24 June 2011

Silver Lining


Agak celaru jiwa dan mengalami kecacatan emosi setelah mendengar perkhabaran musibah beberapa  hari lalu. Datang melawatnya, namun terobek hati melihat air mata Sang Isteri yang selama ini begitu hebat, agresif dan 'tegas' di pejabat. Sudden sickness. Tiba-tiba sahaja datang penyakit, malah terus ke peringkat yang terminal, ini benar-benar seperti telah meragut ganas ketenteraman dalam jiwa.

Sang suami, meski sakit, tetap bersahaja berlelucon dan melempar senyum. Ketetapan Allah itu pasti, selayaknya kita sebagai manusia harus dan wajib redha sambil ikhtiar.Waktu yang saya ada hanya beberapa minggu ,Ah. Bisa sahaja air mata turun laju setiap kali terngiang kata-kata itu. 

Kata orang, kenapa orang baik selalu sahaja di uji? Saya hanya mampu tersenyum nipis. Aduhai, sememangnya beliau seorang lelaki yang baik. Entah kebaikan jenis apa yang telah di lakukannya sehinggakan orang yang tak begitu mengenalinya, tidak pernah berbual panjang dengannya, dan tak pernah bergerak kerja dengannya walau sekalipun boleh menjadi 'laju' dan mudah sahaja bangun malam untuk mendoakannya, malah air mata menjadi begitu murah dalam menitip doa buatnya. Ah, kebaikan jenis apakah yang telah dia lakukan sampaikan Allah menggerakkan hati manusia lain untuk selalu mendoakannya dan selalu memberi pertolongan kepadanya,,, Apa yang nyata, pasti beliau berada di dalam darjat yang istimewa di sisiNya,, sungguh, saya cemburu!

Tak larat nak tulis panjang, apa-apapun saya mohon doa dari anda anda semua buat lelaki ini. Dia mendapat gelaran Young Scientist malah mendapat pangkat Profesor di usia yang muda serta jasa-jasa yang di tabur juga sebegitu banyak.. Aduhai, moga yang terbaik buat semua,, 

Bersama awan yang gelap dan besar itu, sebenarnya mempunyai sisi kilau yang indah, macam gambar atas tu.. for every black and big  cloud has a silver lining,, moga tabah buat Sang isteri dan anak-anak. Beruntunglah buat si anak yang sedia berhenti kerja demi menjaga ayah yang sakit..beruntung!


BEBELAN MUTIARA
1) Kadang penyakit atau musibah akan datang tiba-tiba,  dan saat itu baru kita mula melihat ke dalam diri sendiri bagaimana jika kematian kita berada di depan mata, ah, waktu itu jugalah baru mulai tersedar dan memikir keras, apakah yang telah kita tanam di sepanjang tempoh nyawa yang telah Allah beri kepada kita ini. Allahuakbar..
2) Sayang menyayang, doa mendoa adalah amalan orang mukmin, kerna kita bersaudara :)
3) Doakan buat beliau, keluarganya dan untuk kita semua juga!
4) Berazam, mahu menghargai setiap saat yang ada dan setiap orang yang ada bersama sama, tak kira realiti atau maya, saya mahu penuhkan masa saya dengan pelbagai perkara dan kenangan, kerna bila tiba masa saya pergi nanti, sekurang-kurangnya saya meninggalkan 'bekal' buat orang yang merindu..ouhh, dan akhirnya mula memenuhkan jadual harian yang sememangnya sudah agak penuh,, jenjalan anyone?snap gambar byk2 anyone?buat amal sama2 anyone?g oversea anyone? g baitullah anyone?anyone wanna join me? :"(  anyone?


73 org kaki bebel buat bising:

senyumSOYA said...

semoga beliau sentiasa tabah~
insyaALLAH..

Kakzakie said...

Kalau kita sebagai teman sisi sesekali merasa begitu sedih apatah lagi isteri dan anak-anaknya.

Benar sungguh Allah berikan sesuatu ujian tanpa kita ketahui hikmah disebaliknya. Moga ada ketabahan pada mereka.

nurkass said...

sesungguhnya manusia yg ditimpa dugaan dan ujian adalah yg paling istimewa disisinya..

semoga beliau cepat sembuh dan cekal mengharungi ranjau kehidupan..

