Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
*Jika rajin,sila dengar piano George Winston - Thanksgiving di Youtube sambil baca bebelan saya untuk kesan bebelan berganda*
Dulu. Pernah satu ketika saya merasa hari-hari yang di lalui begitu lambat berlalu, begitu hambar dan kosong, seolah-olah mati sumbu semangatnya. Detik-detik berjalan tanpa saya sedar sudah sampai ke penghujungnya, melakukan perkara-perkara rutin yang sama setiap masa sedari awal mencelik mata di waktu pagi sehinggalah memejam mata di waktu malam. Melihat orang yang sama, melalui jalan yang sama, keluar dan masuk bangunan yang sama, Segalanya terasa seperti bening dan hening. Kadang terdetik, adakah kerana 'kisah duka' itu yang membuatkan segalanya jadi hambar sebegini? Ah, kita bukan robot, kenapa juga akhirnya memilih hidup miskin dengan rasa sebegitu sekali?
Sehinggalah satu hadiah di hulur dari DIA, mulai mengerti makna sebenar hidup dan kehidupan, mulai cuba merendahkan diri dalam kerangka kehambaan, mulai sedar dan fokus akan matlamat asal di wujudkan diri ini di dunia, mulai kembali menjaga dan menunaikan perintah dan menjauhi larangan DIA, mulai kembali "KEMBALI" sebenar-benar kembali kepada DIA. Meski belum sempurna diri ini mengembalikan diri kepada DIA, sering jatuh dan acap juga bangun, malah sering juga hanya berbaring kaku selepas jatuh kerna tak mahu dan mampu untuk bangun lagi. Ah, alasan, hakikatnya diri saat itu sudah selesa untuk hanya berbaring. Teruk!
Diri saya kotor. Hati saya legam. Ada orang kata, bila jiwa dekat dengan Tuhan, hati terasa indah, segalanya terasa manis. lapang dada dan redup sahaja mukanya. Saya cuba, saya putus asa. Saya cuba lagi, putus asa lagi. Cuba dan cuba lagi, perbaiki niat, perbaiki solat, perbaiki segalanya. Tetapi tak dapat juga rasa 'indah' macam orang-orang tu cakap. Ah, bisik lagi pada hati, "Terus,teruskan solat. Teruskan tilawah dan tadabbur quran.Teruskan menunaikan perintahnya, hati kamu terlalu kotor, perlukan poses yang lama syg,". Tapi seperti biasa, ada sahaja turun naiknya. Dan akhirnya saya putus asa, putus asa dalam hal kebaikan dan pembaikan diri (islah). Ah, teruk kan saya?!
Sampai satu saat, Allah pujuk saya dengan kata-kata emak. Waktu itu saya terlebih rajin mengganyah belakang kuali yang memang sangat-sangat hitam. Sedari saya kecil lagi kuali itu sudah ada dan sudah hitam. Kuali itu kecil sahaja, saya rendam dalam besen berisi air sambil tangan mengganyah dan menggosok kuat belakang kuali tu. Sudah puas menggonyoh, tetapi tiada langsung nampak warna peraknya, tak tanggal-tanggal lagi kerak hitamnya.
" Ma, kuali ni orang dah gosok dekat sejam, tak juga bersih,"
" Biasalah, dah berkarah dah tu. Kena kerja lebih la."
" Hu, rasa buat benda sia-sia aje. Malas lah dah,"
" Mana ada sia-sia, tengok air dalam besen tu, dah keruh, tu tandanya dah ada bahagian kotor yg berjaya di cuci keluar, tetapi kita tak nampak sangat perbezaan yg ketara kat kuali tu. Tapi, dekat air tu, kita nampak kan yang usaha ena tak sia-sia,ada kesannya pd kuali tu. Kamu perlukan lebih masa, lebih usaha dan lebih sabar,"
Terdiam. Faham, tetapi sengaja menutupnya dengan menambah keluhan yang lain. Mengada dan manja, tu memang sifat saya,
" Ala. Tapi letihlah, Penat dah tangan orang. Ketar-ketar dah ni," cakap sambil buat muka nak nangis. *Mengada-ngada aje.
