19 July 2011

Istikharah ku membisikkan jawaban

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sekitar bulan lepas ada yang meminta saya bebel-bebel tentang 'Istikharah' ini. Maaf, terlalu lama mengambil masa, ketidakcekapan saya dalam mencuri masa di celah kesibukan amanah dan tanggungjawab amat di kesali.

Maaf kan bunda okies!~

_____________________________________________________________________

Sayang, jika kamu menyoal bunda, apa itu hidup. Serasanya akan ku jawab , hidup ini ibarat sebuah  aturcara  programming, ada pra-syaratnya, ada syaratnya, ada kondisinya, ada keperluannya, ada guidelinenya, ada peraturannya, dan setiap satunya ada peranannya, malah setiap satu huruf dan simbol akan di kira dan pasti mempengaruhi aturcara programming kita.  Maka begitulah hidup, setiap satu tindakan kita akan membawa kita kepada suatu kondisi yang mungkin baik dan mungkin juga kurang baik, mungkin bijak dan mungkin juga kurang bijak, mungkin tepat dan mungkin juga kurang tepat, mungkin betul dan mungkin juga salah.

Makanya, jika mahu run programming harus terlebih dahulu kita punya ilmu, dan ternyata tidak kurang bezanya jika kita mahu meneruskan kehidupan ini dengan lancar - perlu juga punya ilmu. Dan di antara ilmu yang perlu kita ada, adalah, ilmu dalam menentukan pilihan dan tindakan. Ah, dilema biasa yang di alami fresh graduate, buntu dalam menentukan hala tuju kerja dan tak ketinggalan - buntu dalam menentukan siapa si peneman nakhoda hidup. :) wee~   [ Penat dah buat ayat, bawah ni bunda nak bebel sahaja. Maaf ya]

Pertamanya saya bukan org yang tepat dalam membincangkan perihal menentukan pilihan ini, namun, Islam, seawalnya lagi telah menggariskan Solat Istikharah dan Doa sebagai salah satu cara dalam menentukan pilihan dan tindakan. (Untuk panduan lengkap Solat Istikharah, kamu-kamu boleh klik di SINI . Kerana saya tidak akan membincang perihal tertib, rukun dan syarat dalam menunaikan Solat Istikharah, saya sekadar memberi dari apa yang ada pada pandangan saya. Jelas - Saya yakin anda lebih  ahli dalam bidang ini)

Sayang, kehidupan ni perlu kita jalankan dengan Syariatullah dan juga Sunnatullah, kelola-kan di antara tadbir dan juga takdir. Bagaimana Sunnatullah mengiringi usaha Syariatullah dan bagaimana perihal tadbir berikhtiar memperbaiki serta melengkapkan takdir. Apabila kita ragu-ragu dan buntu, maka pertamanya istikharahlah (Syariatullah), pinta moga Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kita. Kemudiannya selain bersolat, maka istisyarah lah (Sunnatullah) dengan mereka-mereka yang anda percayai dan yakini akan pendapatnya.  Usahalah dengan mencari maklumat, membuat timbang tara dan berbincang dengan yang ahli, itu adalah apa yang di maksudkan dengan sunnatullah dan tadbir, iaitu bagaimana kita berusaha dalam kerangka dan limitasi kita sebagai seorang hamba dalam mencari yang terbaik dalam kehidupan kita.

Kadang kita lebih gemar hanya menanti mimpi-mimpi, petanda-petanda, sedang itulah di antara perangkap syaitan dalam memperdyakan kita. Jangan juga memilih keputusan yang ternyata sama sekali ia bercanggah dengan syariat islam dan jelas nyata membawa kemurkaan Tuhan dan kemudharatan kepada kita. Sayang, pastikan anda tak tertipu! Oh, saya juga!

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah”
[Al-Aa'raaf 7: 30]

Kadang kita tidak natural  dan berlaku bias dalam beristikharah, kita beristikharah, tetapi di hati kita sendiri, kita telah meletakkan 'jawapan'nya, kita meminta Allah mengikut kehendak kita, walhal hakikatnya beristikharah bermaksud menyerah BULAT-BULAT keputusannya di tangan Allah tanpa kita meletakkan sebarang syarat. Sayang, kita beristikharah, kita berdoa, kerana kita mahukan kebersamaan Allah dalam setiap keputusan yang kita buat, bukan kita mahukan Allah mengikut kemahuan kita.,

Kadang kita tidak sedar, kita beristikharah bukan semata-mata mahukan 'keputusan' dalam pilihan yang kita buat, tetapi ia juga sebagai penyerahan dan pelepasan keluh kesah kita jika apa yang kita putus kan selepas istikharah itu menghadapi masalah di tengah jalan. Kita akan berlepas diri dari keluh kesah kerana the ultimate goal di sebalik istikharah dan istisyarah itu adalah semata-mata kerana inginkan redhaNYA.

