18 May 2011

Hati dan Diri







Wahai hati, Duhai diri,

Setelah kamu bersumpah untuk taat di awal penciptaan dirimu,
Kenapa akhirnya memilih untuk mungkir?

Setelah beribu jalan kebaikan mencapah ke dalam hidupmu,
Kenapa pula akhirnya memilih untuk mendiam diri?

Setelah berhujan dengan cahaya yang indah,
Kenapa memilih untuk dikelubung kegelapan yang padah?

Setelah di tayang dengan akhlak dan budi supaya masuk ke dalam dirimu,
Kenapa juga akhirnya memilih untuk meletak dengki dan sampah ke dalam hati? 

Kadang, bukan cahaya yang tidak datang, tetapi diri yang enggan berada dalam terang,
Kadang, bukan hujan hidayah tidak turun mencurah, tetapi hati menolak dan cuba berpayung dengan kegelapan.

Kenapa wahai hati? Kamu selalu merumitkan diri..


~ Nothing but WILD emptiness


"Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.” (Asy-Syaam [91]: 7-8)


Fasik atau takwa?

Jum pilih!


*sayang selalu!~



MUTIARA BERNILAI
* Sedikit sahaja, mengejar masa utk amanah lain pula


61 org kaki bebel buat bising:

Anonymous said...

awat xda bebelan?

Mutiara Bernilai said...

x dan eden nak membebel. hiks2..

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

cahaya guna ungun api pun jadi kak.. hehe .. tuan belog gadis kan ? :)

Fasihah Supian said...

Bak kata Hlovate, live well or live hell you choose..

with love Alang :)

s a r said...

assalamualaikum miss pearl :)

itulah keistimewaan yang Allah jadikan manusia HATI. kerumitan, kesenangan, apa jua konflik sekalipun, semua berpunca dari hati. Terpulang kepada manusia itu sendiri bagaimana ingin mengawal dan mengisi hati itu sendiri agar lebih bermakna dan tidak sentiasa dalam kerumitan.

~maaf, membebel pulak. untuk ingatan diri sendiri sebenarnya ^__^

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum MB,

Hati hanya seketul duduk didalam
menyimpan rencah warna-warni berbagai-bagai
terluah sedikit/banyak tersimpan sedikit/banyak
hati tetap punya saiz serupa
sampai bila-bila diri tetap menanggungnya
sehingga terpisah nyawa dari empunya diri

nurkass said...

itulah hati..
diri meminta cahaya hati pula menolaknya..bila tiada dicari bagai nak gila..wahai hati, duhai diri..terimalah seadanya..

intan.maisarah said...

tidak mampu memberi pendapat
kerana
dalam diam
setuju
apa yang dilontarkan
:)

Mutiara Bernilai said...

@ Inspirationalefeks

eh. pakai kanta pun leh kan? ahah.

^__^

Mutiara Bernilai said...

live well or live hell..

jalan takwa or jalan fasik..

u choose.. eh, along yg kne choose..

aha.

luvs, along

Mutiara Bernilai said...

@ s a r

alhamdulillah, thanx s a r, mutiara dpt pengisian dr kamu.. :)

*eh, xpe, bebel berisi.. :) meh join d club..

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

astarghfirullah..

astarghfirullah..

astarghfirullah..

moga hati dapat d jaga sampai ke mati..

amin ya rabb..

tq kakak syg..

Mutiara Bernilai said...

@ nurkass

duhai hati, wahai diri..

hu~

Mutiara Bernilai said...

@ intan.maisarah

hu.

mutiara juga jd buntu mahu balas apa pd komen kamu.. hakikatnya, itulah bolak balik hati..selalu berbolak balik..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga MB dikurniakan Allah Taala kesihatan dan ketenangan dalam jiwa..

Ubat hati ada lima: Membaca al-Quran dengan merenungi isinya, mengosongkan perut dengan berpuasa di siang hari, bangun mendirikan solat di tengah malam, merendahkan diri kepada Allah di malam hari serta duduk bersama para ulama'

Afida Anuar said...