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Langit tidak selalu cerah. Mendung bukan bermakna hujan kan turun. Cerah tidak menjamin kepanasan sampai ke petang...rupanya hujan di tengah hari....tak siapa menduga kehendak Allah....berkira-kiralah, siap siaga dan redo pada segala kurniaan Ilahi.

AI said...

- peringatan juga buat semua...

miloais said...

moga beliau cepat sembuh
dan ahli keluarga beliau tabah dengan dugaan ini....

Bidadari Syurga said...

awak... kekadang bila terbangun tengah malam... saya akan buat apa yg patut... dan saya selalu berharap... saya dapat pergi pada sekian2 hari yang saya idamkan... hari yang sama Nabi saw pergi... tapi bila bangun pagi Isnin... saya masih bernyawa dan saya bersyukur... "ada bekalan yang saya belum lunaskan..."

p/s: sayang awak.....

musollahehsan said...

SALAM,
MENDOAKAN SEMOGA DIA SIHAT KEMBALI ! AMIN !

EL MARIACHI said...

well...always look at the bright side...

RepublicAku said...

Siapa yang tahu apa yang bakal akan berlaku...tawakkal.

fiezah91 said...

semoga beliau cepat sembuh dan tabah dengan hari yang mendatang.

habibi qalbi said...

mutiara!saya juga mahu ikut kamu..menanam benih untuk saya tuai di akhirat nanti..bolehkah?

liyana said...

semoga dia cpt smbuh..

thanks for bebelan

dpt input from bebelan itu=)

Aiman Ariffin said...

InsyaAllah evrything will be fine for him and his family. I'll pray for him too.

Humans, its in our nature that we avoid anything that doesnt affect us. but something happened to us, then we started to realize and feel regret for we never appreciate what we have before.

Thats why, whenever anything good happen pls take a few seconds to step back and say "alhamdulillah" and thank HIM for his generosity.

oranglidi said...

berlelucon tu ape ye?

JARI YANG TERBARAI said...

manusia selalu buat buat lupa pasal mati

Mawar Berduri said...

aku ingin jadi seperti si anak..

Afida Anuar said...

Akak!!..Akak!!...akak nak ikut!..

Allah..semoga beliau tabah, dan sememangnya saya tahu beliau tabah, suka tengok, manusia yang diuji tapi masih tersenyum seolah tidak pernah diuji...

Cikli said...

semuanya ujian. semoga diberkahi

iKhRam said...

saya teringat ketika datuk saya sakit tahun lepas.. dan saya menemaninya..

dii saat saya sedih melihat keadaannya saya selalu terfikir.. atuk berunutng kerana atuk punya anak2 yang sayangkan atuk.. yg tak penah letih menjaga atuk.. mendoakan atuk.. memujuk atuk bila atuk takut menghadapi kesakitan..

dan atuk punya seorang cucu yg akan sentiasa membela nasib atuk..

dan saat itu saya merasa atuk dekat dgn saya..

dan sakit memang datang dgn tiba2..
dan saya selalu berfikir mungkin atuk pada zaman mudanya sentiasa berbuat baik kepada orang tuanya..

dan kebaikan menjaga ibu bapa akan dibalas dgn kebajikan oleh anak2..

entry ini ini mengingatkan saya akan emak dan abah saya..!!

apapun saya akan mendoakan agar diberi kekuatan keapda sang suami dan ahli keluarganya.. amin..!!

semoga dipermudahkan urusan, mudah2an. Insyaalah..

HEROICzero said...

kadang2 ada terfikir, betul ke Tuhan itu tidak akan uji sesuatu yang tidak mampu ditanggung ?

bila diuji, tak tertanggung. dan mula celakakan diri. mula curang dengan takdir. mula ragui Dia.

itu dulu.


*senyum*


Redha is a key of happiness, aite ?

semoga dia baik2 saja, dan redha. kamu juga. insyaAllah Ameen.

Mutiara Bernilai said...

