Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Hari itu hari jumaat. Arena sesak dengan manusia.
" Akak tak tahan lagi, serik sampai kalau boleh tak mahu balik kampung lagi,"
Saya hanya mempamerkan wajah empati, mata memandang lembut ke wajahnya sambil terus berhenti mengunyah Nasi Goreng. Memberi ruang untuk Si Kakak Satu meluahkan apa yang terpendam di hatinya.
" Akak bukan tak usaha, dah pergi jumpa Dr Pakar, malah akak juga dah buat IVF."
dan Kakak Satu menceritakan tentang proses IVF yang di laluinya, tentang kesakitannya, tentang bagaimana sesaknya mencari wang untuk pembiayaan kos, tentang betapa lembutnya Prof Dr Pakar merawatnya, tentang betapa gembiranya bila 3 janin sudah melekat, dan tentang betapa kecewa dan jatuhnya hati dan jantungnya saat Dr Housemanship dengan kasarnya melayan 3 janinnya, dan bagaimana mereka tanpa nada empati atau encouragement memberitahu " Proses awak tak jadi", dan itu sahaja, tanpa apa-apa sentuhan lembut memujuk, lalu mereka membiarkan Si Kakak Satu terkebil-kebil menahan tangis dan runtuhnya jantung harapannya.
" Bila dah tak jadi IVF, mulut orang tetap pot-pet juga. Sedangkan waktu tu emosi akak sangat-sangat tak stabil tapi mereka dok bising kata akak buat perkara membazir. Padahal mereka selama ni yang mendesak akak, tanya pelbagai soalan tentang anak, tentang usia perkahwinan, tentang penerus DNA keluarga malah siap menyindir nyindir lagi. Mereka selama ini tak sedar mereka dah mendera akak,"
Muka Si Kakak Satu mula memerah. Saya jadi gabra, ini kali pertama saya keluar dengan Si Kakak Satu, malah kami bukan rapat sangat, tetapi entah mengapa dari 2 minggu yang lepas dia asyik mengajak saya keluar bersamanya. Mungkin mencari telinga untuk meluah perasaannya, barangkali.
Luahan Si Kakak Satu mengingatkan saya tentang Si Kakak Dua,
Saat itu Kakak Dua tiba-tiba datang duduk di tilam saya. Bukan duduk, terus berbaring di sebelah saya yang sedang asyik hanyut membaca buah fikir S. H. Nasr.
" Akak takut lah nak balik kampung esok."
Saya hanya tersenyum, membaringkan buku di dada. " Kenapa sayang?"
" Mesti makcik2 ni dok tanya akak bila nak nikah. Kenapa tak kahwin lagi sedang umur akak dah nak masuk 30. Macam-macam lah diorang cakap ni nanti, penatlah. Penat hati,"
" Hm, diorang mungkin nak tunjukkan rasa care, tapi salah cara dan tempat."
" A'ah. Diorang ingat akak tak sedih ke? Kalau betul care, tolong lah jangan tanya lagi, sebab diri akak sendiri pun masih mencari-cari tetapi tak terjumpa, bukan akak tak usaha..ni sampai siap makcik2 ni suruh mandi bunga pulak. Akak pun ada perasaan, bimbang juga lagi-lagi umur makin bertambah"
Saya hanya diam. membiarkan Si Kakak Dua membebel dan meluah rasa. Ah. Saya perempuan. Saya faham rasa itu. Perempuan hanya mahu berkongsi rasa, meluah.. dan caranya adalah dengan pot-pet itulah..mereka bukan mahu solution, tetapi sekadar mahu melepas beban di dada * Kaum Adam, sila take note perihal ini., women tend to share..
Kadang, kita tak sedar, kata-kata kita bisa menjadi pedang yang akhirnya menikam dan mencacatkan hati manusia lain. Ya, kata-kata itu adalah pedang yang tak kelihatan. Pedang Halimunan. Entah kenapa, kita kian ambil leceh setiap apa yang keluar dari mulut kita, walhal lisan itulah perlambangan apa yang berada di dalam hati.
