25 July 2011

Bukit Broga dan Gunung Tok Wan :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




 Seawal 5.30 am sudah bergerak, berSubuh di atas bukit sambil di sapa lembut akan nyamannya angin fajar, sesudah itu menikmati akan indahnya matahari pagi terbit dari ufuk timur..

Tuhan, syurgaMu pasti lebih indah!
Duduk-duduk, menung-menung, muhasabah-muhasabah, dan akhirnya tersimpul beberapa resolusi perjanjian diri dengan diri sendiri.

Turning Point & Resolusi Broga :
  1. Tiada sesiapa (manusia) yang mampu mempengaruhi emosi saya melainkan diri saya sendiri sahaja.
  2. Tiada sesiapa (manusia) yang boleh membuat saya marah, sakit hati, tertekan atau segalanya melainkan diri saya sendiri yang membenarkan diri saya merasai 'rasa' itu.
  3. Perasaan, emosi dan hati saya bukan di pegang oleh manusia dan tidak akan terjejas dengan faktor luaran.
  4. Memberi, memberi dan memberilah. Meski dari luaran kamu seperti di aniaya dan di zalimi, hakikatnya hanya kamu sendiri yang tahu apa yang kamu kehendaki di hati. So, jangan rosakkan ibadah hanya dengan beberapa keluhan dunia.
  5. Berbuat baiklah meski orang lain berbuat 'tak best' kepada kita. Mukmin berbuat baik bukan kerana faktor2 manusia, tetapi kerana Tuhan. Jadi, orang berbuat baik atau sebaliknya kepadamu, itu bukan soal. Soalnya, kamu hanya mahu berbuat baik kerana Dia.
  6. Ada beza antara muslim, mukmin, mukhlis, org bertaqwa dan orang yang berjaya. Mahu berada di tempat yang indah, maka harus mendaki lebih curam dan sakit.
  7. Cantikkan permandangan dari atas bukit dan gunung kan? So thats life..life is like a climb..its hard,..but the view is great.
  8. Cuba ambil masa, dongak ke langit, besar dan amat luaskan alam ini? Cuba juga pandang ke bawah (dari gunung), hebat kan? Sebesar2 rumah pun tampak kecil..Sebesar2 bintang pun juga tampak kecil. Renung dan tadabbur alam, hakikatnya semuanya membawa perkhabaran bahawa segalanya dalam jagaan Tuhan. Oh, begitu juga kamu sayang..Sebesar2 galaksi juga mampu Dia jaga, inikan pula kita yang wujudnya tak sebesar zarah dari pandangan cakerawala. Ya, pasti di jaga, selagi mana kita menjaga hubungan dengan Dia.


Ilusi optik. Cuba teka, kami di bawah atau di atas?
* Tempat berbukit di sebelah sana adalah tempat kami2 berhenti untuk solat subuh.


Waktu bergerak mendaki bukit di subuh hari, gelap pagi di ceriakan dengan pelbagai suluhan lampu si pendaki-pendaki yang ramai, dari jauh, ia kelihatan seperti kunang-kungan indah.



*Ikhram, Chupachup awak akak bungkus dan poskan dalam minggu ni, insyaAllah,
* Ini respond pada entri Ghost Writer tentang ujung minggu bagi yang tiada pacaran, ah. ayuh keluar sahaja, berjogging, beraktiviti atau mengemas rumah. Berpeluh itu sihat, tahu! Oh, sental tandas pun berpeluh!
* Cik Bidadari, kita tak pi kerja jugak rini. Kita mim alif El alif es.  Wee. Xde lah, nak rest.
* Thanx neh kamu2 semua (blogger2), even  xpernah jupe, tp selalu support saya. thanx!

* Sumtime, stranger become friend n friend become stranger..

Selamat bekerja bagi yang bekerja hari ini! 

^_____________^

Sayang selalu!

Yes, I do..



MUTIARA BERNILAI
*Teringin nak p cherakah la plak..


