10 January 2012

Penghasut Gemok aka Si Obesiti







Kertas aku janji ini ada dua keping, sehelai untuk dia, dan sehelai untuk saya. Yang pasti, kedua orang dari kami menampalnya di dinding bilik. Saat terasa berat benar badan untuk bangun qiyam dan solat, lalu kertas ini akan di pandang.. Allahu Rabb, sungguh kami tak rela Syaitan yang mendampingi kami ini menjadi semakin gemuk dan gemuk dan obes! Oh tidak!

Rindu juga kenangan, bila pagi2 terkocoh2 bangun (lantaran sudah lewat) untuk mengejar qiyamullail, dan saat tengah mengambil wudhuk azan subuh bergema..maka mengalirlah air mata dan bertempiklah hati..

Paling di rindu, kenangan di Nisa ud Dakwah,  saat saya kalah dengan si Obes.. " Kak Jun,,tadi pagi kan saya dah terjaga, tapi tak boleh nak bangun sebab syaithan saya dah obes, dia duduk atas badan saya" .. saya menangis, tapi lepas tu kak Jun pujuk saya dengan Laksa yang beliau dan Kak Noor masak.. uhu~ kenangan.. bukan untuk di ratib, tetapi untuk di jadikan motivasi untuk lebih ke hadapan..


Apa khabar syaitan2 yang berada di sekeliling kita semua? Makin kurus atau gemuk? Berkudis-kudis atau cantik kulitnya?


Jom cuba untuk hari ini, kita iyarghhhhhhhhhhhhh lawan sama itu syaitan..
Saya pernah kalah teruk semasa Nora Elena, solat maghrib tak awal waktu..

T___T

Then, terkejar2 nak membaca al quran, sebab dah nak masuk isyak. Atoi, ini sungguh tidak bagus. Maka selepas hal Nora Elena itu, setiap kali terasa nak tengok slot cerita yang waktu maghrib tu, saya selalu ingatkan diri, " Kamu nak jadi macam Nora Elena dulu ke?".. Aigo! tak mahu! So jangan mulakan dengan menonton walau untuk sekejap, kerana sesudah itu kita akan terikat. Ini saya la, yang susah sikit ni..


Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar, dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
 
Surah Ibrahim : 22
 
 


Eh. Dah asar, jum bersolaat, bermathurat dan berwaqiah!


MUTIARA BERNILAI

Sayang selalu~!

18 org kaki bebel buat bising:

aamalinaazman said...

hehehehe
comel la aku janjinye

heeee
walau pon obes atau gemok tu kadg2 comel, macam koceng parsi, tapi OBES yang ini tersgt x comel, dan smp bebile x comel

hee..nak buat aku janji cm ni gak lah bunda :)

Unknown said...

hadoiii...munasabah seketika di petang hari

Afida Anuar said...

Thanks dear, mengingatkan..

kat rumah akak ni, syaitan tv dah lenyap dah pasai tv rosak, pastu semua tak nak baiki. Baguslah..akak pun suka pasai tv pun serabut gak, tapi syaitan lain pulak yang memang dah sedia ada!..syaitan lappy!.. atoi atoi...

sisdee said...

alhamdulillah..suka entry nie..yea..saya paling marah anak2 tgk tv waktu maghrib..sbb tu saya malas nk tgk apapun citer waktu maghrib. Masalah utama adalah terlalu pntingkan hal dunia hingga solat selalu lambat..itulah masalah huhuhu

s a r said...

assalamualaikum miss pearl :)

aduh! terkena sebijik jugak. gamaknya si obes iringan semakin obes dan mungkin kejap lagi boleh kena potong kaki sebab dah ada diabetic. ish ish ish.. kesian.. makanya saya akan make sure takkan sampai diabetic tapi aneroksia. @_@"

terima kasih atas ingatan. sekarang jugak nak tulis tampal kat dinding!
chaiyo s a r!

fuad ansari said...

nice entry!!

sy syak, syaitan sekeliling saya terpaksa buat pembedahan buang lemak, kerana sudah terlalu obes...

(",)

penjajah minda said...

tak tahu berapa lama ketinggalan.haishh

iKhRam said...

apa yg saya percaya
dalam melakukan perkara baik atau ibadat..

yg berat pada permulaan..
bila kita sudah memulakan sesuatu tu
barulah senang..
yg obes pun boleh jadi keding

hehehe

p/s - akak yg saya hormati dan kasihi
saya dah dpt tempat penempatan menagajar..
tempatnya ada di blog saya.. suprise!! hehehe

alhamdulillah.

Redhzuan Indera said...

kau bukak sedikit hati aku . aku terasa dengan tulisan kau . terima kasih .

salam perkenalan .

http://coretpujangga.blogspot.com

Lelaki said...

syaitan sememangnya hebat...bukankah dia yang membantah dan berjanji ...

Anonymous said...

entri kamu tak pernah lagi aku tidak terkesan . ada saja .


terima kasih untuk itu . =)



-HEROICzero

ghost said...

tiba2 aku terasa yang aku dah begitu lama tak ikut sama dalam program2 sebegitu.nak harap buat sendiri,memang taknya. :)

shameel Iskandar said...

pabila syaitan perkasa, kita akan diperkosa.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

ingatan buat kita kita juga.

entah kenapa sejak akhir akhir ini agak payah.mungkin jiwa tak cukup kuat untuk melawan.harap Tuhan bantu aku juga =)

Anonymous said...

tak mahu syaitan cantik kulitnya. haih.

pesanan yg menusuk jiwa.

terima kasih.

Rubiatul Addawiyah said...

awak..terima kasih ingatkan saya lagi..=)..memang susah betul mahu bangun qiyam,kan..aduh!entah besar n gemuk manala agaknya 'dia' dlm bdn saya tu..T_T

dill said...

cuba untuk jadi sebaik mungkin. tidak sesempurna mana, tetapi masih mencuba

dill.

nahmy said...

menarik tu...saya dah mmg jadi tabiat pesan kat anak suruh tutup TV bila marghrib. isunya...bila saya takde kat rumah wal hasil balik asalla plak...belum ada nampaknya yg menampal nota spt kat atas di hati mereka