06 March 2013

Surat untuk suami : Selamat Hari Lahir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

5 Mac 2013, 11:45PM
  

Sengaja menghentikan panggilan telefon antara kami lebih awal semalam demi mengizinkan diri untuk solat dan berbicara dengan Allah lebih awal. Apatah lagi, memandangkan saya sudah boleh bertahajud lantaran sudah tertidur awal selepas solat maghrib semalam. 

6 Mac 2013, 00: 15 am

Sesudah solat, saya berAr Rahman. Tuhan, ini surah yang kami wajibkan diri kami untuk hafaz sebelum pernikahan kami. Saya baca dan baca lagi firmanMu di untaian surah ini. Titik demi titik ia jatuh, kadang menyatu dari mata dan hidung.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Tuhan, hari ini hari lahir suami saya, suami yang Kau hadirkan sebagai pelengkap emosi (rohani) dan fizikal saya, suami yang hadirnya dia sebagai pinjaman anugerah yang tak dapat saya nafikan, suami yang peribadinya dia benar benar cocok dengan apa yang saya perlukan, suami yang sangat dekat dengan Engkau - yang akhirnya, begitu dekat dengan hati saya, suami yang saat terzahir keburukan kecomotan saya - dia memilih untuk bersabar, suami yang saat terserlah sisi baik dan comel saya - dia memilih untuk bersyukur, suami yang setakat 2 bulan ini yang banyak menjadi asbab untuk saya lebih taat kepada Engkau - lebih menjaga diri - lebih memperbaiki akhlak dan lebih memaknakan kehidupan. Kerna saya yakin, orang yang sudah bernikah perlu lebih lagi dalam soal menjaga diri dan akhlak. Buruk yang saya buat, maka buruk-lah maruah suami saya. Sungguh, kerana itulah setiap satu perkara yang ingin saya lakukan, saya dahului dengan pertanyaan kepada diri - Adakah apa yang saya akan buat ini akan menambah redha Allah dan redha suami saya atau tidak?

Ku baca lagi firmanMu Ya Allah..

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Allahu ..Allah.. Ya Allah..
Sungguh, hanya kalimah suci hamdallah yang mampu saya panjatkan buatMu atas rasa terima kasih- syukur dan malu-nya saya dengan Engkau Ya Allah atas pinjaman seorang Muhammad Firdaus Zainal Abidin sebagai suami di dunia saya, dan moga hendaknya kami berdua usaha sungguh-sungguh untuk terus bersama di akhirat sana. Dia, adalah firdaus (syurga) dunia saya, terima kasih Ya Allah.. Alhamdulillah Ya Allah. Sungguh, antara syukur dan malu atas nikmat ini, saya terlebih sering merasa malu dan segan dengan Engkau Ya Allah. Segan saya yang banyak dosa ini menerima begitu banyak rahmat dan pemberian dari Engkau. Sungguh, Engkau-lah Allah, Pencipta yang sangat kaya dengan Cinta, Tuhan yang bergantung segala sesuatu kepadaNya, Rabb yang menjadi puncak tertinggi Tauhid kami - Bahawa Engkaulah yang menjadi Maharaja untuk segalanya , untuk rezeki kami, untuk kesihatan kami, untuk nyawa kami, untuk masa depan kami, untuk jodoh kami, untuk harta kami malah untuk hati kami. Hati kami berdua.




@ Ayam Penyet Bibik ^__^

Ku baca lagi firman Tuhanku dan juga Tuhanmu..

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


6 Mac 1985 - Sekarang : Mak Abah Mertua

Seorang manusia yang baik selalunya lahir dari benih yang baik bahkan mendapat didikan yang sangat baik. Kerna itu, saya selalu menghargai dan menyayangi kedua abah mak mertua atas anugerah ini. Selalu. 

Sesudah pernikahan kami, saya sampaikan rasa terima kasih saya kepada kedua mertua saya dengan lisan (berdepan) juga bertulis (SMS).

