17 July 2012

Langit Tuhan - Kemensah



Klang Gate Dam - ATV Kemensah. July 2012

I

Lia : Cantiknya langit dia..
Me : Langit sape eh? *sambil senyum* 
Lia : Allah..


Saya di antara orang yang meletak percaya bahawa semakin sibuk diri kita, maka akan makin tersusun kehidupan kita, tambah, semakin banyak perkara yang tak terjangka akan saya berjaya lakukan. Banyak di antara keliling saya, saat terkejar-kejar dengan FYP/ projek/thesis/ kerja yang belum siap, boleh menyelinap di dalam plannernya untuk berUmrah, ada juga yang sempat bertunang, ada yang sempat menulis manuskrip novel dan buku akademik juga bahkan ada yang travel ke sana ke mari, lagak seperti punya masa, namun hakikatnya hanya Tuhan yang tahu. Aha! Dan yang lebih ironinya, kerja-kerja mereka tetap siap tepat masa dan tepat kualitinya. 

Yang pasti bagi saya, mereka-mereka yang sibuk lebih menghargai masa, lebih kreatif mencari  ruang celahan untuk bersama keluarga dan teman, lebih tersusun kehidupan dengan tentative yang padat dan penuh. Ah, tetapi jangan tertipu, ada juga yang sebaliknya. Hm..*tujah tangan ke dahi* - pinjam tajuk post ghost. :P



Bukit Tabur - ATV Kemensah. 14 July 2012


II

Lin : Nak pergi water rafting
Me : Bila nya? Cecepatlah sket. Takut tak sempat.
Lin : Kenapa? Dah nak nikah ke?
Me : *Baru nak bukak mulut, isma dah potong*
Isma : Ye la, nanti dah kahwin, tak boleh panjat gunung lagi, travel sana sini, main atv semua tu. Nanti kena duduk bertalaqi lutut ke lutut je kat rumah dengan kitab2.
Lin & Isma : *bla2 mereka sambung mengusik tak habis2*
Me : *cakap dalam hati -" Erk,,tak sempat sebab org nak p jepun ok!"* Over eksaited betul mereka berdua ni kalau bab nak kenakan org.


Jujurnya, walaupun saya bukanlah menuju ke arah pernikahan buat masa ini tetapi kekadang terfikir juga, " Betul ke perkahwinan boleh menghalang kita dari perkara2 yang kita suka?" " Is it wrong for muslimah to love all those 'aktiviti lasak' ni?"



ps. Sangat best ATV ride kat Kemensah ni! Guaranteed unforgettable memories!
pps. Saya baru pulang dari bengkel di utara, 9 jam dalam bas, kemudian straight away ke *green*, kemudian resepsi sahabat di Taman Tasik Titiwangsa, dan kemudiannya ke sini. Whoa! Memang sakit satu badan! Tapi bagi saya, amat berbaloi dengan segala macam rush dan kepadatan planner saya. Saya suka kehidupan saya yang terkejar-kejar sebegini. ^__^



21 org kaki bebel buat bising:

al-lavendari said...

wah .. sibuk betul.

cantik sungguh pemandangan dari Bukit Tabur tu .. macam dari atas kapalterbang pulak .. subhanallah !

Temuk said...

As-salam
Amat benar dan amat wajar orang yang kekurangan waktu itu menghargai waktu. Namun, segala kerjanya yang rapi penjadualannya acap menepati waktu. Orang yang banyak waktu, amat boros menggunakan waktu. Namun, kurang pula berbagai kerjanya yang tidak pun dijadualkan, ada kesudahan.

Selamat menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan dan menghayati tuntutannya.

qatrunnada said...

masa itu emas..
maka perlu dimanfaatkan sebaiknya..
"perkahwinan menghalang melakukan perkara yg disuka?"

tak kot..boleh ja buat perkara 2 sama2 kan??sama2 kongsi kegemaran msing2..
sharing is caring :)

~hohoho..ckap mcm dh kawen ja~

Kakzakie said...

Kejar-mengejar masa tanpa sedar ramadhan kian tiba. Buat kerja itu-ini, sana-sini kerut dahi-kerut kening tapi semuanya beres kan dik...

Macam itulah bila dah ada rumahtangga kalau berada dilandasan yg cantik pasti cantik jadinya. SO... cepat-cepat cari pasangan hihi... Jgn takut tak dapat berakit, kalau nak panjat gunung pun boleh lagi bahkan ada yg jaga rapi:)

Jejentik said...

Bestnya dah dapat main ATV kat kemensah..hari tu nak main tapi last last minute cancel sebab ada hal

Main ATV ni pagi ke petang? Sebab gambar bukit tabur tu gelap je

SYARIFF HAIKAL said...

saya setuju dengan itu..sangat setuju..dan sebab itu semua kerja yg saya lakukan semuanya diwaktu2 kritikal siapnya,namun masih menepati masa dan tarikh tamat. bekerja dalam tekanan akan buatkan neuron bercambah pantas dan mengajar menguruskan masa dengan tepat. law of engineering.haha

ஜ miss klanika ஜ said...

taklah, lepas kawen boley stil buat benda yg kita suka di samping org yg kita syg

[ EA ] said...

Jooom masukkan dlm planner utk Ustaz Zakir & K-fiqh! :D

ps: love you for the sake of Allah *hugssss*

Mutiara Bernilai said...

>> al-lavendari

subhanallah, amat cantik.
kamera hp ni pun tak mampu nak menandingi apa yg original mata kita melihat keindahan alam Tuhan..

cantik! really worth p sini :)

Mutiara Bernilai said...

>> Temuk

Setuju! Biasanya yang lambat siap kerja adalah orang yang kebiasaanya hanyut dalam terlalu banyak masa terluang sampai semuanya masa terbuang


salam Ramadhan Encik Temuk :) Moga Allah redha dengan kita,,

Mutiara Bernilai said...

@ qatrunnada

ye eh?
kena kawen dlu ni, baru leh check either boleh ke x truskan buat aktiviti2 lasak mcm ni :)

Mutiara Bernilai said...

>> Kakzakie


InsyaAllah kakak, sy cuba untuk gunakan masa yang sebaik mungkin..

n insyaAllah..doakan saya neh kak :D

Mutiara Bernilai said...

>> Kakzakie


InsyaAllah kakak, sy cuba untuk gunakan masa yang sebaik mungkin..

n insyaAllah..doakan saya neh kak :D

Mutiara Bernilai said...

>> Jejentik

Petang, naik pukul 6pm..maghrib dekat empangan, isyak masa kat bukit tabur :)

best! Jum!

Mutiara Bernilai said...

>> SYARIFF HAIKAL

eheh, last minute eh?

:P

apa2pun, kena ada rasa sense of urgency..so everything leh siap on time n tepat kualiti..

nway lama x nampak..

Mutiara Bernilai said...

>> ஜ miss klanika ஜ

really hope so ^^,

Mutiara Bernilai said...

>> [ EA ]

jum2!!!
next will be konvensyen muslimah :)

ps. if i x ckp pun, u tahu kan, i luv u so! *peluk kekuat*

Mutiara Bernilai said...

>> Cromirama

selamat berpuasa jug :)

qatrunnada said...

adoi..comei sgt aih...
lmbat lgi kot nk cuba 2..
stdy dulu la,akak.. :)

aimie amalina said...

huwaaaa
bunda dh nak pi jepong ke ni?
aduhai..
bile nk jumpa bunda
wuwuwuuw...