31 May 2011

Laras Pandang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Manusia itu pelbagai, punya citarasa yang pebagai, punya prinsip yang pelbagai, malah punya laras pandang yang pelbagai. Ketersibukan minggu lalu yang hanya mengizinkan saya sekadar meng-update dengan satu baris kata-kata, rupa-rupanya banyak mengajar saya tentang manusia. Betapa manusia itu punya laras pandang yang berbeza walaupun pada satu subjek yang sama. Membaca satu persatu bebelan/komen dari kalian, akhirnya mengundang senyuman dari bibir saya. Bagaimana, sesetengah memandang kepada 'FALL' sedang ada juga sesetengahnya memandang kepada 'ATTACK', ada juga yang memandang secara sinis, secara penuh empati, secara humor malah ada juga yang memandang secara kritis-kritikal; yang memandang secara keseluruhan, yakni dari segi tersurat dan tersiratnya.

What you see is what you get....

Begitulah juga rencamnya hidup ini, segalanya di tafsir dengan laras pandang yang berbeza-beza. Dan, jangan lupa, cara pandang kita itulah yang akhirnya memandu hati kita dalam bereaksi dan bertindak. Cara pandang ituah juga yang mengadun emosi dan rasa kita

Hujan. Kamu nampak 'basah' atau kamu nampak 'indah'?

Matahari. Kamu nampak 'panas' atau kamu nampak 'terang'?

Masalah. Kamu nampak 'gangguan' atau kamu nampak 'cabaran'?

Ujian. Kamu nampak 'sakit' atau kamu nampak 'manis'?

Dugaan. Kamu nampak 'masalah' atau 'peluang'?

Apa-apa yang baik mendatangi kita, kamu nampak 'ganjaran' atau kamu nampak 'ujian'?

Apa-apa yang buruk mendatangi kita, kamu nampak 'bebanan' atau kamu nampak 'batu loncatan'?

Dan begitulah, akhirnya bagaimana laras pandang mempengaruhi hati dan pemikiran kita, dan seterusnya pemikiran pula mempengaruhi tubuh badan kita. Makanya, laras pandang positif akan menghasil kan mental dan fizikal yang positif, dan laras pandang negatif akan menghasilkan yang sebaliknya. 

What you see is what you get....

Nah, ini orang barat bilang sebagai LAW OF ATTRACTION. Sedang, bagi Mutiara, ini konsep akidah dan tauhid. Di mana akidah mendidik kita untuk yakin sepenuh yakin dengan Allah, bahawasanya Allah itu begitu penuh dengan ketertinggian dzat-dzatNYA, asma ul husnaNYA, dan atas keyakinan itulah, akhirnya kita memandang segala yang datang dariNYA adalah indah-indah belaka, baik-baik [positif] semuanya. Dan akhirnya, sudut pandang yang positif ini akan menarik perkara-perkara yang positif juga datang kepada kita.

"Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu didalam hatinya maka Aku mengingati dia didalam hatiKU, dan jika dian mengingatiKu dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat yang maksum dan suci daripada segala dosa). Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari". {Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain}

Kita fikir A, maka kita akan dapat A........dan sebaliknya. Dan hadith ini sebenarnya menerangkan perihal LAW OF ATTRACTION, jauh lebih awal dari penemuan barat..

Untuk gambar itu, saya suka memandangnya sebagai keseluruhan Ya, memang saya JATUH, tetapi saya jatuh itu kerana saya KUAT... sebab saya cukup kuat la Allah mengizinkan saya di uji,,Kan Allah tak kan bebani kita dengan sesuatu yang kita tak mampu dan yang kita tak kuat untuk hadapinya? Jadi, saya cukup KUAT untuk menghadapinya, dengan syarat, saya harus benar2 meletakkan sepenuh kebergantungan kepada DIA. Harus ingat, Kuatnya kita sebenarnya atas iradat dan izinNYA jua, maka teruslah menyempurnakan kehambaan, merayu dan mem0hon dariNYA. Kerna kita KUAT kerana DIA :)

What you see is what you get....

