06 May 2011

hujan dan angin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang














 Aku sukakan angin,
Saat angin datang menghembus kencang,
Maka aku akan berhenti berjalan,
Membiarkan badan membatu senyap,
Memberikan kulit dan liang roma merasai akan hembusan yang datang dari Tuhan,

Pejam mata,
Kepala di dongak,
Rasa, rasailah,
Tuhan sedang berbicara denganmu,

Senyum,
Senyum, senyumlah,
Tuhan sedang memeluk dan menyelesakan diri dan hatimu 
Sungguh, aku terasa sedang di peluk!
Sayup-sayup ada suara,
Usah gusar, kau tidak sendiri, AKU sentiasa di sisi,

Senyum semakin lebar!


Aku juga sukakan hujan,
Saat hujan berlumba turun ke bumi,
Maka aku akan berjalan riang,
Membiarkan telapak tangan terbuka,
Turun naik tiap jemari menghayati tiap rentak hujan yang mendarat di telapak,
Aku akan terus berjalan bersama wajah kekasih yang rindu,




Buka tangan,
Rasa, rasailah,
Tuhan sedang berbicara dengan melodiNYA yang tersendiri

lalalalala~!

Ketawa kecil,
Ketawa, ketawalah,
Tuhan sedang memujukmu dengan kesegaran dan kesejukan hujan,
Seolah-olah menukil pesan kepadaku,

" Dunia memang 'panas' sayang,
Salah langkah, 
kamu akan 'panas' di sini dan juga di sana,
Hujan sejuk datang,
membawa perkhabaran,
bahawa Aku dengan penuh kasih dan cinta,
masih setia menunggu manusia lupa diri yang ingin kembali,
Aku menunggu bersama kesegaran air sungai di jannah,
dan, peluang itu masih ada untuk kamu,
ayuh! "

 Rintik hujan, hembus angin, bukan sekadar satu metafora alam,
Keindahannya harus di nikmati dengan hati yang celik,
Kehalusannya harus di nilai dengan jiwa seorang hamba,
Kerna, 
Bagiku, rintik hujan, hembus angin,
benar-benar datang terus dari Illahi..
datang terus.


Bebelan Mutiara

1) Subhanallah. 
2) Alhamdulillah.
3) Allahu akbar.
4) Ulang no 1 -3 sebanyak yang anda mampu. Alhamdulillah, sudah si Penjaga mencatat amal kita yang sekadar melentur lidah dan mereflek hati. 
5) Terima kasih. Sama-sama lumba up trafik. saham pahala.


indah bukan menjadi muslim?
Setiap hari jatuh cinta kepada DIA!


^__^ 


sayang kalian selalu!


Mutiara Bernilai
*eh. salin baju hitam pula!


Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.


57 org kaki bebel buat bising:

Cik Bidadari said...

bila tintamu memulakan bicara... aku tahu... ianya kegembiraan dalam tangisan yang tak terluah dek akal...

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Ulang no 1-3 sampai penat...
insyaAllah kuat.

...kalau camtu, mutiara mesti suka sipemanggil hujan....merdu sungguh suaranya, ermmm...melompat-lompat riang dalam hujan.

Tiada yang hodoh bagi setiap makhluk dicipta.

Mutiara Bernilai said...

@ Cik Bidadari

*senyum*

ah. kamu tahu aja.
apa hatiku ini tembus dek mata halus mu?

Mutiara Bernilai said...

@ ahmad humairi

Wa alaikum salam Cikgu Humairi,

Sungguh, benar-benar suka kan hujan.

ouh, mana tahu, kalau di cium makhluk tu jadi putera raja. eh xnaklah.

nak cium, tiba2 jd putera agama! sambil cakap, jum syahid sesama!

senyumSOYA said...

indah hujan indah ketawa indah angin..
semua tu indah.. alhamdulillah.. indah dunia dengan kasih sygNYA~

Mutiara Bernilai said...

@ senyumSOYA

indah kan?

ah. memang layak untuk jatuh cinta setiap hari kpd DIA!

kan?

Sunah Mohammad said...

along...suka template baru ni...:)

Terima Kasih!