Mak, Abah, terima kasih sebab terima Ena masuk di dalam keluarga yang amat mendamaikan ini. Ena beruntung. Ena sememangnya banyak kelemahan, Ena mohon tunjuk ajar nasihat dari Mak Abah untuk Ena perbaiki diri, serta mohon Mak Abah sabar dengan sikap Ena yang tak kena di hati Mak Abah, insyaAllah, Ena sedang berusaha berubah menjadi lebih baik dan menyenangkan hati Mak Abah dan Abang. Malah sehabis mampu Ena mahu ucapkan terima kasih juga kerana mendidik seorang Muhammad Firdaus Zainal Abidin dengan sangat baik, sehingga akhirnya Abang menjadi seorang suami yang sangat baik dengan Ena - sangat lembut kepada Isteri. Terima kasih Mak Abah. Ena sayangkan Mak Abah. Doakan kami, ini baru permulaan kami.

Kami bertaaruf dalam keadaan yang tidak mengenali satu sama lain melainkan nama. Duhai Allah, benarlah, jika ia sudah tertulis di louh mahfuz, siapa kami untuk menidakkannya? Malah, siapa kita mahu mengharap ketenangan hati dan kebahagiaan jiwa jika tidak berada di bawah berkat dan rahmatMU. Rupanya jodoh saya sudah ada dua tahun sebelum saya lahir lagi.. Allah Ya Rabb..sungguh, aku ini hanya hambaMu yang kerdil dan tidak berdaya. Sebelum wujudnya aku, sudah Kau caturkan kehidupanku ini..Allah..Allah..

 

6 Mac 1985 - Sekarang : Adik beradik Ipar dan sahabat2.

Terima kasih juga buat semua yang pernah hadir, sedang bersama malah akan hadir dalam kehidupan seorang Muhammad Firdaus Zainal Abidin, yang dengan pergaulan kalian bersama beliau menjadikan beliau yang sekarang. Dengan tarbiyyah yang berbeza-beza, dengan kasih sayang, dengan persefahaman, dengan pergaduhan, dengan marah tempik, dengan manja tawa, dengan sinis pedas, dengan segala macam yang sudah di laluinya bersama kalian tak kira manis atau tak, sungguh, kesemuanya berperanan dalam menjadikan Muhammad Firdaus Zainal Abidin sebagai dia yang sekarang. Yang baik, yang lembut, yang peyayang, yang rindukan soleh, yang taat, yang berakhlak..dan pelbagai lagi. Terima kasih untuk itu. Sungguh-sungguh terima kasih.

Untuk suami


Seorang Nurul Fazrena Kamal ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir Ke 28 kepada seorang Muhammad Firdaus Zainal Abidin. Maaf, Ana bukan orang pertama mengucapkan ucapan kelahiran buat Akhi, tapi doa-nya, moga Ana-lah orang pertama yang mendoakan Akhi dan bersujud syukur atas panjang umur Akhi di saat Hari Ulangtahun Akhi. 

Sememangnya, sengaja memilih untuk menjadi yang terakhir untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Akhi (6/3/13 , 11:59PM). Ana lebih senang menjadi yang terakhir untuk Ulang Tahun Akhi yang pertama sebagai suami ini. Sepertimana seyakinnya Ana, Ana bukanlah wanita (Cinta) pertama yang muncul dalam hidup Akhi selama 28tahun ini, maka izinkan Ana menjadi wanita (cinta) terakhir dalam hidup Akhi. Yang mana akhirnya adalah syurga.

Tiada hadiah, tiada kek, tiada masakan istimewa, tiada apa-apa yang dapat Ana persembahkan bagi meraikan Akhi. Kita jauh jaraknya, hanya semampu Ana memberi kejutan berupa ini kepada Akhi. Dan bersama doa Ana dari sini. Oh serta pengumuman di blog ana ni, bahawasanya Mutiara Bernilai sudah pun bernikah 2 bulan yang lalu.

Selamat Hari Ke-Pemuda-an, Akhi. Moga Pemuda yang seorang ini lebih taat kepada Allah, lebih menambah kualiti ibadah kepada Allah, lebih cantik akhlaknya, lebih serius dalam segala apa yang di lakukan, lebih dan lebih dan lebih (Dan lebih comot. Boleh? :P ). Ayuh, kita sama sama perbaiki diri untuk membahagiakan pasangan kerana mahukan redha Allah..