Kadang istikharah kita tak memberikan sebarang jawapan, istisyarah kita juga tidak memberikan keterangan-keterangan yang menyakinkan, maka berijtihadlah dengan dirimu sendiri, berijtihad itu sendiri memberimu pahala, :)

Kadang jawapan Tuhan menyusul di sebalik ijtihad yang kita ambil, contoh : A bercita-cita menjadi Engineer. Dia  mendapat tawaran di IBM dan di Perodua, A buntu kerana kedua-duanya merupakan jawatan Engineer, setelah istikharah dan istisyarah, A tetap buntu, lalu dia berijtihad dan menimbang tara sendiri untuk mengambil IBM, ternyata bila dia di IBM baru dia sedar yang 'Jurutera dan workstyle itu" bukan bidangnya.

Si B pula, sedari kecil mahu bekerja di Microsoft, setiap tahun cita-citanya itu semakin membuak. Aku mahu bekerja Microsoft,Aku mahu bekerja di Microsoft, Aku mahu bekerja di Microsoft! Di ulangnya setiap 2 minit (t-i-p-u). B berusaha gigih dan berikhtiar sepenuh hati bagi mencapai cita-citanya, dan Alhamdulillah Tuhan mengabulkan doa dan usahanya. Namun ternyata,  rupanya 'jiwa'nya bukan di situ, jiwanya adalah menjadi Tukang Masak. 

Jadi begitulah juga cara bagaimana Allah memberikan kita jawapan, seolah-olah membawa perkhabaran Tuhan dalam nada monolog limitasi seorang hamba,

"Tuhan berikan kamu apa yang terbaik dan seswai dgn jiwa kamu, terima dan syukuri, ada bahagian untuk kamu yang di permudahkan, dan ada juga bahagian yang di sukarkan,"
"Tuhan kabulkan doa kamu, DIA memberi apa yang kamu mahukan, dan rasailah sendiri, apakah benar itu yang seswai dengan dirimu?"
" Tuhan tidak kabulkan secara terus doa kamu, carilah 'siapa' diri kamu, dan DIA akan membuka peluang-peluang lain kepada kamu,"

dan seterusnya begitu lah. Kan, sudah acapkali bunda bilang, menjadi mukmin itu tidak pernah merugikan, menjadi hamba kepada Yang Satu itu tidak pernah mengecewakan.. Jika mendapat terus keputusan yang tepat setelah istikharah dan istisyarah - Alhamdulillah,. Jika membuat keputusan (selepas istikharah & istisyarah) dan akhirnya bermasalah di tengah jalan - ucapkan juga Alhamdulillah kerana kita telah memilih keputusan itu selepas istikharah dan istisyarah kita, pahalanya juga sudah kita dapat, malah redhaNya juga kita dapat.

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya” 
[Ibn Taimiyyah rahimahullah]

Kita bukan SuperHero, bukan juga macam Hero Early Edition, dapat tahu apa yang di hadapan dan bakal terjadi. Sudah cukup dengan SATU, kita punya Allah yang Maha Tahu,, jadi kenapa mahu bodoh sombong lagi, membuat keputusan membuta tuli dan membelakangi DIA?

“Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta Malaikat; sedang mereka tidak berlaku sombong takbur” 
 [Al-Nahl 16: 49]

Istikharah bukan sahaja apabila kita bertembung dengan pelbagai pilihan, tetapi yok usahakan untuk istikharah setiap hari, kerana setiap hari kita berdepan dengan pilihan, keputusan dan tindakan. Kadang dengan membuat tindakan melangkah setapak ke hadapan juga boleh mengubah kehidupan kita. Pernah kamu fikirkan? Kadang ada yang lumpuh hanya kerana seputar gerakan tangan, ada yang terselamat dari kemalangan hanya kerana setapak langkahan kaki,,,pernah kita fikirkan?

" Wahai Tuhan, pimpinlah aku dalam setiap tindakan dan gerakan yang akan aku lakukan dalam sehari-hari hidupku. Gerakkanlah hati aku untuk membuat keputusan dan pilihan yang paling Engkau redhai, tindakan yang paling Engkau cintai dan perbuatan yang paling Engkau sukai," ~mB




BEBELAN MUTIARA :
1) Was-was adalah dari Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya 
2) Gunakan pertimbangan diri untuk  melihat buruk baiknya setiap pilihan. 
3) Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah. 
4) Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan. Oh buat sahaja setiap hari, tiada apa yang rugi! :) 
5) Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya. 
6) Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan. 
7) Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada tipu daya Iblis. 
8)Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu. 
9) Saya bukan ustazah, sila rujuk pandangan yang lebih ahli terlebih dahulu :)

Mode pening-pening buat programming
Rindunya nak jenguk blog kalian semua!!