" Mak tak suruh pun kamu gonyoh belakang kuali tu tadi kan? Kamu nak buat sendiri kan?"
Erk. Tadi sengaja aje buat manja-manja gitu, tak sangka pulak mak akan panjangkan perbualan,
" Sendiri. Terlebih rajin aje td, sekarang dah tak rajin."
" Ha, tu sebab kamu buat atas 'semangat', sbb tu bila dah tak de semangat, ena pun dah tak rajin dan mengeluh itu ini. Kita, dalam buat apa-apa pun kena ada matlamat yang betul dan tepat, bukan main ikut semangat..bla..bla..dan bla,,"
Dan saat itu saya seakan di sentak hebat. Perlahan dan makin perlahan suara ceramah ma,.saya hanya membulatkan mata. Seolah-olah satu tingkap sedang terbuka luas buat saya. Kamu tahu, apa saya nampak? Saya nampak yang Allah memujuk saya supaya tidak berpputus asa dalam mencari cintaNYA, tidak letih dan kecewa dalam hal memperbaiki diri dan amal, malah Allah seolah-olah sedang memberi saya pencerahan dan pemahaman akan perihal mujahadah dan istiqamah. Allah pujuk saya! DIA sedarkan saya, bahawasanya orang-orang yang jelas matlamatnya, pasti tidak akan berhenti di tengah jalan, pasti akan fokus sepenuh daya untuk mengecapi matlamatnya. Begitulah juga kehidupan ini, dan segalanya (solat, quran, amal2) semuanya ada matlamatnya, iaitu DIA. Matlamat kita adalah Allah,
Mata berair. Allah,, DIA tak nak saya berhenti ,,dan DIA pujuk saya! DIA pujuk saya dengan kisah kuali ni awk,, hu, Allah saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat baik kan?
Awak, mungkin awak tak faham dan 'rasai' sebagaimana yang rasa, saya sendiri tak pandai nak jelaskan macam mana. Jujurnya, saya bukan pandai dalam menulis, Yang saya tahu, saya rasa di pujuk. Di pujuk oleh DIA. Awak pernah tak sangat-sangat kecewa atas usaha yang tak berhasil, kecewa sangat-sangat, dan saat itu ada orang datang memujuk awak, dan pujukan dia, belaian dia benar-benar berjaya menyentuh hati awak..apa awak rasa saat itu? Hu, kalau saya, saya rasa macam nak nangis sungguh-sungguh, saya nak lepaskan semuanya kat orang yang pujuk saya tu, sebab at the moment, dia-lah yang paling memahami saya kerana dia berjaya sentuh hati saya, bahkan saya nak peluk dan jerit dalam hati kuat-kuat " Aku sayang ko, thanx sebab faham aku, thanx atas kata-kata ko,". Dan, benar, saya rasa nak peluk Allah sbb DIA dah pujuk saya. Tapi, Allah bukan makhluk kan? Jadi, luahkannya melalui solat dan pengibadatan yang lain.
Walau perkara ini sudah hampir 3 tahun berlalu, tapi setiap kali mengingati momen itu, air mata saya pasti mengalir,, Allah..
*Ouh, dah makin panjang bebelan saya, saya perlu berhenti, lagipun air mata dah meleleh ni.
* 18 minit selepas pukul 2pm. Ouh, ini 18minit harus di ganti!
sayang selalu!~
MUTIARA BERNILAI
sayang selalu!~
32 org kaki bebel buat bising:
sayu dgn bebelan itu..
sesungguhnya dengan setiap perkara yg kita lakukan punyai seribu makna dan pengertian..
take care dear..:)
sis.., mmg kuali yang kotor tu nmpk sukar nak dicuci, sbnrnya boleh jika kita sungguh2. Hati kita ni pun boleh dicuci dgn taubat nasuha..tp sbgai insan lemah, seringkali mengulangi semula..
Mengapa sedih lagi ena. DIA dah puas memujuk dan kini masanya diri bersyukur dan terus pasrah padaNya.
Dulu kalau kena sental kuali kakak mesti tinggalkan tak nak pegang dan last kak uda kakak yg cuci.....
assalamualaikum,
benar, asal putih kan kembali putih bila di berus, di sental, di bakar dan di polish...lalu berkilau-kilauan....seksa bukan?
