pesan.. kita kerja gaji sikit takpa janji berkat.. walau kita sibuk kerja macam mana pun.. jangan sesekali tak solat.. :)

Mutiara Bernilai said...

@ udin

terbaek! sangat suka pesan mak kamu tu BL. sangat2 tepat nasihatnya. janji berkat dan tak abai solat

^__^

Aretikz said...

Yezza.. selamat hari ibu.. apa yg ibu bebelkan, semua demi kebaikan.. namun.. sik kongang kamek.. hehe..

Mutiara Bernilai said...

@ Aretikz

hu. ape maksud sik kongang kamek?

tak_____saya..

kongang itu apa aretikz?

FasiHaH SupiaN said...

mak selalu bebel suh rajin baca ma'thurat, jangan selalu keluar malam, jg pergaulan lelaki prempuan, jgn malas,jgn makan malam..huhuhu ini yg selalu,tp ada banyak lagi sebenarnye....