Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Pagi tadi saya bernekad untuk sampai awal ke pejabat. Target, sebelum 730 WAJIB ada di pejabat. Bersiap-siap dengan pantas sambil memasang MP3 Mathurat. Mengangkat beg dan menuju ke pintu. Memandang kaki yang bogel dari stokin, "Ah, Tak mengapa, pakai kasut kan?" Cuba menyedapkan hati sendiri.
Kelmarin baru sahaja membasuh stok-stok stokin di dalam almari yang di tumpahi air vico. Dan kebetulan semalam stok-stok stokin yang di sidai itu di hujani hujan lebat. Basah jeruk. Dek kerana teringatkan perihal saya ada meninggalkan sepasang stokin baru di pejabat, lalu dengan senang hati mengambil keputusan untuk tidak memakainya pada pagi ini. " Stokin-stokin masih basah, tak pe, kamu pakai kasut kan, so tak nampak kaki. Lagipun kat pejabat ada stokin kering, nanti kat sana pakai lah. "
Kelmarin baru sahaja membasuh stok-stok stokin di dalam almari yang di tumpahi air vico. Dan kebetulan semalam stok-stok stokin yang di sidai itu di hujani hujan lebat. Basah jeruk. Dek kerana teringatkan perihal saya ada meninggalkan sepasang stokin baru di pejabat, lalu dengan senang hati mengambil keputusan untuk tidak memakainya pada pagi ini. " Stokin-stokin masih basah, tak pe, kamu pakai kasut kan, so tak nampak kaki. Lagipun kat pejabat ada stokin kering, nanti kat sana pakai lah. "
Bolak balik. Hati cuba menyedapkan iman, tapi iman tolak dan tolak. "Memangla ko pakai kasut. Tapi bila ko berjalan, bahagian atas kaki nampak juga". Diam. " Ala, ko pakai kain kan, labuhkanlah. Takpun jalan lah perlahan-lahan,". Diam lagi. " Sejak bila pula MB pandai jalan lenggang lenggok? Ayu2? Dia jalan macam kartun. Laju gila. Ko jamin kaki ko tak terselak?" Diamlah lagi. " Dekat aje lah. Tak de nya orang nak dok nengok kaki ko tu. Semua orang rush nak p kerja. Cepatlah gerak, masa berjalan. Kan ko nak sambung baca Van der Wick. Cepat gerak cepat, masa berjalan, ko kan orang yang paling kedekut dengan masa"
"PAP!!"
Tampar pipi sendiri. Pijar. " Apa ni?! Ni kewajiban yang lebih WAJIB daripada kewajiban yang ko wajibkan kepada diri ko sendiri untuk masuk ke ofis awal!. Ini urusan menyempurnakan perintah Tuhan. Perlu usaha untuk sempurnakan, bukan main tibai cincai-cincai sahaja!" Cubit pipi dan paha. Nah, degil sangat!
Lalu pergi ke ampaian, capai stokin yang lembab dan seterikakan. Sambil tangan seterika, sambil mata acapkali jeling jam, " Dah lewat! Sempat ke nak jalan ni?" Ah. Hati main tarik tali lagi. Tak ikhlas betul! Istighfar, istighfar dan istighfar. Redhalah Mutiara, yang penting ko keluar rumah dengan keadaan Allah redha dengan pemakaian ko. Itu saya pasakkan dalam hati. Tunggu lif - lambat betul. Saat ada semacam resah masuk dalam hati, saya tolak kuat2 dengan pujukan, " Jual beli dengan Tuhan," beberapa kali.
Dan saya keluar lif dengan senyuman. Memilih untuk redha dan merasa bahagia dengan pilihan yang saya ambil. Berjalan sambil menjentik bebunga plumeria yang merimbun di tepi laluan saya. Terpercik embunan pagi beserta hujan semalam ke muka, wah, subhanallah indah. Dan saya terpujuk dengan momen ini. Sudah lupa terus perihal jam 730. Ah. Lagipun sekarang sudah pun jam 720. Biarkan sahaja, enggan untuk terus memikirkannya.
Jalan-jalan lagi sambil mengelak-elak dari percikan lopak hujan yang di langgar kereta yang lalu lalang, sedang tangan dengan sengaja di biar menyetuh dedaunan Plumeria. Damai !
