29 September 2011

Rintih Adik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 






Malam tadi, adik datang dalam mimpi saya. Saat saya berkeluh kesah akan sukarnya menjalani detik-detik kehidupan, saat kepala saya seakan pusing keletihan dan kehampaan atas bermacam perkara yang berlaku, entah bagaimana saya ketiduran dengan tangan yang di letakkan di atas dahi - Lambang betapa saya memikirin tentang pelbagai masalah di saat saya sedang mahu berehat (Tidur). 
Adik datang kepada saya, dengan langkah terketar-ketar dan suara yang seolah-olah menggigil,

" Kakak, kenapa kemurungan sebegitu sekali? Sedangkan adik memandang kehidupan akak dengan penuh kekaguman dan kecemburuan. Adik tak larat dah ni kakak, nak bercakap sangat pun tak larat dah..Adik lapar, adik penat..Adik sensorang aje ni kak,"

Saya terpana. Menelan air liur yang terasa tersekat di kerongkong. Malu menerpa hati dengan si kecil ini. 

" Akak, boleh pegang tangan kita? Kita dah tiada siapa, ayah adik dah mati terpijak saat berebutan mengambil makanan, ibu adik dah mati juga sebab menahan lapar dan memberi sepenuhnya susu ibu yang tak berapa banyak itu kepada adik, abang adik pun dah tiada sebab keracunan minum air lopak, dan kakak adik entah ke mana, kakak hilang ataupun mungkin akak adik dah pergi jauh semata-mata nak carikan adik air. Adik sensorang, boleh pegang tangan adik ni tak kakak?"

Dengan terketar-ketar, di hulurkan tangannya kepada saya. Saya kebuntuan, namun tetap juga menyambut tangannya. Aduh, berderai terus air mata saya saat kami bersentuhan kulit. Oh bukan kulit, seakan-akannya saya sedang menyentuh tulang temulangnya.

" Akak jangan menangis, adik hanya nak ada 'kakak' sahaja. Adik tak nak hadapi kesemua ini sensorang..boleh tak akak jangan biarkan adik susah macam ni sensorang? Kawan-kawan adik pun, tak mahu sensorang..boleh teman adik?? teman kawan-kawan adik?"

" Akak nak tolong,,tapi,,"
"..Tapi ape kak? Takpe kak, adik cuma nak baring sahaja sebelah akak,"

Lalu di rebahkan kepalanya di dada saya, di ceritakan segala keperitannya kepada saya bersama esakan tangis, dan tanpa di paksa-paksa tangan saya mengusap kepalanya yang botak sambil sesekali menyapu air mata di pipi saya.




 Lupa terus segala masalah dan dugaan kehidupan saya. Ah, bikin malu, si kanak-kanak ini lebih 'kuat' berbanding saya. Allah Ya Allah..

"Kak, bangun. Kenapa menangis ni, habis basah bantal adik,"

Saya terjaga, kelihatan adik kandung saya sedang terpinga-pinga melihat saya. Saya bingkas bangun, terus memegang dada saya, terasa kebas, namun kelibat 'Adik' telah tiada, yang tinggal hanya ngiangan kata-katanya,"..akak jangan tinggalkan adik sensorang.."

Allah...



BEBELAN MUTIARA

1) Warga Somalia, Thailand, Afghanistan, Iraq, Palestine dan lain-lain, mereka semuanya adalah saudara mara kita, adik-beradik kita, kenapa juga akhirnya kita biarkan mereka 'sensorang' dan sendiri menghadapi kesulitan dan kezaliman?
2) We sometimes hate our life, but out there some people really wish and dream to have our life. Bersyukur, mengerti?
3) Tiba-tiba terasa nak cancel masak pengat labu petang ni. hu




Sayang selalu!~

Saya di Kampung, sudah mahu memasak untuk lunch,
oh masih ada rezeki untuk lunch, bersyukurlah..
Alhamdulillah



MUTIARA BERNILAI
Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.

35 org kaki bebel buat bising:

Kakzakie said...

Kalau kakak rasa bagaimana adik rasakan betapa mama ini amat bersyukur kerana anak-anak mama tidak seperti adik yg kakak temui itu. Allah menguji kita sebagai kakak-mama membantu adik yg bukan sahaja dahaga kasih sayang tapi juga sesuap makanan utk mengisi perut yg kian membuncit...Allah MB betapa bersyukurnya kita...

habibi qalbi said...

Ya Allah!terpana seketika..baru saja berkeluh kesah sebentar tadi..

trima kasih awak!T_T

oranglidi said...

ksian kan mereka2.. masih adakah harapan?



ps. wah, masak? untungla laki hang nnti. hehe

atuk said...

Assalamualaikum BM

tersentuh hati saya.......

Alhamdulillah, Syukur
kita dikurniakan rezeki di Malaysia ini lagi

Wassalam

fuad ansari said...

sudah lama rasanya tidak kelihatan akan kelibat mutiara yg begitu bernilai ni.. (",)

Ya Allah, matikanlah mereka dalam keadaan Islam dan dalam keadaan yg Engkau redhai agar mereka dapat menikmati makanan yg enak2 di syurgaMu..

SYARIFF HAIKAL said...

BILA KITA SUDAH AMBIL TAHU RASANYA KITA JUGA TELAH LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB..YA MENGAMBIL TAHU DAN BERDOA KERNA INSAN SEKERDIL KITA YG TIADA KUASA HANYA MAMPU MELAKUKAN PERKARA SEKECIL ITU..BIAR LAH KECIL ASLKAN IKHLAS..