Cuba sekali, ambil masa, letakkan diri kita di kasut orang lain. Merasa apa yang mereka rasa, memandang dengan cara mereka memandang, malah cuba sekali terjemah jiwa mereka dengan apa yang mereka hadapi. Sakit bukan. jika kita tambahkan lagi dengan soalan-soalan yang bisa menjadi pedang halimunan buat mereka. Makanya, jika benar diri ini kisah dan endah, cuba ikhtiarkan untuk mereka atau palaing mudah, cuba doakan untuk mereka. Itu sahaja. Kerana hakikatnya, segalanya ada dalam cetakan Louh Mahfuz. Ia sekadar lambat atau cepat, mudah atau sukar, sekarang atau nanti, kamu atau dia.
Dan Allah memilih dia untuk di uji begini, manakala kamu Allah tetapkan pula ujian yang lain. Mungkin ujian dengan anak-anak kamu, mungkin dengan suami kamu, mungkin dengan kewangan kamu, dan andai saat itu tiba, sekiranya kata-kata segenre itu di lemparkan kepada kamu, bisakah kamu merasakan sakitnya? Nah, jangan sampai kamu membiarkan orang lain merasa kesakitan itu seandainya kamu sendiri tak sanggup untuk merasainya.
Terngiang-ngiang kata-kata Si Kakak Satu, " Mereka membuatkan akak rasa tak sempurna sebagai seorang perempuan, walupun suami akak tak pernah usik langsung hal anak ni. Dia faham keadaan akak" dan terus dia menangis di bahu saya. * Sungguh, saya masih kanak-kanak riang untuk menghadapi saat-saat persoalan rumah tangga ini.
Saya gemgam tangan Si Kakak Satu, " Sempurnanya kita bukan kerana perkara-perkara macam itu, bukan dari fizikal kita, bukan dari peranakan kita, tapi sempurnanya kita bila kita benar-benar meletakkan hati kita menunaikan Hak bagi Yang Maha Sempurna. Itulah sesempurnanya peranan seorang hamba malah seorang wanita juga,"
Si Kakak Satu tergelak kecil dalam sendu. " Ko bebel apa ni dik, Akak tak faham..Aish, potong feel akak nak menangis aja"
Saya tepuk dahi. Dan-dan waktu ini juga saya nak bersastera eh..hu, saya budak sains lah!
Akhirnya saya berkata, "Tapi, di mata suami akak, akak tetap sempurna kan? Dah, biarlah apa orang nak cakap..Yang penting akak dah sempurnakan tanggungjawab akak sebagai isteri sebaik mungkin,"
Dan serta merta pelukan menjadi bertambah erat, dan tangisan Kakak Satu bertambah kuat.
Silap cakap ke? Oh, baik kamu senyap aja Mutiara. lupa eh, woman tends to share... dan akhirnya saya membiarkan sahaja Si Kakak Satu menangis, meluah kesakitan dek di cucuk pedang halimunan..
Bebelan Mutiara
1) Jangan bagi peluang lidah kita menjadi Pedang Halimunan.
2) Keimanan mengajar kita tentang cinta, mendidik hati tentang sayang dan kelembutan. Akhirnya membawa keluar perilaku dan rasa sayang sesama makhluk dan ini di namakan akhlak. Singkat - Akhlak itu buahnya iman :) Akhlak tidak boleh di buat-buat, ia datang dari dalam. Jadi, jika permasalahan akhlak berlaku, itu bermakna persoalan di 'dalam'nya itu bermasalah.
3) Empati, sensitiviti, Endah-viti, perlu ada dalam diri okies!
4) Pedang Halimunan ini saya pelajari dari Khairul Hisyam . Terima kasih.
5) Oh, saya menunggu-nunggu update dari Si Matahari, Dark Half, Ghost Writer, Khairul Hisyam, Cik Bubbly dan Frodo. Di mana mereka? Terlibat dengan projek yang memerlukan daya kognitif mereka barangkali..
6) He11mi dan HEROIC juga lama tak update. Cumanya saya tahu mereka masih ada berkeliaran di ruang maya.