71 org kaki bebel buat bising:

aamalinaazman said...

akak!
subhanallah..=)
nak pegi jugak

besnye dpat solat kat tempat terbuka cam tu..tinginnye...huhuhu

nak g jugak..huhu...tapi x tawu bile...huuu

sungguh luas sehhingga medan mata x mampu mengukur kadar keluasan alam ni =)

Rubiatul Addawiyah said...

mahu ke sana juga satu hari nanti!!! jeles dgn kamu..=)

Mutiara Bernilai said...

@ aimie amalina

dear, yup, best sgt2,,jum2 dtg sini,,

:)

kite tadabbur alam.

Mutiara Bernilai said...

@ habibi qalbi

eheh..jum g gunung kinabalu nak?

IMANSHAH said...

ramai juga org bercerita pasal bukit ni..teringin ke sana

ariana said...

Subhanallah. sesekali ke tempat macam ni baik untuk seseorang yg mahu berfikir..akan kebesaran Allah.Pernah gak mendaki mcm ni ngan kengkawan zaman mudo2 dulu..hehe..

Afida Anuar said...

My dear mutiara...

Lar, hawat tak ajak akak pi...dekat dengan semenyih bukit ni kan? dekat dah rasanya dengan putrajaya...he he..

Bidadari Syurga said...

dongak ke langit adalah caraku sekarang. masa hati tengah sakit takda siapa mampu ubati dan air mata juga semakin mengering. maka kepada DIA aku cari. yang utama.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

broga...menarik tempatnya masih belum punya kesempatan untuk ke sana.

owh,bukit cerakah sangat nice aku kira.sudah ke sana 2x =)

HEROICzero said...

belum pernah naik lg , walau dekat !!!

fuad ansari said...

tajuk yg lebih sesuai adalah.. mutiara biru di atas bukit.. (gurau2 je..) (",)

alam ini tidak ada cacat celanya... sangat seimbang... dan sangat indah.. Maha Suci Allah yang menciptakan..

iKhRam said...

ya allah.. sgt terperanjat bila terbacakan nama saya di dalam entry ni.
terkejut dan gembira..
selalunye rezeki dengan tiba2 ini sgt2 menerujakan..
terima kasih.

sebenarnya
kita yang menerajui diri kita sendiri. teringat kem pengawas pada masa saya di tingkatan satu dulu.
Fasi saya bertanyakan, siapakah idola saya.. saya pun menyebut byk nama2 orang hebat..
Lalu dia hanya memberikan saya sekeping cermin, lalu disuruh saya pandang cermin itu.
Dia pun berkata.. apa yang ikhram pandang cermin itulah adalah IDOLA ikhram sendiri..

huh? barulah minda saya terbuka. Saya faham maksud tersiratnya disitu..

kepada ghost writer,
tiada pacar bukan bermaksud tiada ruang utk menggembirakan hati.. carilah ruang utk berbuat apa saja yang boleh memandangkan kita tidak terikat dgn sesiapa.. peluang kebebasan sebegini bukan senang utk kita dapat.

apapun
terima kasih kepada cik mutiara bernilai kerana sudi melabuhkan ukhuwah ini. saya hargai.
biarpun tidak pernah mengenali, tapi hasil karya anda sentiasa terpaut di hati..

semoga inilah wadah keapda ukhuwah kita..

salam ingatan,
ikhram
iph kampus pulau pinang.

Anonymous said...

Bagusnya muhasabah diri di subuh hari macam ni, diatas bukit.

Mutiara Bernilai said...

@ IMANSHAH

meh cuba sekali, insyaAllah berbaloi,,

Mutiara Bernilai said...

@ariana's

akak dulu pon suke mendaki ye? mesti akak ni aktif kan? :)

best!

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

my dear sis afida,

wee~ bukan jauh ke semenyih dgn putrajaya? hurm, saya nak naik bukit hijau yg akak ada post kat blog akak tu,,nak p situ dgn akak,,

*cerakah dah p?

Mutiara Bernilai said...

@ Bidadari Syurga

awak, same la awk dgn kita,,!

suka,,kan? kita rs di pujuk bila tgok langit dan bebintang di situ,,

syg awk!

