15 October 2012

Tulis tanpa fikir, boleh?




Pasca Ramadhan, saya membaca tulisan Umai, di ambil satu perkataan lalu di tulis menjadi perenggan kata yang tidak perlu di fikir. Di tulis-tulis sahaja, biar hati memuntahkan sendiri secara semulajadinya. Dan untuk hari ini, aku cuba.

Sekarang jam 5.01PM.

I
 
Rasa.

Kamu, agaknya apa yang di rasa saat kamu menasihati seseorang tentang sesuatu yang kamu sendiri sedang di uji. Meminta mereka kuat kuat kan diri sedang kamu sedang terketar ketar mahu berdiri, mencadang mereka bersabar sedang kamu kadang marah tanpa sedar. Ah.

Jadi benarlah, selalu dan yang terlalu selalu terjadi adalah : Apa yang kita nasihat pesan kan kepada yang lain, acapkali sebenarnya untuk di tujukan kepada diri kita sendiri,

Dan barangkali Allah memang sengaja mahu kita nasihat pesankan orang lain agar kita dengar dengarkan bicara positif dari mulut kita sendiri : ibaratnya Tuhan mahu kita pujuk diri kita sendiri dan Tuhan mahu kita sedar bahawa seringnya kita kita ini sebenarnya tahu apa yang perlu di buat saat duga datang menghimpit, cuma kita hanya mahukan bicara penyokong dari yang lain untuk di dengar-dengarkan.


II

Keajaiban.

Kata teman, keajaiban adalah satu satunya jalan keluar buat dirinya sekarang. Dan aku sehingga saat ini termangu sendiri, keajaiban itu sebenarnya apa Tuhan? Apa keajaiban itu sesuatu jalan keluar yang berlaku saat seseorang itu buntu kaku tidak punya jalan keluar? Atau keajaiban itu satu kuasa penenang yang mampu mengubah gundah menjadi aman? Atau keajaiban itu satu penyelesai yang kelihatan mustahil tetapi tetap terjadi kepada kita? 

Jika benar begitu, bagi aku keajaiban itu sendiri adalah kamu wahai Tuhan (baca : Allah), Kau-lah penukar antara gelap ke siang, derita kepada bahagia, sempit kepada lapang, celaru kepada tenteram, sakit kepada sihat.. dan sehingga kini tetap ku rasa hanya Engkau satu satu nya keajaiban yang ada, sebagaimana Kau belahkan Laut Mati kepada Musa ra, Nyaman kan api kepada Ibrahim ra dan Bah-kan banjir untuk kapal Nuh ra di daratan.


III

Yakin

Yakin akan aku bahawa perkara yakin itu bukan perkara yang kau boleh cabut sesuka hati kau, saat kau nampak di depan mata : Kau jadi yakin, namun saat bukti tidak berpihak untuk kau lihat : kau semudahnya menjadi tidak yakin. Oh, yakin itu bukan sebegitu kawan!

Saat Allah menjatuh hinakan si Kuffar : Kau terasa yakin dengan DIA
Saat Allah tidak menjawab persoalan dan doa : Yakin kau jadi menipis.

Kawan, 
Yakin itu harus wajib menjadi seperti yakinnya Nabi Musa sehingga yakin-nya mampu membelah laut mati, seperti nabi ibrahim dengan api yang akhirnya sejuk nyaman, dan juga persis yakinnya nabi Nuh saat diperintah membina kapal di daratan.

Nah, ini -lah baru yakin, kawan!
Jadi saat kau terasa di jalan mati, apa kau yakin yang kau akan tetap keseorangan buntu atau kau yakin akan bantuan (keajaiban) Tuhan?


IV

Takdir

Ena, apa kamu memaknai takdir itu dengan akal atau iman? Jika akal, apa akal kamu itu mendahului iman atau mengikuti logik semata? 

V

Urus

Mahu bahagia dan tenteram jiwa? Cukup kalau kita sedar yang Kita kita ini hanya perlu urus hal dunia, sayang. Penentu akhirnya itu bukan hak-nya kita. Untuk hal dunia , kita uruskan yang terbaik semampunya kita, dapat atau tidak itu tugasnya DIA. 

Mana tidak gelisahnya hati, saat di usahakan sesuatu, kita merasa kita yang menentukan A atau B-nya pengakhiran dan habuan, sedang itu kuasa Tuhan, kita kita ini uruskan sahaja..tugas Dia selamanya tugas DIa, manakan pula kita mampu jiwa mahu mengambil alih tugas nya? Penat kalbu dan akal tahu!




Sekarang jam 5.18PM. 

Tamat., Eheh~!

6 org kaki bebel buat bising:

Rubiatul Addawiyah said...

wah2!celaru fikirku disitu~
mula2 saja la..hehe..ena!awk boleh lakukannya!keep trying ya..same here~

gadisBunga™ said...

17 minit untuk satu entry yang bagus. hebat!

abang bro EL said...

suka ini dan mahu link ke entry saya...tq...

Misty Melor said...

sohih .... saya setuju sekali .. acap kali melalui perkara yang sama ..


jemput ke blog saya : http://kelipkelipbintangkecil.blogspot.com/

Unknown said...

entri yg hebat dan TH suka yang pertama tamanya itu

Mindaberbisa said...

Fikiran kamu terletak pada penulisan.
Masakan kamu harus berfikir untuk menulis :)