7) Harus sentiasa berbaik sangka, yang di sini berbaik sangka yang disana, yang di sana berbaik sangka yang di sini
7) Harus sentiasa berbaik sangka, yang di sini berbaik sangka yang disana, yang di sana berbaik sangka yang di sini
“Seorang muslim adalah seseorang yang orang muslim lainnya selamat dari ganguan lisan dan tangannya” [ Hadith Bukhari]
Saya berdebar-debar bila membaca hadith di atas. Jika saya pernah memberi gangguan lisan kepada musim lain, maka adakah saya benar-benar seorang muslim? Allah...
Maafkan saya jika saya pernah menjadi pedang halimunan kalian...
Dah hampir pukul 7, jum bersiap untuk bertemu Dia!
Sayang selalu!~
Mutiara Bernilai
Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.
63 org kaki bebel buat bising:
seriously, ak rindu ko :'(
assalamualaikum :)
tu pentingnya empati kan. :)
tu la mulut manusia kan.
mula2 bila nak kahwin? bila nak ada anak? bila nak tambah anak?
aduyai. sabar je la.
hope kakak tu kuat! insyaAllah.
pedang halimunan.... saya akan ingat itu
my dear mutiara... fida pun tak lepas dari persoalan tu juga tiap kali balik kampung, mak alhamdulillah...mak betul2 memahami..cuma tok,makcik2..adehhh.. sabo je la..cuma takde la sampai suruh mandi bunga..ekekekek
... tp dalam masa yang sama, ada juga sahabat/sahabat yang pangkat akak yang meluah rasa yang sama... tentang risau dia..tentang bendul dia bakal dilangkah..tentang desak soal ibu bapa...... cuma, apa yang fida dapat kasi, kata2 kuat tuk dia.. insyaAllah Allah jadikan satu2 benda tu mesti berhikmah...
Salam Mutiara.
"segalanya ada dalam cetakan Louh Mahfuz. Ia sekadar lambat atau cepat, mudah atau sukar, sekarang atau nanti, kamu atau dia.
" .saya suka sekali ayat ni.
Yer, usah gundah kerana Allah adalah Pencipta dan Perancang Yang Maha Sempurna. Dan, kita wajib yakini hanya DIA yang tahu cerita kita sampai habis.
bukan HELLMI.HE"11"MI ok:)
Assalamualaikum Mutiara,
kesian kepada mereka yang menjadi mangsa kepada pedang halimunan ni, Semoga orang2 yang mempuyai pedang halimunan ingat Qadaq dan Qadar Allah kepada setiap hambanya.
kemana pergi "perisai halimunan"...itu persoalannya sekarang....
kenapa harus sangat di sematkan didalam benak hati ,kenapa perlu sangat difikirkan...
dimana "tiang seri" kita?
Terkadang2, orang yg tidak mahu anak, dikurniakan anak..
Terkadang2, orang yang mahukan anak, tidak dikurniakan anak..
Semuanya ujian.. InsyaAllah, hadapi dengan tenang..
Kata-kata manusia tidak penting.. Kata-kata Allah (di dalam Quran) adalah lebih penting untuk kita fikir-fikirkan.. (",)
pedang halimunan... hurmmm... terasa sedih kakak satu harap dia tabah harungi hidup... kakak dua... semoga dia ada jodoh dengan rusuknya yang sempurna di pasangan... untuk adik... semoga dapat jadi pedang halimunan yang disayangi...
p/s: heeeeeeeeeee...
ini pasal orang yang belum kawin atau orang yang belum punya anak.
pernah di tanya kawan,
"kau,takda pengganti lain lagi ke ? mengharap lagi pada yang lama ?"
hu~
soalan macam tu pun kadang-kadang boleh buat terasa juga.
bukan semua hal kita boleh aturkan.
ya,mereka nak care,tapi mungkin cara tak kena.atau tempatnya salah.
idk.
somehow kita pun terbuat benda yang sama,tanpa sengaja.
Assalamualaikum,
Ko dah jadi pedang halimunan tu...
Tak disangka....kan???
Kita tidak berniat begitu, namun itu yang mereka katakan.
