05 October 2011

Mata Yang Bernilai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Boleh Mutiara nak mintak 347 saat dari masa kalian untuk menonton video ini? Ini bukan kisah Mutiara Bernilai, ini kisah Mata Yang Bernilai. 





Oh, minit yang 4.15 amat meruntun hati.


BEBELAN MUTIARA 

1) Jangan pernah pandang rendah kepada sesama makhluk
2) Sibuklah dengan mencari keaiban sendiri daripada sibuk mencari keaiban orang lain
3) Yang gelap bisa bertemu terang, yang cerah bisa tenggelam dalam kelam. Hati-hati menjaga hati!
4) Sungguh, mata ini amat bernilai. 
5) Pasakkan pada diri, "Mahu bertemu dan melihat wajah Allah" 
6) Saya amat terkesan di minit 4.15.
7) Ayuh aminkan doa ini bersama2..



"Ya Allah,
kami memohon wahai yang membolak-balikkan hati dan mata
tetapkanlah hati kami dalam agamaMu
wahai yang membolak-balikkan hati dan mata
tetapkanlah hati kami dalam agamaMu
ilhamkanlah kepada kami sedangkan Engkau adalah pemiliknya
dengan kelebihanMu dan kebaikanMu

Ya Allah, sucikanlah hati kami dari kesemua
yang tidak patut dan yang kurang sopan terhadapMu

Ya Allah, peliharalah pandangan kami
daripada pandangan yang Engkau tidak redhai
peliharalah ia dari pandangan yang haram
peliharalah ia dari memandang dunia dengan pandangan kebesaran
peliharalah ia dari memandang salah satu dari ciptaanMu
dengan pandangan kesombongan dan kehinaan

Ya Allah, jadikanlah pandangan kami di dunia
memandang ke arah ketaatan
sehingga dimuliakan kami
memandang wajahMu yang lagi mulia
sehingga dimuliakan kami
melihat Saidina Muhammad s.a.w
sehingga dimuliakan kami
melihat mereka yang benar
dan mereka yang mencintai di sisiMu
yang tergolong dari mereka yang diterimaMu

Ya Allah peliharalah hati kami
sepertimana Engkau memelihara hati-hati orang yang benar
dan jadikanlah kami berdiri di atas jalan-jalan mereka
wahai yang Maha Mulia
dengan kasih sayangMu yang Maha Mengasihani dari yang mengasihi
dan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad
serta ahli keluarga dan sahabatnya
dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Ameen...

40 org kaki bebel buat bising:

ghost said...

ouh aku hanya akan dapat lihat dengan menggunakan wi-fi.

akan dilihat nanti ok.

aamalinaazman said...

amin =]
sgt suke dgn entri ni
aduhai bunda
moge diri ini selalu ingat dn ingat
tkkan leka...

ariana said...

Terimakasih atas perkongsian yg bermakna ni sis:)

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

Ghost, lamanye tak nampak kamu..

jaga diri n hati ya! :)

Mutiara Bernilai said...

@ aimie amalina

^___^

insyaAllah, sama2 kita doakan neh :)

Mutiara Bernilai said...

@ ariana

sama2 kita kongso dan muhasabah kak,,hu, mutiara terkesan sungguh,.,

Unknown said...

sama la aku dgn ghost

HEROICzero said...

"hina lah maksiat , tapi jangan kamu menghina pelaku maksiat "


enough said .



terima kasih berkongsi ini . =)

azmnor said...

Assalamualaikum MB,

sungguh-sungguh menyentuh hati ku...semuga Allah memberi kekuatan utk melakukan apa yg diajarkan NYA..insyaallah..aaminnn..

fuad ansari said...

pandanglah dengan mata hati yang bersangka baik..

sedap jugak kalau panggil neng.... leh tak?? (",)..

Cikli said...

untuk 347 saat, dgn broadband ini, memerlukan lebih berpuluh-puluh minit. dan kesabaran yang berketul-ketul.

dah 20 minit berlalu, yang terdownload hanya 33 seken daripada 347 seken itu.

berdosakah celcom?

Afida Anuar said...

Ameen...