Assalamualaikumm..my dear mutiara...

Hati ni kan..kejap baik...kejap..tak baik.. Iman pun sama, ikut hati. Kejap naik..kejap turun... aduhhhh....

pencaci jalanan said...

tak berani nak komen.tapi nak gak komen.hehe

ghost said...

sudah dimaklumkan bahwa manusia itu sentiasa dalam kelalaian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.,.

HEROICzero said...

=)

hati itu sendiri lupa.

Mutiara Bernilai said...

@ Abd Razak

Wa alaikum salam Tuan Abd Razak,

alhamdulillah, moga2 Tuan juga berada dalam kesihatan yg baik serta d bawah rahmatNYA.

tombo hati,insyaAllah akan di usahakan sekerap dan sebaik mungkin. terima kasih atas ingatan :)

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

My dear Afida,
same lah dear,
tak pe, itu maksudnya kita kena kuatkan lagi kuda2, lebihkan lagi usaha, solat dan juga doa,,

insyaAllah, moga di kurniakan hati yang tak letih bermujahadah.. :) utk mutiara juga,..

Mutiara Bernilai said...

@pencaci jalanan

adeh. mutiara bkn makan org pun. dun wory okies kamu.. :)

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

hu, itu maksudnya encek ghost, mutiara ni masih rendah keimanan dan kurang amal solehnya. ayuh, kena usaha utk tingkatkan! hu~

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero


tapi kamu.

Aku tidak mahu hati yang lupa.

hu~

mohon bantu aku.

stalkertetap said...

rase lain plak bile tak de Bebelan Mutiara. rasa ilang seri. kehkeh.

AimanAriffin said...

Honestly Mutiara, I'm so very glad that I found ur blog. Ur blog gave me such an inspiration. Made me see things in a different angle. You have no idea how ur words mean to me :)

Cikli said...

hamba seorang yang selalu berkeluh kesah.

Rubiatul Addawiyah said...

hikmahnya pesanan kamu..MB..teringin nak jumpa kamu..=)..

shameel Iskandar said...

"Kadang, bukan cahaya yang tidak datang, tetapi diri yang enggan berada dalam terang"

apakah kerna kita tersasar dlm mencari arah hinggakan kehilangan arah yg sepatutnya dituju. atau mungkin juga kerna hati telah terpesong dari arah sepatutnya hingga kita tersesat di dalam terang.

ewanthology said...

manusia mudah lupa janjinya

Bidadari Syurga said...

bukan hati tu tanak terang... kadangkala mereka tak tahu bagaimana nak memulakan sesuatu yang 'luar biasa'

SYARIFF HAIKAL said...

hati..manusia mudah lupa..mmg benar..bukan hidayah yg tdak diberi..tp mrk sengaja lari menuju kegelapan...

HEROICzero said...

kamu saja yg boleh bantu hati kamu.

usaha.

dan kamu yang tidak mahu hati kamu lupa, itu lebih baik.

=)

jangan jadi, tidak kisah. dan kamu sendiri lupa yang hati kamu telah lama lupa.


*terima kasih kerana mengingatkan aku semula.

*peace.*

Qiez AR said...

sulit kan jika terpaksa rela jadi pengasuh hati yang degil?

kalau diberi kata dua, aku akan lantang memilih otak dari hati sebagai peneman hidup.

tapi serasa aku, kau wanita berhati waja. Nama pun mutiara yang bernilai kan? :)

Aretikz said...

jangan berhenti mencari cahaya, kerana syaitan tak akan berhenti menarik kita ke arah cahaya.. wehuu~

he11mi said...

hati seperti manusia juga.tidak cukup hanya diajar.perlu dididik.mendidik memerlukan masa yg pjg.mengajar,sekejap shj bole ajar mcm2.mcm itu la hati.sekadar pandangan hati:)

Ati Masrif said...

salam mutiara,

selalu berdoa dikurniakan
hati yg bersih dan ikhlas

Mutiara Bernilai said...

@ stalkertetap

^__^

nak cepat td,
xsempat nak buat bebelan Mutiara.

