04 January 2012

Kaizen

ms paint. invert. i7


Tutup mata. Tarik nafas. Hembus..


Tuhan, si makhluk bernama 'masa' itu tetap kaizen berjalan..berlalu tanpa henti, sehingga saat ini aku termangu sendiri. Ah, biar benar, sudah masuk 2012 punya Januari!  Sedang aku tetap begini, kaizen yang di cari, tapi futur yang menemani.

....................


Pandang sekeliling, tidak sedikit manusia yang di uji dengan 'kaizen'nya, yang di duga dengan istiqamahnya. Lihat sahaja diri sendiri, sejauhmana peningkatan yang konsisten dalam muratib amalmu? sejauhmana penambahan berterusan dalam pembacaan harian mu? sajauh mana kamu yang sekarang adalah lebih baik dari kamu yang sejam lepas? Allah Ya Rabb..

Masa tetap berubah, umur tetap semakin terhakis, lalu kenapa tidak di panjangkan segala amal? Biar akhirnya menjadi jambatan teguh untuk ke alam sana..

Kata orang, setiap kali sebelum lena, bukalah sesi persidangan mahkamah hati kamu sendiri, nilai, pujuk, marah, motivasi, benci, inspirasikan diri dan hatimu dengan setiap apa yang telah kamu lakukan selama ini, dan kemudiannya wujudkan solusi dan azam kuat agar esok harinya kita mampu menjadi manusia yang lebiiiiiiiiiiiiiiiiiiiih baik..lebihhhhhhhhhhh soleh..dan lebihhhhhhhhhhh hamba... malah lebihhhhhhhhhh mendaamba

Tak perlu banyak, yang penting konsisten..Sebelum Jepun mengajar kita tentang Kaizen, Islam terlebih dahulu mendidik kita tentang Istiqamah...Ya, istiqamah, berbuat baik dan berterusan...thats the key.
 
Tak perlu banyak, sikit-sikit dahulu..

Jika sebelum ini kita susah nak senyum, selalukan senyum..
Jika sebelum ini solat lewat, untuk hari ini, awalkan 5 minit..
Jika sebelum ini banyak tidur, untuk hari ini, kurangkan10 minit..
Jika sebelum ini kita merokok 10 batang sehari, untuk hari ini, jadikan 9 batang..
Jika sebelum ini sebulan sekali mengaji Quran, untuk bulan ini, jadikan 2 kali sebulan..

dan seterusnya...seterusnya...seterusnya,, kerna ruang penambahbaikan dalam diri tidak pernah ada noktah. ia infiniti :)




BEBELAN MUTIARA

1) Puas mengingat bagaimana mahu menulis kaizen dalam kanji. Gagal, lalu merujuk ustajah gugel.
2) kaizen = penambahbaikan yang berterusan = islah yang istiqamah
3) Baaaaaaaaaaaaanyak lagi ruang penambahbaikan yang perlu kita isi :)
4) Hampir sebulan saya tak update. Saya kalah dengan Sang Masa yang begitu kaizen sedang saya lelah dalam menerus istiqamah.
5) 2012. Saya, awak dan kamu sudah makin menghampiri mati. Ya Rabb~
6) Saya WAJIB kaizen dalam berblog, kerana ini bukan ruang peribadi saya, ini ruang dakwah saya..amanah besar saya untuk semua..So, lepas ni, no excuse ya mB! At least seminggu sekali...Oh my...could I? 
7) Tolong doakan saya. Saya memerlukan doa orang2 baik seperti kalian. Seyes!




38 org kaki bebel buat bising:

ORLANDO AHMAD said...

berjuang supaya saat kini lebih baik dari saat yang lalu

ORLANDO AHMAD said...

sentiasa doakan sahabat2 :)

oranglidi said...

kaizen ni nama grup minggu orientasi aku masa tingkatan satu. hehe.

luahfikiran ... mari kita said...

SALAM,
BERMUHASABAH SENTIASA ... ITU YG SEPATUTNYA. KEREDHAAN NYA YG KITA CARI.

habibi qalbi said...

ya!selalu memerlukan motivasi dari kamu..hari2 bukak blog kamu..intai2 entri kamu..lantas bg semangat pada saya juga..=)

Afida Anuar said...

InsyaAllah... my dear mutiara. Sedang berusaha juga. Istiqamah buat benda baik walau sedikit. Tapi dugaannya, besar ya Allah. Moga Allah bagi kekuatan..

PS: Apa khabar my dear mutiara hari ni?...

JIJI YU said...

no 7 tu...nak kasitau..jgn menyombong diri..tak tegur menegur..sedangkan kita semua anak adam dan hawa

Mutiara Bernilai said...

