15 May 2011

Kenangan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 




Ma dan bapak datang ke Kota Batu & Debu, menghantar adik untuk meneruskan pengajian. Terpampang wajah mereka membias seribu harapan buat adik. Dan saya semampunya hanya terdaya menatap dengan wajah sayu. Lalu kepala di lentokkan ke bahu bapak, tangan tuanya saya pegang kemas, pejam mata dan cuba melerai rasa dari memori lalu. Ya, wajah inilah yang menghantar saya setiap hari sebelum ke tadika dan sekolah malah wajah penuh harapan ini jugalah yang menghantar saya di setiap kali saya berangkat pulang ke universiti dulu. Wajah dan pandangan mata itulah yang memamah dan meluluhkan hati saya selama ini, terlalu penuh dengan sayang dan cinta sehingga pandangan sayu mereka sudah mampu memecahkan hati saya menjadi berkeping-keping. Ah. Ada rasa sayu yang sukar untuk saya alirkan buakkan perasaannya.  * Ok, mutiara kena berhenti dari membicarakan hal ni. Ada air di mata.

 Saya pandang adik. Dia, adik yang betul-betul di bawah saya. Memandang wajahnya mengingatkan saya akan kenangan lalu, saat saya menangis kerana gagal mengajar si adik ini mengaji, saat saya tersedu sedan kerana gagal mengajar dia membilang dan membaca. Malah saya masih teringat saat si adik hanya terkebil-kebil melihat 'si guru kecil' ini menangis, menangis kerana risau berhadapan dengan bapak yang telah meletakkan amanah mengajar dan membantu si adik. Si Kakak sudah khatam Quran di awal darjah 2, tetapi adik yang seorang ini tak mampu pula untuk saya bawa bersama mengikut jejak saya. Ah. Sukar sekali untuk melentur minat si adik lelaki yang seorang ini. Bijak, tetapi malas! *Oh, Kem, jgn marah Kakak! Ailebiu okies!

Dan, kamu sudah dewasa sekarang dik. Meski pada pandangan kakak, kamu tetap si adik lelaki yang kecil dan berhingus. Si adik yang 'adik'. 


" Kem, belajar rajin-rajin neh."

Dia senyum. " Tak mo lah"

Tarik sideburn adik.

" Akak serius ni, akak ada rancangan besar,"
" Besar mana? Rancangan apa?"
" Kamu belajar betul-betul course kamu tu - Cyber Forensics, dan kita akan bergabung ilmu dan kepakaran,"
" Kem Cyber Forensics dan akak - Artificial Intelligence & Robotics. Uish. Nak gabung buat apa? Pom-pom girl? Tak macho lah."
" Akak nak buat makmal kat dalam bukit tu takpun kat dalam perigi buta"
" Nak buat apa? Buat research untuk hack kan sistem, buat robot dan jahanamkan dunia? Gitu?"
" Adeh. Bukan untuk jahanamkan dunia. Untuk tegakkan apa yang perlu di tegak [8:39]."
Adik bulatkan mata.
" Tak payah buat gitu. Mata akak lg bulat la. Nak tak nak?"
"...... "

dan akhirnya jari kelingking bertaut erat. Seerat tautan si adik yang mahu akaknya berjanji untuk belikan lolipop sewaktu kecil dahulu. Ah. Kenangan!

Bebelan Mutiara

1) Blogspot MC ya tempoh hari? Maaf kepada komen-komen kalian yang hilang.
2) Hargai ibu bapa- adik beradik, keluarga, bahkan sesiapa sahaja yang pernah muncul dalam hidup kita.
3) Cinta dan kasih itu cerminan dari iman di dalam dada.
4) Jihad. Itu satu-satunya perkataan yang di takuti Kuffar.
5) Oh, jum berjihad esok untuk bangun di hujung malam!
6) Yang masih belajar, belajar elok2, jangan sekadar penjarakan ilmu di dada. 
7) Ayuh tegakkan apa yang perlu di tegakkan.
8) Sungguh, Mutiara sayang kalian!