Allah maha mengetahui.
@ [ EA ]
Nena mish u t00 dear
Ahad depan, Br0ga jum!
@ s a r
masing2 ada penafsiran masing2 kan?
hu, m0ga kita semua kuat!
@ Cikli
^___^
Hanya wanita yg tahu benar-benar isi hati wanita lain selain Allah. Airmata itulah peneman paling setia bila terguris rasa yg tajamnya bak kena pedang halimunan itu....
@ Afida Anuar
emak, mmg sgt2 memahami kan?
hu, kadang, kita memang yakin dgn segala qadar n qada'. cuma bila ramai org yg mengusik hati mereka dgn soalan2 yg mengundang 'sakit' di hati, jd nak tak nak keyakinan itu tergugah..hu~
@ shameel Iskandar
ya, hanya Allah yang tahu akan awalan dan akhirnya cerita dlm kehidupan kita..kan?
insyaAllah, moga kita membantu topup iman sahabat2 kita..
@ he11mi
okies. noted.
adeh, itu je yg hang komen?
komen la sket lg pakcik..
*sila update neh..:)
@ Kunang-Kunang
wkumsalam kakak kunang-kunang..
hu. kadang mutiara pun selalu jd pedang halimunan juga..pedang halimunan yg kijam.. insyaAllah, moga yakin dgn ketentuan Illahi..
pedang halimunan ye.
aku nak guna raket halimunan.
@ Republic Aku
Aku begitu suka dengan persoalan kamu. :)
ah. mungkin sahaja perisai itu sudah penat dan tak terdaya melawan tangkis Si Pedang Halimunan. sekali dua itu tak mengapa, tapi jika beratus2 kali? Ah. hati juga bisa lelah..perisai juga kadang jd kalah..
tiang serinya ada, cuma mungkin setelah di sepak2, bergegar juga.. meski tak runtuh, tp getarannya sudah bisa buat hati itu berbolak balik..jd nya, jgn kita yg menyebabkan tiang seri sahabt2 kita bergegar, sama2 bantu perkuatkan tiang seri sesama kita..
*eh panjang nye!
@ fuad ansari
iya, setuju benar.
mungkin itulah ujian buat mereka2,.dan kita2.. setiap org punya bahagian masing2..namun, selagi terdaya, cuba bantu membantu menguatkan jiwa sesama kita..
@ Cik Bidadari
insyaAllah, ayuh doakan utk semua :)
heee.. adik jd pedang halimunan yg di sayangi eh..insyaAllah, sedang mencuba, moga pedang mampu mengukir pesona indah di hati manusia lain,bukan meninggalkan parut luka. oh kakak juga neh!
p/s : weeeeeeeeeeee~!
salam dik..
emmm..susah nak ungkapkan kata2 pasal perkara ni sbb itulah yg terjadi..kes yg kedua tu..semoga diri ini tabah hendaknya..amin..
@ april
Kakak Satu : belum dapat anak
Kakak Dua : Belum temu jodoh
betul, kadang perkara2 mcm ni mudah aja mencucuk hati kita. Ah, Antiseptik pun x mampu nak buang kuman2 ni..
ya, kadang kita pon scara tak sengaja terhunus pedang buat mereka. tanpa sedar, mungkin niat sekadar nak care, tp tersalah masa dan situasi kot..
* kamu,makan beskot tiger byak2 yek!
@ ahmad humairi
saya begitu yakin, saya sendiri dah banyak kali menjadi pedang halimunan yg kejam. hu~
kadang niat kita tak begitu, tapi hati mereka payah utk memahami sebegitu. apa yang terdaya, bukan kita bahu yg memikul beban ujian itu..
Allah ada.. itu pasti..
assalamualaikum.
inilah uniknya budaya orang kita..nak ambil berat tapi caranya tak betul sehinggakan melukakan hati individu tersebut huhuhuhhh
@ Kakzakie
^___^
bila kita pernah melalui saat2 itu, makanya kita akan faham betapa susahnya mereka menapak dalam kasut itu..
insyaAllah, moga segalanya dalam redhaNYA..