Eh. Tapi entri tu pun bebelan jugak sebenarnya..

weeee~!

Mutiara Bernilai said...

@ AimanAriffin

^___^

sebenanrnya, apa yang Aiman komen tu, sama macam apa yang Mutiara rasa bila jengah blog kamu. inspired and motivated when i've read ur entry line by line. sampai x tahu nak komen apa sebab sgt2 setuju., n impressed.

oh. lagu rocketeer tu pun dah jd one of my fav song. aha.

tq 2 u too Aiman :)

Mutiara Bernilai said...

@ Cikli

maka benar firman Tuhan,
sungguh, manusia di cipta dengan penuh keluh kesah..

ah.

Mutiara Bernilai said...

@ habibi qalbi

dear HQ,
hikmah itu hanya terletak pd mata yang memandang, hati yang menafsir, bukan pada siapa yang menulis.. :)

meh jupe jum!
eceh. HQ kat mane ni?

Mutiara Bernilai said...

@ shameel Iskandar

mungkin kedua2nya sekali.

tapi, apa yang lebih menyakitkan adalah, apabila hati sedar dan celik dengan hidayah, tetapi jasad seolah2 tak mahu bergerak menyakini.

hu~

Mutiara Bernilai said...

@ delarocha

lupa akan sumpah dan janji kan?

T__T

*bkn melayu sahaja mudah lupa. hakikatnya semua manusia..hu~

Mutiara Bernilai said...

@ Cik Bidadari

hati itu mahu,
tapi diri itu yang buat x tahu.

ah.

Mutiara Bernilai said...

@ SYARIFF HAIKAL

lari menuju kegelapan.

kembali kepada jahiliyyah..

oh!

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero

aku sahaja boleh bantu diri aku?

hu, baek!

*angguk kepala lelaju*

kamu juga, selamat menjaga hati!

oh. morning kamu!

Mutiara Bernilai said...

@ | Larasephia |

hu. waja la sangat kan. xpe2, aku aminkan, moga2 benar2 jadi waja. :)

Mutiara Bernilai said...

@ Aretikz

oh ya!

terima kasih kerana ingatkan mutiara. :)

kita xleh penat, sebab syaitan xpernah berehat dr menyesatkan kita kan?

Mutiara Bernilai said...

@ he11mi

di didik.

ah. mong, kamu telah mengingatkan saya tentang tarbiyyah. mungkin hati selalu bolak balik kerna tarbiyyah ruhiyyah saya yang agak mundur.

didik. didik dan terus mendidik.

moga2 hati benar2 terdidik.

moga yang terbaik untuk hatiku, hati kamu dan hati semua org :)

terima kasih ya!

Mutiara Bernilai said...

@ Ati Masrif

ya, doa itu tanda penyerahan kita kpd DIA..

insyaAllah, sama2 kita usaha ya kak :)

fuad ansari said...

Duhai hati.. Ingatlah...
Sungguh Allah tidak melihat akan rupa paras manusia..
Tetapi Allah melihat kepada hati-hati manusia..

liyana said...

nice..hati is everything..

.drakula. said...

hati tempat pemujaan mereka2 itu ...iblis.

ong ong kedek kedek said...

kalau baik hati, maka baiklah diri huhuhuhuhu... tapi kalau rasa diri baik, itu hati tengah sakit

abang bro EL said...

54 komen dan aku yang ke 55...aku suka berada dalam gelap...namun hati terang...

Mutiara Bernilai said...

@ fuad ansari

Duhai hati,
sudahkah kau dengari,
bahawa kamu-lah yg di pandang Illahi..

tQ Fuad :)

Mutiara Bernilai said...

@ Republic Aku

hati.

tempat perebutan antara syaitan dan malaikat..

hu~

Mutiara Bernilai said...

@ republik n9

kebaikan itu sendiri tiada bertemu titik noktah. kan?

Mutiara Bernilai said...

@ EL MARIACHI

aku juga suka bergelap.

aha. tapi aku mahu dalam ku terang..

^___^