Jaga diri, amal dan hati.

Teruskan melangkah! Harus menjadi Sang Pemberani.

Sayang selalu!

Mutiara Bernilai

Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.

47 org kaki bebel buat bising:

april said...

collaboration kakak dan adik..
sounds sweet.

tapi hubungan erat kekeluargaan itu lebih sweet.

:)

haih.
i miss my adiks.

Mutiara Bernilai said...

@ april

april dear,
mutiara baru bye-bye adik depan pintu lepas maghrib td,

tapi,

sekarang dah rindu. huhu

Cik Bidadari said...

tarikan kadangkala tidak perlu 'tinggi' adakalanya tidak perlu 'rendah' cuma sekadar berbasa basi bagi mereka yang 'mudah' dan ada kalanya 'paksa' dapat 'menarik' mereka agar 'bernafas' di udara milik DIA...

satu sentuhan yang 'halus' itu bisa membuatkan 'semangat' juang yang entah untuk apa diperlakukan dengan sehebatnya... demi semangat yang sedang anda juangkan dalam jiwa adik2 anda...

p/s: belajar rerajin tau.... jgn hak blog akak akak cukup... keh keh keh

HEROICzero said...

selamat untuk adik kamu, InsyaAllah.



pernah rancang perkara yang sama dengan adik.

mahu ber-duo dengan dia.

seronok hu?

=)

Afida Anuar said...

Assalamualaikum...dear..

Allahuakbar, kalau kedua2 kepakaran tu bergabung, insyaAllah akan dapat menghasilkan sesuatu yang pasti di geruni musuh islam.. teruskan niat tu dear, moga berjaya!;)..

adik..belajar rajin2 eh.. jangan nakal2..okebai!..he eh

nurkass said...

wahhh..
bergabung..? mesti best nih..
tukar2 pendapat dgn adik..projek besar ni..semoga tercapai apa yg di citakan..

bestnye ada adik lelaki kan..rasa cam dijaga pulak..hehe

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga MB sihat hendaknya..

Tegaklah sekadar kemampuan yang ada supaya tidak dipersoalkan nanti di sana..

Inspirationalefeks said...

ohh, dlu sy alone, alone, kalau pergi uni alone, im all alone .. ayah tak dpt nk teman time 1st time reg uni.. seorang dri ... all alone .. tp sy sang pemberani :)

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

hebat kursus yg adik sdri ikuti..tak terjangkau del akal masakini...
komen sayapun semuanya hilang....takpe, blogspot nak buat karangan bahasa melayu kot heheheee

Kakzakie said...

Assalamualaikum MB,

Bila bertaut kasih sayang yang paling gembira adalah ibu-bapa kita.

Kejayaan anak-anak juga pengubat lara mereka yg dimamah usia.

Syabas MB dan adik Kem juga.

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum mutiara,

Semoga mutiara sekeluarga sihat.

Memegang tanggungjawab yang diberikan memang mencabar. Kita kena mencuba sedaya upaya untuk menjalankan tanggungjawab itu.

Republic Aku said...

cinta dan kaseh juga sayang...mmg paling ajaib khasiatnya.

Mutiara Bernilai said...

@ Cik Bidadari

weeee~!
suka komen kamu dear.
uhu.
insyaAllah, akan cuba memberi hak kepada blog ini juga, meski terkejar2 dengan amanah kerja. *alasan!

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero

jum! ber-trio!
aha. seronok!

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

thanks ya atas doanya afida..

ini sebenarnya bkn perancangan sebenar..perancangan sebenar mana bley btau kan..ahah

Mutiara Bernilai said...

nurkass

ehe. rasa di lindungi..

eceh!

Mutiara Bernilai said...

@ Abd Razak

wa alaikum salam

alhamdulillah sihat sahaja di sini.

insyaAllah, moga jasad dapat menunaikan hak sebaiknya..

