Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Penerbit : Paduka Ben Ashaari
Direktor : Mutiara a.k.a Lu’Lu il maknun
“Apapun yang kau
dengar dan katakan (tentang Cinta),
Itu semua hanyalah kulit.
Kerna, inti dari Cinta adalah sebuah
rahasia yang tak terungkapkan.”
Hasunah terpana. Siapa? Suara siapa yang meluncurkan bait-bait
indah itu? Langkahan kakinya yang kecil di lajukan, sedang matanya pula ligat
mencari siapakah gerangan yang telah berjaya mengusik hatinya itu. Langkahannya makin laju, laju dan laju.
Bappp!!!
“ Astarghfirullah, maaf, maaf” Hasunah gelabah. Cepat-cepat di kutip semula
kertas-kertas yang berterabur dek kerana terlanggar seseorang di depannya.
“ Not a big deal,” Hazwan mengerling sepintas lalu gadis
bertubuh kecil yang sedang kalut menyusun barang-barangnya yang terjatuh. Tak terjentik
langsung di hatinya untuk membantu. Huh,
perempuan kampung, baju bertutup bagai, tak up to date langsung! Hazwan
terus merenung tajam gadis itu.
Seperti ada yang tak
kena, Hasunah mengangkat muka, dan pandangan mereka bertemu. Allah..Astarghfirullah. Rona merah jambu
mula menyimbah ke wajah Hasunah. Malu. belum pernah selama ini di biarkan kedua
biji matanya untuk bertentang mata dengan seorang lelaki ajnabi. Lantas Hasunah
cepat-cepat menyusun langkah untuk pergi.
Hazwan mendengus kecil. Memang
perempuan kampung. Malu-malu pulak. Hm, tapi not bad..Chinese look!. Matanya masih lagi merenung Hasunah yang makin
menjauh meninggalkan bangunan itu. Tiba-tiba matanya tertancap kepada sehelai
kertas yang terlakar lukisan seorang wanita beserta tulisan tangan bertulis Fani Afnan Jannati.
“ Eh, jomlah kita blah. Ko ni, dari tadi dok tengok perempuan
tu kenapa?” siku Azfar yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
Hazwan hanya tersenyum nipis. She got something. Diri dia ada X-factor. Tengoklah nanti.
*******
Ady mendengus kasar., “ Atoi, terlepas lagi!”
Sudah bermacam-macam cara Ady lakukan demi menarik perhatian
Hasunah. Namun nampaknya segalanya tak berjaya. Dan hari ini dia cuba untuk
menggunakan puisi, tetapi nampaknya gagal juga. Huh, semuanya salah lelaki tu! Yang di langgarnya Hasunah tu kenapa?!. Ady
bengang, di capainya Teddy Froggy lalu di tumbuknya kuat. Geram!
*******
“ Jadi?”
“ Hm, tak de apa, saje nak beritahu je, sebab jarang nak
dengar lelaki suka puisi, lagi-lagi puisi Jalaluddin Rumi,”
“ Hasunah nak sampaikan benda lain sebenarnya kan?” lembut
Ummi menuturkan bicara.
Hasunah terdiam. Muka terasa pijar dan panas. Malu. Aduh, kenapa Ummi straight forward sangat
ni.
“ Ummi kenal anak ummi, ummi kenal sangat. Tahu macam mana
rajuknya, gundahnya, tawanya, malah ummi boleh baca setiap perilakunya,”
“ Ummi, apa maksud ummi ni,” bergetar suara Hasunah. Dia
sudah berpeluh. Ah, perasaan apakah ini?
“ Seorang anak gadis yang selama ini Ummi jaga sebaik habis,
seorang anak gadis yang tak pernah membicarakan hal mana-mana lelaki ajnabi, tetapi
tiba-tiba hari ni membuka cerita perihal seorang lelaki, bukankah itu satu
petanda mudah yang menunjukkan bahawasanya lelaki itu dah berjaya menyentuh hati
kamu nak? Hasunah jangan lupa, Ummi juga perempuan,”
Ummi berjeda
Hasunah mengangguk-anggukkan kepalanya.
" Jangan ego, siapa kita nak menafikan sesuatu yang fitrah? Fitrah perlu di kawal bukan di tahan "
Ummi memegang bahu anak kesayangannya itu, Hasunah. Lalu Ummi rapatkan ke dada Ummi,
" Ada orang yang berkahwin tapi akhirnya bercerai. Kerana apa? kerana itu bukan jodoh mereka. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, hatta jika Hasunah sayangkan Ummi, Hasunah sayangkan Ummi adalah kerana mencintai Allah..Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."
Hasunah mengesat air matanya. tembok keegoaannya punah rabak.
" Siapa kita nak menilai manusia. Setiap orang ada baik dan buruknya. Tanya Allah. Siapa lelaki tu Hasunah?”
Jangan kau seperti iblis,Hanya melihat air dan lumpur ketika memandang Adam.Lihatlah di balik lumpur,Beratus-ratus ribu taman yang indah!