Tiba-tiba ada saga hitam berhenti, pemandunya menjengulkan kepala dan bertanya, Mahu tumpang sekali? . Dia mempamerkan barisan gigi yang indah tersusun, sedang saya pula mempamerkan mulut yang ternganga. Siapa perempuan ni, nape tiba-tiba nak tumpangkan aku ni, dia kenal aku ke, eh sape dia ni? Takkan dia nak culik aku pulakkan?" Dia tersenyum, "Mehla naik,". Dan entah mengapa, saya terus naik, dan di dalam perjalanan saya berbual-bual juga dengan dia, manatahu kalau-kalau dia kenal saya.
" Tak tahu kenapa, saya tiba-tiba terasa nak tumpangkan awak. Entah, macam luar sedar. Tetapi saya suka dengan perbuatan dan tindakan saya ni, dan kita dapat kenal-kenalkan? " dan dia ketawa kecil. Sedang saya dalam hati hanya mampu berbisik, Terima kasih Tuhan atas hadiah dan kejutan indah yang Engkau berikan kepada aku pd pagi ini.
" Tak tahu kenapa, saya tiba-tiba terasa nak tumpangkan awak. Entah, macam luar sedar. Tetapi saya suka dengan perbuatan dan tindakan saya ni, dan kita dapat kenal-kenalkan? " dan dia ketawa kecil. Sedang saya dalam hati hanya mampu berbisik, Terima kasih Tuhan atas hadiah dan kejutan indah yang Engkau berikan kepada aku pd pagi ini.
Saya finger print di pejabat tepat pukul 726am. Terngiang-ngiang pujukan saya tadi, Jual beli dengan Tuhan.
BEBELAN MUTIARA
1) Kisah ini simple sahaja kan? Tetapi mungkin kerana terlalu biasa mengalaminya, kita jadi lupa akan hikmah besar yang ada di sebaliknya.Oh, di antaranya, jangan membuka wardrobe anda bersama mug berisi air di dalamnya.
2) Kadang-kadang kita sekadar melimitasi rasa syukur dan terima kasih kita kepada orang tengah yang membuat kebaikan kepada kita, walhal Allah-lah yang menggerakkan hati-hati mereka semua untuk berbuat sebegitu. Thanks to HIM neh!
3) Apa-apapun kita buat, semuanya kerana inginkan redha Allah. Kita solat kerana inginkan redhaNYA, kita berpuasa bukan semata-mata kerana Ramadhan, tetapi kerana inginkan redhaNYA, kita bersedeqah bukan semata-mata untuk imarahkan Ramadhan, teapi kerana inginkan redhaNYA.
4) Walau siapa pun kita, tetap tidak akan sempurna dalam menundukkan hati beribadah kepadaNYA, jadi berusahalah untuk menyempurnakannya walau pun secara sedikit, tetapi istiqamah.
5) Kamu tahu, tidak pernah rugi orang yang berbuat baik, melainkan Allah suka kepadanya bahkan makhluk2 mendoakannya.
6) Kita selalu berdoa, Ya Allah, kuatkanlah iman aku, dan Allah memakbulkannya dengan memberi kita ujian2 sebegini. Kadang-kadang hanya semudah perihal stokin dan aurat sahaja. Itu yang DIA guna dalam memakbulkan hasrat kita dalam memperkuatkan iman. Kerna, kekuatan iman atau kekuatan apa2 sekali pun harus di bina, bukan terus tercerna.
7) Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah wallahuakbar. ulang dan ulang.
Sayang selalu!
MUTIARA BERNILAI
Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.
64 org kaki bebel buat bising:
weeeee
conoknye dengar
eh..bace bebelen ilmiah bunda
weee
best kan bunda?
bile dapat ase cam tu..
subhanallah..nikmat..
aduhai..
mawu juge rase begitu bunda =)
assalamualaikum miss pearl.
~eheh. nice sharing.
yup betul la. selalu nak bolak balik kalau bab2 macam ni. dah tau penting, saja je nak tawar menawar jugak. :)
rahsia Dia kan. takda siapa tahu. :)
SALAM,
KEREDHAAN ALLAH YANG KITA CARI ! MENARIK MEMBACA N3 INI
assalamualaikum..wah!seronok baca kali ni..macam situasi tu ada depan mata..hee..entah kenapa, iman sering diuji dalam menjalani ibadah puasa kali ni..doakan disini sekali ya kamu..
~salam kasih dr sini~
+_^
Assalamualaikum...
Iman dan nafsu sering bertelingkah dan yang mana kuat ada di dalam diri kita itulah sebenarnya diri kita. Maka awasilah kehendak nafsu, jangan sampai ia menjadi raja dalam diri kita..