@ senyumSOYA

:) insyaA||ah, sama2 kita d0akan,,

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

ya, saya sudah nampak beberapa hikmah di seba|ik musibah ini,,

Mutiara Bernilai said...

@ nurkass

ye sis, dia sgt baik,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ ahmad humairi

a|hamdu|i||ah,
terima kasih Cikgu atas ingatn,
insyaA||ah, akan sentiasa semat di hati,,

Mutiara Bernilai said...

@ miloais

amin ya rabb
thanks,,

Mutiara Bernilai said...

@ Bidadari Syurga

"ada hutang yang be|um di |unaskan,"
hu,,thanks cik bidadari atas perk0ngsian,,suka!

Mutiara Bernilai said...

@ musollahehsan

amin ya rabb!

syukran jiddan ya!

Mutiara Bernilai said...

@ EL MARIACHI

baek!
mencuba me|ihat sisi cerah meski kadang hati |ebih suka merenung |ama di sisi ge|ap,,

Mutiara Bernilai said...

@ RepublicAku

betu|,,
ntah2 aku yang 'pergi' du|u kan?
hu~

Mutiara Bernilai said...

@ fiezah91

amin,, mga yg terbaik juga utk awak dan semua,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ habibi qalbi

b0|eh2,,

jum!


*terima kasih bi,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ liyana

insyaA||ah, sama2 kita share neh,,

Mutiara Bernilai said...

@ AIman

Aiman, Kamu suka buat saya t0uching,hu, tersentak baca k0men kamu,

Thats why, whenever anything good happen pls take a few seconds to step back and say "alhamdulillah" and thank HIM for his generosity.

thanks aiman, rasa mcm air sejuk mnga|ir da|am hati,,

thanks!

Mutiara Bernilai said...

@ oranglidi

berlelucon tu berjenaka :) atau buat |awak,

Mutiara Bernilai said...

@ JARI YANG TERBARAI

uhh,,aku |a tu,,
s0km0 buat2 |upa,,

Mutiara Bernilai said...

@ Mawar Berduri

Mutiara punn,,
je|es n kagum dgn si anak,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

jum kakkkkkkkkkkkk!
nak naik incik itam!

tabah kan dia?ya, mutiara pun suka juga tgk 0rang yang asek tersenyum bahagia aja meski diri penuh masa|ah,,

Mutiara Bernilai said...

@ iKhRam

wahh,, a|hamdu|i||Ah iKhRam, kerana kamu ada|ah se0rang anak dan cucu yang baik,, beruntung ke|uarga kamu dik!


keep it up k,,thanks 4 ur sharing,,sgt2 inspired akak 4 jadi anak yg s0|eh mcm kamu,,

d0akan akak dik,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero

*senyum*

du|u2, pers0a|an tu se|a|u ada da|am benak saya,,

tp bi|a kita yakin dengan asmaNYA,,sega|anya ter|ihat terang, meski sakit untuk me|a|uinya, tapi tetap kita sejujurnya mampu menghadapinya,,itu janji Tuhan,,

*angguk kepa|a |e|aju*

yup, redha ada|ah ubat sega|a gundah!

thanks kamu!

gadisBunga said...

ingatan yang penting untuk GB jua.

kadang tu kita terlupa, dalam kita gembira dengan kehidupan seharian, mungkin allah akan turunkan ujian untuk melihat sejauh mana tahap keimanan kita.

allah tak turunkan ujian yang tak mampu kite terima...tapi tetap takut juga bila memikirkannya.

allahuakbar..

vampire's lovex said...

tak rugi apa pon kalau mendoakan orang lain kan....:)

Bella Bell said...

tenangnya baca entry ni.. sama2 la kita berdoa :)



^^

ariana's said...

itu lah kita sebagai insan biasa..selalu lalai dan lupa..bila ditimpa satu-satu kejadian, barulah kita kembali tersedar..sebab tu org kata setiap kejadian itu ada hikmahnya..
akak doakan moga sang suami tu kuat dan tabah..begitu jg kita semua..