Mutiara Bernilai said...

@ Pembunuh Tanpa Bayang

jum, p broga, best dan berbaloi dear.

hm, bukit cerakah tu mutiara x pernah p lagi,,nak pergi waktu season yg besh,, :) best eh?hu, jd xsabar lak kite,,

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero

owh.
dok semneyih ke?

^___^

kalu tahu, bleh aje ritu kontek kamu, suh blanje roti canai.. :P

Mutiara Bernilai said...

@ fuad ansari

ha'ah,
tak terfikir plak nak wat tajuk tu,,eheh.. mutiara dok kat dsar laut, tp tbe2 ade kat puncak langit plak,, :)

yup, maha suci Allah yg menciptakan segalanya tanpa sedikit cacat cela.

Mutiara Bernilai said...

@ Cikli

kan?

sangat indah.

terasa kerdilnya diri..

Mutiara Bernilai said...

@ iKhRam

eheh,,sbb adik sorang je yg kate nak chupachup tu,,so akak bg la..mmg dah niat.. :) tp biasa2 aje lahh..

wow, suke la yg pasal idola tu,,betul, kita spatutnya menjadi idola diri kita sendiri,,so nak jd diri kita idola, kne la santik2 kan sikap dan amalan,,kan?

thanx ikhram atas perkongsian tu, sgt terkesan kat ati akak,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ Kunang-Kunang

best sgt2 kunang2,,

rase tenang dan damai,,

bermuhasabah pun x de la terganggu dgn macam2 perkara,,tenang aje,,

Anonymous said...

oh..sayangnya yg sebelah kiri tu kesan terbakar yer??

kalau tidak mesti lagi cantik!
akak dah pernah sampai sana..subhanallah memang cantik sgt2..

Liyana Zahim said...

Trgn sgt nk p sni tp.. Tdk lepas2 lg.. Mgkin sy harus menyewa sebijik helikopter.. Mungkin?

ewanthology said...

1st pic... nice view :-)

ghost said...

wonderfull view!

semua terserah pada diri kita.

hafiz said...

Gambar atas sekali tu termenung jauh cik kak

pembaris said...

macam bekas rumput terbakar/mati...

sahromnasrudin said...

seriyes...sy mmg tak pernah smpai lg tempat nie....

Anonymous said...

pic 1st tu spoiled la, de name org kat batu tuh ... vandelisme sungguh

SYARIFF HAIKAL said...

kalau p cerakah..halo2 arh erk..hehe..tp cerakah x de apa pun yg best..hehe..emmm hanya manusia kerdil yang sering kufur dgn nikmat yg diberi..keluhan yg sgt kuat bila diduga, terima kasih yg entah kemana bila permintaan diberi. ya hidup dipuncak dpt melihat segala yg indah..tp bila dipuncak untuk jatoh juga x susah..bersykurlah dimana kita berada..


emosi?.ya perjanjian dgn diri sendiri seriang diucap, namun kadang kala terpaksa akur juga dgn faktor luaran...hehe...gud luck faz!

Mutiara Bernilai said...

@ makdara TERdiva

a'ah,,terbakar,,sedih..sebab lalang2 yang santik dah kurang,,

cantik kan? :)

Mutiara Bernilai said...

@ Liyana Zahim

owh, kalu kamu jadi mahu menyewa heli, jgn lupa ajak sy skali,,

wee~!

skandaLdariLangit said...

ya, itu khrlhsym

*senyum*


sayang. selamat hari lahir. moga ukhwah ini terikat selamanya, indah seperti seadanya, ibarat permandangan dari atas gunung sana :)

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

ya, terseraj pd diri,,
mampu kawal atau tidak,

hu, doakan aku ghost!

Mutiara Bernilai said...

@ hafiz

:)

bermuhasabah. mentadabbur alam.

Mutiara Bernilai said...

@ pembaris

ha'ah,
kesan terbakar.

hu. geram

Mutiara Bernilai said...

@ sahromnasrudin

saudara,
saya syorkan tempat ini. datang subuh2 hari ya!