Skype!


Saranghae Oppa!
Disclaimer.

  •  Post ini bukanlah di tulis kerana mahu mengada-ngada tulis di sini seperti saya seorang sahaja di dunia ini sudah bernikah, mahupun seolah-olah sudah bernikah 20 tahun. Bahkan bukan juga mahu menambah tekanan kepada yang belum bernikah. (Walaupun sebenarnya masing-masing sudah dewasa dalam memimpin diri sendiri dalam menentukan tekanan itu boleh di jadikan negatif atau positif. Ia terpulang kepada kalian sebenarnya) Tidak, ia cuma apresiasi saya dan kejutan saya buat suami saya. Dan ini cara kami. Apakata kita memilih untuk saling menghormati, boleh?
  • Lebih dari 7 orang meminta saya menulis tentang pernikahan kami, bahkan ada yang mencadangkan tajuk Post seperti - Setelah Aku Bernikah, Versi Wanita. Maaf, untuk setakat ini, saya dalam dilema sama ada mahu menulis atau tak. Kadang, dalam meraikan sahabat (serta niat untuk perkongsian) dan antara takut di salah faham sebagai berbunyi seolah-oleh sudah bernikah 20 tahun, serta takut menambahkan 'tekanan'-'masalah hati' buat yang single, ketiganya selalu membuat saya keliru dan berat hati. Oh, adakah ini juga cara Syaithan dari menghalang saya untuk sampaikan meski satu ayat? Aigoo.
  • Kami masih di awal pernikahan, di permulaan fasa, memang banyak indahnya, dan dalam waktu yang sama, kami juga faham dan sedar bahawa di depan kami akan hadir pelbagai dugaan dan cabaran dalam berumahtangga. Kita perlu realistik kan? Jadi, mohon doa-nya. Kata orang, jika di saat bahagia dan indah pun kita tak mampu nak berterima kasih dan saling menghargai, bagaimana pula mahu tetap saling merasa bahagia dan menghargai di saat cabaran datang menerjah menerjang? Doa kan!
  • Ayuh, kita sama sama perbaiki diri untuk membahagiakan pasangan kerana mahukan redha Allah.. Sahaja aku bersabar dengan isteriku kerana Engkau Ya Allah, demi redha Kau.. Sahaja aku memasak makanan yang bertentangan dengan seleraku (ikut selera suami) kerana Engkau Ya Allah, demi redha Kau.. Sahaja aku menahan marahku dengan isteriku kerana mahukan redha Engkau Ya Allah..Sahaja aku buang sifat bertangguh aku demi masa depan keluarga aku, kerana mahukan redha Engkau Ya Allah..dan lain2.. contoh sahaja :)









18 org kaki bebel buat bising:

Penjejak Mimpi said...

Birthday saya pun 6/3 juga... :)

EL MARIACHI said...

semoga berbahagia ke akhir hayat...

Anonymous said...

Bertuahlah suami mutiara.....
Dpt nikah dgn mutiara....
HB suami mutiara!!!!

Ps. Jadi x weekend ni?


-Suri(malas nk sig in)

Sizzling Suzai said...

haisyhhhh xde mngada2 lah lg pun bile husband&wife ni rs indah je.. :) sgt sayu sy mmbaca nukilan awk ni, smoga kalian terus bahagia shingga ke syurga amin..btw hehe bday kakk sy 7hb!

Sunah Sakura said...

alahaiiii... saranghe oppa...comotnya kalian..hahahhaha...angah pasti, along sangat2 rasa tersipu-sipu malu bila baca komen ni..kikiki... :p

apapun...salam hari kelahiran buat encik comot along...moga Allah berkati segalanya..ameen...

Anonymous said...