@ orlando

yosh! mari berjuang!
syukran jiddan atas doanya, sahabat :) ada juga doa utk kamu dr sini..

Mutiara Bernilai said...

@ orang Lidi

kaizen ni pulak name Kem kat johor dulu..aha..

lama juga tak dengar citer kamu

Mutiara Bernilai said...

@Luah fikir

ya, keredhaaanNYA juga yg kita cr..

moga Allah redha dgn amal dan diri kita..

Mutiara Bernilai said...

@ habibi qalbi.

aha..syukran jiddan B, sbb selalu ada :)

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

yup,,utk istiqamah tu perlu saaaaaaaaaaaaabar dan tetap teguh pendirian..

ps. Alhamdulillah, sihat kakak,,:)

Mutiara Bernilai said...

@ jiji yuyu

owh mcm tu,,so kalu sy terjumpa sape2 pun saye kne tgur ke?hu,,

JIJI YU said...

tgk kepada kerpluan dan kaedah syariat islam

Maii said...

Betul tu..yang penting istiqomah dalam setiap ibadat yang kita lakukan ;DD

penjajah minda said...

buat senang istiqamah tue yang susah.kan?

nahmy said...

salam 'kaizen' di tahun 2012. semoga kaizen dlm merealisasikan azam.

p/s: nak buat buku title - kaizen sang arjuna purbawara (cam sedap je perkataan kaizen tu)

LelakiSemalam said...

kini baru terbuka mata...

delarocha said...

istiqomah tu yg penting

shameel Iskandar said...

istiqamah memerlukan kekuatan untuk mengharungi lautan duga.

aimie amalina said...

lame dah x nmpak bunda :(
rindu2 :(

menghitung masa untuk diangkat pergu dari sebak yg bersarang bunda
kaizen!

Pembunuh Tanpa Bayang said...

aku harap ini tahun terbaik buat aku.
tapi,masih ada baki-baki terdahulu yang belum selesai.


*sigh

iKhRam said...

suka ayat akak
penambahbaikan diri tidak pernah ada titik noktah

akak,
note pada hadiah akak tempoh hari saya lekapkan di almari pakaian saya

supaya setiap kali dtg mengambil pakaian, saya akan teringat pesanan akak..

doa-doa semoga penempatan utk saya mengajar di sekolah berjalan lancar. amin

ikhram.

Mutiara Bernilai said...

@jiji yu

baek bos! syukran jiddan atas jawapannya.

Mutiara Bernilai said...

@ maii..

yup!! istiqamah..
yok!

Mutiara Bernilai said...

@ penjajah minda

yup..masa mula2 buat mmg senang..time goes by, n kite akan rs payah betul nak 'teruskn',,nak istiqamah bkn mudah, tp ad jalannya..

Mutiara Bernilai said...

@ nahmy

salam kaizen juga buat kamu!

hm, nak buat buku? best tajuk.. :D
dah siap nati btau sy neh..nak beli

Mutiara Bernilai said...

@ Lelaki semalam..

moga2 terbuka juga hati :D

Mutiara Bernilai said...

@delarocha.

yup. istiqamah yg penting. sebab ia menggambarkan prinsip kita.. :D

yok doakan kite semua dpt beristiqamah

Mutiara Bernilai said...

@shameel iskandar

kekuatan dan kesabaran..kena bawak bekal tu sesiap

Mutiara Bernilai said...

@aimie amalina.

maaf, bunda tak terupdate ritu.

hu. rindu jugaaaaaaaak!

hm? knape dear? semacam je ayat tu..beban duka apa ni syg?

Mutiara Bernilai said...

@pembunuh tanpa bayang

:D

amin ya rabb. moga tahun ini menjanjikan yg terbaik utk kamu..moga menghapus air mata lalu..


aku juga, bukan sedikit yang tidak kesampaian di tahun lalu

Mutiara Bernilai said...

@ ikhram

alhamdulillah. terharu akak baca :'(

insyaAllah dik, moga nota kecik tu juga sedikit sebanyak dpt membantu kita untuk istiqamah..


bi iznillah, moga d permudah n dperlancarkan urusan penempatan sekolah kamu dik.. jd guru yg murabbi neh! :)

maCy said...

mujur saja ada definisi kaizen di situ

K2r~90 said...

kaizen = penambahbaikan yang berterusan ,, perh!!! guwa suke

[ EA ] said...

Assalam cyg,

sy rindu bebelan kamuuu

p/s: doakan ak jugak, ak perlukn doa org2 baik mcm korang
p/s/s: sila bebel3 kat ak kalau ak terleka
p/s/s/s: arigatooo