Mutiara Bernilai said...

@ Sunah Mohammad

ehe. hitam.
along tengah belajar nak suka.

^__^

Kakzakie said...

Assalamualaikum MB....

Hiasan rumah baru lagi. Baru renovation lalu penghuninya pun nampak kian selesa dengan hembusan bayu dan rintik-rintik hujan hingga hati terus-terusan kian ceria & ingat bahawa semuanya itu cinta dari DIA.

Suka kakak bila MB begini selalu....

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

wa alaikum salam kakak sayang,

tukar baju lagi.
mungkin putih suci tak seswai utk mutiara. eheh

ya, semuanya cinta dari DIA

thanx kak,
sbb selalu ada :)

Fathul Rahman Misbah said...

nah sumbang lagu. lebih 2 minit. haha

http://www.youtube.com/watch?v=oaReZMmDchU

Mutiara Bernilai said...

@ Fathul Rahman Misbah

wah. sungguh cepat feedback kamu!

masih ternganga tak percaya.

well,tq 4 d song

^__^

sila nyanyi lg. terima kasih.

Adinda Amy Sensei said...

assalamualaikum mutiara bernilai..


waah...terasa mcm lama tak singgah di sini...suasana juga sudah lain...

apa khabar mutiara...
semoga selalu sihat dan bahagia..






p/s: senyap di fb..

Mutiara Bernilai said...

@ Adinda Amy Sensei

dear sis amy,
ehe. tukar baju sudahh.
moga2 hati juga hati baru.










p/s : sudah deactivated fb mutiara la sis.

hu~

Mutiara Bernilai said...

@ Fath

encik Fath,
saya ingatkan kamu yg nyanyi,
sekali member kamu la pulak

adeh.

Afida Anuar said...

My dear mutiara....

antara hujan dan angin...dua2 rahmat, dua2 nikmat, dua2 bukti kuasa Dia..

SubhanaAllah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

Afida,
itulah yang pastinya.

kamu tahu,
setiap hari Mutiara rasa mcm jatuh cinta,
jatuh cinta dgn DIA..

^__^

Anonymous said...

suka dengan template MB ni. kemas dan menarik tertarik!

ada org rindu MB, dia kata, jangan main nyorok2 lg lain kali yek

FasiHaH SupiaN said...

subhanallah...along.terima kasih....:)

intan.maisarah said...

sara tutup mata
sambil bayang
bahagia tahu
indah tahu
nyaman tahu.


aaaaaaa


suka
lembut
damai
permai



sayang kamu

@>---

ghost writer said...

berbicara dengan alam seolah-olah berbicara dengan tuhan...

Mutiara Bernilai said...

@ Ano

Atoi. saya mahu main nyorok2 lg laa. bleyh tak eit?

^__^

Mutiara Bernilai said...

@ aliarosli

subhanallah walhamdulillah allahuakbar.

syg kmu dik!

beautiful_rose said...

ini memang indah aku suka... =)

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

*senyum*

encek ghost,
kerana Tuhan pamerkan keagunganNYA kadang melalui alam kan?

Mutiara Bernilai said...

@ intan.maisarah

mutiara tutup mata juga.




gelap




damai



indah



sunyi



tp,



dengar tu,
ada angin menghembus nyaman,




sara syg,
mutiara syg kamu!

Mutiara Bernilai said...

@ beautiful_rose


aku juga suka.

ayuh pejam mata,

hayati,

indah bukan?

kan?

Anonymous said...

nyorok mane lg?

Rozali said...

Assalamualaikum MB

sunguh indah kata2 memuji kekuasaan Allah

Wassalam

Rozali said...

Assalamualaikum MB

sunguh indah kata2 memuji kekuasaan Allah

Wassalam

Mutiara Bernilai said...

@ Ano

mnyorok mane2 yg bley sy nyorok.

tp, sy xleh nak nyorok dr DIA kan?

isk2

Mutiara Bernilai said...

@ Rozali

Wa alaikum salam Atuk..

Atuk,
moga yang indah itu sentiasa kekal di hati,.amin

Benjy said...

