08 September 2012

Entah apa tajuknya.


Dalam banyak hal,
Saya bersyukur kerana mempunyai segala hal yang terindah dalam hidup saya,
Contohnya ; kamu..

Terima kasih Tuhan..

----------------

Kesihatan yang sering di tarik di beri,
Simpang siur kerja yang banyak,
Amanah lain sebagai 'manusia itu ini',
Date line yang pelbagai,
Sebilangan hati yang perlu di tatang cermat,
Dan beberapa helai kertas to-do-list yang tak ingin aku catatkan di sini,
Kesemuanya tanpa sedar meng-hiatus kan aku. Tanpa sedar.

--------------

Dan kamu kamu,
Dengan kasih ;  bimbangkanku,
Dengan rindu ; mencariku,
Dengan sayang ; merisik khabar ttg-ku melalui manusia sekelilingku...

Maka, untuk setiap ikhlasnya hatimu bertalian dengan aku, moga menarik ikhlas mukhlis-nya hati manusia lain untuk mencintai dan menyayangimu, kawan!

---------------

Pilihan.
Mungkin sahaja aku adalah pilihan terdesakmu saat kau bermasalah,
Mungkin juga aku adalah pilihan untuk kau gunakan di waktu senggang dan bosan kau,
Oh mungkin juga aku hanyalah pilihan terakhir kau saat kau buntu,
Dan mungkin dan termungkin ; aku sememangnya pilihan kau yang pertama, di pilih dan di letakkan di tempat yang terpilih di hati kau.

Namun di antara kesemua kemungkinan pilihan yang ada,
Aku memilih untuk menyayangi setiap dari kamu dengan sama tinggi rendahnya cinta-ku..
kerna aku lebih igaukan pilihan Dia ; yang juga memilih manusia yang taqwa bagi terpilih untuk masuk ke syurga pilihan-Nya ;

Dan sebenarnya jadual aku sudah terlalu penuh untuk di penuhkan lagi dengan fikir tanya tentang aku ini pilihan yang mana satu

Al - mukhlisin ; salah satu ciri taqwa,
Penyambung silaturahmi ; juga akhlak org bertaqwa ...

Jauh lagi rupanya..

-----------------

Wujud di sesawang,
Hiatus di dunia realiti..
Boleh lah kan?

-----------------

Koff koff..
Suara dah mula nak ada sejak hampir 4 minggu mogok tak mahu keluar.
Sekali dengar macam Chester See. #Eh!

Bengkak kaki pun sudah surut.
Alhamdulillah..

4 org kaki bebel buat bising:

atuk said...

Assalamualaikum MB

cintakan Allah..pasti Dia tidak mungkir

penjajah minda said...

alhamdulillah..semoga sembuh dengan cepat.

Mindaberbisa said...

Saya ingin membaca dan membaca kisah kamu. Itu saja. :)

ghost said...

setengahnya adil untuk kita setengahnya rasa tidak adil untuk mereka. pemberian tuhan tetap disyukuri meski tidak semua yang diingini diperolehi.