Mutiara Bernilai said...

@ nurniyusoff

yup!
banyak juga pokok yg d ukir nama mereka. uh, geram.

Mutiara Bernilai said...

@ SYARIFF HAIKAL

touched,
thanx hafiedaniel ..

moga Allah pimpin kita semua ke jalan yang paling di cintaiNYA,,

insyaAllah,

cerakah x besh?
:(

Mutiara Bernilai said...

@ skandaLdariLangit

ska dearie,

insyaAllah, moga setiasa ada, ibarat langit yang tak pernah meninggalkan kita walau siang atau malam.


*ouh, khrlhsym eh,, :)

Unknown said...

wah indahnyer subuh2 hari sudah dapat menikmati keindahan dan bersolat ditempt yg lapang.. ayie belom beksemptan lagi lh mahu bt seperti itu..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

yup memang best juga la tempat dia.ada haiwan2 lagi....macam ala2 mini zoo.

dan ada rumah 4musim juga.kalau pergi sekarang,mungkin sedang musim bunga.musim sejuknya bulan disember tak silap.

Mutiara Bernilai said...

@ cucu umie

xpe, ade rezeki, ayie p la neh :)
insyaAllah..

Mutiara Bernilai said...

@ Pembunuh Tanpa Bayang

ouh,,musim bunga la best kan?
aish, semangat nak p ni!

thanx awak.

^______________^

Unknown said...

ah jeles gile tgk gmbr ko.. T___T

gadisBunga™ said...

nak pagi......

saya dah lama tak panjat bukit. hihihi~

SYARIFF HAIKAL said...

mutiara..hehe..emmm try la..ble p sana rase mcm lagi x happy sb sgt sunyi n nothing there..hehe..try la p..mke sure halo2..)

Abu Zarim Mohamad said...

pengalaman yg sgguh bermakna,tadabur alam yg sngat bernilai,,moga dpt amik manfaat dr ciptaan yg Maha Esa,,,
insyaAllah

Mutiara Bernilai said...

@ Heidi Shafiq

yok p broga!
nati leh buat kartun

Mutiara Bernilai said...

@ gadisBunga

jum GB! :)

nati leh amek shot cantek2,,

:)

Mutiara Bernilai said...

@ SYARIFF HAIKAL

erk,, xbesh eh?
tgok kat pic mcm santek aje,,

hm, kalu sunyi, mcm bahaye jugak kan?

Mutiara Bernilai said...

@ abu zarim

ya, banyak pengajaran dan hikmah dr tadabbur alam,, insyaAllah

ika said...

indahnya ciptaan Tuhan .

teringin nak beriadah macam ni .

humm .

senyumSOYA said...

alhamdulillah!! broga...suka kan p sana...
dapat tengok alam ciptaan tuhan.. subhanallah.. ^^!

terokai seni said...

dok dekat pon tapi tak pnah g lagik...

ORLANDO AHMAD said...

beri beri beri...

dengan hati tulus ikhlas

Mutiara Bernilai said...

@ ika

ika dok mane?
jum kita riadah same2 nak,,
sambil2 riadah leh borak2 :)

Mutiara Bernilai said...

@ senyumSOYA

adik dah p eh?
kan, best kan?

indah sgt karya Tuhan

Mutiara Bernilai said...

@ cemomoi

tak pe, ade rezki, p la,,
insyaAllah berbaloi.,.,

Mutiara Bernilai said...

@ ORLANDO AHMAD

doakan aku ya orlando,,

eh, john kan,,

Al said...

wahh..siap naik gunung tok wan lg ek.tahniah,kamu mnt mndaki jgk?

tp apsal ade kesan lalang tbakar tu?br lg ke?sayangnya...

anyway,penah pegi sini:)

Mutiara Bernilai said...

salam,,

a'ah, sgt suka hiking dan benda2 lasak..,


:)

cantik kan? just sayang sbb ade kesan terbakar, macam baru aje,,

sedih,,

Al said...

wassalam,,

mnt hiking ye..blh join skaki la nmpknya...