07 February 2013

setelah hampir 3 bulan


i

OL tegur ; lama tak update, rindu bebelan.

dan iya, aku pun paksa paksa menulis, 
lantaran komen OL

:P

ii

Secantiknya masa yang di tentu sahkan Tuhan,
Kita, bulan, bintang, matahari, awan, hujan, nafas, cinta...segala...

Semua berjalan mengikut tadbirNya...

iii

tiba satu tahap setiap apa yang aku ingin kongsikan seolah olah hanyalah pernyataan kesombongan yang akhirnya memaksa aku untuk diam.

diam yang tenggelam dalam diam
dan terbawa pula aku kepada satu tahap yang lain, 
bahwa kekadang pemikiran-lah kadang yang selalu mematikan rasa dan keinginan.

ah, mari salahkan pemikiran! atau akal mungkin.

iv

" Aku rasa aku celaka,"
" Kenapa?"
" Kerna tiada satu amal yang aku rasa aku ikhlas. 

Sepak aku, pukul aku, biar aku sedar dan cuba mati mati mengikhlaskan ikhlas,"
" Babe, waktu kau pedih hati, senak jiwa dengan hal ikhlas kau, sebenarnya waktu tu lah, kau sedang betul-betul ikhlas dalam usaha nak ikhlaskan amal kau. Mengerti?"

v
"Tidak masuk akal." = "Tidak munasabah."
"Tidak masuk akal." = "Minda terlalu kecil, lalu pemahaman tidak masuk."


ada orang mengaji kitab ; mendatangkan cahaya
ada orang mengaji kitab ; mengkafirkan semua 

kadang bukan salah guru,
cuma kita yang celaru,
cuba faham melulu,
mahu cepat cepat di anggap serba tahu,
khatam hadam kitab ini itu,
lalu keliru,
dan semua ulama kau jadikan seteru!

vi

kau gaduh berantakkan soal kalimah Allah,
sedang DIA sedikit pun tak terjejas dengan segala macam panggilan,
kau hujah lebar panjang,
tapi anak isteri kau biar bertelanjang,
kau kata rosak akidah,
tapi rasuah korupsi kau biar masuk ke daging dan darah,
eh, sekejap.
kau dah solah?

v

nak bebel bebel lagi tadi sebenarnya,

tapi tadi,
ada 'lelaki' mengetuk skype,
dan aku laburkan 40 minit untuknya demi Allah..

saranghae oppa!




9 org kaki bebel buat bising:

fuad ansari said...

setelah hampir tiga bulan...
aku sukar menulis pandangan..

bebelan yg mendalam..
penuh lodakan perasaan...
penuh peringatan...

syukran jazilan wahai teman...

ghost writer said...

aku tertarik dengan isu kalimah Allah tuh. dipersoalkan tentang kesuciannya namun di antara kita malah mengendahkannya.

habibi qalbi said...

Menarik,tapi sukar difahami..rindu bebelan mutiara..;)

EL MARIACHI said...

salam cik pearl dah kawen ke? macam mana life sekarang...

oranglidi said...

wah. akhirnye.

timakasih untuk bebelan2 ni. sgt brmakna buat smua.

teringat lirik panjang 'bila tuhan tak ditakuti'

EL MARIACHI said...

dah tiga bulan tak update blog? huh...teganya hati...hahaha