MG BEBRBAHAGIA ENA ADIKKU DGN MAHLIGAI CINTA ILAHI..INI ADALAH TERBAIK UTK MU YANG HANYA ALLAH MAHA TAHU IA NYA UTK MU YG ENA SNDRI TAK TAHU..MG BRKEKALAN CINTA HGGA KE SYURGA...=)

nusrah said...

assalamualaikum akak!
Allahu..macam tak prcaya. mabrook akak! walaupun sy sangat lambat tahu tentang pertukaran status akak kepada puan, tapi post ni cukup buat sy tersenyum. alhamdulillah, moga bait dakwah yg dibina smpai jannah. insyaAllah, ameen.

aihhhh.sy plak yg over ni.. :p bila lah nk jmpa akak face to face ni? :')

ikram said...

hubby akak untung gile dpt akak as isteri. serious. slamat bercinta akak yang kecik... :)

btw, syahdunya baca post ni, habis choki2 sekotak ....

Cahaya Pecinta said...

Salam Hari Lahir buat Hubby Ena. 2 hr slpas bday akak.. Hasil kajian rambang... org bulan mac ni, caring..penyayang & sensitif, sgt menjaga perhubungan..betul ke? (yg baik shj..) yg tk elok tu..kita simpan utk proses pembaikan la yaa =) Moga kalian sentiasa dlm Rahmat Allah!

Fatima Saiful said...

Happy BELATED birthday to your abang...hehehe.~alaa, sweetnya bini comot nih. but way much better than me wish birthday to my hubby. SIGH~!!
Ape2 pon, selamat melayari bahtera perkahwinan. Yang penting, KESABARAN dalam menjalani kehidupan berumahtangga ni. Tambah, korang PJJ. Moga semuanya diberkatiNYA.

p/s: suke ayat Ena yg "Rupanya jodoh saya sudah ada dua tahun sebelum saya lahir lagi..";)

Valdemeir said...

you always amazed me MB. tulisan awak selalu berjaya memukau dan menyentuh hati saya. Hati yang sebagaimana agaknya ada di dalam dada kamu? Sehinggakan setiap apa yang awak tulis kesemuanya kedengaran indah, jujur, telus dan melunakkan hati? you have a beautiful heart meh? really such a pearl.....mutiara yang sangat bernilai.....moga istiqamah......

MB dah lama tak singgah blog saya kan? Busy amat?

Valdemier said...

lupa plak meh.... HAPPY BIRTHDAY suami MB yang bertuah!...treasure her such a pearl ok? Semoga bercinta sampai sorga...doakan aku jugak meh...

Anonymous said...

Bundaaaaaaaaaaaa!!!!rindu bundaaaaa..nangis dah saya baca ni.....syg bundaaa...akhi fordaus @walid sila jaga bunda sy ni baik2.. Bunda sy ni saaaaaaangat terlebih baik....saaaaaangat penyayang....saaaaaangat solehah......saaaaaaaangt caring....saaaangat menenangkan....jaga bunda saya elok2.... Bunda asyek dengar maasalah kami2 aje..sampai ntah bila agakny bunda ni ada masalah or nak citer masalah kat kami...or memang bunda x pernah ada masalah? Muka tenanf aje..senyum aje...hukhuk...Sy syg Bunda yg comel dan comot ni :p jaga elok2 yek walid

Happy belated birthday walid.

Ps. Bunda, mcm mana nak komen keluarkan nama? Org yg ada blog je ke boleh?

Firdaus Zainal said...

Salam. Terima kasih buat si isteri yang sabar dengan karenah suami mu ini. Moga segala usaha yang dilakukan mendapat keredhaan Allah dan menjadi sebahagian amalan-amalan orang2 yang soleh. Terima kasih dengan surat yang sarat dengan peringatan dan ia sungguh indah...:)

ghost writer said...

semoga semuanya berada dalam keberkatan dan kerahmatan tuhan. moga ia tidak terhenti pada hari ini dan mogalah sentiasa berkekalan. inshaallah..aminnnnn...

Kakzakie said...

Alhamdulillah... tahniah dulu dari kakak setelah sekian lama kakak tak bertandang berita baik kakak terima. Moga jalinan dan ikatan yg diijab dan qabulkan terpetri hingga ke Jannah.

Selamat-selamat segalanya..

Macy Humaira said...

semoga berbahagia hingga akhir hayat. indahnya pernikahan :)

oranglidi said...

ya Allah. blum baca post nii. dah kawen mutiara ye? tahniah22222..

smoga bahagia slalu.