@ oranglidi
hu? nak jd raket ke? huh..nak smash ke? ahaha..
@ nurkass
wkumsalam kakak..
ya, moga kakak dua bertemu jodohnya. dan moga kakak satu bertemu jalan keluar yang membawa kebahagiaan yg abadi..
tak pe kak, sampai masanya nanti, Allah bagi hadiah atas segala2 yang terjadi. pasti!
@ sahromnasrudin
jadi macam mana ya kita nak bagi kedua belah pihak saling faham memahami? hm.. mungkin harus tingkatkn empati dan sensitivit..
...kesiannya perempuan...
Tuhan,
Seperti sebelumnya kali ini aku juga pasrah padaMu…
Apapun itu…
Tolong berikan aku kesadaran untuk tetap bersyukur..
Kekuatan untuk menghadapi kepahitan apapun…
Dan keyakinan bahwa Kau selalu menjaga dan menyayangiku
mutiara syng..mari sama2 kita ameenkan
Assalamualaikum..
Moga MB sihat hendaknya serta sentiasa dalam perlindungan Allah Taala..
Berkata Muhyiddin Ibn Araby, "Jika ditahan permintaanmu maka bererti engkau telah diberi, dan jika segera diberi permintaanmu bererti telah ditolak dari sesuatu yang lebih besar. Kerana itu utamakan tidak dapat, daripada dapat, dan sebaiknya seorang hamba tidak memilih sendiri, tetapi menyerah bulat-bulatnya kepada Allah yang menjadinya, yang mencukupi segala keperluan."
tapi selalunya orang mengabaikan pekara penting ini.menjadi pendengar di setiap luahan kata-kata.
bukan nak minta simpati bukan juga nak minta di adili,cuma mahu pinjamkan sebentar mana-mana telinga yang sudi.cukup sekdar menjadi pendengar bukan minta di selesaikan masalah yang ada.
asal pedang itu saja halimunan. kalau terus2 fikir, pedang juga boleh jadi nyata.
tenang saja. pedang juga bisa jadi perisai.
*berkeliaran hu? HAHA. =)
this is a good entry anyway. sometimes, people don't realize that nice words can kill.
serba tak kena bila kena puaskan hati orang lain.
bila kawen muda... dituduh gatal nak berlaki.
bila dah beranak nak belajar lagi... sinis pulak sindir, boleh ke nak belajar dah beranak pinak???
ayoyo!
dalam hidup ni, kalau nak dengar cakap orang, kalau nak puaskan hati semua orang... memang susah.
oppps.... baru teringat.
bila bunting pelamin (2 minggu nikah dah pening2 mabok2), mak pesan "senyap jer... jangan bgtau orang dulu.... nanti salah sangka!"
wah! apa nih??? semua tindak dan tanduk (walaupun tak bertanduk) kita serba tak kena???
bukankah ini rezeki???
jodoh awal rezeki
lekat awal rezeki
peluang belajar rezeki
oh mutiara bernilai..
saya ingatkan kamu ni lelaki.. rupa2nya wanita.. alamak !! maafkan saya k?
apapun cerita pasal pedang haliman ni.. mcm dahjadi satu lumrah.. kita beri dan kita trima.. kalau tidak.. mcm tak lengkap hidup nie..
apapun.. menjaga pedang halimunan ini sgt sukar.. !! tp kalau kita ingat impaknya.. pasti kita juga kaan berjaga2..
apapaun, suka juga mendgar isu wanita seperti dalam entry nie.. ini masalah sejagat dan masyarakat.. kita takkan mampu mengubah persepisi rakyat mealinkan kita sendiri yang harus mengubah diri berfikiran positif.. kerana masyarakat jarang sekali simpati kepada hati kita berbanding buah fikiran mereka..
apapun , menajdi seseorang yng menenangkan itu adalah jauh lebih baik..
teruskan menulis..
ada masa saya perlukan pembacaan realiti dari perspektif yg lain.. yang lain seperti blog ini..
terima kasih !
sebab best, blog ni saya jadikan bloglist.. credit to blogger blog nie.. hehehe !!
along.....
kesiannya kakak 1 dengan 2 tue...masyarakat suka bercakap..ya....maaf juga jika pernah menjadi pedang halimunan..=.=''
semua nye adalah rahsia Tuhan. tentang rezeki..tntang ujian..ape yg dimiliki..semuanye adalah ditanagn DIA.moga sikakak2 ini kuat dan terus kuat.