:D....
indah dan nikmat
selamat berpuasa anyway :)
hehe... biasa.. selalu tu.. kna pap2 muka sket baru ada kesedaran... alhamdulillah.. sejak 2 menjak ni takda dah monolog2 tu :)
terkadang manusia lupa nikmat Allah itu berada disekeliling.subhanallah
wachaaaaaaa
fuuuuyyyooo...saya baca sampai habis tu....terasa entry ni very dekat dengan saya...jual beli tak pernah tapi selalu kena 'jeling 'saja...hehehe...
My dear mutiara.. terharu akak baca. Nak disimpulkan,lebih kurang macam ni. Kalau kita jaga hak Allah.. insyaAllah Allah juga akan jaga hak kita bahkan memberi dengan lebih lagi..
perkongsian yg menarik..
saya juga pernah mengalami peristiwa yg sama.. tatkala mahu pulang ke rumah setelah merantau di tempat orang atas urusan agama, dalam keadaan yg serba janggal dan tidak mengerti selok belok tempat orang, Allah swt hantarkan bantuanNya.. bantuan Allah tersangat mengkagumkan dan di luar jangkaan..
sangat indah bila mengenangkan peristiwa sebegini.. akan meningkatkan iman dan berasa sgt bersyukur kepada Allah..
salam]
ikhram rasa pernah juga berjual beli dengan thuan seperti ini, tetapi contohnya ikhram lupa.. otak tak dpt nak fikir.. tp nnt kalau ingst ikhram cerita semula..
mesti rasa kurang senangkan pakai stokin tu.. tp pasti rasa tenang dan puas, sebab kita sudah pun melakukan perkara yg sewajarnya kita lakukan.
ihfazullah..yahfazhuki...
wah...ini bukan i help u, u help me.
ini lebih besar dan perlu dimengertikan
assalamualaikum. biasala tu...bual-bicara dgn diri sendiri. sekurangnya jdkan kita 'makin kenal' dgn diri...kan??
Untung berlipat-ganda bila berjaya melawan hati yg bolak-balik itu. Hadiah Dia beri cash tanpa sedar. Mampu tersenyum lagi utk esok...
indah bahasa dan kata-kata kamu mutiara.setiap kali masuk ke sini,pasti tidak mengecewakan bila baca entry-entry yang bernas dari kamu.
buat sesuatu denga keredhaanNYA.....
tq sis ...
cerita ni mmg simple but meaningful .. Allah berikan jalan atas jalan benar yg kita lakukan .. yaAllah ..
tuhan sentiasa tolong kita,cuma kita saja yang tidak sedar.
setuju dengan komen diatas..
buat baik Tuhan balas jugak dengan kebaikan, cuma kadang2 kita je yg tak nak pilih yang baik tu
Salam mutiara..kisah simple tapi cukup bermakna yang pernah akak baca..nice entri:)
Subhanallah !
kalau kita jaga perintahNya ,
Dia akan jaga kita .
*senyum*
uuu... terkesima sebab kekadang lupa ganjaran yang Allah bagi on d sport tu jarang diambil perhatian... tima kasih mengetuk pintu ati
gaya penulisan yang matang..keep it up!
alahai stokin berbau cik oii
saya ada stok banyak stokin incase jadik apa2...memang simpan banyak
@ aimie amalina
:)
bebelan di pagi hari aje,
insyaAllah, sebenarnye tetiap ari Allah tolong kita, cuma kadang kita pandang sebelah mate aje,,
@ s a r
setuju,
Rahsia DIA, tak siapa tahu,
kan?
:)
@ musollahehsan
insyaAllah Tuan,
moga redhaNYA juga yang melimpahi sehari2 kehidupan kita,, :)
@ habibi qalbi
insyaAllah dear, moga Ramadhan kali ini mampu memberi momentum yg banyak utk sepanjang bulan2 selepas ini pula,
di uji? insyaAllah, sama2 kita berusaha dan berdoa dalam mendidik nafsu.. :)
@ Abd Razak
Wa alaikum salam saudara,
ya, acapkali bertelingkah sesama mereka, kadang menang, kadang kalah.
Moga Allah redha dgn kita semua,
@ miloais
tersangat terasa nikmatnya,,
indah.
@ Encik Psychopath
selamat berpuasa juga ye encik akmal arief! :)
@ ukhti syikin
tula, asek nak kne pap aje pipi ni, aish!