ANYWAY MUTIARA...WT LA PENGAT!..BAK CKT..HEHE..SDPNYE..

aimie amalina said...

bunnnnnndaaaaaa
T_________________T

Cahaya Pecinta said...

Syukran Ya Allah, mengurniakan kehidupan yg cukup Hikmah. Terima kasih atas peringatan. Moga tetap menjadi pedoman. Salam Ziarah.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

disaat kita merasa susah,ada lagi yang lebih susah dari kita...

lama tak singgah sini.harap kamu baik-baik saja...

luahfikiran said...

SALAM,
SINGGAH DAN BACA

s a r said...

assalamualaikum miss.

lama rasanya tak lihat bebelan bernilai kamu. alhamdulillah.

hm. fell sorry for them. hm. kita yang terlebih cukup makan pakai ni pun sering saja mengeluh. ada sikit aja masalah cepat juga bibir tu mengeluhkan. astaghfirullahal'azim. thanks miss atas ingatan. alhamdulillah.

Afida Anuar said...

my dear mutiara... bercuti di kampung kah? seronoknya...

ya Allah 'adik'... kakak terlalu sibuk dengan kerja, sibuk dengan dunia, kakak lupa akan kesengsaraan 'adik'... kakak lupa dik... Allah...

penjajah minda said...

patut kita lebih bersyukur dengan nikmat yang kita dapat.

cik murtiara, lama tak nampak!

Mutiara Bernilai said...

Kakzakie

yup, rezeki kita melimpah2, kadang sampai membazir dan kufur,,Allah,,


habibi qalbi

mengeluh pasal ape syg?
hope kamu ok kat sana neh

same2 awk..

Mutiara Bernilai said...

oranglidi

hm, Allah tempat kita sepenuhnya bergantung dan memegang harapan..insyaAllah, jika itu kehendak Tuhan, pasti terjadi juga..


p.s masak x besh mcm chef wan pun.. :'(


Sunah Sakura

angah... T__T

Mutiara Bernilai said...

atuk


Alhamdulillah, bersyukur kita sbb Tuhan masih lagi memberi peluang utk kita 'berdaya' dalam beribadah setelah menjamu pelbagai juadah..


fuad ansari


Hm, almost 3 weeks saya menghilang sekejap,, :)

Amin Ya Rabb..mohon doa utk saya juga ya!

Mutiara Bernilai said...

SYARIFF HAIKAL

ya, amek tahu, amek peduli,,mereka juga tanggungjawab kiita kan?

T___T


nak pengat? jauh la kite,,haha

Mutiara Bernilai said...

aimie amalina

yes dearrrr :)


Cahaya Pecinta

insyaAllah, moga rasa syukur ni kita persembahkan melalui ibadah kita kepada DIA,, :)

Mutiara Bernilai said...

Pembunuh Tanpa Bayang

benar wak,,
nyatanya, setiap orang di uji dengan kemampuan masing2 kan..
awak di uji sebegitu,
saya di uji sebegini..

juga, mendoakan agar awak baik baik sahaja di sana ya.

Mutiara Bernilai said...

luahfikiran

:) terima kasih ya Tuan..


s a r

saya juga, lama dah tak singgah blog kamu s a r..

insyaAllah, sama2 kita usaha untuk menambahkan syukur dan sabar dalam diri ya! :)

Mutiara Bernilai said...

Afida Anuar


kita dah resign la kak fida,,hiks2..

hm,,saya juga kak,,asyik fikirkan soal masalah diri sendoro je, sampai lupe masalah n penderitaan adik2 ni,,

Mutiara Bernilai said...

penjajah minda


ya, doa2 moga kita makin bersyukur dan tak biarkan adik2 kita ni sendirian hadapi dugaan..

heheh,,ni dah nampak x mutiara? :P

Cikli said...

'adik' itu sepatutnya dekat dengan kita.

Adinda Amy Sensei said...

menjenguk blog mutaiara bernilai...semoga empunya diri sihat selalu ek..

nahmy said...

syukran atas peringatan ini. saya mmg tak boleh tgk gambar2 kanak di somalia dan yg seumpama dgnnya...sayu, sedih & amat mengusik jiwa

HEROICzero said...

wah , sudah boleh tembus ke blog ini ! =)


*lihat pandang yang bawah saat di atas buat kita lenguh dan penat .

iKhRam said...

sedih pula hati membacanya..
apapun hadiah pemberian akak ikhram dah dpt..

terima kasih

kecoh satu rumah
sapa bg bungkusan, memandangkan masa bungkusan sampai rumah, ikhram ada kat penang..

apapun
menerima hadiah akak
sgt membahagiakan

ikhram hargai..

Mutiara Bernilai said...

@ Cikli

tapi malangnya, amat jauh dengan hati saya..

uh

Mutiara Bernilai said...

@ Adinda Amy Sensei

amy,
alhamdulillah, sihat aje nih :)

Mutiara Bernilai said...

@ nahmy

hu. sayu kan?
moga Allah melindungi kita semua

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero

ulasan kamu selalu pendek, tetapi amat memberi kesan kpd saya.

thanx!

Mutiara Bernilai said...

@ iKhRam

eheh,
stakat yg termampu aje dik

blaja molek deh!