15 August 2012

Perempuan biasa


Bila berdepan, bertentang muka,
Asalkan dia ajnabi,
Cepat- cepat tunduk muka,
Alih mata,
Ghadul Basyar kata orang..

Bila di layar perak; tv,
Dia, tetap si ajnabi,
Tapi sambil gelak,
Di seluruhi juga wajahnya,
Ah. Liar juga!
Berani juga!
Satu saat - tatap
Dua saat - tetap tatap
Tiga saat - tunduk laju
Mujur saja kita ini ; perempuan,
Allah kurniakan malu,
Tanpa malu lama mana agaknya kita bertahan untuk menatap?
Meskipun bukan berdepan,
Yang di tatap tetap lelaki,

Tuhan, untuk 2 saat pertama, aku mohon Ghofur-Mu..

Heh. Mana terbang ghadul basyar kamu?!

- PerempuanBiasa; akustik ramadhan -

# Ghadul basyar bukan sekitar tundukkan pandangan sahaja. Yang pertama matlamatnya adalah tuk menundukkan hati.
#Kerana mata itu tempat tumpahnya nikmat, dan hati pula tempat duduknya beban hasil nikmat. Banyak yg di pandang, banyaklah bebannya.
# Mahu mendapat solat yg manis? Jagalah pandangan mata. Ini hadith. Kerana mata yg terjaga akan menjaga pula hati.
# Agaknya, sejauh mana kita menjaga hati kita?
# Kedengaran leceh dan remeh bukan? Oho, tp percayalah, ia amat memberi kesan.
# Pada siaran tv yang kita tonton, pada iklan, pada gambar yang kita lihat.. apa agaknya kesan kpd kita?
# Beruntunglah perempuan; kerana kamu itu manis bila di hias malu. dan beruntung juga kamu perempuan; kerana seawal lahir lagi kau sudah di fitrah-kan punya rasa malu. :-)

~ ya, hanya perempuan biasa, yang sedang cuba tuk tak biasakan perkara perkara yang biasa dia buat. Doakan dia oke!

1 org kaki bebel buat bising:

abang bro EL said...

tapi ada jugak yang purak purak bajet malu malu...hehehe...