Ya Allah... mutiara... terima kasih share video ni. Memang sebak pada minit tu..

mata yang mahu melihat wajah Allah Yang Maha Mulia... Allah....

penjajah minda said...

tengok review ramai yang cakap sedih.tak jadi nak tengok sebab ramai lak lepak malam nie.takut kalau-kalau...hehe

iKhRam said...

ikhram nak sgt tgok kak
tp line ni sgt lambat..

nnt kalau ada kelapangan
ikhram mesti tgok..

ewanthology said...

mata ini banyak dugaannya...

nahmy said...

syukran jazakumullah MB atas perkongsian ini...best..best..best!

Pembunuh Tanpa Bayang said...

menusuk kalbu....
terima kasih berkongsi ini mutiara.
jaga mata jaga hati harapnya diri akan terpelihara di bawah naunganNya...

ameen....






kamu dah jarang update mutiara? rindu dengan penulisan kamu.mahu kenal kamu lebih dalam lagi... =)

Bidadari Syurga said...

kita dah tgk entry ni... thanks untuk kutbah tu... sayang awak.

s a r said...

assalamualaikum miss.

subhanaAllah. sangat bermakna. kekadang dalam tak sedar kita berbuat demikian even kita tak mengeluarkan satu perkataan cacian pun pada mereka ni. astaghfirullahalazim.

mata banyak melaku dosa. matanya juga sukar kawalannya. subhanaAllah.

thanks for sharing :)

Mutiara Bernilai said...

HEROICzero

^____^

yup, satu ayat, merangkumi semua.

Mutiara Bernilai said...

azmnor

insyaAllah, sama2 kita usaha dan tawakal kpd Dia :)

fighto!

Mutiara Bernilai said...

fuad ansari

yup, husnudzon ..

dan rasa diri lebih hina dari org lain..

hm? mahu panggil saya neng? kenapa?

haha..

Mutiara Bernilai said...

Cikli

oh. saya faham keadaan kamu itu.
tak mengapa,ada rezeki, dapatlah tengok..

celcom x salah, ramli yg salah sebab p old trafford guna duit TM, patut guna Celcom, baru Celcom upgrade sket :P

Mutiara Bernilai said...

Afida Anuar

sama-sama kasih Fida..

sebak kan? bergentar rasa hati, terus menangis..

insyaAllah, moga Allah redha dengan kita semua neh kak.

syg akak. sgt

Mutiara Bernilai said...

penjajah minda

..takut kalau2 hang ternangis ke?

hiks2..ne tau, ntah2 skali dgn geng2 tu ternangis skalik.. :) best gak tu..kan?

Mutiara Bernilai said...

iKhRam


ok dik!
no prob.. :)
elok2 jd cikgu ya! :)

Mutiara Bernilai said...

delarocha

yup. angguk kepala lelaju.,
banyak amat dugaannya.

:( fighto!

Mutiara Bernilai said...

nahmy


^___^

banyak lagi koleksi dia,
boleh search dkt u-tube neh..
:)

Mutiara Bernilai said...

Pembunuh Tanpa Bayang


sayang,
kita jarang sket nak update skarang..tp insyaAllah, kita slalu doakan awak (refer as penulis PTB)..

awak pun kalu teringat kat kita, doakan lah eh. :)

insyaAllah, ada jodoh, saya menulis lagi



sayang awak.
sangat.

Mutiara Bernilai said...

Bidadari Syurga

:)

sayang awak juga cik angel! :)

jaga diri neh..
kem salam kat cik puteri :)

Mutiara Bernilai said...

s a r

sama-sam kasih.

saya sekadar berkongsi apa yang termampu saya kongsikan, moga sam2 kita dapat bermuhasabah dan memperbaiki diri.

lama tak singgah blog s a r, insyaAllah, ada rezeki ena datang neh..

sekarang terkejar2 sedikit.

yusuf mujahidin ™ said...

Asalamualaikm.

mohon share. sangat terkesan dalam hati

Pembunuh Tanpa Bayang said...

salam.....
berkali kali keluar masuk ke sini masih sunyi dan sepi.ke mana mutiara lama hilang?

rindukan tulisan mahal mutiara.....
bagaimana pun hidup kamu,harap nya semua baik baik saja.