Hasunah hanya menundukkan wajahnya. Tidak berani untuk
bertentang mata dengan Umminya. Entah kenapa, ada perasaan indah lagi
mendamaikan mengalir sejuk ke dalam hatinya. Sedamai angin malam yang
menghembus lembut ke pipinya.
“Hasunah!” Hasunah
berpaling dan kelihatan Ady sedang tersenyum lebar dan tangannya menghulurkan
teddy Froggy kepada Hasunah.
“ Wah, sweetnya!” Fasihah terjerit kecil lalu trus mengambil
Mr Froggy dari Ady. Hasunah hanya membulatkan matanya kepada rakan sekerjanya
itu- Fasihah, tetapi seperti biasa Fasihah buat-buat tak nampak.
“ Eh, ni saya bagi Hasunah la Fasihah,”
Fasihah tersengih, “ Tahulah. Ady, kalau nak tunggu Hasunah
amek teddy ni, sampai kiamat pun dia tak akan amek. Dia ni pemalu. So baik saya
amek bagi pihak dia. Don’t worry, kang saya bagi Hasunah jugak,”
“ Tak payah lah. Ko nak susah-susah Ady. Hasunah tak ingin
pun Froggy ko tu,” Suara kasar Hazwan menerjah. Hasunah ternganga, mengamati
wajah lelaki yang tiba-tiba muncul di hadapannya itu.
“ Nah, Hasunah, awak tertinggal lukisan ni haritu. Nway jum
kuar lunch,” ajak Hazwan
“Erk..” Hasunah terdiam, di alihkan pandangannya ke arah Ady.
“ Hasunah, setakat Froggy ni buat ape, katak kat umah saya
pun banyak. Cengkodok dan Katak puru pon ade. Setakat Froggy ni pun, takkan
awak layan gak kot,”
Woi!!!
"Ape kes, kutuk2 Froggy ni, Mutiara peminat no 1 Froggy
tau..dah2, cut scene!"
“Eh mane leh mcm tu..dah skripnya mcm ni kan?” Hazwan bengang.
“ Tak de, saya tetap tak suka, Dah, tamatkan scene. Tukar
skrip!’
“ Pilih kasih? Dah tajuk entri ni mcm ni. So?! Kalu nak
marah p marah En Ben.”
Mutiara Budak baru belajar~
19 org kaki bebel buat bising:
gelak guling2 bace ni..koi2.. dlam lawak ade nasihat tersendiri.
salam ziarah..
hehehehe.. time kasih sbb sudi masukkan name cik PM dalam 'drama' ni.
Sy takde mase & idea nak tulis/join segmen BA. Just parking url ajek... :)
pe pon, time kasih..
sekali jer niq ada??huuuuuuuuuu..majok
@ ano
erk..baru nak mnulis ni...tak pandai sgt..lawak sbb x best eh?
@ PM
oh, tak mengapa :)
lain kali singgah sini lagi ya :)
@ Niq
Atoi niq ni..mutiara dah wat entri khas utk Lu'lu dgn Niq dah kannnn..jd hero dah tu..ahahaaa~
jom tgk filem ni pulak k
http://diarialeesya.blogspot.com
@ mamaleesya
okkies!! :)
along, sangat best lah ini! ;) dan...apa yang watak 'hazwan' tu nampak, sebegitulah angah yang sebenarnya kot...
ops~ yang lain sila buat2 tak nampak, ok!
hahaha~
@ Sunah Mohammad
Ahhhaaa.. Sunah a.k.a Angah yg misteri dah terkantoi 'ciri2' dia kat sini eh..eheh~ :)
huhu..baru blaja nak mnulis :)
hi mutiara!
hurm,mcm mane ek, sy ase sy dah jatuh cinta dengan gaya bahasa mutiara, lembut n tempting..
x try tlis buku ke?
ade name kite laaa kat sini ^____^
maceyyyy alonggg!!! ;)
luv along!:)
@ Anonymous
thanks baca. hm, Mutiara baru nak belajar menulis sebenarnya ni. Tak pandai sgt menyusun ayat. seyesly, xpandai. buku? ehhe..
jatuh cinta dgn pnulisan xpe, xde dosa :)
@ Fasihah Supian
Alang!!!~
luv is in d air! Yosh!
Uhuhu...tak terpilih...:D
@ Pembawa_Wacana
aish..bukan xmo pilih..tp seganlah nak letak nama org2 oati mcm PW ni..Mutiara ni baru nak btatih je dlm blog ni.. ~ Aduhh
* Otai
MB: teruskan penulisan cegini ek. Siyes Cik PM da jatuh ati.. Erk!! jatuh ati kat tulisan MB.. :)
@ Penjejak Mimpi
insyaAllah, doakan neh..doakn mutiara ni kalu berblog jgn sampai lupe akhirat :)
hiks2.. jatuh hati eh.. aish, malu mB :)
Post a Comment