Sayang selalu!~
MUTIARA BERNILAI
* nak chupachup x?   
*Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.*

45 org kaki bebel buat bising:

s a r said...

assalamualaikum miss pearl.

thanks for sharing :)

ORLANDO AHMAD said...

Hmm bab2 istikharah ni, kalo setakat buat sekali lepas tu beragan nak mimpimimpi, baik tak yah buat istikharah, pasal ade kes yg pasangan bercerai berai pasal istikharah, mimpi ngan orang lain terus putus, maka syaitan pon bertepuk tangan pasal ahmad albab sudah kenaa...

Allah menjawab bukan dalam mimpi (tak tau budak2 belajar mana, istikharah lepas tu tunggu mimpi), kadang2 kemudahan atau kesulitan yang Allah timpakan pada kita adalah jawapan dari istikharah tu, cuma pemikiran kita yang dah dikuasai nafsu payah sangat nak berpikir rahsia dan hikmah setiap turutan kejadian dalam hidup ni, asik2 ngan mimpi, stupid...

atuk said...

Assalamualaikum MB

Alhamdulillah
masih ada sahabat yg memberi peringatan
terima kasih

Wassalam

ewanthology said...

hidup ini ibarat rumah

``saya diseberang jalan #4``

Bidadari Syurga said...

saya takda komen untuk entry nie. saya membaca dan membacanya saja. hanya mahu menbaca.

p/s: kita beristikharah, tetapi di hati kita sendiri, kita telah meletakkan 'jawapan'nya( saya paling suka ayat nie)

redha dengan serela hati. rohani dan jasmani baru istikharah sujud jumpa kekasihmu.

aamalinaazman said...

bundaaa..

mekaseh ye...sangat2 sebab sudi wat entri ni...
ntah kenapa mie ase mie rase cam kehidupan mule2 mie tahun 1 kat UTM, jumpe bunda wat petama kali..

bunda..mekaseh taw, sebab bagi mie rasa ni, walau sekali..
T____T

ghost said...

siyes,aku belum pernah buat istikharah.mungkin pilihan yang aku nak buat cuma leh dibuat dengan mudah.

btw,adalah sedikit kefahaman dengan membaca entry nih.mekasih

Mehmed - said...

berjumpa itu untuk terjumpa yang ini. bagus benar.

Afida Anuar said...

Allah.... hebat sungguh entry Mutiara ni. Terkesan rasa dalam hati. Betapa apa yang Mutiara bebelkan tu, ada benarnya... thanks, atas kata-kata nasihat, semangat. InsyaAllah akan cuba amalkan istikharah setiap hari... bukankah setiap hari kita berdepan dengan pilihan?;)

Tengah pening buat java ke? he he..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

terima kasih mutiara,ini sangat bermakna.untuk orang-orang seperti aku yang sering keliru dan berasa serba salah dalam membuat pilihan hidup.....

Ati Masrif said...

ingat mengingati tu
amalan yg mulia :)

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

bertemu dengan dugaan .. morning di sini .. programming itu senang macam kacang .. wat pe nak pening2 ? ^_^ cuma perlu biasakan diri je

nurkass said...

salam dear..
hebat entry ni..congrats..!

ariana said...

Untuk membuat suatu keputusan dan dalam masa yg sama tertanya-tanya..wajarkah, betulkah tindakan ku ini..mmg macam tulah selalunya..setelah istikharah, berserahlah selebihnya kpd Allah..

sahromnasrudin said...

was-was nie mcm riak gak...cukup2 bahaya kan

Mutiara Bernilai said...

@ ORLANDO AHMAD

owh, betul2,, selalu gak kes mcm ni berlaku,,sume dok tunggu mimpi dan petanda2..kdg2 Allah beri kita ketetapan hati dan keyakinan as petanda,, :)

dats y ape2 pon kne berilmu la kan? :)

Mutiara Bernilai said...

@ Rozali

wa alaikum salam,

alhamdulillah, sama2 kita berkongsi setakat apa yang ada, tak banyak, sedikit pun jadi lah,,

:)

Mutiara Bernilai said...

@ delarocha

dah bace post kamu yg itu,,

:)

..dan saya juga di seberang jalan itu,,

*teringat b.bekri..

Mutiara Bernilai said...

@ Bidadari Syurga

awak,,
rindu nak dengar awak cakap2,,

:)

Mutiara Bernilai said...

@ aimie amalina

*senyum*

rasa yang mcm ne tu dear?

wee~

meh sini bunda hug, jgn nanes2,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

^____*

tak mengapa, bukan wajib pun,
hu, kadang mutiara pun lobang2 jugak buatnya.

smoga urusan kamu di permudahkan ya encek ghost.. :)

Mutiara Bernilai said...