Assalamualaikum...
Moga MB sihat hendaknya dan sentiasa dalam rahmat Allah Taala..
Berjuanglah, kalahkan nafsumu dengan jihad bersungguh-sungguh, maka hatimu akan hidup dengan nur makrifat (pengetahuan).
ada 2 jenis bebelan.. bebelan penuh makna dan bebelan tanpa makna.. yang nih ada makna.. ^^
bebelaan yg penuh dengan isi...
thanks my dear!
@ nurkass
ye kakak, smuanya punya macam2 pengertian,,
take care juga ya sis!~
@ ariana's
yeahh! jum g0ny0h hati, bagi putih :)
@ Kakzakie
menangis bkn sebab sedih, tp sebab terharu dengan rasa 'bahagia' ni,,
^__^
penat ar berus kua|i,, :P
@ ahmad humairi
sakit!seksa! tapi A||ah pujuk dgn syurga! :)
@ Abd Razak
Wa a|aikum sa|am,
insyaA||ah, mga di kurniakan hati yg xpenat bermujahadah :)
@ Ayie
^___^
terima kasih
@ miloais
sama-sama k0ngsi neh,,
tak semua yang cari maksud tersirat tiap kejadian.
take ur time, insyaAllah. dan kita2 dibahagi dengan masa2 yg kita punya. guna sebaik saja.
huh panjangnya bebelan
hurmmm... saya hanya mampu tersenyum... insyallah... jasad hitam... tetapi jirim hanya allah swt yg tahu sayang... segumpal tanah... menjadi segumpal daging... lalu daging tulah yang kelak akan menjadi 'peti emas' Ya Qudus... terang jelas. kepada mereka yang ingin 'disayangi saya suka entry nie...
terima kasih allah...
Allah.... tersentak jugak baca bebelan kali ni. Sebab fida pun sama. Ada jatuh bangun... ada baik buruk.. nak sangat...nak sangat jadi baik..
kadang2 buat sesuatu tak istiqamah..istiqamah sekejap, lepas tu tak buat...pastu buat balik.. rasa nak hantuk2 je diri ni...
na..bl nak manja2 ngn aku plak?ngeh2..na aku baca entry2 ko wlpn aku xkomen tau..i will keep on supporting u laling enventhgh i am invisible..hehe cayokk na!
suka dgan kisah kuali nie.. kalau la mak akak boleh tulis blog.. mesti best kan?
hhmmm...awk sgt bertuah tau....
mcm mina....ALLAH dah tunjuk segala kasih sayangnNYA pada mina....
cuma kdg2 mina alpa...leka...lalai..
terasa sgt rugi....
entri ni betul2 membuat mina berpikir panjang...
@ penjajah minda
^___^
kdg2, aka| ma|as nak fikirkan hikmah setiap kejadian,,
@ HEROICzero
baek b0ss!
erk, b0ss, sy dah |ame mnanti p0st baru kamu,,
@ Cikli
name pun bebe|,,mmg |a panjang,
aha
^___^
A||ah saaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat baik kan?
Terima kasih A||ah,,
@ Afida Anuar
kan?
nak sangat,,nak sagt2 jd baik,,
tapi se|a|u menga|ah dengan mujahadah,,
aish, kena kuatkan |agi mujahadah ni
jum dear!
@ MS H
^_____________^
senyum pa|ing manis 4 Da,,
thanx dear, cuz awiz there,,
kamu tu bz sgt, nak date bi|e ntah, i ikut u aje,, ahaha,
@ iKhRam
mak?mak memang suke menu|is, tp bukan secara maya ,,,
@ KUREKURE COMEL
a|hamdu|i||ah,
s0 jgn sia-siakan pujukan dan hadiah yg Dia bg 4 kite,,
^____^
banyak benda yang kita perlu pelajari sebenarnya bermula dari apa yang kita lakukan di luar sedar kita..kehidupan suatu yang luar biasa dalam kebiasaan kita.setengahnya datang dari ingatan kita yang tidak pernah mati supaya kita sentiasa ingat akan pengajarannya.
Subhanallah..betapa besar cintaNYA....
Post a Comment