Seroja Jingga said...

may Allah beri kan kesihatan yang baik pada beliau dan keluarga. moga diberi ketabahan yang pakling unggul buat tiap ahli keluarga nya..moga kasih sayang mereke akan semakin kukuh dan erat..

sakit itu pencuci dosa lara..

dan kakak pohon diberikan kesihatan yg baik buat kamu juga ;)

maaf lama sungguh tidak hadir disini

pisau belati said...

Yang Esa sedang menguji kesabaran dan keimanan hambanya.moga di permudah segala urusan buatnya...ameen...

nahmy said...

tidakkah sekali kita mendoakan org lain, berganda pula malaikat mendoakan kita?

delarocha said...

sakit itu penghapus dosa, moga dia tabah menghadapinya.

intan.maisarah said...

kata orang.
sakit yang datang merupakan tanda bahawa Tuhan masih ingat pada kita..


entah mengapa
kadang kadang sara teringin mahu sakit
risau
bila lama tak sakit
takut Tuhan lupa pada sara...


Mutiara

rindu kamu.
sungguh!

FasiHaH SupiaN said...

Salam Along, yes, I am your anyone, can I? ......



;')

SYARIFF HAIKAL said...

SESUATU DUGAAN YG DATANG ITU X MENGENAL BAIK DAN BURUK SESEORANG..SUNNATULLAH ITU JGN DIRAGUKAN..SENTIASA BERSYUKUR DAN LAKSANAKAN AMAR MAARUF NAHI MUNKAR DAN BERSBARLAH.

fuad ansari said...

Kebaikan itu menenangkan.. sehingga bisa sahaja melemparkan senyuman di kala kesakitan..

Encik Psychopath said...

penghapus dosa. sabar.

Bidadari Syurga said...

awak tak tidur lagi yea...? kita nak tidur dulu tau... gud nite awak...

Mehmed - said...

kuat semangat lelaki ni.

cinta-sakit, dunia-mati.

ok, aku lambat..heheh!

Mutiara Bernilai said...

@ gadisBunga

ye, betul awak,
MB pun jadi risau dan takut memikirkannya,,

moga2 menjadi pengajaran berguna buat kita semua,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ vampire's lovex

^___^

tak rugi,
malah Tuhan bagi semula berganda ganda kepada kita :)

kan?

Mutiara Bernilai said...

@ Bella Bell

^____^

jum doa sesama!

Mutiara Bernilai said...

@ ariana's

bila di uji baru teringat Tuhan,,hu, tu lah saya,,

amin ya rabb, meh kita doa sesama,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ Seroja Jingga

kakak!
sungguh, saya rindu sama kakak!

amin ya rabb atas doa akak itu, moga Allah melindungi akak juga :)

Mutiara Bernilai said...

@ pisau belati

^____^

ya, Dia sedang menguji, mereke, aku dan juga kamu,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ nahmy

:)

alhamdulillah,,

Mutiara Bernilai said...

@ delarocha

insyaAllah, moga Allah redha dgn kita semua,,

Mutiara Bernilai said...

@ intan.maisarah

*senyum*

bagus, begitulah rasa yang perlu ada pada manusia,,kata2 sara dah ingatkan mutiara dengan saidina abu bakr, beliau menangis ketakutan dan kesedihan kerana sudah lama tidak di uji Tuhann,,


i miss u t00 dear,,

sungguh!

Mutiara Bernilai said...

@ FasiHaH SupiaN

of course u can!

meh2,,


:")

Mutiara Bernilai said...

@ SYARIFF HAIKAL

T____T

menangis aku bace komen ni weh,,
alhamdulillah, terima kasih kerana ingatkan mutiara :)

Mutiara Bernilai said...

@ fuad ansari

tenang bukan?

ah, saya cemburu!

Mutiara Bernilai said...

@ Encik Psychopath

sabar, sedang berusaha bersabar

:)

Mutiara Bernilai said...

@ Bidadari Syurga

erk, lewatnya tido!
jg kesihatan okies dear :)

Mutiara Bernilai said...

@ Mehmed -

kuatkan dia?
saya cemburu dgn kekuatan dan ketenagan dia,,

oh, kamu x lambat pun :)

JIJI YU said...

makin sayang makin diuji