@ Mehmed -

iya, masuk ke pintu itu kerana Tuhan inginkan kita 'berjumpa' dengan permandangan indah di sebalik pintu yang di masuki,,

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

bebel2 aje la Afida,, ntah betul ntah tidak..yok, kita amalkan tiap hari..

:)

java? hiks2,,

Mutiara Bernilai said...

@ Pembunuh Tanpa Bayang

aku juga,
selalu buntu dan terkaku diam bila berdepan pelbagai pilihan dalam hidup,

senyum! :)

Mutiara Bernilai said...

@ Inspirationalefeks

T_________T

C# susah la bg org yg memang x pakar mcm sy ni,,hu, tolong buatkan! :)

ahaha~

Mutiara Bernilai said...

@ nurkass

wee~
bebel aje ni sis..sob2..

Mutiara Bernilai said...

@ ariana's

a'ah. betul tu kak,,

selebihnya serah dan tawakal kpd Allah,, :)

terima kasih kak

Mutiara Bernilai said...

@ sahromnasrudin

a'ah, bahaya..kadang syaitan was2kan kita dgn akidah kita sendrik,, ;'(

iKhRam said...

chupachup..?? nak satu..

yup, walaupun semuanya telah ditentukan oleh Allah, kita juga ada peranan kita dalam mencapai sesuatu yg terbaik dlm hidup. Kita ada tuhan.. jadi bermohonlah kepadaNya..

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah yang Maha Esa.

Cikli said...

terima kasih atas ilmu ini

HEROICzero said...

"Kadang kita tidak natural dan berlaku bias dalam beristikharah, kita beristikharah, tetapi di hati kita sendiri, kita telah meletakkan 'jawapan'nya, kita meminta Allah mengikut kehendak kita, walhal hakikatnya beristikharah bermaksud menyerah BULAT-BULAT keputusannya di tangan Allah tanpa kita meletakkan sebarang syarat. Sayang, kita beristikharah, kita berdoa, kerana kita mahukan kebersamaan Allah dalam setiap keputusan yang kita buat, bukan kita mahukan Allah mengikut kemahuan kita. "

yup . yg ini selalu aku fikirkan . benar .

kita mahu jawapan sedang kita sudah meletakkan jawapan sendiri .

SYARIFF HAIKAL said...

ecehh org programing becakap...x de semicolun pun program x run kn..heheh..emmm ye kdg2 hidup kita diberi bnyk pilihan hinggakan kita x tahu yg pasti untuk kita...ramai jugak yg berkali2 membuat pilihan tp still lagi slh..istiqarah kn jawapannye..tp ramai yg terkeliru..mungkin juga saya.

Qaseh Dalia said...

owh ... kadang2 kita terlalu percaya dengan mimpi .. kita punya hati dan juga akal .. kalau mimpi tu kdg2 buatkan kita rasa was2 .. kita gunalah akal untuk berfikir dan tanya juga pendapat org lain untuk membuat satu2 keputusan ..

IMANSHAH said...

Salam saya pernah beristikharah, namun saya rasa istikarah saya tidak jujur..benar apa yang mutiara cakapkan

Mutiara Bernilai said...

@ iKhRam

betul tu dik, akak setuju sgt dengan kata2 ikhram tu,,

kerna itulah kita ni segalanya bergantung pd DIA kan?

*nak chupachup btol2 ni?

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero

:(

kadang ak sendiri pun begitu,,
ah.

Mutiara Bernilai said...

@ SYARIFF HAIKAL

awak, dak engineering kan, konfem tau sal coding n programming ni kan?

:)

betul2, kdg2 Allah uji pula kita dgn kekeliruan dlm mencari jawapan,. :)

Mutiara Bernilai said...

@ Qaseh dalia adelia

yes dear, terbaik kata2 kamu tu qaseh :)

terima kasih neh,,

Mutiara Bernilai said...

@ IMANSHAH

xpe, usaha lagi dlm memurnikan niat kita dlm istikharah ya,, saya juga sdang brusaha.. *senyum*

iKhRam said...

akak nak alamat rumah ker ??

ni alamat rumah ikhram :
MOHAMAD IKHRAM BIN ISHAK
No 13 Jalan Ps 4/11
Taman Pinggiran Senawang
71450 sg gadut, seremban
n.sembilan.

Mutiara Bernilai said...

ok,,nati akak pos chupachup kamu,, ahha~,,insyaAllah :)

Fasihah Supian said...

terima kasih along......

kita memang selalu diuji dengan 2 pilihan...


erm,, chupachup tu ape???huhuhu