**teringat satu saat dulu dimana bayi kakak sendiri mati didalam kndungan seusia 5 bulan dan disebabkan sebab2 tertntu the chances for me to get pregnant its about 30%.*senyum*
jadi hati harus redha kan mutiara.dan sudah 2 tahun berlalu..yg tinggal hanye kenagan dan kehidupan yg solo ;)
maaf. bnyk pulak merepek ni
pedang halimunan paling tajam ialah yang paling lembut
maaf lama tak singgah :)
kadang2 yang tua ni perlukan perhatian lebih dari kita yang junior....1 hari nanti kita akan berada di landasan situ juhgak =)
@ Sunah Mohammad
^__^
ayuh, jd kuat!
@ betty
amin ya rabb,,
^__^
'...dan berdoalah, kerna sesunggunya Allah itu sangat dekat..'
@ Abd Razak
alhamdulillah,terima kasih Tuan atas pengisian dan perkongsian itu..
@ Pembunuh Tanpa Bayang
betul..hanya mahu meluah dan mahu d dengari..hakikatnya kita sendiri sudah mengerti..
:)
aku ada..
@ HEROICzero
gimana ya?
aku juga ingin belajar mengubah pedang menjadi perisai.. :)
*berkeliaran..aha~!
@ Encik Psychopath
..dan begitulah manusia.. aku kau dan mereka..
@ Lydia Rosli
ouhh.. 200% setuju dgn akak..mulut org, ada aja yg xkena kat mata derang.. adeh, kalu di ikutkan sgt, x kemana la hidup kita ni kan kak..
huhu..
@ delarocha
so..kita buatla apa yg kita fikir betul dan tepat kan? asalkan x salah syariat..
@ iKhRam
" apapun , menajdi seseorang yng menenangkan itu adalah jauh lebih baik.."
sy suka dgn ayat kamu kat atas ni..
yok, jadi org yg menenagkan manusia lain.. :)
*tq ya ikhram.. :)
@ FasiHaH SupiaN
kurang sensitif mungkin..tapi xleh nak salahkan org lain juga, mungkin mereka pun tak menyangka kata2 mereka dah menjadi pedang..dan mereka sebenarnya mungkin sedikit pun x berniat begitu..kan?
@ Seroja Jingga
mungkin Allah memberi mereka pahala dengan cara sebegitu kan kak? pahala yg banyak buat mereka2 yg redha dgn setiap aturan Allah..
** insyaAllah kak, pasti ada 'hadiah' di penghujung cerita. teruakan berbaik sangka dgn DIA.. kerna Tuhan bekerja dalam rahsia.. kan? :)
do tc okies!
luvs,
@ KHRLHSYM
yang paling lembut? Oh, mutiara harus bersifu lagi dengan kamu ni Khairul..
* xpe, asalkan kalian2 ni sihat. saya risau kalau ada pape aje..
@ Suhami Ahmad
baik, sy akan ingat pesan kamu atuk :)
trimas!
assalamualaikum Mutiara Berlian
kadang kala tanpa sedar
pedang halimunan itulah
yang memberi luka berdarah
pada insan2 lain
tanpa disedari lukanya semakin parah
mashaALLAH like your writing...
gua kalo mulot macam longkang ni gua buat bodo je, malas layan, lebih2 lagi gua ade migrain teruk x bleh nak stress pikir perangai buruk orang kat kite huhuhuhu
saya jadi pendengar jela..
kdg2 tu kata2 boleh jadi senjata yang amat tajam.. penah terjadi kat diri sendiri..
so sekarng belajar untuk lebih byk mndgr,,hehehe..
konsep lidah tidak bertulang ...
>>___<<
owh, hai mutiara ... haha
Post a Comment