@ penjajah minda
hu, kadang2 buat buat tak sedar,,
T___T
merugilah sesiapa yg x mahu berfikir,,
@ bloghok
:)
@ EL MARIACHI
wahh, kena 'jeling' ?
cecite,cecite,,
:)
@ Afida Anuar
alhamdulillah,. terima kasih kak atas ingatan.. :)
ya, pasti Allah akan jaga!
@ fuad ansari
wah, pasti menarik cerita dan pengalaman tu kan? dan yg paling berharga adalah 'rasa' yang hadir tu kan?
insyaAllah, moga Allah redha dgn kita semua,. :)
@ iKhRam
kan? masing2 ade kisah memasing kan?
Allah,,betapa sebenarnya DIA sebegitu dekat dengan kita,,sangat dekat.
@ nahmy
yup. truly agreed.
buat kita jd makin kenal diri sendiri,
betapa sifat nafsu tu suke menentang perintah Tuhan..hu~
dan betapa saya lemah. T__T
@ JIJI YU
betul. Alhamdulillah, terima kasih sbb ingatkan sy tentang hal ini, :)
insyaAllah, berusaha utk menyempurnakan hak.,
@ Cikli
yup. mmg kisah yg simple, tetapi ia sarat dgn perngertian dan pengajaran / hikmah yg pelbagai,,hanya yang mahu berfikir mendapat apa yang ada di sebalik kisah ini,, :)
insyaAllah, moga semua dr kita mendapat hikmahnya,,
@ Kakzakie
yup. kdg2 DIA bg cash tanpa kita sedar, tapi harap2, tidaklah berkurang bahagian saya di akhirat sana..
@ Pembunuh Tanpa Bayang
*senyum*
hakikatnya kan dear,
hati kamu yang indah, kerna hanya hati yang indah mampu memandang segalanya menjadi indah. termasuklah penulisan mutiara yg biasa2 ini pun, tetap nampak indah pada hati kamu.. :)
ya, yg mengindahkan perjalanan kehidupan kita adlah keredhaan dr NYA.
@ Qaseh dalia adelia
insyaAllah. moga kita kuat utk menjalankan perkara2 yg benar ye sis,, :)
@ ghost writer
*angguk kepala lelaju*
setuju amat ghost. kadang buat2 tak sedar.
T___T
@ Ayie
:)
@ ORLANDO AHMAD
hu. kenapa ya john. hati liat betul nak memilih kepada kebaikan.
jum sama2 doa, moga Allah menunjukkan kita jalan yg terbaek buat kite,, :)
@ ariana's
terima kasih kak ariana :)
selamat berbuka!
@ ika
yup!
betul tu syg :)
@ cemomoi
*senyum*
Allah yg ketuk hati kamu cemomoi, bukan saya :)
@ hani@debumelukut
:)
matang? hu, membebel cuma..
salam kenal dr saya :)
salam kenal. singgah sini terus follow. jom tukar link.. nnt kalu sudi, follow ai plak eh.. maceh
^_^
hmm..pernh rse situasi tu..hehe
x bolehla..kne pkai gk..wlpn bsh...
biar lah dibasashi dgn airkn
asal x dibasahi dgn dosa
awak... maaf lama tak jenguk... ada yg terlepas pandang. jgn kecil hati ngan saya ya... saya baru baca petikan buku yang saya baca Sirr al-Asrar ada sebut 'jual-beli' tapi... saya belum hadam lagi...
p/s: awak tahu... saya seumpama batu kecil yang mendiami lantai gunung yang curam... ada yang sudah mendaki... dan saya... baru tersedar... jirim sudah mendaki... dan saya keliru...
sayang awak...
ooo btw... saya tak pernah putus asa... that's me... im stroonger than before...
Percaya pada Tuhan , dan Dia permudah segala urusan .
=)
saya pon selalu berperang dalam jiwa macam ni. but I lost most of the times )=
Assalamualaikum kak Mutiara.salam ziarah dan kenal.
alhamdulillah.jagalah hubungan dengan Allah dan Allah akan menjagamu.insyaAllah..pc pernah mengalami situasi yang hampir sama dengan akak, alhamdulillah berjaya harungi.ternyata begitu manis nikmatNya yang membuat pc tersenyum sendiri^^
p/s: eh2, boley ea sterika stokin.tak rosak ke nanti?hehe.pc nak cubalah nanti;)
suka dengan kisah ni..
hati rasa sebak baca entri ni... T.T
Post a Comment