Dunia hanya sementara ... namun berapa lamakah ia akan bertahan ? ... tidak siapa yang tahu ... kerana tiada siapa yang tahu bila masanya menyebabkan manusia muda lupa ...

Benjy said...

Bukan itu sahaja ... kematian manusia pun tiada yang tahu bila ? ... entah esok, entah lusa ... kerana persoalan itu manusia terus 2 X ganda muda lupa ...

Benjy said...

Namun bagi yang beriman dan percaya pada Tuhan, semua tenda tanya dan persoalan itu di lemparkan ke tepi kerana dia tahu esok adalah hari kiamat kalau tidak pun hari kematiannya ...

Benjy said...

Hari ini b3njy gembira kerana masih berpeluang menyedut udara yang di berikan olehNYA ... kerana esok tak pasti lagi ... adakah ia sama seperti hari ini ...

Mutiara Bernilai said...

@ Benjy

Benjy, kamu buat aku menangis di awal pagi..

dan persoalan2 itu semua berkisar di sebalik nama kemanusiaan..

kiamat itu pasti, taubat tak mampu nak di pasti.

Mutiara Bernilai said...

@ Benjy

mungkin juga semalam merupakan hari terakhir utk mutiara bermain melodi hujan..kerna esok bukan jaminan buat Mutiara..

Mutiara Bernilai said...

Maka ayuh Benjy,

sama2 kita kembali,
sementara Tuhan masih mahu menerima kita di sisi..

Prince Halilintar said...

Setiap kejadian yg Tuhan jadikan pasti ade fungsi dan hikmahnya kan..

hai mutiara..salam kenal dari prince..singgah la selalu di blog prince ye =)

Prince Halilintar said...

Setiap kejadian yg Tuhan jadikan pasti ade fungsi dan hikmahnya kan..

hai mutiara..salam kenal dari prince..singgah la selalu di blog prince ye =)

Mutiara Bernilai said...

@ Prince Halilintar

pasti ada hikmahnya.

pasti!

..

^__^

hai kamu..

AimanAriffin said...

OMG! I love your writing! so inspirational! :)

Ayie said...

Dia yang terbaik.. ^^

Mutiara Bernilai said...

@ AimanAriffin

^__^

same2 kite share ... :)

Mutiara Bernilai said...

@ Ayie

yup. hanya Dia yang terbaik.

hanya Dia.

Suhami Ahmad said...

sungguh indah bait-bait kata tersebut....terang tapi maknanya tersirat =)

Mutiara Bernilai said...

@ Suhami Ahmad

*senyum*

tp, indah jadi tak bermakna,
andai hati tak terasa apa2.

moga2 indahnya kata, membuatkan kita sedar akan indahnya Dia..

kan?

a n a s t a s y e a said...

angin membawa hujan.
hujan memberi nyawa.
nyawa .. anugerah Allah yang tak ternilai.
Jadi hargailah sebelum ianya tiada.
:D

anastasyea's latest post .. #Maxis10 - 14 hari mencari cinta ?

Mutiara Bernilai said...

@ a n a s t a s y e a

gos0k2 mata byk kali.
xsangke akak drop coment kat sini..

hu,hargai nyawa sebelum benar2 sudah tamat tempoh kita..

bersama kak Es said...

sangat indah jika semuanya keranaNYA

a. said...

Hey there precious pearl!

Thank you for visiting, commenting, and following my blog. I shall do the same to you:)

As much as you like to read mine, I think yours is far better, because it's our own mother tongue. I have always admired any blog that writes like this, but hardly can find any. So, thank you again for letting me know of your existence. I will sure to read always, but it's really hard for me to understand 'sastera bahasa melayu' (when my mum is actually a bm teacher hehe), but i'll try:)

Nice writing, and yes, it is wonderful to be a Muslim.

Mutiara Bernilai said...

@ a.

kamu,
aha. tercengang sekejap saya nak balas komen kamu. Aduh, saya memang lemah berbahasa inggeris ni, tapi saya sangat suka baca blog yang tulis bi.

yup, it is wonderful to be a muslim. Thanx for commenting and visiting. :)

KUREKURE COMEL said...

mina suka hujan....suka sgt...
terasa dekat dgn nikmatNYA....