Yup, this wouldnt be easy, but trust me, it would be worth it, sampai satu masa kita akan terasa manisnya walau hati di tikam sedalam mana pun, rasa indah yang tiada tandingnya,, percayalah!

What you see is what you get....okies, let sing t0gether!

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia


 Maaf ya, agak skema ayatnya, m0de baru lepas menulis kertas kerja, beginillh jadinya! 

^____^

sayang selalu!

0uhh...Mutiara rindu kalian!

MUTIARA BERNILAI
* tak sempat nak buat Bebelan Mutiara.. Maaf..







32 org kaki bebel buat bising:

Fasihah Supian said...

ya.....alang rindu along juga.... ^^

suka! matahari, panas atau terang? org kata jgn pandang sesuatu hanya pada satu sudut sahaja kan...:)

Aiman Ariffin said...

Again Mutiara. Your words and thoughts of wisdom enlighten me. I knew when the first time i read abt the post on "I didn't fall, I attacked the floor" I knew there were more to that. I knew there is a deeper meaning than that but I waited and yes I was right all along. Our thinking is quite similar. And I must congratulate you on how you inspire me to be better and to be stronger in living in this world filled with a bundle of contradictions working my way towards HIM the almighty.

I hope you will always keep on writing because I know, for me, I know that your writings does matter and make a change in someones life.

Rubiatul Addawiyah said...

salam,sayang..berpinar mata membaca tulisan putih ini di atas lembaran kertas hitam..namun saya tetap membacanya hingga habis kerana saya tahu setiap bebelan mutiara ada teguran dan nasihat berhikmah.. terima kasih memberikan nasihat itu..
~sayang kamu selalu~

Afida Anuar said...

My dear mutiara.. thanks dear..for this...

kehidupan ni, jika kita memandangnya dengan kaca mata keindahan, kebaikan... insyaAllah kita akan jadi orang yang bersyukur dan bahagia.. tp sebaliknya, maka banyaklah terjadi rungutan, tak bersyukur dan sebagainya.. kan?

HEROICzero said...

sebab saya cukup kuat la Allah mengizinkan saya di uji,,Kan Allah tak kan bebani kita dengan sesuatu yang kita tak mampu dan yang kita tak kuat untuk hadapinya? Jadi, saya cukup KUAT untuk menghadapinya, dengan syarat, saya harus benar2 meletakkan sepenuh kebergantungan kepada DIA. Harus ingat, Kuatnya kita sebenarnya atas iradat dan izinNYA jua, maka teruslah menyempurnakan kehambaan, merayu dan mem0hon dariNYA. Kerna kita KUAT kerana DIA


+++++++++++++++++++++

true , indeed. dan doa untuk tidak rebah sebelum mula, dan tidak berhenti sebelum tamat, insyaAllah. =)

Cikli said...

time for new tiles anyway

ghost said...

What you see is what you get....

kecuali bagi mereka yang berfikir melangkaui dari apa yang mereka patut fikirkan.

Bidadari Syurga said...

tauhid rohani... seringkali muncul tanpa lepas pandang... ada yg terkulai... dan ada yg bangkit... 'pandu uji' jirim memaksa jasad bekerja... seharusnya 'senyum' dari orang2 yang sekeliling bisa buat tauhid rohani pergi lebih jauh... langkau lebihi sempadan... kerana sesungguhnya... tersiratnya DIA... terpana... rasa syukur... terdiam... rasa sayu... dan akhirnya 'Aku Janji' termeterai sudah... byk laluan harus aku hadapi...

p/s: suka entry nie... sayang awak.

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Kegelapan yang menutupi mata hati menyebabkan hati terpisah daripada kebenaran. Hatilah yang tertutup sedangkan kebenaran tidak tertutup.

nurkass said...

salam dear;
makanya bersihkan lah hati dan dekatlah padanya..

Mutiara Bernilai said...

@ FasiHaH SupiaN

erk, nampak pe|uh p0n ade gak kadang2,,

iKhRam said...

saya setuju dgn buah fikiran anda..
saya sangat merefleks diri saya bila saya terbaca entry ini..

baiklah
untuk itu, saya ucapkan terima kasih..!! cuma kita makhluk yg kerdil ini tidak pernah terlepas dgn sikap putus asa.. namun saya percaya. dari pemikiran positif dan sokongan orang ramai.. pasti yang jatuh itu boleh melompat kejyaan..


betul bukan?