Mutiara Bernilai said...

@ Inspirationalefeks

ha'ah. saya dulu xsemeriah adik sy yg sorang ni..adik ni, parent, adik2 n even akak n abang pon dtg hantar.

aha.

tak pe, kamu Sang Pemberani!

Mutiara Bernilai said...

@ sahromnasrudin

Salam saudara,

hu. doa2 moga ilmu itu dapat di kembalikan semula kepada islam. Amin Ya Rabb

Mutiara Bernilai said...

@ sahromnasrudin

Salam saudara,

hu. doa2 moga ilmu itu dapat di kembalikan semula kepada islam. Amin Ya Rabb

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

Amin Ya Rabb,
Terima kasih kakak atas doanya.

:)

Mutiara Bernilai said...

@ Kunang-Kunang

InsyaAllah, moga tanggungjawab terlunas baik.

IMANSHAH said...

sayang kakak pada adik

oranglidi said...

anfal ayat 39? ayat jihad tu.

gile a, baek2 korang ni. hehe..

Afiq Ah said...

selamat untuk adik kamu ya?

hai saya Ikah :)

Mutiara Bernilai said...

@ oranglidi

aha.
dun wory la.
T-i-p-u aje.
kalu betul2 nak wat,
mutiara dok senyapkan aje.

Mutiara Bernilai said...

@ Afiq Ah

insyaAllah ..

^__^

hye, sy mutiara :)

KHRLHSYM said...

adakah kamu akan berubah membina robocop? kehkehkeh.

FasiHaH SupiaN said...

along, wah 2 gandingan yang hebat, insyaAllah, kalau Allah perkenankan, kebenaran itu pasti terungkai juga kan :)


with luv. Allang. :)

Risma Wani Ridwan said...

emmmmmmm.kita lalui pengalaman yang serupa....:)

republik n9 said...

fuh, entry ni betol2 buat gua teringat kenangan gua ngan akak gua zaman kecik2 dulu huhuhuhu

ghost writer said...

cyber forensics...(Because you have to start somewhere)wuyoooh,mantap giler course Kem ek..atau ada nama lain dengan tuh.-– The best way to learn is by doing.

“Forensics is the application of science to the
legal process.”
– Jim Christy, DCCI

dan kamu,artificial intelligence.teringat akan lagu 'all is full of love' dari Bjork.

"maybe not from the sources
you have poured yours
maybe not from the directions
you are staring at"

atau mungkin mengingatkan aku dengan filem lakonan Robbie William dalam Bitenicalman.

fuad ansari said...

Akak dan adiknya,
Serasi bersama,
Ingin menggoncang dunia,
Teruskan usaha!!

(",)

Mutiara Bernilai said...

Amin Ya Rabb :)

^__^


luvs,
Along

Mutiara Bernilai said...

@ FasiHaH SupiaN

Amin Ya Rabb :)

^__^


luvs,
Along

Mutiara Bernilai said...

@ Risma Wani Ridwan

ouh. sama eh?
so mcm ne pkembangan 'projek' skang?
aha..

Mutiara Bernilai said...

@ republik n9

ehe. rindu kan kenangan dulu2?
zaman kite kecik2 dulu..
hu~

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

wah Encek Ghost, kamu tahu banyak perkara nampaknya..meh kongsi sama mutiara..

atau.

meh kita bgabung. aha!

^__^

sejak bkerja di centre AI &Robotics ni, mutiara jd obses pula dgn 'intelligence'.. ahah..

Mutiara Bernilai said...

@ fuad ansari

eheh.
amin ya rabb
trimas atas doanya.

^__^

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

salam ziarah di pagi rabu :-)

gadisBunga said...

GB pun sayang kat adik walau sedegil mana dan senakal mana pun mereka.. :)

Suhami Ahmad said...

seorang akak yang bertanggungjawab =)