Mutiara Bernilai said...

@ Aiman Ariffin

^__^

..and as always, kamu selalu tahu apa yang saya mahu sampaikan. Boleh baca minda saya eh? ahah.. :)

insyaAllah, selagi mampu berkongsi, sama-sama kita kongsi neh. jujur, saya lebih suka dengan cara penyampaian blog kamu, santai tp amat bermakna. pernah cuba, tapi tetap tak pandai nak tulis mcm kamu. Since then, sy sedar yang semua orang ada originalty dalam penulisan masing2 kan? :)

so, bersyukur, hargai dan improvekan 'tulisan' kita sendiri,, bukan tulisan, bebelan cuma. hu~

tq Aiman! All d best final! :)

Mutiara Bernilai said...

@ habibi qalbi

Alahai sayang, berpinar ya? agak2 selesa dengan warna font apa ya? ^__^

thanx syg, selalu dtg dengar mutiara bebel :)

fuad ansari said...

Bernilai sungguh bacaan ini.. ia telah mengubah laras pandang saya terhadap kehidupan ini.. (",)

Letakkan Allah di hati, nescaya bila ada orang yg berlaku buruk terhadapmu, kamu akan melihat inilah ujian dariNya.. Lantas kamu akan menghadapinya dengan tenang..

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

so true dear afida..

^__^

bila hati dah terdidik untuk syukur dan redha, maka bahgialah akhir rasanya,, :) jum baiki laras pandang!

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero

okies, kena mengaku, saya sangat suka statement kamu,

doa-doa moga tak rebah sebelum bermula, tak berhenti sebelum tamat..

amat bermakna! terima kasih!

Mutiara Bernilai said...

@ Cikli

new tiles?
amek yang warna putih laa eh..

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

moga, hijab terbuka, hikmah di rasa..

^__^

Mutiara Bernilai said...

@ Cik Bidadari

ah. aku terbuai dengan untaian kata-katamu dear sahabiah..

ya, 'pandu uji' selalu jirim ini, moga-moga hati bisa menyenpurnakan kehambaan dengan selengkap 99 isim illahi.. amin,,

kamu tahu kan,,aku sayang kamu :)

Mutiara Bernilai said...

@ Abd Razak

ya,
hati lah yang tertutup,
sedang kebenaran itu sentiasa terbuka,
cuma mata hati sahaja yang tidak mampu celik,,

Mutiara Bernilai said...

@ nurkass

insyaAllah sis,,same2 kita usaha neh :)

Mutiara Bernilai said...

@ iKhRam

fitrah manusia.
memang selalu berkeluh kesah,
memang selalu putus asa.
memang selalu lupa,

lupa yang Tuhan itu sentiasa ada, tuhan itu saaaaaaaaaaaaangat baik!

terima kasih ya kamu! jum terus positif!

Mutiara Bernilai said...

@ fuad ansari

insyaAllah, sedang tiada yang buruk pun Allah berikan buat hamba-hambaNYA.. kan?


^__^

Mataku said...

lumrah manusia adalah hanya mahu memandang dan mendengar apa yang dia suka sahaja.

Lumrah itu tidak boleh kita terus patahkan... tapi boleh dilenturkan...

ika said...

Setiap kali ujian melanda ,
itulah masanya untuk kita mendekatkan diri dengan Tuhan .
Time tu , kita akan sedar tiada tempat mengadu yg paling agung ,
melainkan Allah SWT .

then , kita akan mampu tersenyum lagi walaupun masalah belum selesai .
sebab hati kita tenang sgt sgt .

Kita patut tukar bukan
"God , I have a big problem "
but
"Problem , I have a big God"
*senyum*

ika said...
This comment has been removed by the author.
ahmad humairi said...

assalamualaikum,

Pandang pada selonggok tahi lembu...
masyaAllah...
Subhanallah...sungguh indah dan berseni garisan-garisan yang berputar itu.

Daddylicious said...

sebaris ayat tapi penuh tersirat...itu yang istemewanya...